Anda di halaman 1dari 39

1.

0 KEMAHIRAN ASAS SUKAN TENIS


1.1 Memilih Raket

Rajah 1.1 Anatomi alatan


Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :
i.
ii.

Saiz gengaman tangan


Saiz dan berat raket

Rajah 1.2
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru
mula bermain tenis.

Rajah 1.3 Raket untuk pemain yang baru mula bermain


Cara memilih raket untuk beginner: Terdapat pelbagai jenis raket tenis yang ada di pasaran
saat ini. Secara kasar terdapat 3 jenis raket berdasarkan saiz kepalanya, iaitu :
i.
ii.
iii.

Mid size : 85-90 sq.inch


Mid-plus : 95-105 sq.inch
Oversize : 110-135 sq.inch
Ukuran kepala raket umumnya berkait dengan kekuatan yang akan dihasilkannya.

Raket-raket dengan ukuran kepala yang besar (Oversize) biasanya menghasilkan tenaga
yang besar dan apabila anda memegang raket jenis ini maka umumnya akan terasa lebih
berat di kepala raket (head heavy/ berat depan). Raket dengan ukuran kepala yang kecil
(Mid size) umumnya memiliki kekuatan yang kecil dan keseimbangan raket ini akan terasa
lebih berat di bahagian pemegang raket (head light/ berat belakang). Sedangkan raket
midplus berada di antaranya dengan berat yang seimbang.

Rajah 1.4 Jenis-jenis raket

1.2 Cara Memegang Raket Tenis


Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara
memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang
pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan
pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.
1.2.1 Rajah Memegang Raket

Rajah 1.5 Cara memegang raket

Rajah 1.6

1.2.2 Jenis Kaedah Memegang Raket


1.2.2.1 Forehand Continental grip

Rajah 1.7 Cara memegang continental grip


Grip ini merupakan grip klasik yang selalu digunakan oleh pemain-pemain tenis jaman
dahulu ketika raket kayu masih digunakan. Posisi tangan berada tepat di atas ganggang
raket dan posisi pangkal telunjuk berada di sudut 1 (untuk pemain tangan kanan) atau sudut
4 (untuk pemain kidal).
Pemain profesional modern yang tercatat masih menggunakan tipe ini adalah
Stefan Edberg dan sebelumnya adalah John McEnroe. Grip ini sangat baik digunakan di
permukaan lapangan yang cepat, seperti rumput, dan digunakan oleh pemain dengan jenis
permainan Service Volley. Saat ini tidak banyak yang menggunakan tipe continental
sebagai pegangan forehand utamanya kerana tempo permainan yang semakin cepat
dengan bola yang semakin berputar (spin). Minus grip ini adalah hanya boleh dipakai untuk
pukulan mendatar (flat) dan mengiris (slice), sedangkan untuk pukulan spin agak sukar.
Pemain yang menggunakan grip ini juga seringkali menghadapi kesukaran bola-bola top
spin yang bersifat agak melambung parabolik. Akan tetapi, grip continental merupakan grip
standard untuk melakukan servis dan juga untuk pukulan volley serta overhead kerana
tangan yang mantap mencengkam ganggang raket.

1.2.2.1 Forehand Eastern grip

Eastern merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan petenis pemula. Grip ini seringkali
disebut sebagai pegangan berjabat tangan. Anda dapat mencobanya dengan memulai
pegangan dari leher raket, seperti menjabat tangan, lalu turun ke ujung gagang raket. Posisi

dari pangkal telunjuk cenderung berada pada sisi kanan (untuk pemain tangan kanan) atau
sisi kiri (untuk pemain kidal).

