Anda di halaman 1dari 18

SOALAN TUGASAN INDIVIDU 2

KURSUS PENGURUSAN PERNIAGAAN 2 (AP025)

BAB 3:PEMASARAN

SAMSUNG PERKENAL GALAXY S21 FE 5G DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan telefon pintar


terbaharunya, Galaxy S21 FE 5G bagi menyediakan kemudahan peranti yang
menyokong peralihan ke arah teknologi 5G di negara ini.

Galaxy S21 FE 5G adalah model terbaharu dalam siri Galaxy S21 dan dilengkapi
dengan beberapa aspek Galaxy S21 yang paling digemari pengguna termasuk reka
bentuk yang menarik, prestasi berkuasa tinggi, kamera pro-gred dan
ketersambungan ekosistem yang lancar.

Model baharu itu mempunyai cip Exynos 2100 serta memori 8GB RAM dan pilihan
tri-kamera belakang serta kamera swafoto 32 megapiksel.

Ia turut dijana dengan Android 12, selain antara muka OneUI 4.0.

Galaxy S21 FE 5G sudah boleh dimiliki oleh pengguna di Malaysia dengan


melakukan pra tempahan bermula hari ini sehingga 10 Januari 2021.

Tempahan boleh dilakukan melalui rangkaian kedai Samsung Experience, pengedar


sah Samsung serta menerusi platform online Samsung Malaysia.

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan bermula daripada RM2,899 untuk
model 128GB dan RM3,099 untuk model 256GB.

Samsung turut memberikan diskaun bagi e-baucar sebanyak RM350 selain


perlindungan Samsung Care+ selama satu tahun dan perlindungan kerosakan
bernilai RM220.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han, berkata sebagai peneraju


peranti mudah alih global, pengeluar telefon pintar terkemuka dunia itu sentiasa
memberi fokus kepada inovasi yang berterusan.

Beliau berkata, membawa inovasi mudah alih terkini kepada lebih ramai orang
adalah keutamaan Samsung sejak dahulu lagi.

"Inovasi dan memenuhi kehendak pengguna sudah lama menjadi tumpuan untuk
Samsung. Kami memahami kesan inovasi mudah alih terhadap hubungan manusia.
"Justeru itu, Samsung sentiasa menumpukan kepada inovasi dan kelebihan dalam
telefon pintar yang memenuhi keperluan pengguna masa kini.

"Sambutan yang luar biasa terhadap barisan Galaxy S20 FE dan Galaxy S21 juga
menjadi faktor kumpulan memperkenalkan model terbaharu S21 FE 5G,
melengkapkannya dengan ciri premium utama," katanya.

Han berkata, pengguna Samsung adalah tulang belakang utama kepada kumpulan,
yang memberikan hala tuju dan pendapat merentas kumpulan fokus, tinjauan global
dan sesi maklum balas umum.

Beliau berkata, Samsung menghargai kepentingan memenuhi keperluan mereka dan


dari sinilah inovasi bertaraf dunia dipenuhi dengan ciri kegemaran pengguna untuk
membentuk pakej telefon pintar yang komprehensif.

Katanya, telefon pintar berdasarkan kehendak pengguna adalah penting untuk


membolehkan inisiatif dua hala yang unik sekaligus mempengaruhi secara langsung
hasil sesuatu produk.

"Ia seterusnya mewujudkan persekitaran dinamik dalam perkongsian berterusan dan


penambahbaikan untuk memastikan setiap peranti serasi dengan kepelbagaian
peminat Samsung," katanya.

