Anda di halaman 1dari 6

RESEPI SPECIAL

AYAM MASAK HALIA

½ ekor ayam
1 botol kecil cuka
1 cawan air masak
8 sm halia – dipotong nipis
5 tangkai cili kering
2 sudu besar minyak bijan
Gula merah secukup rasa
Kicap secukup rasa
Garam (jika perlu)

Cara nak buat

1. Panaskan minyak bijan di dalam kuali dan masukkan halia. Goreng hingga berbau
harum.
2. Masukkan cili kering, ayam & cuka. Tutup & biarkan seketika.
3. Apabila hamper mendidih, tuang air masak, gula merah dan kicap secukup rasa.
Kacau selalu hingga empuk. Sedia untuk dihidang.

AYAM GORENG KUNYIT

½ ekor ayam-dipotong
5 tangkai kacang panjang-dipotong
3 sm kunyit-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
1 biji bawang besar-dipotong bulat
½ batang lobak merah-dihiris
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar madu
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara nak buat

1. Perapkan ayam dengan serbuk kari, madu dan bahan kisar selama 15 minit
2. Goreng ayam hingga garing, kemudian, masukkan bawang, kacang & lobak. Gaul
hingga rata. Tambah garam secukup rasa.
3. Tuang sedikit air supaya kacang dan lobak empuk.

DAGING TUMIS LADA HITAM

400 gm daging-dihiris nipis


4 tangkai daun bawang-dihiris
1 biji telur
½ biji bawang besar-dipotong
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu the kicap cairgaram dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak

Cara nak buat

1. Gaul daging, lada sulat, sedikit garam kicap cair, telur dan tepung jagung. Biarkan
beberapa minit.
2. Panaskan minyak dan gorang daging tadi. Kemudian toskan.
3. Jerang air dan serbuk lada hitam sehingga mendidih.
4. Masukkan bawang dan daging. Biarkan sehingga ramuan mendidih dan daging
empuk.
5. Taburkan daun bawang dan hiding.

NASI LEMAK

600 gm beras-dibersihkan
1 ½ biji kelapa-ambil 1.35 liter santan
3 biji telur rebus dibelah 4
1 helai daun pandan
1 biji timun-dihiris
Kacang tanah dan ikan bilis–digorang
Garam secukup rasa

Sambal tumis

300 gm ikan bilis goreng


1 biji bawang besar-dihiris bula
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
150 ml air
1 sudu the asam jawa
3 sudu makan munyak masak
1 sudu gula pasir

Cara nak buat

1. Masukkan beras, garam, daun pandan, santan ke dalam periuk. Jerang dengan api
sederhana. Kacau sekali sekala & biarkan sehingga nasi kering
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga garing.
3. Bubuh air asam jawa dan masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan bawang besar, gula pasir, garam dan ikan bilis. Masak lagi
hingga sambal pekat dan keluar minyak.
5. Sajikan nasi lemak, telur rebus, timun, kacang goreng dan ikan bilis.
DAGING MASAK KICAP HALIA

300 gm daging-dipotong nipis


100 ml air asam jawa
2 biji bawang merah-dikisar
2 biji bawang putih-dikisar
1 biji cili merah-dihiris
1 sm halia-dihiris
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
Daun bawang-potong memanjang
Garam & gula pasir secukup rasa
Minyak masak

Cara nak buat

1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg dikisar dan halia sehingga naik bau.
Masukkan daging dan kacau
2. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan sedikit air. Biar sehingga mendidih.
3. Masukkan cili merah, gula, garam dan asam jawa.
4. Kacau rata dan taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

DAGING MASAK MERAH

300 gm daging-dipotong nipis


4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan cili kisar
3 biji bawang putih-dikisar
3 biji bawang merah-dikisar
1 sm halia-dihiris halus
Sedikit daun sop dan daun bawang
Sedikit stok ayam atau daging
Garam & gula pasir secukup rasa
Minyak masak

Cara nak buat

1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia hingga wangi. Masukkan daging dan
kacau selalu.
2. Masukkan cili dikisar dan masak hingga naik minyak.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, stok, garam dan gula. Masak hingga daging empuk
dan kuahnya kering.
4. Hias dengan daun bawang dan daun sop. Sedia untuk dihidang
KAYTIAU GORENG

