Anda di halaman 1dari 6

Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan

Terbaik
Rossa Calla 9:23 PM

434 shares

Facebook Google+TweetWhatsApp

Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik. Apa itu surat tunjuk sebab? Anda hendak
tahu cara buat contoh surat? Surat tunjuk sebab dalam konteks pekerjaan biasanya dikeluarkan
oleh majikan kepada pekerja yang telah melakukan sesuatu kesalahan yang melanggar kontrak
pekerjaan seperti kesalahan lewat datang kerja, cuti kecemasan, tidak hadir kursus dan lain-lain
lagi. Pekerja yang diberikan surat tunjuk sebab hendaklah memberi penjelasan kepada majikan
dengan memberikan alasan yang munasabah bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya.

Berikut adalah contoh surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik dan boleh dijadikan panduan
kepada mereka yang perlu menyediakan surat ini untuk menjawab surat majikan :-

Contoh Surat Tunjuk Sebab


1. Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Mesyuarat
Muhammad Salman bin Jamal
SK Perempuan Methodist
36000 Teluk Intan,Perak.

Tarikh: 15 MAC 2018


Pusat Kegiatan Guru Langkap,
36700 Langkap,
Perak.

Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN MESYUARAT

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Muhammad Salman bin Jamal, Guru Penyelaras ICT SK Perempuan Methodist
tidak dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat pada hari Selasa 13 Mac 2018.

3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana pada hari berkenaan saya telah memohon Cuti
Rehat Khas atas urusan keluarga. Saya juga telah meminta Guru Timbalan ICT Sekolah
mewakili saya ke mesyuarat tersebut. Namun pada saat akhir beliau juga tidak dapat hadir kerana
perlu mengikuti Taklimat e-RPI Pendidikan Khas di SK Seri Langkap pada hari dan waktu yang
sama.

4. Oleh yang demikian, saya memohon maaf atas ketidakhadiran ke mesyuarat tersebut.
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………….
2. Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Kursus 1

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Chembong,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh : 16hb. Mei 2013

Ahmad bin Halim


No. 31, Jalan TTJ S/G,
Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban, NSDK.

Tuan,

TUNJUK SEBAB TIDAK DAPAT MENGHADIRI KURSUS ANJURAN JPNS

Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas ingin merujuk kepada surat yang
bernombor rujukan JPNS.SPA.KUR 700-5/2 Jld.03 ( ) bertarikh 13 Mei 2013 yang bertajuk
Kursus Pemantapan Tatabahasa Untuk Sekolah Rendah Negeri Sembilan 2013 yang saya terima
pada 15hb. Mei 2013.

2. Saya amat berbesar hati kerana nama saya tersenarai dan terpilih untuk mengikuti kursus
tersebut selama 3 hari 2 malam di Hotel Naza Talyya, Melaka pada 19 – 21hb. Mei 2013.

3. Dengan Dukacitanya saya TIDAK dapat untuk menghadiri kursus tersebut kerana sebab-
sebab seperti berikut :-

 i. Tiada orang untuk menghantar dan menjemput anak saya ke sekolah (Tahun 1 dan Pra
Sekolah)
 ii. Pada 20-24hb. Ada peperiksaan KAFA untuk kelas kafa anak sulung saya jam 2.30 –
5.00 ptg dikelas Kafa As-Solihin (masalah menghantar dan menjemput balik)
 iii. Saya terpaksa membeli makanan di kedai selama tempoh ibu mertua saya berpantang
selepas pembedahan mata (Katarak) kerana ibu mertua saya masih belum dapat
memulakan aktiviti memasak dalam tempoh tersebut.
 iv. Isteri sayabertugas agak jauh dari Rembau (MPN Nilai) dan sukar untuk mendapat
pelepasan cuti kerana cuti terhad.
 v. Saya guru opsyen Bahasa Melayu tetapi di luar norma kerana menyandang jawatan
sebagai GPB (Guru Penyelaras Bestari)

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memahami masalah yang saya hadapi kerana ianya
nampak kecil tetapi memberi kesan yang tersendiri terhadap masalah pengurusan harian saya
buat masa kini.

5. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan dapat mengantikan saya dengan guru lain untuk
tujuan kursus ini dengan menguhubungi pihak yang berkenaan.

Sekian, Harap maklum dan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………….
(AHMAD HALIM)

3. Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Kursus 2

PIHAK YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KURSUS TEACH SMART


Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Mohd Ali Abu Bakar tidak dapat menghadirkan diri ke Kursus Teach Smart yang
berlangsung di Bilik Mesyuarat pada hari Selasa 12 Jun 2012

3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana persiapan auditoriumdan powerpoint membuat


program Pengarah Turun Padang.

5. Dengan itu,saya sudahi dengan ucapan mohon maaf di atas ketidakhadiran untuk berkursus
pada hari tersebut. Segala perhatian dan kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(MOHD ALI BIN ABU BAKAR)
Setiausaha Kokurikulum
SK Bandar Uda 2,
Johor Bahru.

4. Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Bertugas

Nama & Alamat anda

Tuan Pengurus,
Nama Majikan dan Alamat 10 OGOS 2015

Tuan,

PER: SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS

Merujuk Perkara di atas, Saya merangkap jawatan sebagai Penolong Juruteknik Kanan ingin
menyatakan sebab kepada ketidakhadiran saya untuk bertugas pada 6/8/2015 yang lalu.
Disebabkan kemampuan kesihatan yang terbatas, saya tidak mampu menggalas tugas yang
diberikan pada hari tersebut.

2. Berikutan kecederaan yang disebabkan kemalangan di bengkel kimpalan kilang tempoh hari,
kaki saya mula membengkak dan sakit,saya telah pun mendapatkan rawatan di pusat perubatan
dan pakar mengesyorkan saya bercuti pada hari tersebut. Dengan ini,saya lampirkan sekali sijil
cuti sakit yang mengesahkan kehadiran saya ke pusat perubatan tersebut bersama-sama surat
tunjuk sebab ini.

Dengan itu, saya sudahi dengan ucapan mohon maaf di atas ketidakhadiran untuk bertugas dan
amat mengharapkan kerjasama pihak tuan ,ini adalah kali pertama saya menulis surat tunjuk
sebab diatas insiden yang berlaku kepada saya,dengan itu saya mohon maaf sekiranya format
yang digunakan tidak kena dengan caranya.

Sekian, terima kasih.

5. Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Bekerja

Kepada :
Yang Dipertua.
Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB KELEWATAN KE TEMPAT KERJA TANPA KEBENARAN


Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas dan surat dari Jabatan Khidmat
Pengurusan bertarikh 2 Mei 2013 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan, bahawa saya telah mendapat surat kelewatan ke tempat kerja tanpa
kebenaran seperti berikut :-

Nama :
Jawatan :

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memberi sebab bahawa pada tarikh-tarikh kelewatan
tersebut seperti dilampiran, saya telah mengalami kesukaran untuk datang awal sebelum pukul
8pagi ke pejabat, kerana kesukaran saya menaiki motosikal kadang dalam keadaan hujan yang
lebat. Tambahan pula, pada masa ini saya sedang menjaga atuk saya yang sedang sakit. Oleh itu
saya sukar untuk menepati masa yang ditetapkan.

4. Segala perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan amat dihargai dan
diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………………………………

Semoga semua Contoh Surat Tunjuk Sebab di atas ini dapat membantu anda dalam mengarang
surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik.

Anda mungkin juga menyukai