Anda di halaman 1dari 3

Nama No I/C No.

Matrik Kursus Subjek Pensyarah

: Nor Hafeza Anuar : 910111-11-5250 : A11PP0093 : 3SPPS : Sport Bisness : En Hafiz B. Ismail

Syarikat Yonex-LCW dengan berbesar hati telah memlancarkan sebuah produk kasut untuk senaman dan riadhah yang berkualiti tinggi. Oleh itu, selaku Ketua Pemasaran untuk syarikat Yonex-LCW ini, saya telah menyediakan satu konsep baru bagi semua golongan lelaki dan wanita bertujuan menarik perhatian para peminat barangan kasut sukan di Malaysia mahupun di luar negara. Konsep yang saya ketengahkan adalah konsep 2M2S. Yang dimaksudkan dengan konsep ini ialah : 2M ( Menarik dan Menjimatkan ) Menarik Terdapat pelbagai kategori pilihan-pilihan warna yang sangat menarik untuk diperagakan ketikan bersukan. Sebagai contoh, warna jingga, kuning, unggu, merah dan sebagainya. Warna-warna kasut ini pasti akan memukau setiap pelanggan yang datang ke syarikat kami. Selain itu, kasut yang kami perkenalkan ini mempunyai elemen-elemen seni yang menarik bersesuaian mengikut semua jenis golongan lelaki mahupun wanita tidak mengira peringkat umur. Menjimatkan Harga yang kami tawarkan juga sangat berpatutan dan sesiapa sahaja mampu untuk memilikinya. Mungkin ramai yang akan beranggapan yang lagi murah barang tersebut, kualitinya juga akan menurun. Tetapi tidak pada syarikat kami, Yonex-LCW mempunyai kualiti barangan kasut sukan yang tersendiri dan tidak sesekali akan mengecewakan hati para pengguna mereka. Kualiti sesebuah produk adalah menjadi medan utama bagi syarikat kami.

2S ( Selesa dan Sesuai ) Selesa Barangan kasut sukan keluaran kami ini mempunyai tapak dalam yang begitu luar biasa dan anjal ( spring ) supaya para pengguna tidak akan tercedera. Keselesaan para pengguna tetap menjadi 100% keutamaan bagi syarikat kami. Pengguna sentiasa akan berasa selesa setiap kali mereka melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan. Sesuai Tidak terkecuali juga, syarikat kami menyediakan kasut yang sesuai untuk sebarang aktiviti outdoor mahupun indoor. Selain ia sesuai bagi lelaki dan wanita, kasut keluaran kami juga menyediakan saiz kasut di setiap peringkat umur. Saya juga akan menggunakan pendekatan menghebahkan barangan kasut sukan yang ada di syarikat kami ini dengan melalui media massa, televisyen, internet dan mengedarkan flyers bagi sesiapa yang berminat mencari barangan kasut sukan mereka di syarikat kami. Selain untuk menarik perhatian orang ramai akan kelebihan-kelebihan yang ada di syarikat kami ini, kami juga akan menyediakan seorang duta ternama iaitu Datok Lee Chong Wei bagi membantu kami mempromosikan kasut sukan di syarikat Yonex-LCW. Bersesuaian dengan tagline syarikat kami iaitu Right Choice Is Here, dengan adanya duta terkenal ini, serba sedikit mampu menraih perhatian orang ramai khususnya mereka dari golongan atlet untuk mencuba kasut sukan di syarikat kami. Selain itu, syarikat kami tidak akan terkecuali untuk melakukan diskaun pada setiap bulan dan akan menyediakan perkhidmatan membership bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli bagi syarikat kami. Dengan adanya kad ahli tersebut, pelbagai free gift akan kami berikan kepada mereka. Diskaun yang disediakan juga amatlah berpatutan dan sesiapa sahaja akan rabun mata untuk memilih kasut sukan mereka. Tambahan pula, kami akan menjadi penaja bagi setiap kejohanan besar antara negeri mahupun negara. Selain dapat menjana ekonomi negara, kami akan mengadakan kerjasama dengan syarikat sukan yang lain dalam menjadi

penaja bagi sesebuah kejohanan sukan. Antara kejohanan sukan ialah Malaysia Open bagi sukan badminton, bola sepak tempatan, sukma, dan lain-lain lagi. Semasa promosi barangan kasut sukan kami dijalankan, kami juga akan menyediakan sedikit aktiviti sukan bagi menghargai para pelanggan yang hadir memeriahkan syarikat kami. Mereka yang menang akan diberikan kasut sukan jenama Yonex. Akhir kata, saya berharap dengan pendekatan konsep 2M2S kami ini akan dapat diterima pakai oleh semua para pengguna barangan kasut sukan di syarikat Yonex- LCW.

Anda mungkin juga menyukai