Oleh Alzahrin Alias - Januari 6, 2022 ,BH online

Berdasarkan kes di atas:

i. Terangkan maksud pemasaran. [2 markah]

Pemasaran adalah satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk


merancang dan melaksanakan konsep produk, penentu harga, promosi
dan pengedaran produk untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang
dapat memenuhi keperluan pengguna pada masa yang sama mencapai
objektif organisasi.Contohnya,Samsung Malaysia Electronic mengeluarkan
telefon pintar model terbaru iaitu Galaxy S21 FE 5G yang dilengkapi
dengan beberapa aspek Galaxy S21 yang paling digemari pengguna
termasuk reka bentuk yang menarik, prestasi berkuasa tinggi, kamera pro-
gred dan ketersambungan ekosistem yang lancar dimana harga yang
ditawarkan juga amat berpatutan iaitu bermula daripada RM2,899 untuk
model 128GB dan RM3,099 untuk model 256GB.Samsung Malaysia
Eletronic juga menawarkan diskaun bagi e-baucar sebanyak RM350 selain
perlindungan Samsung Care+ selama satu tahun dan perlindungan
kerosakan bernilai RM220 dan model terbaru ini boleh didapatkan di
rangkaian kedai Samsung Experience, pengedar sah Samsung serta
menerusi platform online Samsung Malaysia.

ii. Terangkan dua kepentingan pemasaran kepada individu yang


menggunakan produk daripada syarikat Samsung. [6 markah]

Dua kepentingan pemasaran kepada individu adalah

1. Memperbanyakkan peluang pekerjaan


Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti profesional , separa
profesional dan tidak profesional dengan peluang pekerjaan kepada
anggota masyarakat.Bagi mereka yang memerlukan pekerjaan,
mereka boleh mengambil peluang pekerjaan yang ditawarkan
seperti juruiklan dan jurujual.Sebagai contoh , Syarikat Samsung
Malaysia Electronic membuka lebih dari 10 cawangannya di seluruh
Malaysia.Hal ini dapat membantu mereka yang memerlukan
pekerjaan untuk menampung kehidupan hariannya.
2. Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran

Ia dapat memberikan persaingan yang sihat melalui pelbagai


alternatif yang boleh dipilih oleh pengguna.Dengan wujudnya
persaingan,syarikat akan mencari strategi untuk mengeluarkan
produk yang mampu bersaing dengan lebih jauh untuk menarik
minat pengguna. Pengguna juga dapat membuat perbandingan dari
segi mutu dan harga untuk membuat keputusan pemilihan yang
tepat.Contohnya,Maisyarah membuat keputusan untuk membeli
telefon pintar Samsung Galaxy S21 FE 5G kerana walaupun telefon
pintar keluaran Syarikat Apple Inc iaitu Iphone X mempunyai
kelebihan yang hampir , namun harga yang ditawarkan oleh
Samsung Malaysia Electronic lebih berpatutan.
iii. Jelaskan dua asas segmentasi yang boleh digunakan oleh syarikat
Samsung dalam memastikan produk dapat memenuhi kehendak
pengguna dalam pasaran. [6 markah]

Dua asas segmentasi yang boleh digunakan oleh Syarikat Samsung


Malaysia Electronic dalam memastikan poduk dapat memenuhi kehendak
pengguna dalam pasaran adalah

1) Demografi
Segmentasi demografi adalah pembahagian pasaran kepada
kumpulan-kumpulan dengan menggunakan pembolehubah yang
menghuraikan tentang individu mengikut umur,jantina,saiz
keluarga,pendidikan,pendapatan,agama dan pekerjaan. Data
demografi amat penting bagi sesebuah syarikat untuk
mengembangkan strategi pemasaran dan pembuatan iklan selain bagi
menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pengguna dari masa
ke masa.

a) Pendapatan.
Pendapatan adalah hasil dari kegiatan penjualan barang ataupun
jasa pada sebuah perusahaan dalam kurun waktu tertentu.
Kemudian pendapatan dari sebuah perusahaan ini bisa didapatkan
dari berbagai hal diantaranya bunga aktif dalam perusahaan yang
biasanya digunakan oleh pihak lain termasuk bagi hasil atau royalti.

Contohnya,Syarikat Samsung Malaysia Electronics telah


menawarkan harga yang berbeza buat keluaran terbaru mengikut
spesifikasinya dimana bagi model 128GB, harga yang ditawarkan
ialah RM2899 manakala bagi model 256GB, harganya ialah
RM3099. Syarikat Samsung Malaysia Electronics menyasarkan
golongan yang berpendapatan tinggi untuk membeli telefon pintar
Galaxy S21 FE 5G. Maka, golongan yang berpendapatan tinggi
mampu membeli telefon pintar ini berdasarkan harga yang
berpatutan tersebut. Manakala, individu yang berpendapatan
rendah boleh membeli telefon pintar model lain yang ditawarkan
oleh Syarikat Samsung Malaysia Electronics dengan harga yang
berpatutan bagi mereka sekiranya individu tersebut tidak mampu
membeli telefon pintar model Galaxy S21 FE 5G.
2) Gelagat
Asas segmentasi gelagat ini melibatkan pembahagian pasaran kepada
segmen yang kecil mengikut pengetahuan,sikap pengguna dan
tindakbalas pengguna terhadap sesuatu produk. Pemasar
selalunya menggunakan pembolehubah dalam asas gelagat seperti
situasi penggunaan, faedah yang dicari, situasi pengguna, tahap
kesetiaan,kadar penggunaan, peringkat kesediaan untuk membeli, dan
sikap dalam usaha mentakrifkan segmen-segmen yang wujud dalam
pasaran.

a) Tahap kesetiaan.
Hal ini merujuk kepada kesetiaan pelanggan terhadap syarikat
atau jenama dan seberapa kuat mereka cenderung membeli
produk yang sama atau memilih syarikat yang sama. Dengan
kata lain, ini adalah kesan positif konsisten pengguna terhadap
produk atau perkhidmatan syarikat tertentu bergantung pada
ciri fizikal, kepuasan dan nilai pengalaman yang dirasakan.
Membina dan mengekalkan hubungan pelanggan yang positif
adalah salah satu tujuan organisasi perniagaan masa kini.

Contohnya ,bagi memastikan para pengguna sentiasa memilih produk


keluaran dari Syarikat Samsung Malaysia Eletronic ,syarikat ini
berusaha untuk mengekalkan pengguna yang sedia ada dan berusaha
untuk menarik minat pengguna dengan memberi diskaun bagi e-
baucar sebanyak RM350 selain perlindungan Samsung Care+ selama
satu tahun dan pelindungan kerosakan bernilai RM220 kepada
pengguna yang setia.Hal ini mampu membuatkan pada pengguna
untuk sentiasa setia dengan jenama mereka . Pengguna yang setia
menggunakan Samsung adalah tulang belakang utama kepada
kepada kumpulan, yang memberikan hala tuju dan pendaapt merentas
kumpulan focus, tinjauan global dan sesi maklum balas umum.
iv. Jelaskan bagaimana faktor berikut dapat mempengaruhi keputusan
pembelian pengguna bagi syarikat Samsung. [6 markah]
a. Faktor Sosial
b. Faktor Individu
c. Faktor Psikologi

a) Faktor Sosial

Faktor sosial adalah fenomena atau proses yang menyebabkan


perubahan sosial yang mempengaruhi bidang aktiviti yang berlainan,
dari ekonomi ke kesihatan. Dalam istilah yang lebih mudah, ini adalah
daya penggerak di belakang perkembangan masyarakat.Pengguna
dalam kelas sosial yang sama akan berinteraksi di antara satu sama
lain sama ada secara formal mahupun tidak formal. Pengguna turut
dipengaruhi oleh faktor sosial yang terdiri daripada kumpulan rujukan,
ahli keluarga dan status sosial mereka. Ia adalah faktor sosial yang
menentukan arah di mana masyarakat akan bergerak. Sehubungan itu,
adalah sangat penting untuk mengkaji mereka agar mempunyai idea
tentang realiti masa kini dalam cawangan ini atau dalam masyarakat
tertentu, yang paling kerap dalam kerangka satu bandar atau satu
negara.

i) Kumpulan rujukan
Kumpulan Rujukan merupakan pihak yang dijadikan sebagai rujukan
oleh seseorang dalammembentuk sikap atau kelakuannya dalam
membuat keputusan pembelian seperti rakan,selebriti, jiran,
guru dan lain-lain lagi. Ia boleh mempengaruhi keputusan
pembelianpengguna melalui dorongan dan desakan yang
diberikan. Kumpulan rujukan juga membantu perniagaan, pengiklan
dan saintis sosial menentukan corak tingkah laku untuk menjual produk
atau dasar kerajinan.

