Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN

Urutan coklat adalah perkhidmatan yang kami pasarkan ketika ini yang sering

digemari oleh setiap lapisan masyarakat dari setiap golongan terutama sekali golongan

atasan. Antara sebab pemilihan perkhidmatan ini adalah kerana kandungan dalam

perkhidmatan urutan coklat mengandungi coklat Cadbury yang telah kami di inovasikan

menjadi sebahagian daripada kandungan perkhidmatan yang kami jalankan ini. Coklat

Cadbury mengandungi serbuk koko, tenusu, minyak sayuran maltodekstrin dan

sebagainya yang dapat dirasai kelazatannya. Coklat tersebut kami hasilkan menjadi

sebahagian daripada urutan coklat yang dicampurkan dengan strawberi dan oren. Coklat

Cadbury juga mengandungi pelbagai perisa dan kami telah memilih salah satu dari

produknya iaitu orange cream yang sesuai dengan perkhidmatan urutan yang kami

jalankan ini.

Oleh itu, kami telah menggabungkan coklat Cadbury berperisa orange cream

dengan perkhidmatan kami iaitu urutan coklat agar dapat melancarkan lagi perkhidmatan

tersebut. Ianya sekaligus dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dan seterusnya

dapat menarik perhatian mereka untuk mendapatkan perkhidmtan kami. Selain itu, kami

juga telah mencampurkan acuan perkhidmatan kami juga dengan tomato agar dapat

mempelbagaikan perasa produk kami ini dan seterusnya dapat bersaing dengan

perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada di pasaran.

2
Gabungan antara coklat Cadbury dan tomato ke dalam acuan urutan yang kami

buat berbanding dengan perkhidmatan lain. Ia direka khas bagi memenuhi citarasa

pengguna yang sentiasa inginkan kelainan pada sesuatu yang diinginkan. Oleh itu,

perkhimatan tersebut ialah urutan coklat diwujudkan bagi membolehkan pihak kami

mencipta produk yang lebih berinovasi lagi. Dengan pertambahan buah-buahan dengan

coklat Cadbury ke dalam urutan coklat kami ini, kami dapat menghasilkan produk yang

akan dapat memberi saingan yang sengit. Bagi menghasilkan produk baru yang berkesan

dalam syarikat kami,kami telah menggunakan empat elemen campuran pemasaran iaitu

produk, harga, saluran agihan dan promosi.

3
PERKHIDMATAN INOVASI

Dalam projek ini kami menubuhkan sebuah syarikat kami sendiri iaitu

Chocolatier Spa yang memberikan perkhimatan urutan coklat. Coklat yang kami

inovasikan dalam urutan coklat ini ialah coklat Cadbury yang dicampur dengan stawberi,

oren dan tomato. Dengan khasiat coklat yang boleh meredakan tekanan, kaya dengan

vitamin, dan sebagainya yang membolehkan pengguna dapat merasai kenikmatan diatas

urutan coklat tersebut. Urutan coklat ini dapat melembutkan kulit, menyegarkan badan,

memperbaiki sel kulit yang baru dan memberi semula keyakinan pada diri.

Perkhidmatan yang kami jalankan ini tidak dapat dimana-mana spa di Malaysia

kecuali syarikat Chocolatier Spa iaitu syarikat kami sendiri yang memberikan khidmat

urutan coklat yang telah di inovasikan. Kami menubuhkan Chocolatier Spa ini kerana

wujudnya permintaan ramai dari masyarakat. Di Chocolatier Spa kami juga menawarkan

perkhidmatan urutan yang pelbagai jenis haruman dan kegunaannya. Tetapi, kami lebih

memfokuskan kepada urutan coklat kami kerana ia adalah perkhidmatan yang baru di

inovasikan. Perkhidmatan yang kami jalankan terbuka kepada lelaki ataupun perempuan

terutama sekali pasangan yang ingin mandirikan rumahtangga.

4
PRODUK

• Produk ialah apa sahaja yang boleh ditawarkan di pasaran untuk menarik

perhatian, pemilikan dan penggunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan

sama ada ia adalah barangan atau perkhidmatan. Produk termasuk juga harga,

warna, jaminan produk, rekabentuk, pembungkusan, servis penjual, jenama dan

kualiti produk.

• Syarikat kami mengenalkan atau memasarkan perkhidmatan yang kami jalankan

iaitu Spa coklat.Perkhidmatan spa coklat ini sudah terkenal di Negara

Jepun.Tetapi di Malaysia tiada lagi spa coklat ini. Oleh itu syarikat kami ingin

memasarkan perkhidmatan spa coklat ini di Malaysia dan mencipta produk

penjagaan kecantikan kami sendiri daripada coklat.iaitu krim pelembap daripada

coklat Cadbury berperisa orage cream, buah strawberry dan tomato.

• Syarikat kami menggunakan tahap-tahap produk seperti berikut :-

a) Produk Teras.

Tahap yang paling asas iaitu faedah penyelesaian masalah teras yang pengguna ingin

atasi apabila pengguna mahu membeli atau menggunakan perkhidmatan spa syarikat

kami. Apabila pengguna menggunakan perkhidmatan kami ini, pengguna akan menikmati

keselesaan dan penyelesaian masalah ini adalah pengguna dapat menjaga kesihatan dan

kecantikan mereka.

5
b) Produk Sebenar

Ia adalah faedah tambahan produk yang kami tawarkan. Ia di hasilkan apabila pemasar

menetapkan beberapa ciri-ciri iaitu kualiti, rekabentuk, nama, penjenamaan dan

pembungkusan, dan lain-lain yang berkaitan dengan produk. Apabila pengguna

melangkah masuk ke spa kami, layanan staf kami dan suasana di spa kami ini dapat

menarik lagi pengguna ke spa kami.

c) Produk Tambahan

Ia adalah ditawarkan bersama produk bagi mewujudkan perbezaan antara produk sesuatu

syarikat dengan pesaing-pesaingnya seperti khidmat penghantaran, khidmat selepas

jualan, kredit, jaminan dan lain-lain. Ia merujuk ciri-ciri tambahan yang ditawarkan di

spa kami iaitu kemudahan yang disediakan, penggunaan kad kredit, caj servis dan

keramahan staf kami.

• Mengikut klasifikasi produk / perkhidmatan, spa kami ialah salah satu di dalam

golongan produk yang tidak di cari. Ini kerana kebiasaannya perkhidmatan spa

yang berada di pasaran ini tidak di sedari oleh pngguna. Dengan itu syarikat kami

mengambil inisiatif untuk menarik pengguna dengan menggunakan saluran

promosi yang pelbagai.

6
• Penjenamaan bagi produk kami ialah seperti berikut :-

a) Nama jenama (brand name) - ‘Chocolatier Spa’

b) Brand mark -

c) Trade mark - ‘ Chocolatier Spa’

• Syarikat kami menggunakan jenama pengeluar, iaitu menggunakan nama syarikat

bagi menubuhkan perkhidmatan spa ini. Dengan itu terdapat beberapa faedah yang

diperoleh kepada pemasar iaitu dapat membentuk kesetiaan pengguna dan

memperkenalkan peroduk kami ini. Kepada pengguna kami pula, ia dapat

membezakan produk atau perkhidmatan yang hampir serupa dengan Chocolatier Spa

kami ini, dapat memudahkan pembelian atau penggunaan perkhidmatan, dan

menunjukkan kualiti dan imej produk.

• Syarikat Chocolatier Spa ini meerekabentuk pembungkusan produknya yang

tersendiri berdasarkan elemen-elemen seperti saiz, bentuk, bahan, warna, tekstur dan

tanda perniagaan. Melalui pembungkusan produk kami ini, ia akan menarik lagi

pengguna ke spa coklat kami ini. Ia adalah salah satu peluang untuk Syarikat kami

makin maju.

7
• Pelabelan juga merangkumi pembungkusan mengandungi maklumat bercetak atau

bersama produk. Ia menghuraikan beberapa perkara mengenai produk, iaitu siapa

pengeluar, di mana dibuat dan sebagainya. Jaminan bagi produk kami ini

mengesahkan kualiti dan prestasi perkhidmatan yang diberikan oleh spa coklat kami

ini. Kami memberi jaminan terhadap para pengguna kami sekiranya produk yang

dibeli atau perkhidmatan yang kami berikan ini tidak memuaskan hati pengguna atau

mengalami kerosakan pada produk, pemulangan wang akan di beri mengikut syarat-

syarat yang di tetapkan oleh syarikat kami.

• Kitaran hayat bagi syarikat kami ialah seperti berikut :-

Jualan dan
keuntungan

Jualan

Peringkat
Peringkat kejatuhan
Peringkat Matang
pengenalan
Peringkat
pengenalan

Masa
Tahap-Tahap Kitaran Hayat Produk :
Jualan Dan Keuntungan Sepanjang Hayat Produk
8
PROMOSI

Untuk mempromosikan produk kami, kami telah mengatur strategi untuk membuat iklan

melalui media elektronik iaitu di televisyen, melalui poster dan lain-lain.

Pengiklanan

Definisi pengiklanan

• Pengiklanan merupakan sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar,

bersifat tidak peribadi yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan

untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan

produk kami, perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenalpasti.

• Dalam pengiklanan produk kami di media elektronik iaitu di televisyen, pihak

penaja yang terlibat dalam pengiklanan produk kami ialah Cadbury Coklat,

Syarikat Van Houten Sdn Bhd yang melibatkan pembayaran oleh pihak penaja.

• Sebelum pengiklanan dibuat,kami terlebih dahulu telah menetapkan objektif

pengiklanan kami yang terdiri daripada pengiklanan memberitahu untuk

memberitahu pasaran tentang keluaran produk baru kami. Kedua pengiklanan

memujuk iaitu menggalakkan pengguna menukar menggunakan produk kami dan

yang ketiga pengiklanan mengingatkan pengguna bahawa keluaran baru kami ini

mungkin diperlukan pada masa akan datang.

9
• Secara amnya, penentuan objektif pengiklanan perlu ditentukan berasaskan situasi

pasaran semasa misalnya, semasa produk kami berada di dalam peringkat

pengenalan, program pengiklanan mungkin lebih memberikan penumpuan kepada

pengguna berkenaan kewujudan produk kami.

PROMOSI JUALAN

Tujuan promosi jualan

• Tujuan promosi jualan yang kami jalankan adalah untuk menarik pencuba baru

terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali sebagai mereka yang suka

menukar jenama pilihan.

• Sebab kedua adalah sebagai ganjaran kepada pelanggan yang setia menyokong

produk kami.

• Sebab ketiga adalah sebagai untuk meningkatkan kadar pembelian semula di

kalangan pembeli produk coklat sekali-sekala sebelum ini.

10
MEMILIH ALAT ATAU TEKNIK PROMOSI JUALAN YANG BERSESUAIAN

Antara alat yang digunakan oleh syarikat kami untuk mencapai objektif promosi jualan

ialah:

i. Sampel - iaitu tawaran suatu jumlah percubaan tertentu sesuatu keluaran,

contohnya kami tester secara percuma untuk pengguna merasa produk terbaru

kami.

ii. Tawaran berkembar – menawarkan pengurangan harga kepada pengguna.

Contohnya membuat satu urutan coklat akan memperoleh urutan lain secara

percuma.

PERHUBUNGAN AWAM

Alat-alat utama perhubungan awam

1. Berita - bahagian perhubungan awam yang mencipta berita yang menarik tentang

syarikat, polisi, produk dan menghantar barang tersebut kepada pihak media untuk

disiarkan.

2. Bahan-bahan bertulis - contohnya brosur, artikel, surat pemberitahuan serta

majalah syarikat.

3. Bahan-bahan identiti korporat – Syarikat kami membuat kad perniagaan,

pakaian seragam, pamplet dan lain-lain

11
SALURAN AGIHAN

• Agihan bermaksud pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk

memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh

pengguna.

PERANAN SALURAN AGIHAN

- Orang tengah yang membantu didalam kerja-kerja pengagihan ini banyak membantu

pengeluar dalam menyelesaikan banyak masalah.

- Ahli-ahli saluran agihan memainkan peranan yang sangat penting. Antara peranan yang

dimainkan oleh saluran agihan ini ialah :

• Sumber Penyampai Maklumat

 Mengumpul dan mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran serta

perisikan pemasaran berkenaan faktor-faktor dan tekanan-tekanan dalam

persekitaran pemasaran

 Ia diperlukan untuk tujuan pertukaran, perancangan dan bantuan.

• Perhubungan

 Ahli-ahli di dalam saluran agihan ini juga dikatakan dapat mencari dan

berkomunikasi dengan pembeli berpotensi

• Promosi

 Mereka juga boleh membentuk dan menyebarkan komunikasi persuasif

berhubung dengan sesuatu tawaran.

12
• Permadanan

 Membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli,

termasuklah aktiviti-aktiviti seperti pengeluaran, penggredan, pemasangan dan

pembungkusan

• Perundingan

 Persetujuan juga akan dicapai ke atas harga dan terma-terma lain sesuatu

tawaran supaya pemilikan boleh dipindakan.

• Pengagihan fizikal

 Mengangkut dan menyimpan barangan.

• Pembiayaan

 Mendapatkan dan menggunakan dana untuk menutup kos kerja saluran.

• Pemgambilan risiko

 Mengambil risiko dalam menjalankan kerja-kerja saluran.

Tahap didalam saluran pengagihan ini boleh dilihat didalam rajah berikut :

Saluran 1

Pengeluar Pengguna

Saluran Pemasaran Pengguna

Saluran 1 biasa juga disebut sebagai saluran pemasaran langsung, kita boleh lihat di sini

di mana hubungan secara langsung berlaku diantara pengeluar dan pengguna. Tidak ada

13
orang tengah atau perantara digunakan. Perkhidmatan spa yang kami jalankan adalah

diantara pengeluar dengan pengguna. Saluran ini adalah lebih baik, kerana ianya terus

kepada pengguna sendiri. Kami juga berdaftar dengan ejen bagi mendapatkan pelanggan.

Saluran 1

Pengeluar Pelanggan
industri

Saluran 2

Pengeluar Pengedar Pelanggan


industri industri

Saluran 3

Pengeluar Wakil pengeluar atau Pelanggan


cawangan jualan industri

Saluran Pemasaran Perniagaan

• Pihak pemasar perniagaan boleh menggunakan tenaga jualannya sendiri untuk

menjual secara langsung kepada pelanggan perniagaannya.

• Ada kalanya pengeluar perlu menjual kepada pengedar industri dan seterusnya

pengedar ini tadi akan menjual terus kepada pelanggan industri.

• Pengedar juga boleh menjual melalui wakil pengeluar atau cawangan jualannya

sendiri kepada pelanggan perniagaan. Ia boleh menjual melalui wakil pengluar

14
atau cawangan jualannya sendiri kapada pelanggan perniagaan, atau ia boleh

menggunakan wakil dan cawangannya untuk menjual melalui pengedar industri.

• Oleh itu kita dapat lihat bahawa saluran pemasaran perniagaan atau industri ini

meliputi saluran pengagihan pelbagai tahap.

• Kami melanggankan coklat terus daripada pengeluar. Buah-buahan pula kami

mengambil daripada pengedar industri. Ianya mudah, cepat, dan dapat membeli

secara pukal dengan harga yang lebih murah.

