Anda di halaman 1dari 7

25 Contoh Soalan Popular Yang Biasa Ditanya Semasa Temuduga

Kerja Kerajaan.

1. Sila Terangkan Mengenai Diri Anda

Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untukmenjadi seorang
jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Untuk mencapai matlamat saya, saya
telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya
menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.

Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam


pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam
di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan. Saya yakin,
dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul
tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.

2. Apakah Persediaan Yang Anda Buat Untuk Temuduga Ini?

Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di
Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepadarakan-rakan yang ada
pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam lagi persediaan
yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan
dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi
persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti
menjadi yang TERBAIK.

3. Adakah Anda Gemar Untuk Bekerja Bersendirian Ataupun Secara Berkumpulan?

Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan
menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya
amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang
terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini akan menjadikan
diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.

4. Apakah Kelemahan Anda?

Kelemahan saya ialah saya suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang saya
lakukan siap lebih awal. Sejak di university lagi, saya suka menyiapkan kerja dengan lebih awal
sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan. Tetapi, apabila kerja saya
siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja yang baru pula tanpa tekanan
dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu yang baru. Mungkin kelemahan saya
ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja dengan cemerlang dan juga dapat bersosial
dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan
seharian.

5. Sudah Berapa Kali Anda Dipanggil Hadiri Temuduga Kerajaan?

Untuk makluman tuan, temuduga kali ini adalah temuduga ke-5 saya dalam sektor awam.
Sebelum ini, saya telah menghadiri 4 temuduga dan 2 kali berjaya menjadi calon simpanan. Dan
pada hari ini, saya yakin akan berjaya dalam percubaan kali ke-5 ini. Saya akan terus mencuba
sehingga saya berjaya bergelar penjawat awam.

6. Mengapakah Kami Patut Mengambil Anda Bekerja Dengan Kerajaan?

Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan
yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai
kebolehan yang setanding saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan
akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti
mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya
sertai.

7. Memandangkan Anda Baru Sahaja Menamatkan Pengajian Beberapa Bulan Yang Lepas,
Adakah Anda Mempunyai Pengalaman Bekerja?

Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa
membuat apapun. Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah
saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wang tambahan di samping membantu keluarga
menguruskan kedai runcit tersebut. Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya, saya belajar
bagaimana untuk menguruskan pembelian barang-barang, menguruskan akaun perniagaan, dan
juga belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ramai pelanggan. Dari pekerjaan-pekerjaan
berikut, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja, berurusan dengan orang
ramai, mengurus data dan sebagainya.

8. Apakah Yang Anda Rasa Yang Membuatkan Anda Lebih Layak Untuk Jawatan Ini
Berbanding Calon Lain?
Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai
pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited
terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Selain
itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar
pandangan dari orang lain.

9. Awak Ada Diploma, Kenapa Minta Jawatan Berkelayakan SPM Ini?

Walaupun saya ada diploma, tak salah saya untuk memohon jawatan yang memerlukan
kelayakan SPM. Berkhidmat dalam sektor awam adalah impian saya, dan apabila diberikan
peluang saya perlu mengambilnya. Berdasarkan rujukan saya di laman web SPA, seseorang
calon itu boleh memohon jawatan di sector awam yang memerlukan kelayakan satu level rendah
dari kelayakan yang dimilikinya. Yang ada diploma, boleh memohon jawatan yang memerlukan
kelayakan SPM. Tambahanlagi, saya dapati ramai penjawat awam yang memiliki sijil diploma
berkhidmat dengan jawatan yang memerlukan SPM atau sijil sahaja seperti PembantuTadbir,
Juruteknik dan sebagainya. Dan saya sendiri yakin saya mampu menggalas tugas yang diberikan
apabila bekerja nanti.

10. Mengapa Anda Kerap Menukar Kerja?

Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa
yang sama saya sukakan cabaran.

11. Sebagai Seorang Jurutera, Selain Daripada Kepakaran Teknikal, Apa Lagi Kemahiran
Lain Yang Perlu Ada Pada Diri Anda Untuk Membina Sebuah Kerjaya Yang Cemerlang Dan
Membolehkan Anda Menjadi Seorang Jurutera Yang Serba Boleh? Apa Inisiatif Yang Anda
Ingin Lakukan?

Selain dari kepakaran teknikal, kemahiran lain yang perlu ada pada saya untuk membina kerjaya
yang cemerlang ialah perlunya saya menguasai soft skill seperti kemahiran berkomunikasi,
berfikiran kreatif dan juga proaktif dalam apa sahaja yang dilakukan. Inisiatif yang saya akan
lakukan sudah tentu dimulai dengan mencari ilmu samada dalam bentuk latihan mahupun
membaca. Kemudia ia mestilah disusuli dengan tindakan.