Rajah 1.8 Cara memegang Eastern grip


Pegangan jenis ini dapat memberikan variasi pukulan yang lengkap, baik itu flat,
slice, maupun spin. Pilihan grip ini cocok sekali bagi pemain yang sering mengandalkan
permainan volley ke depan net karena anda dapat dengan mudah dan cepat menyesuaikan
grip untuk pukulan volley ke depan net. Namun minus pegangan ini sekali lagi agak susah
untuk menghadapi bola-bola topspin yang bersifat parabolik.
Salah satu pemain profesional yang menguasai tenis di tahun 90an, yaitu Pete Sampras,
memakai grip ini sebagai pilihannya kerana dia merupakan tipikal pemain Service Volley
yang sangat selesa untuk menggunakan grip ini.
1.2.2.1 Forehand Semi-Western grip

Rajah 1.9 Cara memegang Semi-Western grip


Grip jenis ini adalah grip yang paling banyak dipakai oleh pemain tenis modern, terutama
yang memiliki jenis permainan baseliner (termasuk saya sendiri).
Anda dapat mencuba grip ini dengan menempatkan pangkal jari telunjuk anda di
sudut 2 (untuk pemain tangan kanan) atau 3 (untuk pemain kidal). Atau boleh juga berawal
dari grip eastern kemudian tangan anda diputar kearah jarum jam satu sudut ke sudut 2
atau 3.
5

Keunggulan dari grip ini adalah anda dapat memukul spin dengan baik sehingga
kemungkinan bola untuk melewati net lebih besar karena sifatnya yang parabolik. Grip ini
juga dapat dipakai untuk memukul flat tetapi tidak direkomendasikan untuk memukul slice.
Minus dari grip ini adalah sukar untuk mengantisipasi bola-bola rendah yang dihasilkan dari
pukulan flat atau slice terutama di lapangan cepat (grass atau hard court).
Beberapa contoh pemain profesional yang menggunakan grip ini adalah : Andre Agassi,
Roger Federer, Marat Safin.

1.3 Tempoh Permainan


Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set
dikira pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan
kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set.

1.4 Cara Mendapatkan Mata

Rajah 2.0 Contoh papan pengiraan


Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan
sekurang-kurangnya ada empat kali servis.
Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.
Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0;
mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka
dikira 40-0. Jika mata seterusnya diperolehi oleh pemain berkenaan, dia dikira sebagai
pemenang untuk permainan itu.
Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua
pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk
6

mencapai kemengan salah seorang pemain harus mendapatkan dua mata melebihi
lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.
Untuk

mendapatkan

mata

kedua

pemain

akan

membuat

servis

disebelah

kiri

gelanggangnya pula dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi.
Seorang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu
set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan akan diteruskan sehingga
salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya.
Apabila permainan masih seri pula pada angka 6 (6-6), maka permainan akan
dilanjutkan pada perhitungan Tie Break. Tie Break terjadi pada skor game 6-6 dan pemain
yang memiliki giliran servis memulainya dari sisi lapangan sebelah kanan pemain (deuce
court) satu kali dan kemudian pindah servis pada lawannya yang memulai dari sisi kiri
lapangan (ad court) dengan dua kali kesempatan dan selanjutnya masing-masing
memperoleh dua kesempatan servis.
Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan
kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira
pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

1.5 Daerah dan Garis Permainan


Untuk game single atau perseorangan, daerah permainannya adalah zon dalam minus
daerah alley, sedangkan untuk game double atau beregu garis permainannya meliputi
seluruh lapangan didalam garis baseline.

Rajah 2.1 Ukuran gelanggang tenis


7

Garis merupakan batas dari daerah permainan. Apabila seluruh bahagian atau sebahagian
dari bola menyentuh garis permainan maka bola dikatakan masuk kerana bola menyentuh
lapangan yang dibatasi oleh suatu garis.
Point: Seorang pemain kehilangan point apabila:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Melakukan dua kali kesalahan pada servis


Tidak dapat memukul bola setelah lebih dari satu kali bola menyentuh tanah.
Memukul bola namun jatuhnya bola di luar garis permainan (out).
Pemain yang menerima servis memukul bola sebelum bola memantul.
Pemain dengan SENGAJA memukul bola lebih dari 2 kali sentuhan.
Seorang pemain menyentuh bahagian dari net dengan raketnya atau dengan

bahagian badannya saat bola masih dimainkan.


