Anda di halaman 1dari 5

NOTA PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) PERJAWATAN SR OLEH PKP DALAM E-OPERASI

ARAHAN: SILA BACA DENGAN TELITI PADA SETIAP MENU/ SUB MENU

A.Sekolah (SILA SELESAIKAN BAHAGIAN ‘A’ DAHULU BARULAH BAHAGIAN ‘B’ HINGGA ‘N’ AKAN TERBUKA)

01. Ada No.1 hingga No.38 yang MESTI diselesaikan.

02. No.1 hingga no.11 sudah DIJANA oleh SISTEM.Tak perlu buat.

03. No.12 dan 13 sila pilih YA atau TIDAK.Jangan tinggal tanpa DIPILIH.

04. No.14 dan No.15 sudah tersedia DIJANA oleh SISTEM.

05. No.16 hingga No.19 sila pilih yang berkaitan.Jangan tinggal tanpa PILIH.

06. No.20 hingga No.22 telah DIJANA oleh SISTEM.Tak perlu buat.

07. No.23 hingga No.25 sudah tersedia DIJANA oleh SISTEM.

08. No.26 hingga No.31 sila baca dengan TELITI dan FAHAMI maksud yang dikehendaki dan MESTI diisi.
-No.26 sila bilang jumlah komputer termasuk Notebook/laptop/ yang berfungsi.
-No.27 sila tulis bilangan Bilik Sains yang ada.
-No.28 sila tulis bilangan bilik darjah FIZIKAL maksudnya merangkumi yang digunakan atau tidak.
-No.29 sila tulis bilangan kelas beroperasi maksudnya yang digunakan untuk sesi pembelajaran.
-No.30 sila tulis bilangan bilik darjah FIZIKAL maksudnya merangkumi yang digunakan atau tidak.
(Jumlah bilingan bilik FIZIKAL dengan bilik BEROPERASI mungkin sama dan mungkin tidak.)
-No.31 sila tulis bilangan murid SEMASA termasuk PRASEKOLAH.

09. No.32 hingga No.36 telah DIJANA oleh SISTEM.

10. No.37 dan No.38 sila baca dengan TELITI dan isikan apa yang diminta.
B.Bil.Kelas Dan Murid Aliran Biasa

1. Sila BACA dan buat dengan TELITI.


2. Sekiranya tidak dapat buka untuk mengisi sila tekan butang Tambah Tingkatan/ Tahun.

3. Setelah terbuka maka isilah pada ruangan KELAS dan ruangan MURID.

4. Cara pengisian ialah dengan cara merujuk SEBENAR SEMASA ABM 2021 di mana jika pada tahun 2021 bilangan Kelas Tahun1 ialah 2
dan jumlah murid 50 orang maka pengisian ialah secara SILANG yakni pada tahun 2022 Tahun 2 ialah 2 kelas dan jumlah muridnya juga
50 orang.Begitulah seterus sehingga selesai ke Tahun 6.

5. PASTIKAN bilangan kelas tahun 2021 dan 2022 adalah SAMA/ LEBIH/ KURANG bergantung kepada keperluan semasa sekolah.Jika
tiada perubahan KELAS sila PASTIKAN jumlah kelas 2021 dan 2022 adalah SAMA.

6. Jumlah kelas dicadangkan pada 2022 tidak boleh lebih daripada bilingan bilik fizikal No.30 bahagian ‘A’.

C.Bil.Kelas Dan Murid Islam

1. Sila BACA dan ISI dengan TELITI.

2. KEGAGALAN mengisi bahagian ini akan menyebabkan berlaku kekurangan guru antara tahun 2021 dan 2022.

3. Pada ruangan JUMLAH sila PASTIKAN Jumlah KELAS 2021 sama dengan Tahun 2022.

D.Bil.Kelas Dan Murid Kelas Bahasa Cina

1. Bahagian ini DIJANA oleh sistem.Sekiranya No.13 pada Bahagian ‘A’ diisi YA maka Bahagian ‘D’ ini akan TERBUKA.

2. Bahagian ini untuk Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)

E.Bil.Kelas Dan Murid Kelas Bahasa Tamil

1. Bahagian ini diJANA oleh sistem.Sekiranya No.14 pada Bahagian A diisi YA maka Bahagian E ini akan TERBUKA.

2. Bahagian ini untuk Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)


F.Bil.Kelas Dan Murid Kelas Pend. Khas ( Program Integrasi)

1. Perlu diisi sekiranya ada Kelas Pendidikan Khas.

G.Bil.Kelas Dan Murid Menengah (Sekolah K9)

1. TIDAK berkaitan dengan sekolah rendah,

H.Bil.Kelas Dan Murid Moral

1. Bahagian ini perlu diISI mengikut keperluan sekolah masing-masing,

2. Bagi sekolah yang ada murid BUKAN ISLAM bahagian ini jangan LUPA diisi.

I.Bil.Kelas Dan Murid Kelas PAV

1. Tidak berkaitan dengan sekolah rendah.

2. Perlu klik hantar/ kemaskini walau tidak terlibat.

J.Perjawatan Guru Mengikut Norma Perjawatan Sedia Ada

1. Bahagian ini diJANA oleh sistem.

2. Perlu klik hantar/ kemaskini walau tidak dapat diubah.

K.Kelayakan Perjawatan Bukan Guru Mengikut Norma Perjawatan Sedia Ada

1. Bahagian ini diJANA oleh sistem.

2. Perlu klik hantar/ kemaskini walau tidak dapat diubah.

L.Laporan Pengisian Guru Sedia Ada (Data Pengisian) 31 Januari

1. Bahagian ini diJANA oleh sistem.Sila rujuk BSKG.

1. Perlu klik hantar/ kemaskini walau tidak dapat diubah.


M.Laporan Pengisian Bukan Guru Sedia Ada (Data Pengisian) 31 Januari

1. Perlu diisi.Sila pastikan sama dgn diluar

N.Laporan Keseluruhan Maklumat Permohonan Perjawatan

1. Laporan ini perlu DISAHKAN oleh Guru Besar.

O.PENGESAHAN GURU BESAR

1.SILA GUNA ID GURU BESAR.

2.PASTIKAL SEMUA DATA BETUL DAN TEPAT SEBELUM BUAT PENGESAHAN.

3.SILA BERI JUSTIFIKASI JIKA KURANG/ TAMBAH KELAS.

Anda mungkin juga menyukai