Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BUKIT AWANG Kod Sekolah: DBA 4253

1. Nama Guru

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang: Motivasi


Insan Positif

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah 5. Muka Surat:104


Kamsah, Hj Muhammad
Zakaria dan Husna Hassan
6. Terbitan Telaga Biru sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik
anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut
kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang
kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi
ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini
menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah
datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-
anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan
aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan
keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan
yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di
samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya,
kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public
speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi,
kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan
ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif.
Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat
diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan
positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia
sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat
menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa.
Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di
samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada
hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk
melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah
berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum
anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan
begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada
pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan
menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah
pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak
lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku
persekolahannya.
1 Kesimpulan
0

Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang
mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari
al Quran, al Sunnah serta kontemporari, ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk
yang agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai