Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya, Amirul Shazwan telah menubuhkan Perniagaan Shazwan Furniture pada 1 Januari 2009
dengan modal sebanyak RM60,000 dimasukkan ke dalam akaun bank .Perniagaan saya adalah
perniagaan milikan tunggal yang menjual perabot seperti meja makan, sofa mewah , lampu
perhiasan , kamar tidur dan sebagainya .Pada 1 Januari 2009 lengkapan kedai telah dibeli dengan
kos RM 15 000 .Pada 1 Julai 2009 Kenderaan telah dibeli dengan kos RM40 000 untuk membantu
perniagaan berjalan dengan lancar .

Perniagaan juga telah membuat pinjaman sebanyak RM 36 000 untuk membiayai perniagaan ini .

Perniagaan ini dibantu oleh seorang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM1200 sebulan.

Tujuan saya memilih perniagaan ini adalah kerana:

(i)Kurangnya perniagaan yang menubuhkan perniagaan perabot di lokasi perniagaan yang saya
jalankan sekarang ini .

(ii) Mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan penduduk yang tinggal di kawasan ini dan
pengusaha-pengusaha pusat peranginan di Malaysia .

(iii) Saya amat berminat dalam perniagaan ini memandangkan bidang ini sentiasa mempunyai
permintaan yang tinggi.

Saya percaya dengan menjalankan perniagaan milikan tunggal yang menjual perabot , saya dapat
memperoleh keuntungan yang tinggi serta dapat memenuhi permintaan orang ramai.

Saya faham dengan melibatkan diri dalam perniagaan yang menjual perabot ini saya berdepan
dengan risiko-risiko seperti persaingan terutamanya dari syarikat-syarikat perabot yang besar
seperti Lorenzo Furniture. Walaubagaimanapun saya akan menanggung sendiri segala kos dan
kerugian.

Anda mungkin juga menyukai