Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT AWANG

16800 PASIR PUTEH


KELANTAN

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

MENANGANI ISU GURU LEWAT MASUK


KELAS

OLEH:

WAN MUHD NAZARI WAN AWANG

Laporan Kajian Tindakan


MENGATASI ISU GURU LEWAT MASUK KE KELAS

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah kelewatan guru ke kelas.
Seramai tujuh (7) orang responden telah dikenal pasti melalui pemerhatian tingkah
laku, maklumat dari Guru-guru Penolong Kanan (GPK) dan soal selidik murid-murid.
Kajian ini telah dilaksanakan selama dua (2) bulan. Strategi yang dijalankan bagi
mengatasi masalah ini ialah guru dikehendaki tetap berada dalam kelas sehingga
guru waktu berikutnya masuk ke kelas, pencerapan pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) oleh Penilai 1 dan Penilai 2 (GB dan GPK) selama lima (5) minit secara
mengejut serta jadual waktu guru-guru dipamerkan di tempat yang strategik.
Selepas dua (2) bulan pelaksanaan strategi-strategi tersebut, peratus kelewatan
responden yang terlibat masuk ke kelas semakin menurun.

1. Refleksi Masalah
Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas guru-guru, beberapa orang guru
lewat masuk ke kelas. Kelewatan atau ketiadaan guru dalam kelas boleh
menyebabkan suasana bising sehingga mengganggu guru lain yarg mengajar
di kelas sebelah. ‘Kelewatan’ dalam kajian ini merujuk guru masa berkenaan
tidak berada dalam bilik darjah yang perlu mereka masuk pada waktu
berkenaan dalam tempoh masa lima (5) minit daripada waktu yang ditetapkan
dalam jadual waktu, manakala ‘ketiadaan’ guru dalam kajian ini merujuk
kepada guru tidak masuk ke dalam bilik darjah itu secara keseluruhan masa
atau waktu yang telah ditetapkan dalam jadual waktu. Selain itu, keadaan ini
akan menjejaskan keseluruhan pentadbiran sekolah terutamanya jika secara
kebetulan dikunjungi pelawat. Peringatan ini kurang diambil peduli oleh guru-
guru berkenaan walau sudah empat (4) kali peringatan dibuat oleh Guru
Besar dalam perhimpunan mingguan pada bulan Januari 2022. Justeru,
gejala lewat masuk kelas atau tidak masuk kelas tidak boleh dibiarkan berlaku
di sekolah.

2. Fokus Kajian
Kajian ini berfokus kepada tindakan-tindakan bagi menangani kelewatan guru
masuk kelas atau melengahkan masa masuk ke kelas dan mematuhi
ketetapan masa bertugas. Selain dari itu, kajian dibuat untuk mengubah sikap
guru yang utamakan tugas dan kepentingan diri.
3. Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan komitmen guru terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul
sebagai pendidik yang dedikasi dalam melaksanakan tugas yang berkesan dalam
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah.

3.2 Objektif khusus


3.2.1 Guru dapat menepati masa masuk ke kelas dan memulakan pengajaran tepat
pada waktunya.
3.2.2 Guru lebih bertanggungjawab untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan
kepada murid-murid berdasarkan jumlah waktu yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan sekolah.
3.2.3 Guru dapat memberi komitmen yang tinggi sebagai role model untuk
membentuk murid-murid menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin
dan berketrampilan.

4. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan empat (4) orang guru lelaki dan tiga (3) orang guru perempuan.

5. Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan masalah
Gejala guru lewat masuk kelas dikenal pasti adalah dari pemerhatian di luar bilik
darjah iaitu Guru Besar menjalankan ‘management by walking about'. Selain dari itu,
maklum balas juga diterima dari pemerhatian Guru-guru Penolong Kanan (GPK),
maklumat dari guru-guru dan murid-murid.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Soal selidik dijalankan yang melibatkan seramai 22 orang murid Tahun 5 Zamrud
dan 6 Zamrud yang dipilih secara rawak untuk mendapat maklumat tentang nama
sepuluh (10) orang guru yang sering lewat masuk ke kelas. Daripada soal selidik itu
didapati bahawa nama tujuh (7) orang daripada sepuluh (10) orang guru yang
dikenal pasti oleh pihak murid adalah sama dengan senarai nama yang diberikan
oleh pihak pentadbir. Untuk kajian ini tujuh (7) orang guru yang mendapat jumlah
yang terbanyak telah dipilih seperti jadual berikut :

GURU YANG BILANGAN KEKERAPAN YANG DIBERIKAN OLEH


TERLIBAT RESPONDEN
Guru A 12
Guru B 10
Guru C 13
Guru D 18
Guru E 17
Guru F 15
Guru G 14

