Anda di halaman 1dari 1

Ahamad Abu Ali

No 3014,
Kampung Tersusun Seri Meru,
30020 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat,


Jalan Jugra,
42700 Banting
Selangor Darul Ehsan.

23 Jun 2015

Tuan,
Memohon Kebenaran Bercuti untuk Penilaian Sijil Pengajar Vokasional
Merujuk perkara di atas, saya memohon kebenaran untuk bercuti atas urusan penilaian akhir bagi
program Sijil Pengajar Vokasional (VTO).
2.
Untuk pengetahuan pihak Tuan, saya merupakan pelajar Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran
Lanjutan (CIAST), yang baru tamat menjalankan latihan industri di Institut Kemahiran Belia Negara,
Seri Iskandar Perak pada 19 Jun 2015. Sehubungan dengan itu, saya perlu menjalani sesi
pembentangan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) yang akan diadakan seperti dalam perincian
berikut:
Tarikh
:
29 Jun hingga 3 Julai 2015
Tempat
:
Kampus Satelit CIAST, Taiping Perak
3.
Setelah pulang dari penilaian tersebut saya akan berjumpa dengan rakan-rakan untuk
mengulang kaji pelajaran yang tertinggal. Di harapkan agar permohonan saya untuk bercuti dalam
tempoh yang dinyatakan diluluskan oleh pihak Tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
......................................
Ahamad Abu Ali

Anda mungkin juga menyukai