Anda di halaman 1dari 1

Ramli B Aziz,

Lot 1256 Taman Permai,


15150 Kota Bharu,
Kelantan.
__________________________________________________________________________________

Maziah Bt Mat Deris,


Penolong Ketua Bahagian
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara,
Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu,
Jalan 14/44 Persiaran Padang Golf,
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, Kelantan. 30 SEPTEMBER 2019

Tuan/Puan,
MOHON KEBENARAN TIDAK HADIR KE KULIAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ramli B Aziz ingin membuat permohonan untuk tidak hadir ke
kuliah dan bengkel pada 6 Oktober 2019 – 7 Oktober 2019.

2. Tujuan saya memohon untuk tidak hadir ke kuliah dan bengkel pada tarikh tersebut adalah
kerana saya perlu menjaga ibu saya yang tinggal bersendirian di rumah. Untuk pengetahuan pihak
tuan/puan, ibu saya ialah pesakit buah pinggang tahap ke lima dan perlu melakukan hemodialisis
selama 3 kali dalam seminggu.

3. Pada kebiasaannya ibu saya tinggal bersama kakak saya tetapi pada tarikh tersebut, kakak
saya mempunyai urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan perlu meninggalkan rumah pada
tarikh tersebut. Selain itu, saya juga perlu menghantar dan mengambil ibu saya di hospital pada 7
Oktober 2019 untuk urusan hemodialisis ibu saya kerana ketiadaan kakak pada tarikh itu.

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan/puan dapat meluluskan permohonan
saya untuk tidak hadir ke kuliah dan bengkel pada tarikh tersebut.

Pertimbangan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

..........................................
( Ramli B Aziz )
Pelajar Teknologi Penyejukbekuan
Dan Penyaman Udara,
Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu.

Anda mungkin juga menyukai