Anda di halaman 1dari 2

1) Makanan Lengkap dan Seimbang

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir
dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai
zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7%
karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram
coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19%
riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.
Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi

2) Benteng Kerosakan Gigi

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng
kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di
dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang
menghalang pembentukan plak gigi.

3) Bukan Penyebab Kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak
yang menyebabkan kegemukan.

Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang
pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga
daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

4) Baik Untuk Jantung

Koko adalah makan yang kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan
risiko atherisclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit
koronari jantung.

Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi.
Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh
manusia dalam sehari.

Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat
putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol (poliphenol)
berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

5) Mengawal Tekanan Darah

Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu
mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukarkan
gula di dalam makanan menjadi tenaga.

Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat
tindakbalas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.

6) Mengawal Kencing Manis

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing


manis.
Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik
menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

7) Menghalang Jerawat dan Parut

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan
mengurangkan parut.

8) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan

Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan
sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan
radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan
amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.

9) Baik Untuk Kulit

Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi,
31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang
bertindak sebagai antioksidan.

Koko merupakan antara tanaman utama negara yang banyak membantu didalam peningkatan
hasil sumber negara. Produk dari pokok koko selalunya akan mendapat permintaan yang
tinggi terutama coklat. Di Malaysia koko merupakan tanaman komoditi yang ketiga
selepas kelapa sawit dan getah.
Selain digunakan dalam pembuatan coklat dan konfeksi, lemak koko yang merupakan
lemak semulajadi dan mempunyai ciri-ciri mesra terhadap kulit yang sudah lama
dikenali oleh kaun Aztecs,juga digunakan sebagai salah satu bahan mentah dalam
pembuatan barangan kosmetik,penjagaan diri dan farmaseutikal.
Oleh yang demikian tidak salah lah kita mengatakan koko merupakan satu sumber
pelbagai guna yang sangat penting dinegara ini.

Satu fakta dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan


Malaysia hanya menggunakan 3% dari sumber koko dalaman untuk menghasilkan produk
dan selebihnya ianya di import dari negara luar. Jadi tidak hairanlah Lembaga Koko
Malaysia sangat-sangat menggalakkan rakyat Malaysia menceburi bidang penanaman koko
ini

Anda mungkin juga menyukai