Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN IKLAN DALAM PERNIAGAAN

Apabila kita memulakan perniagaan tidak dapat tidak kita pasti memikirkan pelbagai kaedah untuk
memaparkan iklan syarikat kita. Dengan iklan kita dapat menjual kepada pelanggan kerana mereka
melihat produk dan harga yang kita tawarkan.

Iklan seperti di website, facebook, blog atau apa sahaja medium pengiklanan membantu kita untuk
meningkatkan jualan. Tanpa iklan perniagaan kita akan tenggelam perlahan-lahan. Sebab itulah
usahawan online atau offline pasti akan melaburkan wang mereka pada saluran pengiklanan.

Semakin besar pelaburan kita dalam pengiklanan semakin besar juga keuntungan yang kita perolehi. Oleh
itu sebagai usahawan yang baru bermula dalam perniagaan online dan offline kita perlu meminimakan
kos pengiklanan.

Sebab utama kita perlu menjimatkan kos pengiklanan pada awal perniagaan adalah kerana kita perlu
menumpukan perkara yang lebih besar dalam perniagaan.

Minimakan kos pengiklanan anda pada peringkat awal perniagaan.

1. Berikan perkataan yang berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam petikan di atas.
Jualan - _____________________________________________________ [1 markah]

2. Berdasarkan petikan, berikan dua kepentingan iklan kepada perniagaan.


i. __________________________________________________________ [1 markah]
ii. __________________________________________________________ [1 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri iklan yang baik.


i. __________________________________________________________ [1 markah]
ii. __________________________________________________________ [1 markah]

Anda mungkin juga menyukai