12. Kenapa Memohon Bekerja Sebagai Kakitangan Kerajaan. Kenapa Tidak Swasta? Apa
Kelebihan Dan Kekurangan Bekerja Dengan Kerajaan Berbanding Dalam Sektor Swasta?
Bekerja di sektor awam merupakan cita-cita sya sejak dari kecil lagi dan dengan berkerja di sektor
awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat brbakti kepada
negera bangsa, dan agama. Saya memilih untuk bekerja di sektor ini kerana saya akan
berterusan mendapat peluang untuk menambah ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang
kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian, dan banyak
lagi yang sememangnya bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal
menjadikan saya sebagai seorang penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang, tetapi cekap
dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi. Selain itu saya juga berpeluang menyambung
pengajian di peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang ini dengan
bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada
perkhidmatan awam itu sendiri. Tidak dapat dinafikan dengan bekerja di sektor awam, ia memberi
jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Ini kerana tiada risiko dibuang kerja jika
berlaku kegawatan ekonomi seperti di sektor swasta. Di sektor ini juga mempunyai peluang
kenaikan pangkat dan juga gaji serta kelebihan-kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan,
KWSP, mudah membuat pinjaman bank, elaun perumahan dan lain-lain lagi.

13. Sekiranya Kakitangan Bawahan Menegur Hasil Kerja Anda, Apakah Tindakan Anda Dan
Bolehkah Anda Menerima Kritikan Tersebut?

Tindakan saya yang pertama, saya akan mendengar teguran itu dengan teliti dan tebuka. Saya
berpendapat bahawa teguran mereka adalah benar kerana mereka sudah berpengalaman dan
sudah biasa dengan kerja tersebut. Oleh yang demikian, mereka pasti dapat mengenalpasti
sebarang kekurangan pada hasil kerja saya. Saya akan menyemak semula hasil kerja saya dan
mengenalpasti di manakah silapnya. Sebagai langkah pembetulan, saya akan berbincang
dengan kakitangan bawahan saya dan merujuk kepada pegawai atasan saya demi memastikan
segala kekurangan dapat diperbaiki ke tahap yang optimum.

14. Sebagai Seorang Yang Pernah Bekerja Di Syarikat Swasta Dalam Bidang Anda,
Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Pengalaman Tersebut Dalam Perkhidmatan
Awam Jika Anda Diterima Jawatan Ini?

Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sektor swasta, saya rasa pengalaman tersebut
dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan awam. Antaranya adalah melalui tempoh kerja swasta
yang sering bekerja lebih masa demi memastikan output atau hasil kerja yang berkualiti, tepat
pada masanya dan juga menjimatkan kos. Seperti yang kita maklum, syarikat swasta amat
mementingkan keuntungan dan kerana itulah mereka membuat pelbagai cara untuk mendapat
keuntungan yang lebih tinggi. Saya rasa sebagai penjawat sektor awam, kita juga perlu bersikap
seperti itu, di mana kita mementingkan keuntungan yang terbaik untuk kerajaan tanpa
mengabaikan aspek-aspek kualiti kerja yang dihasilkan.

15. Bagaimanakah Anda Menyerap Tekanan Semasa Bekerja?


Saya kuat bekerja dan selalu memastikan kerja yang dilaksanakan siap sebelum masanya. Saya
menganggapnya sebagai satu cabaran dan apabila saya berjaya mengatasi cabaran tersebut,
ianya adalah satu kemenangan yang bermakna bagi diri saya. Selain itu juga, saya menganggap
cabaran adalah bersifat positif jadi tekanan yang wujud akan berkurang dengan anggapan seperti
itu.

16. Apakah Perkara Asas Dalam Menyelesaikan Sebarang Masalah Yang Timbul Di Tempat
Kerja Anda?

Perkara-perkara asas dalam menyelesaikan masalah adalah pertama, fahami masalah tersebut,
kenali punca datangnya masalah tersebut, dan akhirnya pilihan bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Itulah secara ringkasnya perkara-perkara yang perlu di ambil tahu dalam menyelesaikan
masalah di tempat kerja.

17. Bagaimana Anda Menyelesaikan Sesuatu Masalah?

Perkara asasnya – siasat masalah dengan teliti, tidak mengambil keputusan terburu-buru, rujuk
kepada mereka yang berpengalaman, ambil langkah-langkah proaktif supaya masalah tidak
berulang.

18. Sebelum Saya Mengakhiri Sesi Temuduga Ini, Adakah Anda Memiliki Sebarang
Pertanyaan?
Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yang mengharapkan dapat berkhidmat di sektor
awam. Saya sedar saya bukanlah terpandai, terbaik, tetapi jika tuan member peluang untuk saya
berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan
saya dan belajar untuk menjadi yang terbaik. Tiada satupun manusia di dunia ini yang terus jadi
pandai tanpa berusaha dan terus belajarkan?

19. Jawatan Ini Adalah Secara Kontrak. Adakah Anda Masih Mahu Menerimanya?

Ya, saya sanggup menerimanya. Sekurang-kurangnya saya memperolehi pengalaman dan


masih memiliki peluang untuk diserapkan secara tetap. Bukannya mudah untuk memasuki bidang
kerjaya di sektor awam, jadi saya tidak akan melepaskan peluang yang muncul di depan mata.
20. Adakah Anda Sanggup Berkhidmat Di Sabah Atau Sarawak/Pedalaman?

Ya, saya sanggup! Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat demi negara, saya
sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja yang diarahkan oleh kerajaan. Saya juga akan
memastikan keluarga saya akan berpindah sama dengan saya jika perlu. Sejak dari dulu lagi,
saya memang sedia maklum bahawa kakitangan awam ini mesti sanggup bertugas di mana-
mana tempat yang diarahkan .

21. Apakah Isu Semasa Yang Hangat Diperkatakan Sekarang Ni Dalam Media Massa?

su semasa yang hangat diperkatakan sekarang adalah berkenaan isu krisispolitik Syria di mana
selepas kebangkitan rakyat di Mesir, kini di Syria berlakunya kebangkitan rakyat yang telah
berlanjutan selama beberapa bulan. Ini adalah disebabkan kerana rakyat Syria yang bangkit
menuntut keadilan dan juga menolak pemerintahan diktator Basyar Asssad yang kejam di mana
bermula pemerintahan bapanya lagi sehinggalah semasa basyar memerintah, seramai lebih 60
000 rakyat Syria telah terbunuh dengan menggunakan tentera-tentera mereka. Mereka akan
membunuh siapa sahaj yang tidak menyokong mereka. Ini merupakan perbuatan yang sangat
kejam.

22. Apa Pendapat Anda Tentang Kenaikan Harga Barang?

Jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barang mentah dan minyak
seperti pasaran minyak global, saya boleh menerimanya. Tetapi sekiranya kenaikkan tersebut
disebabkan oleh puak-puak yang memonopoli seperti di musim perayaan dan kenaikkan gaji, ia
adalah suatu yan tidak sepatutnya berlaku sama sekali. Pihak kerajaan perlu memantau
kenaikkan yang tidak sepatutnya berlaku ini.

23. Apakah Isu Yang Hangat Diperkatakan Dalam Negara Masa Kini?/Nyatakan Apa-Apa
Sahaja Isu Semasa Yang Anda Tahu?

Isu yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu kalimah Allah swt, di mana terdapat tuntutan dari
pihak yang beragama Kristian menuntut untuk menggunakan kalimah “Allah” di dalam kitab bible
mereka yang mereka ingin tuliskannya di dalam versi bahasa melayu. Namun, hakikatnya isu ini
telah pun selesai sebelum ini namun dibangkitkan semual. Majlis Fatwa Kebangsaandi dalam
persidangan kali ke-82 telah memutuskan bahawa Kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh
orang Islam sahaja dan sesiapa yang ingin menggunakan Kalimah Allah haruslah merujuk
kepada hakikat sifat Allah iaitu Alalh itu Esa dan bukanlah merujuk kepada konsep ketuhanan
yang tiga yang dipanggil “trinity” dan setelah digabungkan ketiganya dipanggil “The Lord”
24. Berikan Pendapat Anda Mengenai Masalah Gejala Sosial Di Malaysia.

Pendapat saya mengenai gejala sosial di Malaysia ialah gejala ini sungguh serius dan menjadi
suatu is yang sepatutnya tidak dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Ini kerana ia melibatkan
generasi muda di Negara kita yang akan mewarisi Negara ini suatu masa nanti pada masa
hadapan. Nasib kita bergantung kepada generasi mudanya. Oleh itu kita seharusnya
menjalankan usaha-usaha yang boleh membanteras gejala ini sehingga ke akar umbi.

25. Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Integriti? Sila Ceritakannya!

Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang
cakapnya, dll. Dalam sektor awam, nilai integriti yang tinggi amat diperlukan bagi menghasilkan
perkhidmatan yang cemerlang yang menjamin kesejahteraan rakyat. Oleh itu, pihak kerajaan
amat menerapkan nilai integriti yang kuat kepada penjawat awam.

Anda mungkin juga menyukai