Coklat-coklat yang digunakan dan buah-buahan campuran.

15
HARGA

Harga merupakan wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran atau

perkhidmatan yang diberikan melalui proses pertukaran dan harga juga merupakan

campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil dan elemen-elemen lain hanyalah kos.

Harga dapat ditentukan mengikut kesesuaian pasaran melalui proses penawaran.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan harga

• Objektif pemasaran

• Strategi campuran pemasaran

• Kos

• Pertimbangan organisasi

• Pasaran dan permintaan

• Persaingan

• Lain-lain faktor persekitaran

16
Faktor-faktor Dalaman

Objektif pemasaran

• Memaksimumkan untung semasa

Perletakan harga bagi tujuan memaksimumkan keuntungan semasa syarikat.

Kebiasaannya harga tinggi diletakkan bertujuan untuk menanggung kos yang telah

dilaburkan ketika pemprosesan produk dilakukan untuk mengeluarkan produk yang

berkualiti seperti perkhidmatan kami iaitu urutan coklat yang akan mendapat tempat di

hati pengguna.

Strategi campuran pemasaran

Harga memainkan peranan penting dalam campuran pemasaran. Harga yang

dikenakan hendaklah disesuaikan mengikut keputusan merekabentuk produk, pengagihan

dan promosi serta penyiasatan dan pemprosesan yang telah kami jalankan untuk

menghasilkan pemasaran yang konsisten dan berkesan.

17
Kos

Pihak kami perlulah meletakkan harga yang berpatutan meliputi kos pengeluaran,

pengagihan, penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang setimpal

dengan usaha yang telah dijalankan dan risiko yang tinggi yang harus ditanggung oleh

pihak kami. Jika pihak kami yang mempunyai kos rendah, pihak kami dapat menetapkan

harga yang rendah dan menghasilkan jualan dan keuntungan yang tinggi.

Kos terbahagi kepada dua iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap adalah kos

yang tidak berubah walaupun berapa banyak jumlah pengeluaran atau jualan yang dibuat.

Pertimbangan Organisasi

Pihak pengurusan mestilah menentukan siapa di dalam organisasi dalam syarikat

yang bertanggungjawab menetapkan harga. Dalam syarikat Cadbury, harga ditetapkan

oleh pengurusan bahagian atau pengurus lini produk.

Faktor-faktor Luaran

Pasaran dan Permintaan

• Penentuan harga dalam pasaran yang berbeza

Dalam situasi ini, perkhidmatan urutan coklat adalah perkhidmatan yang

mempunyai persaingan monopolistik dimana ramai pengguna yang mendapatkan

perkhidmatan kami yang berdagang di bawah harga yang berbeza. Harga yang

18
berbeza ini berlaku kerana penjual dapat membezakan tawaran mereka kepada

pembeli.

• Tanggapan pengguna terhadap harga dan nilai

Penentuan harga dan nilai yang pengguna letakkan ke atas faedah yang mereka

terima dari produk Cadbury dan menetapkan harga yang bersesuaian dengan nilai

tersebut.

• Persaingan

Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga

syarikat Cadbury. Apabila pengguna ingin menggunakan perkhidmatan urutan

coklat, mereka akan mempertimbangkan perkhidmatan kami dengan

perkhidmatan-perkhidmatan pesaingnya. Oleh itu, syarikat Cadbury perlulah

mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh pesaing.

Faktor-faktor lain

Untuk menetapkan harga, syarikat Cadbury perlulah mengetahui faktor luaran lain

seperti keadaan ekonomi, kesan harga kepada pemasaran dan juga kerajaan. Keadaan

ekonomi yang meleset akan mempengaruhi penentuan harga kerana kedua-dua kos

pengeluaran perkhidmatan dan harga serta nilai sesuatu perkhidmatan.

19
Kaedah penentuan harga

• Penentuan Harga Berasaskan Pembeli

Penentuan harga ini menggunakan tanggapan pembeli tentang nilai keluaran, bukan kos

penjual. Firma menggunakan elemen bukan harga untuk membina tertanggap dalam

fikiran pembeli.

• Penentuan Harga Berdasarkan Persaingan

Firma menetapkan harga berdasarkan harga pesaing yang ditawarkan dan kurang

tertumpu kepada kos atau permintaan syarikat itu sendiri. Firma mungkin meletakkan

harga yang lebih tinggi, rendah atau harga yang sama daripada pesaing-pesaingnya.

Kaedah Penentuan Produk Baru

Penentuan Harga Produk Inovasi

• Penentuan harga Penarahan Pasaran

Menetapkan harga yang tinggi dan dapat memberi beberapa faedah terutama bagi produk

yang berada dalam peringkat kitaran hayat produk. Kualiti dan imej perkhidmatan mesti

menyokong harganya yang tinggi dan mesti mendapat jumlah pengguna yang ramai dan

20
mampu untuk membayar pada harga tersebut. Selain itu, kos pengeluaran pada jumlah

yang rendah tidak boleh tinggi daripada kelebihan menetapkan harga yang tinggi.

Akhirnya, pesaing tidak boleh memasuki pasaran dengan mudah dan akan mengenakan

harga yang rendah.

• Penentuan Harga Produk Imitasi

Kebiasaannya punyai ketua pasaran bagi produk tersebut dan akan mengeluarkan

produk premium dan meletakkan harga yang tinggi. Keadaan ini pencabar

(challenger) dan pengikut (follower) mempunyai sembilan strategi samada

mengeluarkan produk yang sama taraf (tinggi, sederhana atau rendah kualitinya

berbanding penentuan harga yang tinggi, sederhana atau rendah bagi produknya.

Pencabar dan pengikut produk harus menimbangkan saiz, kadar pertumbuhan pasaran

serta persaingan yang akan dihadapinya.

21
LAMPIRAN

urutan pada bahagian kaki

mandi lulur

urutan pada seluruh badan

22
sauna

KESIMPULAN

Secara amnya, perkhidmatan baru yang syarikat kami hasilkan ini merupakan satu

kaedah baru dalam merubah citarasa pengguna yang tidak pernah mencuba perkhidmatan

lain sebelum ini. Mereka juga menyedari yang mereka tidak seharusnya menggunakan

perkhidmatan yang sama pada jangka masa yang panjang, sebaliknya mencuba untuk

menggunakan perkhidmatan yang baru. Dengan menghasilkan perkhidmatan terbaru,

kami dapat memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan sesuatu perkhidmatan

baru yang dapat memberi kelainan daripada produk sebelum ini. Dari segi harga pula,

kami mengambil kira faktor kos yang dikeluarkan syarikat kami untuk menghasilkan

perkhidmatan yang kami wujudkan ini. Kami dapat memasarkan produk kami untuk

memastikan produk yang kami tawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh

pengguna. Bagi mempromosikan perkhidmatan baru ini, kami telah mengatur strategi

untuk menarik perhatian pelanggan kami supaya mencuba perkhimatan baru kami.

Kesimpulannya, dengan wujudnya perkhidmatan yang dihasilkan oleh syarikat

kami, ia dapat meningkatkan tahap pekhidmatan lain yang berada di pasaran. Kami

yakin bahawa perkhidmatan ini akan mendapat sambutan ramai. Terutama daripada

23
pihak koprat. Dengan adanya campuran pemasaran, syarikat yang kami tubuhkan akan

berkembang maju.

Bibliografi/ rujukan

• Internet

http://wikipedia.org

www.cadbury.com

www.perkhidmatanspa.com

www.yahoo.com

• Majalah Resipi : Majalah HealthToday

: Majalah Rapi

• Suratkhabar Utusan Malaysia : Bahagian Kesihatan

24

Anda mungkin juga menyukai