7. Pemain memukul bola sebelum bola melintasi net.
8. Bola menyentuh bahagian tubuh atau apapun yang melekat pada tubuhnya selain
raket tenis.
9. Bola menyentuh raket namun pemain tidak memegangnya.
10. Pada permainan beregu, kedua pemain menyentuh bola dengan raketnya sekaligus.

1.6 Kawalan Kaki dan Kesediaan

Keadaan Bersedia

Bersedia untuk Pukulan Pepat

Bersedia untuk Pukulan Kilas

1.7 Jenis-Jenis Pukulan


1.7.1 PUKULAN PEPAT

Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat pukulan pepat, iaitu ayunan
balik(backswing) , ayunan hadapan (forward swing), kontak dengan bola dan ikut lajak.
Teknik pukulan :
1.
2.
3.
4.

Diri sedia (stance)


Ayun balik (backswing ) dan tangan pemukul berada di paras pinggang.
Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing )
Semasa membuat ayunan ke hadapan raket akan ke atas dan ke hadapan

denganmembuat kontak pada bola.


5. Semasa
mebuat
kontak,
pastikan

bahawa

lengan

adalah

lurus

sepenuhnya,pergelangan tangan hendaklah tegap apabila berlakunya kontak


dengan bola.
6. Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.
7. Ikut lanjak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan
bergerakkea rah hadapan atau ke atas.

10

1.7.2 PUKULAN KILAS

Pukulan kilas ialah pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang raketyang
dilakukan pada bahagian tangan tidak dominan. Terdapat dua kaedah pukulan kilas, iaitu
pukulan kilas satu tangan dan pukulan kilas dua tangan.
1.7.3 PUKULAN KILAS SATU TANGAN
1. Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan iaitu ayun belakang, ayun hadapan,
kontak dan ikut lajak.
2. Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan bahu menghala kearah
bola yang hendak dipukul.
3. Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.
4. Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih
tenaga.
5. Selepas kontak, ikut lajak.

11

1.7.4 PUKULAN KILAS DUA TANGAN

Pukulan kilas dua tangan adalah lebih tepat dan laju. Ketika pukulan ini, cekak
pertama(tangan bawah) ialah tangan dominan dan cekak kedua( tangan atas ) ialah tangan
tidakdominan.Ketika membuat pukulan kilas dua tangan , empat pergerakan utama
yangterlibat iaitu diri sedia, ayunan belakang, kontak dan ikut lajak.
1. Diri sedia
2. Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada pada paras
pinggangdengan lutut dibengkokkkan .

3. Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.


4. Raket diayun ke hadapan dengan raket diluruskan sedikit untuk mendapatkkan daya.

12

5. Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan
keatas.
6. Selepas kontak , ikut lajak.

Bersedia untuk
pukulan kilas kedua
belah tangan

Cara memegang
raket
dengan kedua belah

13

1.7.5 SANGGA / VOLI

Voli Rendah

Voli Tinggi

Voli Bersudut (Placing Voli)

14

Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi
memastikanbola.Voli tidak memerlukan ayunan belakang.Terdapat tiga fasa utama dalam
melakukanvoli iaitu diri sedia, ayunan hadapan dan kontak. Teknik voli adalah seperti yang
berikut :1. Diri sedia
2. Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan ke atas
kakihadapan.
3. Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.
4. Kontak, membuat punch pada bola dengan ketinggian bahu.
1.7.6 SERVIS

Kedudukan
bola untuk
diservis
Cara memegang dua biji bola

Pegangan
sebiji bola

Pergerakan secara turutan bagaimana servis dilakukan


Servis digunakan untuk memulakna permainan. Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas,
American

twist

dan

servis

rata.

Servis

dimulakan

di

garisan

belakang.

Sekiranyamenggunakan tangan kanan, letakkan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan berada
30-35 cmdi belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya.Terdapat empat fasa
utamasemasa melakukan servis iaitu lambungan, ayun belakang, kontak dan ikut lajak.

15

1. Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket (bola
hendaklah dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri).
2. Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan.
3. Raket ditarik ke belakang disebelah kanan badan.
4. Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian maksimum
bolamenurun dan berada pada aras kontak tertinggi.
5. Ikut lajak.

1.7.7 REJAMAN / SMESY

Kawalan raket
sampai ke bawah
paras bahu

Mata memandang ke arah


bola

Pusingan bahu ke arah bola

Smesy dengan
tepat

Ikut lajak

Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan
jaring.Terdapat empat fasa melakukan smesy iaitu ayunan belakang, ayunan hadapan,
kontak danikut lanjak.Teknik lakuannya adalah seperti yang berikut :1. Raket

diayunkan

ke

belankang.

Tangan

mengimbangibadan. Mta focus kepada bola.


2. Ayun raket ke hadapan, badan dan

yang

lengan

tidak

memgang

diluruskan

dengan

badandipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola dikontak.

16

raket
berat

3. Semasa

kontak,

kekuatan

pergelangan

tangan

digunakan

untuk

memukul

boladengan kuat masuk ke gelanggang lawan.


4. Ikul lajak
1.7.8 LOB
Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada
dikawasan jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul mendapatkan
semula posisi mengawal gelanggang.
1. Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.
2. Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan
raketbermula dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik tinggi.
3. Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak
1.8 Isyarat-isyarat Tangan Rasmi Tenis

PENJAGA GARISAN
Angkat tangan hampir ke aras bahu dan tunjuk ke sisi
(sebelah bola keluar). Keluar bola mendarat di
luar kawasan permainan

PENJAGA GARISAN
Kedua-dua belah tangan diluruskan dan tunjuk ke
bawah (tapak tangan ke bawah).
Dalam bola mendarat dalam kawasan permainan.

17

PENJAGA GARISAN
Kedua-dua belah tangan seolah-olah
hendak menutup muka. Tidak nampak kurang pasti
bola dalam atau keluar.

PENJAGA GARISAN
Angkat tangan dan tunjuk ke atas.
(i) Let servis semua (tiada mata kepada mana-mana
pihak.
(ii) Faul kaki kesalahan kaki semasa melakukan
servis.

18

2.0 KEMAHIRAN ASAS SUKAN BOLA SEPAK


Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah :
1)

Menendang

i.
ii.
iii.
2)

Tendangan leret
Tendangan lambung
Tendangan voli
Menyerkap

i.
ii.

Menyerkap bola leret


Menyerkap bola tinggi

3)

Menggelecek

4)

Melakukan hantaran

i.
ii.
iii.

5)

Hantaran ke hadapan
Hantaran ke sisi
Hantaran silang

Menanduk
i.
ii.

6)
i.
ii.
iii.
iv.

Menanduk ke hadapan
Menanduk ke sisi

Menjaga gol
Menangkap bola leret
Menangkap bola tinggi
Menumbuk bola
Tendangan bola

2.1 MENENDANG
Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang
pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa
19

yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan
sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari
kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.
Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan
tendangan voli.
2.1.1 Tendangan Leret
Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.
Teknik melakukan tendangan leret :
1. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata
memandang bola.
2. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan.
Kaki sokongan dibongkokkan sikit.
3. Tendang di bahagian tengah bola.
4. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

2.1.2 Tendangan Lambung


Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan
sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol
Teknik melakukan tendangan lambung :

1. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus.
Mata memandang bola.
2. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.
3. Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.
4. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.
20

2.1.2 Tendangan Voli


Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk
menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa
bola di udara
Teknik melakukan tendangan voli :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.
2. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.
Mata memandang bola.
3. Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke
belakang.
4. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

2.2 MENYERKAP
21

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu melakukan
tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali
tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan
bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.
2.2.1 Menyerkap Bola Heret
Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, bahagian
luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.
Teknik menyerkap bola leret :
1.
2.
3.
4.

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.
Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.
Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah
bola datang

2.2.2 Menyerkap Bola Tinggi


Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha
dan dada.
Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

22

2. Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa


menghadap bola.
3. Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.
4. Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha :


1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
2. Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan
lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.
3. Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh
bahagian bawah bola.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :

23

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
2. Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan
dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.
3. Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa
badan ke hadapan.

2.3 MENGGELECEK
Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke
hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik
sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan
sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk
menggelecek.
Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.
2. Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.
3. Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan
sedikit.
4. Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan
condong ke kanan.

24

2.4 MELAKUKAN HANTARAN


Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai kepada
rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan
kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat hantaran dekat,
manakala tendangan lambung digunakan untuk membuat hantaran jauh.
Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh semasa
melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan menyilang,
bergantung kepada situasi ketika bermain.
2.4.1 Hantaran ke hadapan
Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki atau
kekura kaki.
Teknik melakukan hantaran ke hadapan :
1.
2.
3.
4.
5.

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.


Mata memandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang.
Tendang di bahagian belakang bola.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

25

2.4.2 Hantaran ke sisi


Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar kekura
sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk
mengawal bola.
Teknik melakukan hantaran sisi :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki
menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan.
2. Tendang di bahagian sisi bola.
3. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

2.4.2 Hantaran silang


Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki.
Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk
26

menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki
kanan digunakan untuk menendang bola.
Teknik melakukan hantaran silang :
1.
2.
3.
4.
5.

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.


Ayunkan kaki menendang ke sisi.
Badan condong ke arah bola hendak dihantar.
Tendang di bahagian sisi bola.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

2.5 MENANDUK
Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran.
Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa
dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan
ke sisi.
2.5.1 Menanduk ke hadapan
Teknik menanduk ke hadapan :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola
datang. Mata memandang bola.
2. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit.
Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
3. Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.
Dahi menyentuh bahagian bawah bola.
4. Ikut lajak selepas melakukan tandukan

27

2.5.2 Menanduk ke sisi


Teknik menanduk ke sisi :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola
datang. Mata memandang bola.
2. Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran
tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
3. Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.
4. Ikut lajak selepas melakukan tandukan

2.5.3 Menanduk ke belakang


28

Teknik menanduk ke belakang :


1. Kedudukan bersedia.
2. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata
memandang bola.
3. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke
atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.
4. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

2.6 MENJAGA GOL


Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan
jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai
kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran
tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran
tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan
dengan menggunakan bahagian kekura kaki
2.6.1 Menangkap bola leret
Teknik menangkap bola leret :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.
2. Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola.
3. Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di
belakng tumit kiri.
4. Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

29

2.6.2 Menangkap bola tinggi


Teknik menangkap bola tinggi :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
2. Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.
3. Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan
hampir rapat.
4. Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

2.6.3 Menumbuk bola


Teknik menumbuk bola :
30

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
2. Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk bola.
3. Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

2.6.4 Tendangan bola di udara


Teknik tendangan bola di udara :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua
belah tangan.
2. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang.
Badan condong ke hadapan.
3. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah.
4. Ikut lajak selepas menendang.
5. Mata memandang bola.

31

2.6.5 Tendangan lantun


Teknik tendangan lantun :
1. Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah
tangan. Mata memandang bola.
2. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang.
Badan condong ke hadapan.
3. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun dari
tanah. Ikut lajak selepas menendang

2. 7 Komponen Utama Mencemerlangkan Sukan Bola Sepak

1. FIZIKAL :
32

i.
Human Movement
ii.
Running
iii.
Speed
iv.
Agility /ketangkasan
v.
Power /Strength
2. TEKNIKAL :
i.
Kedudukan badan
ii.
Cara larian
iii.
Kaedah tendangan
3. TAKTIKAL
i.
Formasi
ii.
Ruang dan helah
4. PSIKOLOGI :
i.
Anxiety /kebimbangan
ii.
Nervous /gementar
iii.
Arousal /kebangkitan
iv.
Imagery /gambaran
v.
Motivation /motivasi

2.8 Prinsip-Prinsip Utama Dalam Bola Sepak


1. Persediaan untuk pasukan :

Meliputi latihan pemain secara individu, latihan pemain secara pasukan, penjagaan
kesihatan dan pemakanan serta kemahiran dalam permainan.

2. Persediaan untuk perlawanan

Meliputi pembentukan pasukan, persediaan mental, mengadakan perlawanan


persahabatan, latiahan memanaskan badan dan persediaan alat-alat pertolongan
cemas.

2.9 Persediaan Pemain Untuk Pasukan


1. Latihan fizikal individu. Latihan ini meliputi segala latihan pergerakan badan
termasuk angkat berat dan larian.
2. Latihan fizikal berpasukan. Jenis latihan ini adalah sama seperti untuk individu tetapi
konsep dan aplikasi secara berpasukan diutamakan.
3. Latihan kemahiran dan taktik untuk individu serta pasukan.
4. Penjagaan kesihatan dan pemakanan. Pemain hendaklah berada pada tahap dan
tingkat kecergasan dan kesihatan yang baik. Pemain juga harus bebas daripada
kecederaan. Bentuk dan jenis pemakanan juga harus dititik beratkan.
33

5. Kefahaman undang-undang dan peraturan sekurang-kurangnya yang asas dan


utama.
3.0 Persediaan Pemain Untuk perlawanan
1. Pemilihan pemain dan pembentukan pasukan. Pengurus atau jurulatih harus dapat
menentukan pemain-pemain dan kedudukan mereka termasuk pemain simpanan.
2. Mengadakan latihan memanaskan badan lebih kurang setengah jam sebelum
perlawanan bermula.
3. Bersedia dengan peralatan yang lengkap dan bersesuaian.
4. Sedia menerima dan mematuhi arahan jurulatih.
5. Mengamalkan semangat berpasukan dan disiplin yang tinggi di kalangan pemainpemain.
6. Bersedia bermain untuk mencapai kemenangan.

3.1 Formasi Permainan


Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain penjaga gol.
Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain
yang spesifik termasuklah:
3.1.1 Pertahanan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Pemain yang pakar dalam mempertahankan dan mencegah jaringan gol musuh.
Mengawal pemain lawan dari melakukan percubaan.
Membuat terjahan kepada pemain yang menyerang.
Menghalang hantaran dan rembatan yang dilihat berbahaya.
Membina taktik asas pasukan.
Mengekalkan postur semasa perlawanan.
Bermain secara ringkas.
Bijak membaca permainan.
Kosentrasi yang tinggi.

34

Rajah 3.1 Kedudukan pertahan pergantung pada formasi (Kuning)

3.1.2 Midfield (Tengah)


1. Seorang pemain yang posisinya terletak di tengah padang di antara penyerang dan
pertahanan (diwarnakan biru dalam rajah).
2. Fungsi utama mereka ialah untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan,
mengawal bola, dan menghantarnya kepada penyerang, dan mungkin turut
menjaringkan gol.
3. Sesetengah pemain tengah turut bermain secara lebih bertahan, manakala yang lain
mengaburkan sempadan di antara pemain tengah dan penyerang.
4. Jumlah pemain tengah yang digunakan oleh pasukan mungkin berbeza, bergantung
pada formasi bola sepak dan peranan setiap pemain. Kumpulan pemain tengah
dalam sebuah pasukan dikenali sebagai the midfield.

35

Rajah 3.2 Posisi pemain tengah berbanding kedudukan lain dalam bola sepak
3.1.3 Penyerang (Forward/Striker)
1. Pemain di posisi ini merupakan pemain yang paling hampir dengan kawasan gol
pemain lawan dan ditugaskan untuk menjaringkan gol.
2. Posisi ini lebih kepada menyerang berbanding bertahan dan mampu untuk
menghasilkan banyak gol berbanding pemain yang lain.
3. Mereka yang bermain di posisi ini lebih dikenali dan sering menjadi pemain termahal
dalam sesebuah pasukan.
4. Sistem dengan dua forward memerlukan lebih taktikal.
5. Memandangkan fungsi forward untuk melakukan jaringan, maka kedua pemain
forward seharusnya menetapkan objektif menghasilkan jaringan setiap kali bermain.

36

Rajah 3.3 Posisi penyerang dalam bola sepak (Merah)

Refleksi

37

Pada pandangan saya, tugasan ini telah memberi banyak kesan sama ada
daripada disiplin ilmu, maklumat dan pengetahuan, dan nilai-nilai budaya belajar. Sebelum
kami memulakan tugasan, kami telah diberi taklimat terlebih dahulu mengenai tugasan
yang bakal dilaksanakan. Secara umumnya, kami perlu menyiapkan tugasan ini iaitu
melaksanakan pertandingan sukan bola sepak dan tenis.
Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, banyak pengalaman dan pengetahuan
baharu serta kemahiran asas sukan yang telah saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat
mengetahui dan menilai dengan lebih mendalam mengenai kaedah perlaksanaan sesuatu
pertandingan dengan lebih baik. Hal ini kerana saya dapat melihat dan memahami
bagaimana ilmu pengetahuan ini mampu dilaksanakan dengan cukup berkesan di sekolah
rendah nanti. Selain itu, saya mampu memberi penambahbaikan dengan lebih baik
mengenai struktur pelaksanaan pertandingan dan juga kejurulatihan serta perancangan
strategi yang lebih baik berdasarkan keadaan dan situasi pemain.
Selain itu, tugasan ini memupuk sikap kerja dan disiplin ilmu yang cukup tinggi
seperti komitmen terhadap tugasan dan ketepatan masa tugasan dihantar. Ini cukup
memberi cabaran besar kepada saya sebagai seorang pelatih guru yang masih perlu
mempelajari banyak perkara. Saya akui bukan senang untuk memberi komitmen yang tinggi
terhadap tugasan dan kerja kursus yang diberikan kerana terdapat komitmen yang lain yang
terpaksa diberi perhatian. Namun begitu, saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkan
tugasan dengan sebaik yang mungkin. Selain itu, saya perlu membaiki kesilapan saya
dalam mendisiplinkan diri terhadap ketetapan masa. Itulah kelemahan terbesar saya dalam
melaksanakan tugasan. Oleh itu, saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan
dengan secepat yang boleh dan sebaik yang boleh agar markah terhadap tugasan saya
juga mendapat yang terbaik.
Kesimpulannya, tugasan ini sememangnya mempunyai matlamatnya yang
tersendiri dalam memupuk sikap kerajinan dan menggalakkan para pelajar untuk
menambahkan ilmu pengetahuan sendiri di samping tidak mengharapkan ilmu dan
maklumat semata-mata daripada kuliah. Tambahan pula, ia menggalakkan pelajar untuk
mencari pengalaman dan pemerhatian yang lebih meluas dengan menemu bual sendiri
dengan guru sekolah rendah agar terbuka minda dan tercelik satu pemikiran yang baharu
bahawa ilmu perlu dipelajari di mana-mana sahaja dan perlu berani dalam meneroka
sesuatu yang baru.

RUJUKAN
38

Anne Simplein (1998) A Handbook for Teaching Sports London : Heinemann Educational Publishers
Dale Mood, Frank F. Musker, Judith E. Rink (1995). Sports and Recreational Activities. Mosby :
Publishing Excellant
ITF (1999) Rules of Tennis , London ITF Ltd
Jennie Petro (1995) The One, Two, Three of Tennis , Canada : John Wiley Inc.
Stan Smith (1981) Guide to Better Tennis Florida : Professional Tennis Registry
Anne Simplein (1998) A Handbook for Teaching Sports London : Heinemann Educational Publishers
Asia Football Confideration (1999) 1 st AFC Condition Course . Kuala Lumpur : AFC
Dale Mood, Frank F. Musker, Judith E. Rink (1995). Sports and Recreational Activities : Mosby
Publishing Excellent
Daud Hj. Ibrahim (1990). Manual Latihan Sepak Takraw , Kuala Lumpur : MSN
Jabatan Pendidikan Johor (1996). Panduan Pelaksanaan Kokurikulum, Bola Sepak : Dewan Bahasa
dan Pustaka
Majlis Sukan Negara Malaysia (1989), Kursus Penyelarasan untuk Guru-guru Bola Sepak Shah
Alam : CIAST
Persatuan Bola Sepak Malaysia (1995), Undang-undang Permainan dan Panduan Universal untuk
Pengadil , Kuala Lumpur : FAM
Teng Boon Tong (1997). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan : Longman

39

Anda mungkin juga menyukai