Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan

Salah satu kelebihan melaksanakan struktur matriks dalam organisasi perniagaan adalah bahawa
ia boleh membawa kepada pertukaran maklumat yang berkesan. Setiap jabatan akan bekerjasama
dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan kerap untuk menyelesaikan isu-isu serta
masalah yang timbul. Tambahan lagi, para pekerja lebih mudah berkongsi maklumat dan ilmu
merentasi sempadan. Komunikasi perhubungan yang cekap akan meningkatkan produktiviti dan
membolehkan keputusan dapat dibuat dengan pantas. Sebagai contoh, dalam satu struktur
matriks, seseorang individu dari jabatan-jabatan pemasaran, kewangan dan produk boleh
bekerjasama antara satu sama lain untuk merangka strategi. Secara khususnya, pertukaran
maklumat membolehkan pengurus untuk bertindak balas dengan cepat kepada keperluan
pelanggan dan organisasi.

Struktur matriks menggalakkan gaya kepimpinan demokratik. Gaya ini menggabungkan semua
input kerja dari ahli pasukan sebelum pengurus membuat keputusan. Keupayaan untuk
menyumbang maklumat berharga sebelum keputusan dibuat membawa kepada kepuasan pekerja
dan peningkatan motivasi. Dalam struktur matriks, setiap pekerja mempunyai kepakaran yang
tersendiri. Pengurus yang terlibat dalam operasi-operasi di peringkat bawah lebih arif dalam
membuat keputusan. Hal ini kerana pengurus mengambil kira dari sudut pandangan pekerja.

Selain itu, struktur matriks ini membantu meluaskan keupayaan seseorang individu. Hatta
membantu memperluas perspektif dan kemahiran individu yang boleh memberikan nilai dan
sumbangan dalam perniagaan syarikat.

Anda mungkin juga menyukai