Sebagai contoh, Syarikat Samsung Malaysia Electronics telah


memperkenalkan telefon pintar terbaharunya iaitu Galaxy S21 FE 5G
untuk pengguna merasai kemudahan yang tersedia pada telefon pintar
tesebut. Oleh yang demikian, pihak syarikat ini telah melantik duta
dikalangan artis Malaysia yang terkenal seperti Nabila Razali untuk
mengiklankan telefon pintar ini di media sosial untuk menarik minat
masyarakat. Oleh sebab itu, ramai masyarakat akan tertarik untuk
membeli telefon pintar tersebut kerana terpengaruh dengan
pengiklanan yang dibuat oleh selebriti terkemuka itu. Jadi, jumlah
jualan telefon pintar Galaxy S21 FE 5G akan meningkat secara
mendadak dengan wujudnya iklan-iklan sebegitu di media sosial.
b) Faktor individu

Faktor individu merujuk kepada perbezaan yang dimilik oleh setiap


individu berdasarkan pelbagai aspek seperti dari segi umur dan kitaran
hayat keluarga, kedudukan ekonomi, personaliti dan pekerjaan. Maka,
pengeluar sewajarnya harus memahami setiap ciri individu supaya
perancangan strategi pemasaran yang sesuai dapat dibuat untuk
menarik perhatian para pengguna terhadap produk keluaran mereka.

i) Kedudukan ekonomi

Kedudukan ekonomi adalah tahap pendapatan mempengaruhi gelagat


pembelian seseorang seperti individu yang berpendapatan tinggi pada
setiap bulan mungkin dapat membeli barang yang berjenama tinggi
manakan individu yang berpendapatan rendah pada setiap bulan
mungkin hanya beli barang yang berjenama biasa.

Contohnya, Cik Aisyah telah membeli telefon pintar keluaran Samsung


yang terbaharu iaitu Samsung Galaxy S21 FE 5G yang berharga
RM3099 untuk model 256GB.Walaupun harga tersebut agak tinggi
namun Cik Aisyah mampu untuk membelinya kerana beliau
mempunyai pendapatan bulanan yang agak tinggi iaitu sebanyak
RM15000.Berbeza dengan Cik Amirah dimana beliau hanya mampu
membeli telefon pintar yang biasa sahaja dimana tidak mempunyai
banyak kelebihan seperti Samsung Galaxy S21 FE 5G dan pastinya
harga telefon pintar tersebut jauh lebih rendah berbanding telefon
pintar yang dibeli oleh Cik Aisyah kerana dia hanya berpendapatan
rendah sahaja.
c) Faktor psikologi

Faktor psikologi adalah sains minda dan tingkah laku. Psikologi


merangkumi kajian fenomena sedar dan tidak sedar, termasuk
perasaan dan pemikiran. Ini adalah disiplin akademik dengan ruang
lingkup yang sangat besar. Ahli psikologi mencari pemahaman tentang
sifat otak yang muncul dan semua fenomena yang berkaitan dengan
sifat tersebut, bergabung dengan cara ini sebagai kumpulan penyelidik
neuro-saintifik yang lebih luas. Faktor psikologi yang mempengaruhi
keputusan dan pilihan pengguna dapat dilihat melalui aspek motivasi
diri, persepsi terhadap produk, pengalaman dan tahap kesetiaan.