1 paket kayteau
Sedikit tauge
2 tangkai sawi
300 gm kerang rebus
3 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah-ditumbuk (bahan A)
2 ulas bawang putih-ditumbuk (bahan A)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 biji cili merah
Sedikit minyak masak dan garam

Cara nak buat

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan cili kisar dan bahan A
sehingga garing
2. Masukkan garam dan sedikit air.
3. Apabila mendidih, masukkan kerang, tauhu, kicap manis, sos tomato dan sawi.
Kacaukan.
4. Akhir sekali masukkan kaytiau & tauge. Taburkan daun bawang. Terus goreng
sehingga 3 minit.

MIHUN GORENG

300 gm mihun-direndam
200 gm udang basah
100 gm udang kering
Sedikit tauge dan sawi
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih-diketuk
1 sudu besar taucu
Sedikit sos tomato dan sos cili
1 biji cili merah daun bawang dan daun sop
Minyak
Garam secukup rasa

Cara nak buat

1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih, cili kisar dan udang
kering
2. Masukkan taucu, udang, tauge, garam, tauhu sedikit dan sawi. Gaulkan sehingga
rata.
3. Akhir sekali masukkan mihun dan goreng sehingga rata.
GULAI LEMAK AYAM

1ekor ayam-dipotong 12
1 kg santan pekat (1/2 biji kelapa).
60 ml minyak masak
100 gm cili padi-dikisar
50 gm serai-dikisar
50 gm bawang merah-dikisar
30 gm halia-dikisar
30 gm bawang putih-dikisar
30 gm daun kunyit
10 gm serbuk kunyit
10 gm garam
5 gm serbuk pati ayam

Cara nak buat

1. Gorang semua bahan yang dikisar sehingga naik bau.


2. Masukkan daun kunyit, serbuk kunyit dan santan.
3. masukkan Ayam. Masak sehingga empuk
4. Bubuh garam dan pati ayam secukup rasa. Kacau hingga sebati. merah dan kicap
secukup rasa. Kacau selalu hingga empuk. Sedia untuk dihidang.

MI GORENG

120 gm mi kuning-dicelur dan ditoskan


20 gm ayam-dipotong kecil-kecil
10 gm udang
5 ketul bebola ikan
2 keping kek ikan
2 biji bawang merah-dikisar
1 biji bawang putih-dikisar
1 sudu makan cili kisar
4 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
5 gm sayur sawi
2 sudu makan minyak masak
Sediit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara nak buat

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan merah sehingga wangi. Masukkan cili
kisar dan kacau dengan api yang sederhana.
2. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan sedikit air dan air tepung jagung.
4. Masukkan kicap pekat.
5. Masukkan sos tiram dan kacau rata
6. Masukkan bebola ikan, kek ikan, gula dan garam secukup rasa.
7. Masukkan mi kuning
8. Masukkan sawi dan masak selama seminit.
9. Sedia untuk dihidang.

KARI AYAM
1/2 kg daging ayam
250 gm bawang besar-dihiris
3 biji cili hijau-dihiris
1 sm halia-dikisar
5 biji bawang putih-dikisar
500 ml santan pekat
500 ml santan cair
4 sudu makan air sejuk
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh serbuk kari
1/2 sudu teh kunyit 1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 helai ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak/minyak sapi secukupnya untuk menumis

Cara nak buat

1. Masukkan ayam yg telah dibersihkan ke dlm bekas dan gaul bersama halia dan
bawang putih yang dikisar berserta garam. Peram sehingga sepuluh ke 15 minit.
Ketepikan.
2. Panaskan minyak @ minyak sapi dalam periuk. Tumis bawang besar sehingga
kekuningan.
3. Masukkan ayam yg diperap tadi, masukkan sebuk kari, sebuk cili, serbuk kunyit
dan serbuk lada sulah. Kacau rata sehingga 5 minit.
4. Masukkan tomato, cili dan santan cair. Biar mendidih.
5. Selepas itu masukkan santan pekat. Kacau dan biarkan kuahnya menjadi pekat
dan mendidih.
6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau dan biarkan selama 3 minit.
7. Tutup api dan bolehlah diangkat dan dihidang.

Anda mungkin juga menyukai