Anda di halaman 1dari 4

ONTOH SURAT TIDAK HADIR KULIAH

Kebanyakan Tutor mengalami masalah berkenaan kehadiran pelajar dalam tutorial

mereka. Masalah bukan berpunca kerana ketidakhadiran pelajar tetapi kegagalan pelajar
memaklumkan ketidakhadiran pada tutorial tersebut. Ramai pelajar menghantar
SMS/Whatsapp/Telegram dsb untuk memaklumkan mereka tidak dapat hadir mengikuti
kuliah .Harus ditegaskan bahawa sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada satu-satu sessi
kuliah, makluman hendaklah secara rasmi . Pelajar hendaklah menyerahkan surat tidak
hadir pada hari kuliah tersebut atau jika kecemasan boleh diposkan ke OUM dan diterima
selewat-lewatnya 3 hari selepas kuliah. Ini sangat penting kerana Tutor dikehendaki
memasukkan kehadiran secara online selepas sahaja sesi kuliah tamat. Pelajar harus
menyediakan 2 salinan surat. 1 salinan untuk tutor dan 1salinan untuk OUM.

Untuk Makluman,ketidakhadiran pelajar akan ditanda sebagai;

i. Tiada alasan - Tiada sebarang makluman

ii. Urusan peribadi - Sebarang Urusan yang tidak melibatkan tugas rasmi dan MC.( Perlu
surat rasmi)
iii. Urusan Rasmi - Sebarang urusan rasmi berkaitan kerjaya yang diiktiraf oleh KPM
(surat dan bukti)
iv. Cuti sakit - Bersalin,tinggal di wad, sakit dsb (perlu surat dan Sijil Sakit)

Pelajar yang hanya menghantar makluman melalui SMS/Whatsapp/Telegram dan lain-lain

teknologi internet atau pesanan rakan tidak dikira sebagai makluman dan akan dikira
sebagai TIADA ALASAN.

Selain itu , didapati terdapat pelajar yang menghantar surat dalam bentuk tidak rasmi
dan tidak mengandungi butiran yang sepatutnya. Sebagai panduan, dalam surat tidak
hadir itu perlu ada;

i. Nama Tutor
ii. Tutorial berapa
iii. Kumpulan/masa
iv. Sebab Tidak Hadir
v. Bukti

Bagi memudahkan, saya paparkan contoh surat tidak hadir (boleh diubahsuai mengikut
keperluan)

Alamat

Pengarah,
Pusat Pembelajaran Pahang
Open universiti Malaysia,
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
(u.p.......................................)

Tarikh:

Tuan,

TIDAK DAPAT MENGHADIRI KELAS TUTORIAL KE ..........

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya tidak dapat menghadiri kelas tutorial ke ............ pada tarikh .................................
Slot ...........................(masa).

3 Saya tidak dapat hadir disebabkan ...................................................................................

..........................................................................................................................................

(sila sertakan salinan surat jika tidak hadir kerana MC atau tugas rasmi)

4. Sebarang kesulitan amat dikesali dan kefahaman yang diberikan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih,

Yang benar,
.......................................
(NAMA )
No K/P :.
No Matrik:.

ONTOH SURAT TIDAK HADIR KULIAH

Kebanyakan Tutor mengalami masalah berkenaan kehadiran pelajar dalam tutorial
mereka. Masalah bukan berpunca kerana ketidakhadiran pelajar tetapi kegagalan pelajar
memaklumkan ketidakhadiran pada tutorial tersebut. Ramai pelajar menghantar
SMS/Whatsapp/Telegram dsb untuk memaklumkan mereka tidak dapat hadir mengikuti
kuliah .Harus ditegaskan bahawa sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada satu-satu sessi
kuliah, makluman hendaklah secara rasmi . Pelajar hendaklah menyerahkan surat tidak
hadir pada hari kuliah tersebut atau jika kecemasan boleh diposkan ke OUM dan diterima
selewat-lewatnya 3 hari selepas kuliah. Ini sangat penting kerana Tutor dikehendaki
memasukkan kehadiran secara online selepas sahaja sesi kuliah tamat. Pelajar harus
menyediakan 2 salinan surat. 1 salinan untuk tutor dan 1salinan untuk OUM.

Untuk Makluman,ketidakhadiran pelajar akan ditanda sebagai;

i. Tiada alasan - Tiada sebarang makluman

ii. Urusan peribadi - Sebarang Urusan yang tidak melibatkan tugas rasmi dan MC.( Perlu
surat rasmi)
iii. Urusan Rasmi - Sebarang urusan rasmi berkaitan kerjaya yang diiktiraf oleh KPM
(surat dan bukti)
iv. Cuti sakit - Bersalin,tinggal di wad, sakit dsb (perlu surat dan Sijil Sakit)

Pelajar yang hanya menghantar makluman melalui SMS/Whatsapp/Telegram dan lain-lain

teknologi internet atau pesanan rakan tidak dikira sebagai makluman dan akan dikira
sebagai TIADA ALASAN.

Selain itu , didapati terdapat pelajar yang menghantar surat dalam bentuk tidak rasmi
dan tidak mengandungi butiran yang sepatutnya. Sebagai panduan, dalam surat tidak
hadir itu perlu ada;

i. Nama Tutor
ii. Tutorial berapa
iii. Kumpulan/masa
iv. Sebab Tidak Hadir
v. Bukti

Bagi memudahkan, saya paparkan contoh surat tidak hadir (boleh diubahsuai mengikut
keperluan)

SK Dato Ahmad Said Tambahan,

Lebuh Rajawali,
30020 Ipoh, Perak.

Guru Besar,
SK Dato Ahmad Said Tambahan,
Lebuh Rajawali,
30020 Ipoh, Perak. 22 MEI 2017

Tuan,

TIDAK DAPAT MENGHADIRI LADAP SKPMG2

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya tidak dapat menghadiri LADAP SKPMG2 pada tarikh 18 Mei 2017 pada pukul 2.45
petang sehingga 5.00 petang.

3. Saya tidak dapat hadir disebabkan anak pengasuh yang menjaga anak-anak saya berada di
dalam keadaan tidak sihat dan perlu segera dibawa ke hospital.

4. Sebarang kesulitan amat dikesali dan kefahaman yang diberikan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

................................................
(ZUHAILAH BINTI SULAIMAN)
Guru Pendidikan Islam,
SK Dato Ahmad Said Tambahan, Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai