Anda di halaman 1dari 1

Contoh Ulasan untuk ditulis oleh PP1 dan PP2 untuk PYD dalam boring Skor Penilaian

Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP ) Tahun 2018

1. Markah 90 dan ke atas

a. Pegawai ini telah menunjukkan prestasi kerja yang sangat cemerlang terhadap
tugas yang dipertanggungjawabkan dan komited dalam menjalankan tugas
sebagai seorang guru.

b. Pegawai ini telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan
sangat cemerlang dan berdedikasi serta mempunyai inovasi yang tinggi.

c. Pegawai ini telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru
yang berprestasi cemerlang dan penuh intergriti dalam melaksanakan komitmen
kerja sebagai seorang pendidik.

2. Markah 85 hingga 89

a. Pegawai ini telah menunjukkan prestasi kerja yang sangat baik dan cukup
memuaskan serta penuh dengan tanggungjawab.

b. Pegawai ini telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan
sangat baik serta mempunyai kedinamikan dalam profesion.

c. Pegawai ini telah melaksanakan tugas sebagai seorang guru dengan sangat baik
dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai