Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN
Pemposisian pasaran adalah merupakan satu proses membentuk penempatan atau

segmen yang berasingan bagi sesuatu produk dan membentuk campuran pemasaran yang
lebih teliti. Pemposisian jenama pula ialah satu cara sesuatu produk ditakrifkan oleh
pengguna berdasarkan ciri-ciri penting atau tempat di mana produk tersebut di tempatkan di
minda pengguna berbanding dengan produk pesaing. Ternyata pemposisan amat penting
dalam usaha organisasi mendapatkan kelebihan persaingan dalam usaha menarik minat
membeli sesuatu pasaran.
Industri perbankan juga tidak terkecuali dengan membuat pemposisian pada produk
mereka. Lebih-lebih lagi sistem perbankan Islam pada masa kini dilihat telah berkembang
dengan maju seiring dengan perbankan konventional yang telah lama bertapak di Malaysia.
Institusi perbankan Islam sekarang telah diterima pakai oleh pelanggan yang berbilang kaum
dan agama sebagai salah satu tempat untuk menyimpan dan melabur wang mereka. Oleh itu,
pelbagai produk dan perkhidmatan telah dibangunkan dalam industri perbankan Islam bagi
memenuhi permintaan pelanggan di samping menekankan nilai-nilai Islam dalam perniagaan.
Di Malaysia, terdapat banyak institusi perbankan berlesen iaitu bank perdangangan
dan bank Islam.

Dengan adanya pelbagai institusi perbankan, secara tidak langsung

wujudnya persaingan di antara bank-bank untuk menarik sebanyak mungkin keuntungan dari
pelanggan. Oleh itu, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak bank bagi menarik
pelanggan untuk melanggani produk atau perkhidmatan yang disediakan. Bagi Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menawarkan produk
yang memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan manfaat secara tidak langsung.
BIMB telah memperkenalkan produk simpanan dan pelaburan Al-Awfar manakala BSN pula
menawarkan produk simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP). Apabila menyertai produkproduk ini, pelanggan berkemungkinan akan memperolehi ganjaran lumayan yang dibuat
oleh pihak bank. Pendeposit bertuah akan mendapat ganjaran melalui cabutan bertuah yang
dilakukan oleh pihak bank manakala pendeposit lain pula tidak akan mengalami kerugian.
Cabutan bertuah ini dilakukan sebulan sekali mengikut budi bicara pihak bank.

2.0

PEMPOSISIAN JENAMA
2.1

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD ( BIMB ) DAN AL-AWFAR

To be a Global Leader in Islamic Banking adalah slogan yang didukung oleh Bank
Islam Malaysia Berhad (BIMB). BIMB merupakan bank Islam pertama yang ditubuhkan
adalah berasaskan Syariah di Malaysia dan memulakan operasinya pada Julai 1983 dengan
sebuah cawangan di Kuala Lumpur (Nor Mohamed Yakcop, 1996). Matlamat utama
penubuhan BIMB adalah untuk berusaha sedaya upaya menjalankan operasinya sebagai
sebuah bank perdagangan berlandaskan hukum-hukum syarak, untuk menyediakan
kemudahan dan khidmat bank kepada semua umat Islam dan rakyat negara ini dengan
mencapai keteguhan dan keupayaan berkembang maju dari semasa ke semasa. BIMB telah
menyediakan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang inovatif dan
canggih, setanding dengan khidmat yang ditawarkan oleh bank konvensional lain. BIMB kini
dilihat berkembang dengan kukuh buktinya melalui prestasi kewangan dan modal berbayar,
yang amat penting dalam pertumbuhan aset. BIMB telah dianugerahkan Anugerah Platinum
Readers Digest kerana menjadi Jenama Paling Dipercayai selama empat tahun berturut-turut.
Senarai anugerah Bank yang semakin bertambah ini turut memasukkan gelaran Bank Islam
Terbaik di Malaysia 2011 yang diberikan oleh Islamic Finance News yang berprestij.
Akaun simpanan dan pelaburan Al-Awfar yang bertunjangkan kenyataan pemposisian
Fast Lane To Become Millionaire dilancarkan pada 25 Mac 2009. Produk ini
menggunakan kontrak perkongsian Mudharabah, di mana pendeposit sebagai pemilik modal
(rabbul mal) menyumbangkan modal untuk diuruskan oleh Bank sebagai pengusaha
(mudharib) bagi urus niaga perbankan termasuk memberikan pembiayaan, pelaburan dan
lain-lain. Keuntungan akan diagihkan di antara bank dan pendeposit mengikut kadar
perkongsian keuntungan yang telah dipersetujui sejak awal kontrak iaitu 98% (Bank) dan 2%
(pendeposit) bagi akaun simpanan dan 70% (Bank) dan 30 % (pendeposit) bagi akaun
pelaburan. Produk Al-Awfar telah dibentangkan kepada Majlis Pengawasan Syariah Bank
Islam untuk kelulusan. Majlis melalui mesyuaratnya kali ke 102 pada 7 April 2008 dan ke
109 pada 26 Mac 2009 telah meluluskan produk ini. Ini memperlihatkan bertapa tinggi
komitmen yang diberikan sejajar dengan kenyataan pemposisian yang dibawa iaitu To be a
Global Leader in Islamic Banking. Produk ini menawarkan cabutan bertuah kepada para
pendeposit. Di mana, pendeposit bertuah akan menerima hadiah berbentuk ganjaran wang
2

tunai bernilai RM2.32 juta setiap tahun yang disediakan oleh pihak bank. Cabutan ini akan
diadakan setiap bulan dan suku tahunan. Cabutan dilakukan di kalangan pendeposit di mana
setiap RM100 yang disimpan mewakili satu peluang untuk cabutan hadiah. Pada tahun
produk al-Awfar diperkenalkan, ianya telah mendapat sambutan daripada para pendeposit.
Sebelum BIMB menawarkan produk simpanan Al-Awfar jumlah deposit pelanggan
mengalami penurunan sepanjang tempoh 2007 dan 2008 iaitu sebanyak 21.98% kepada
17.86%. Namun, selepas wujudnya produk simpanan Al-Awfar, peningkatan jumlah deposit
di BIMB berlaku berbanding tahun sebelumnya. Menjelang hujung tahun 2010 jumlah
deposit pelanggan di BIMB telah menurun semula kepada 6.65% berbanding tahun
sebelumnya (BIMB, 2011). Keadaan ini menggambarkan kejayaan produk simpanan AlAwfar dalam usaha menarik pelanggan berjaya meningkatkan jumlah deposit di bank pada
tahun pertama sahaja. Walaupun hanya dapat menarik pendeposit hanya pada tahun pertama
sahaja usaha ini menampakkan hasil yang baik. Setelah melihat kejayaan produk simpanan
dan pelaburan al-Awfar, BIMB mengorak langkah dengan memperkenalkan produk simpanan
Al-Awfar Junior pula pada tahun 2011. RM50 juta deposit disasarkan kepada 100,000
penyimpan berumur di bawah 18 tahun ke bawah dalam tempoh setahun. Simpanan
minimum adalah sebanyak RM10 yang mewakili satu unit undian. Kekerapan cabutan
dilakukan bagi produk simpanan al-Awfar Junior adalah sama dengan produk simpanan alAwfar. Malah nisbah perkongsian keuntungan juga adalah sama iaitu 98% pihak Bank dan
2% bagi pendeposit.
Menjelang akhir tahun, Kempen Al-Awfar Million Ringgit telah dilancarkan. Bagi
setiap RM1000 yang didepositkan ke dalam akaun Al-Awfar, pelanggan layak menerima satu
penyertaan dalam cabutan bertuah dengan hadiah utama sebanyak RM1 juta. Kempen ini
dilihat mencapai kejayaan yang besar. Ia menarik lebih daripada 17,000 pelanggan baharu
dan menggalakkan pelanggan sedia ada menambah simpanan mereka di bawah akaun ini
Deposit Al-Awfar meningkat. Dengan dorongan yang agresif oleh deposit runcit, Simpanan
Al-Awfar yang dilancarkan pada tahun 2009 meningkat sebanyak 102%, mencatatkan baki
deposit RM1.4 bilion pada akhir tahun 2012. Al-Awfar yang bermaksud pelaburan makmur
terbukti popular dengan hampir 600,000 pemegang akaun sedia ada termasuk pemegang
akaun Al-Awfar Junior.

2.2

BANK SIMPANAN NASIONAL ( BSN ) DAN SIJIL SIMPANAN


PREMIUM
( SSP )

BSN Bank Komuniti Anda merupakan slogan yang tidak asing lagi. Bank Simpanan
Nasional (BSN) ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 146 - Undang-Undang Malaysia 1974
pada 1 Disember 1974. Menurut Akta ini, BSN mengambil alih semua tugas dan
tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos. Misi BSN ialah untuk menggalakkan tabungan,
pelaburan dan pengurusan kewangan yang bijak di kalangan rakyat Malaysia untuk
meningkatkan kualiti hidup mereka. Sesuai dengan kenyataan pemposisian, BSN terus
mencari jalan untuk hampir dengan komuniti. Salah satu inisiatif bagi mempelbagaikan
saluran perkhidmatan adalah pengenalan saluran Ejen Bank Berdaftar (EBB). Ianya adalah
untuk menawarkan kemudahan perbankan kepada semua lapisan masyarakat. Skim ini
membolehkan pelanggan dan masyarakat umumnya menjalankan urusan perbankan dekat
dengan tempat tinggal, lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman. Skim yang diperkenalkan oleh
BSN ini menawarkan kemudahan asas seperti simpanan, pengeluaran, bayaran bil, pembelian
SSP dan bayaran tanpa tunai. Jumlah Ejen Bank Berdaftar (EBB) bertambah kepada 3,660
pada 2012.
BSN juga merupakan institusi yang menawarkan produk perbankan Islam tetapi tidak
secara sepenuhnya, ataupun secara sampingan (Windows Islamic Banking). Sijil Simpanan
Premium ( SSP ) telah dilancarkan pada 1 Jun 1978 berobjektifkan untuk menarik orang
ramai menyimpan wang. BSN yang dahulunya menggunakan Simpan ,kekal dan Menang
sebagai kenyataan pemposisian untuk SSP kini ditukar dengan Banyak Menyimpan Banyak
Ganjaran . Pemposisian dilihat penting untuk menarik sasaran untuk mendapatkan SSP.
Sijil

SSP ini dikeluarkan oleh bank bagi akaun deposit di mana pemegang sijil boleh

memperolehi dividen atas budi bicara bank. SSP juga merupakan satu sijil simpanan
bernombor yang boleh ditebus, sama ada atas permintaan atau sebaliknya. Pemegang sijil
berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang diadakan oleh bank untuk
anugerah pembayaran bonus dengan cara tunai atau selain daripada pemberian tunai kepada
pemegang sijil seperti memenangi hadiah menarik seperti kereta-kereta mewah Mercedes
Benz E200 CGI, Mercedes Benz C200EL, BMW 520i F10 dan BMW 320i. Hadiah-hadiah
lain termasuk jongkong emas, motorsikal Modenas GT128, pelbagai jenis gajet elektronik,
Sijil Simpanan Premium (SSP) dan pelbagai lagi hadiah yang telah ditawarkan bagi
4

mendorongan pelanggan sasarannya untuk mula menyimpan dan terus menambah simpanan
mereka di dalam SSP.Skim ini dilaksanakan di bawah Seksyen 33, Akta BSN 1974 (1). Sijil
boleh ditebus di mana-mana BSN selepas empat puluh lima hari sijil hari dari tarikh
pengeluaran sijil. Sijil yang tidak ditebus boleh terus menyertai cabutan seterusnya. Tiap-tiap
sijil boleh ditebus mengikut nilai sijil tanpa apa-apa pengurangan dalam nilai yang telah
didepositkan.
SSP boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN, samaad dengan cara pembelian di
Kaunter BSN, ATM BSN, CDM BSN, Perbankan SMS (BSN :SMS ) , Perbankan Internet
( myBSN ) , potongan gaji atau Ejen Bank Berdaftar BSN ( EBB ) dan sijil-sijil akan
dikeluarkan dengan serta merta. Golongan sasarannya ialah warga Malaysia, penduduk tetap
dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia. Individu ini mestilah yang
berumur dua belas tahun ke atas yang layak untuk membeli. Pembelian minimum ialah satu
unit bernilai RM10.00 dan tidak ada had pembelian maksimum. Setiap unit didaftarkan di
bawah nama pemegang dan tidak boleh dipindahmilik.
Pelbagai kemudahan disediakan untuk pembelian unit SSP. Pembelian unit SSP boleh
dilakukan secara tunai, cek, kad Debit BSN Visa / kad Debit- i BSN Visa dan juga kad
kredit. BSN menggunakan strategi cabutan yang akan diadakan pada setiap bulan dan
cabutan SSP utama diadakan pada hujung bulan Disember untuk menarik pelanggannya
menyimpan. Cabutan utama pula

hanya layak untuk pemegang SSP yang mempunyai

simpanan minimum RM 3,000 dan ke atas sebelum 25 setiap Disember. Skim ini telah
menawarkan sebanyak lebih 37,000 hadiah disediakan untuk sepanjang tahun. Pelbagai
strategi pemasaran dibuat dalam mempromosikan SSP iaitu keputusan setiap cabutan
disiarkan dalam akhbar-akhbar terpilih, papan maklumat cawangan BSN dan laman web
BSN. BSN juga mengekalkan cabutan khas iaitu Cabutan SSP High Savers yang diadakan
pada tahun 2011 sebagai menghargai pelanggan-pelanggan BSN yang setia dan terus
menyimpan dengan SSP. Hadiah-hadiah lumayan dan eksklusif seperti kereta mewah Audi
A5 2.0 dan SSP bernilai di antara RM5,000 hingga RM50,000 dimenangi oleh penyimpanpenyimpan yang memenuhi kriteria yang dinyatakan. Sambutan terhadap produk ini terus
meningkat dari semasa ke semasa dan pada akhir Disember 2012. Ternyata dengan
menggunakan insentif cabutan bertuah berjaya untuk menarik pelanggan serta merupakan
salah satu cara yang memberikan impak positif kepada pihak bank.

2.3

KEKUATAN

PRODUK

AL-AWFAR

DAN

SIJIL

SIMPANAN

PREMIUM ( SSP )
Masyarakat pada hari ini tidak kira agama dan bangsa telah menerima pakai sistem
perbankan Islam. BSN juga tidak ketinggalan untuk menawarkan produk berasaskan prinsip
syariah setelah kerajaan memberi kebenaran pihak bank yang berlesen untuk menawarkan
produk perbankan Islam secara sampingan (Windows Islamic Banking). Kekuatan pertama
produk al-Awfar dan SSP adalah, ia merupakan produk simpanan dan pelaburan berasaskan
kontrak Islam. Pendeposit tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menyimpan dan melabur dalam
produk ini kerana ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Malah pihak
bank mempunyai ahli penasihat Syariah dan Majlis Penasihat Syariah bagi memantau setiap
produk.
Kekuatan kedua adalah adanya ganjaran hadiah dan cabutan bertuah yang menanti
para pendeposit. Pendeposit bertuah bakal menerima ganjaran yang sangat bernilai daripada
pihak bank. Malahan dengan hanya adanya minimum RM10.00 dalam akaun, pendeposit
tersebut layak untuk menyertai cabutan tersebut yang diadakan oleh pihak bank sebulan
sekali. Cabutan yang dilakukan ini dibuat dengan adil dan saksama serta dipantau oleh oleh
pihak yang bertanggungjawab. Kekuatan ketiga adalah produk ini yang bebas daripada
anasir-anasir yang menjurus kepada riba dan perjudian. Produk al-Awfar dan SSP merupakan
produk alternatif kepada produk konvensional yang telah sedia ada. Maka, pendeposit dapat
memilih dan menilai produk yang sepatutnya disertai. Oleh kerana Islam telah menetapkan
bahawa riba dan perjudian merupakan perkara yang haram, maka dengan adanya
perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSN dan BIMB ini, dapatlah meluaskan lagi golongan
sasaran mereka yang ingin menyimpan dan melabur dalam produk perbankan Islam.
Kesimpulannya, strategi pemasarannya yang memenuhi kehendak pelanggan dan
kenyataaan pemposisian yang bersesuaian dengan produk dan perkhidmatan bank akan
menarik minat para pelanggan dan inisiatif ini juga dapat menggalakkan masyarakat di
Malaysia menyimpan untuk kegunaan masa hadapan di samping adanya ganjaran yang
menanti para pendeposit yang bertuah. Produk al-Awfar dan SSP bukan saja telah
menyumbang keuntungan kepada bank masing-masing malah dalam masa yang sama dapat
mengukuhkan lagi sistem perbankan Islam di Malaysia.

3.0

CADANGAN PEMPOSISIAN DAN KESIMPULAN


Bank Islam Malaysia Berhad, melancarkan kempen Fast Lane To Become A

Millionaire bagi pelanggan akaun simpanan popular Al-Awfar, sekali gus memperuntukkan
tiga hadiah utama bernilai RM1 juta untuk dimenangi. Ini juga adalah salah satu cara untuk
menghargai para pelanggan atas sokongan mereka dan Bank Islam sentiasa berusaha
menawarkan produk, servis atau program penghargaan yang menarik seperti ini kepada
pelanggan. Namun kenyataan pemposisian RM 1 Juta Milik Anda adalah cadangan yang
difikirkan sesuai menarik minat pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk AlAwfar.
BSN pula begitu komited untuk melaksanakan peranannya sebagai warga korporat
Malaysia yang bertanggungjawab. Cabutan bulanan SSP merupakan sebahagian daripada
usaha berterusan BSN di dalam memainkan peranannya untuk menggalakkan tabiat
menyimpan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Skim Sijil Simpanan Premium (SSP)
dengan dahulunya memperkenalkan konsep Simpan, Kekal & Menang dan kini beralih
kepada Banyak Menyimpan Banyak Ganjaran .terus mendapat sambutan yang baik
daripada orang ramai dengan tawaran hadiah-hadiah menarik dan eksklusif kepada
penyimpan-penyimpan SSP sepanjang tahun 2012. Lebih 37,000 hadiah bernilai lebih RM14
juta telah disediakan pada tahun 2012 berbanding lebih 30,000 hadiah yang ditawarkan pada
tahun 2011. Walau bagaimanapun, kenyataan pemposisian Ingat SSP Hadiah Menanti
adalah cadangan yang dilihat bertepatan dengan peluang hadiah yang bakal diraih dengan
pembelian unit SSP.
Kesimpulannya, pemposisian

merupakan tindakan sesebuah syarikat untuk

merancang produk dan pemasaran agar dapat memberi kesan tertentu diingatan pengguna
atau pelanggan. Pemposisian juga merupakan usaha meletakan imej produk yang jelas, baik
dan berbeza dalam minda pengguna berbanding produk pesaing. Umumnya pemposisian ada
3 peranan; Mendefinisikan produk kepada pengguna , Membantu pengguna mengingati
produk dan Menyampaikan ciri-ciri yg sebenar kepada pengguna. Promosi memainkan
peranan yg penting supaya produk itu sentiasa di minda pengguna menarik hati pelanggan
dan dan secara tidak langsung bersaing dengan pesaing yang datang dari industri yang sama.

4.0

BIBLIOGRAFI

Bank Islam Malaysia Berhad. (t.t). Bank Islam Malaysia Berhad: penubuhan dan
operasi. Kuala Lumpur: Percetakan Hassan & Sons
BIMB (2012). Annual report, http://www.bankislam.com.my/ (diakses pada 25 Mac
2014)
BSN (2012). Annual report, http://www.bsn.com.my/ (diakses pada 25 Mac 2014)
Laman Rasmi Bank Simpanan Nasional, http://www.bsn.com.my/, (diakses pada 30 Mac
2014)
Mohd Fowzi Bin Khamis (2014). Ketua Zon , Bank Simpanan Nasional, Cawangan Muar,
Temubual, 19 Mac 2014
Muhammad Rosli Selamat 2007, Modul

KOC 3301 Pengenalan Komunikasi

Korporat.Universiti Putra Malaysia


Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my (diakses pada 29 Mac 2014)

5.0

LAMPIRAN

CONTOH KERATAN AKHBAR PENERIMA HADIAH SSP

CONTOH SIJIL SIMPANAN PREMIUM

CONTOH PAMPLET SSP BSN

10

CONTOH PAMPLET AL-AWFAR JUNIOR

11

Anda mungkin juga menyukai