Selain dari itu, soal selidik itu menunjukkan sebanyak 40.9 % (9) menyatakan
mereka tidak tahu faktor guru mereka lewat ke kelas, 31.8 % (7) responden pula
menyatakan bahawa guru mereka lewat ke kelas kerana guru tersebut mempunyai
kerja-kerja yang perlu disiapkan pada masa tersebut, manakala 13.6 % (3)
responden menyatakan guru mereka ada tetamu atau ada hal peribadi pada waktu
tersebut dan 13.6 % (3) responden menyatakan guru mereka terlupa atau tertukar
jadual atau terlepas pandang jadual waktu kelas tersebut.
Pendapat murid mengenai guru yang lewat masuk kelas ialah sebanyak 31.8 % (7)
murid berasa bosan terhadap kelewatan guru mereka masuk ke kelas, sebanyak
22.7 % (5) menyatakan kekecewaan terhadap isu ini, 22.7 (5) bimbang akan
masalah disiplin yang berlaku ketika guru masuk lewat terutama pergaduhan antara
murid, 13.6 % (3) gembira kerana guru tidak masuk kelas dan 9.1 % (2) menyatakan
perasaan mereka kadang-kadang gembira dan kadang-kadang bosan di atas
kelewatan guru mereka ke kelas.

Namun demikian 54.5 % (12) daripada pelajar akan membuat kerja sendiri seperti
menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru lain pada masa guru lambat
masuk kelas. Terdapat 22.7 % (5) membuat bising di dalam kelas dan 22.7 % (5)
murid-murid lebih suka bermain serta berbual dengan rakan.
Dari segi tindakan murid terhadap guru lewat masuk kelas didapati sebanyak 72.7 %
(16) murid akan mengingatkan guru akan waktu mengajar kelas mereka manakala
hanya 27.3 % (6) murid tidak memberitahu guru.

5.3 Tindakan yang diambil


Untuk mengatasi kelewatan masuk kelas, tindakan-tindakan berikut telah diambil:
i. Guru dikehendaki tetap berada dalam kelas sehingga guru waktu berikutnya
masuk ke kelas,
ii. Pencerapan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) oleh Penilai 1 dan Penilai 2
(GB dan GPK) selama lima (5) minit secara mengejut,
iii. Mempamerkan jadual waktu di lima (5) tempat yang strategik (Dewan Makan
Guru, Bilik Guru, Pejabat, Bilik Sukan, Papan Kenyataan di Dewan Terbuka dan Info
Sekolah di susur gajah)

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya


5.4.1 Bagi mengatasi masalah kelewatan ini, Guru Besar telah memaklumkan
melalui perhimpunan rasmi sekolah dengan menyatakan bahawa guru dikehendaki
tetap berada dalam kelas sehingga guru waktu berikutnya masuk ke kelas,
Pada mulanya ada yang lewat tetapi telah semakin berkurangan kecuali guru tidak
hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Didapati tujuh (7) orang guru yang
terlibat dalam sampel kajian telah menepati masa ke kelas kecuali seorang (1) guru
dalam dua (2) minggu masih tiga (3) kali lewat ke kelas kerana beliau terlepas
pandang jadual waktu.
5.4.2 Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan (GPK) menjalankan pencerapan
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selama lima (5) minit secara mengejut di
bilik darjah terhadap tujuh (7) guru yang terlibat tanpa mememaklumkan kepada
mereka terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Guru Besar telah menyatakan
melalui mesyuarat guru bahawa pencerapan akan dilakukan oleh Guru Besar,
semua Guru Penolong Kanan dan Ketua-ketua Panitia pada bila-bila masa saja dan
dipinta semua guru sentiasa bersedia. Didapati masih terdapat seorang guru yang
sama lewat ke kelas sepeti perkara 5.4.1.
5.4.3 Mempamerkan jadual waktu di tempat yang strategik seperti di Dewan Makan
Guru, Bilik Guru, Pejabat, Bilik Sukan, Papan Kenyataan di Dewan Terbuka dan Info
Sekolah di susur gajah menuju ke kantin supaya guru amat peka terhadap
kepatuhan ke bilik darjah. Di samping itu juga rakan-rakan sejawat lain boleh
membantu mengingatkan mereka untuk masuk ke kelas.

5.5 Refleksi Kajian


5.5.1 Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan di luar bilik darjah, keenam-enam
guru masuk ke keras mengikut waktunya kecuali seorang (1) guru yang lewat ke
kelas. Setelah disiasat didapati beliau lewat ke sekolah dua (2) kali dalam masa dua
(2) minggu kajian kerana tinggal jauh dari sekolah dan menghadapi masalah
kesesakan di jalan raya dan kebetulan waktu PdPc beliau adalah waktu pertama.
5.5.2 Selain dari itu, kesedaran guru-guru terhadap kepentingan masuk ke kelas
menepati waktu yang ditetapkan telah meningkat.
5.5.3 Saya merasa gembira kerana di sepanjang kajian ini saya telah mendapat
kerjasama dari semua pihak dan berjaya mencapai objektif kajian walaupun tidak
sepenuhnya.
6. Cadangan untuk kajian seterusnya
Kajian yang telah dijalankan adalah untuk melihat guru-guru mematuhi masa untuk
masuk kelas dalam masa dua bulan. Kajian seharusnya diteruskan supaya budaya
menepati masa menjadi amalan harian guru-guru.
Bibliografi
1. lbrahim Mamat, 993 Kepimpinan sekolah: Teori untuk praktis: Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn,Bhd.
2. Manual Kajian Tindakan, Bahagian perancangan dan penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, llmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur:
Heinemen (Malaysia) Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai