Anda di halaman 1dari 6

JOM BEREXCEL DENGAN YODA MASTER

Ramai yang kenal Ms Excel. Satu aplikasi yang dibangunkana oleh Ms


Office gun untuk membina:
1) Database
2) Pengiraan
3) dan macam-macam lagi

Namun begitu, ramai yang tidak menguasai function-function yang terdapat


di dalam Ms Excel ini. Terdapat 3 jenis ( kalau saya boleh kategorikan ) dalam
memahami Excel ini.

1) Worksheet Function
2) Macros
3) VBA

Saya tidak mahu membincangkan tajuk yang ke 3 iaitu VBA di sini kerana
ia agak rumit untuk difahami. Kelas VBA telah pun diadakan untuk anda
mengikuti. Tajuk ke 2 iaitu Macros juga memerlukan coding ( pengkodan )
dan ia juga agak rumit.

Saya hanya akan membincangkan dan menunjukkan function-function


untuk worksheet bagi anda semua mempelajarinya. Function-function dan
formula-formula tersebut akan saya serta sekali contoh-contoh
penggunaannya dalam kehidupan sehari-hari. Ia juga akan memberi anda
idea-idea jika anda ingin membuat sebarang kerja-kerja yang ada kaitan
dengan keperluan anda. Bab membebel ni saya tak pandai. Jadi mari kita
mulakan.

Salam dari,

THE YODA MASTER


0184082012

JENIS-JENIS FUNCTION

1) LOOKUP REFERENCE FUNCTION


1.1 LOOKUP( )
1.2 HLOOKUP( )
1.3 VLOOKUP( )
1.4 INDEX( )
1.5 INDIRECT( )
1.6 MATCH( )
1.7 ROW( )
1.8 TRANSPOSE( )

2. STRING/TEXT FUNCTION
2.1 CHAR( )
2.2 CODE( )
2.3 CONCATENATE( )
2.4 LEFT( )
2.5 LOWER( )
2.6 MID( )
2.7 PROPER( )
2.8 REPLACE( )
2.9 RIGHT( )
2.10 UPPER( )

3. DATE/TIME FUNCTION
3.1 DATE( )
3.2 DAY( )
3.3 MINUTE( )
3.4 NOW( )
3.5 SECOND( )
3.6 TIME( )
3.7 TODAY( )
3.8 YEAR( )

4. LOGICAL FUNCTION
4.1 AND( )
4.2 FALSE( )
4.3 IF( )
4.4 IFS( )
4.5 NOT( )
4.6 OR( )
4.7 TRUE( )

5. INFORMATION FUNCTION
5.1 CELL( )
5.2 ISBLANK( )
5.3 ISERROR( )
5.4 ISNA( )
5.5 ISNONTEXT( )
5.6 ISNUMBER( )
1.1 LookUp( )
LOOKUP( value, lookup_range, [result_range] )
value : nilai yang ingin dicari dalam sesuatu julat(range)
lookup_range : satu baris ( row ) atau satu lajur ( column )data yang telah
disusun secara menaik.
Function LookUp( ) akan mencari nilai yang diingini di dalam
julat ini.
[result_range] : Hanya pilihan.

Contoh:

Function LookUp( ) di atas mencari data yang berada di B5. Manakala julat atau
range yang dikehendaki adalah B2:B7. Maksud di sini adalah, pengguna ingin
mencari apakah nilai yang berada di cell B5 di dalam julat dari baris B2 hingga B7.

Dalam kerja-kerja guru, function LookUp( ) ini boleh kita gunakan untuk mencari
markah bagi pelajar-pelajar kita bagi subjek tertentu. Katalah kita hendak mencari
markah Matematik bagi pelajar kita. Jadi, kita boleh gunakan function ini untk
mengetahuinya.

Contoh:

Kita telah mendapat nilai yang kita kehendakki dari lajur (column) B2 hingga B7
iaitu nilai di cell B5 (JAMALIA). Seterusnya, apa yang kita inginkan
adalah nilai markah MATEMATIK bagi pelajar yang bernama JAMALIA ini. Formula
yang kita gunakan adalah:

=LOOKUP(B5,$B$2:$B7,$F2:$F$7)
Keterangan:
Function LookUp( ) ini akan mencari nilai berdasarkan value (nilai) di B5.
Function LookUp( ) ini mencari nilai berdasarkan baris atau lajur. Value atau nilai
yang dicari adalah di B5 iaitu JAMALIA. Sebaris dengan B5 seterusnya, kita
hendak mencari data markah MATEMATIK bagi baris B5 di lajur F2 hingga F7.

Oleh itu, formula yang kita gunakan adalah:

Formula di J2:
=LOOKUP(B5,$B$2:$B$7)
Hasil = JAMALIA

Formula di K2:
=LOOKUP(C5,$B$2:$B$7,$F$2:$F$7)
Hasil = 76

Tip:
Maksud $ adalah absolute iaitu dengan meletakkan tanda $, julat B2:B7 atau
F2:F7 tidak akan berubah menjadi B3:B8 dan seterusnya jika kita drag formula
tersebut ke bawah. Untuk meletakkan tanda $ pada awalan B atau nombor cell,
highlightkan B2:B7 dan klik kekunci F4. B2:B7 akan secara automatic bertukar
menjadi $B$2:$B$7. Heret formula anda ke bawah. Julat tersebut akan kekal
begitu.

Soalan:
Sifu, saya ada data di range(julat) D2:D9, tapi dalam Sheet2. Bolehkah saya
dapatkan data di D4 di range D2 hingga D9 di Sheet2 dan kemudian, saya nak
paparkan data tersebut di cell A1 di Sheet1?

Jawapan:
Boleh aja. Caranya Kita masih lagi menggunakan function LookUp( ). Apa yang
perlu kita lakukan adalah, mencuba dan kreatif.

Formula di A1 Sheet1

= LOOKUP(Sheet2!D4,Sheet2!D2:D9)
Data di D4 di
Sheet2
Letakkan formula di atas di cell A1 di Sheet1.

Statement budak dah pandai:


Maksudnya sifu, kalau saya nak paparkan nama pelajar dan markahnya di Sheet
lain boleh lah ya. Cuma kita selitkan Sheet*!bagi mewakili nama lembaran tu ya?
Yup. Yang lainikut formula LOOKUP( ) tu..

Anda mungkin juga menyukai