i) Motivasi diri

Motivasi diri membawa maksud dorongan yang menyebabkan


seseorang bertindak untuk memenuhi sesuatu keperluan individu
dalam menjalani kehidupan yang lebih kondusif. Motivasi juga adalah
proses yang menjelaskan intesiti, arah, dan ketekunan seorang
individu untuk mencapai tujuannya. Pemasar mengkaji faktor-faktor
motivasi yang mendorong pengguna untuk membuat pembelian bagi
memenuhi keperluan dan kehendak yang pelbagai.
Sebagai contoh, Syarikat Samsung Malaysia Electronics
memperkenalkan telefon pintar terbaharunya iaitu Galaxy S21 FE 5G
bagi menyediakan kemudahan peranti yang menyokong peralihan
kearah teknologi 5G di negara ini. Maka, Jasmin yang merupakan
salah seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan terdorong untuk
membeli telefon pintar yang diperkenalkan oleh Syarikat Samsung
Malaysia Electronics iaitu Galaxy S21 FE 5G bagi model 128GB yang
bernilai RM2899. Hal ini terjadi demikian kerana telefon pintar tersebut
dapat membantunya dalam menjalani hari-harinya sebagai seorang
pelajar. Maka, Jasmin dapat menggunakan telefon pintar tersebut
untuk untuk mencari pelbagai info dan maklumat mengenai
pelajarannya disamping ia dapat menjimatkan masa.

v. Huraikan lima langkah yang terlibat dalam proses pembelian produk


(telefon) oleh pengguna akhir. [10 markah]

1) Mengenal Pasti Keperluan


Pada peringkat awal sebelum membeli sesuatu produk, pengguna
perlu mengenal pasti sama ada apakah sebenarnya yang diperlukan.
Keperluan ini boleh terhasil daripada kedua-dua rangsangan iaitu dalaman
dan luaran. Mengenal pasti keperluan juga dapat definisikan sebagai
mengenalpasti barangan yang hendak dibeli kerana wujud perbezaan
antara keinginan untuk memiliki dengan keadaan sebenar. Keperluan
dirangsang faktor dalam seperti keperluan untuk memasak atau
menyediakan makanan dan luaran seperti promosi dan iklan.

Sebagai contoh, Aina telah dirangsang keperluannya untuk menaik taraf


telefon pintar yang sedang digunakannya kerana teknologi yang sedia ada
pada telefonnya itu sudah ketinggalan dan tiada kemajuan. Maka, Aina
telah mencari maklumat mengenai telefon pintar yang baru diperkenalkan
oleh Syarikat Samsung Malaysia Electronics iaitu Galaxy S21 FE 5G yang
dijumpainya di laman media sosial. Dia harus menganalisis terlebih dahulu
sama ada telefon pintar tersebut memenuhi kehendaknya atau tidak. Dia
juga mesti mengetahui secara terperinci mengenai kelebihan dan
kebaikan yang wujud pada telefon pintar Galaxy S21 FE 5G dengan cara
membandingkan telefon pintar tersebut dengan telefon pintar yang lain
seperti Oppo dan VIVO. Perkara ini dapat membandingkan tahap
kemajuan dan kualiti yang ada pada telefon pintar Galaxy S21 FE 5G
dengan setiap telefon pintar keluaran jenama lain sama ada bersesuaian
dengannya.

2) Mencari maklumat

Proses mencari maklumat melibatkan penggunaan wang, masa dan


tenaga. Pengguna biasanya mengambil masa yang lama dan melakukan
pencarian secara intensif sekiranya pembelian yang hendak dilakukan
melibatkan kos yang tinggi. Maklumat boleh di peroleh daripada sumber
peribadi seperti kawan, ahli keluarga dan jiran atau pun daripada sumber
komersil seperti pengiklanan, sumber awam iaitu media massa atau pun
melalui pengalaman sendiri. Selain itu, maklumat atau informasi
merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan
penganalisaan data dan juga dalam bentuk boleh berfungsi sebagai
sejumlah data untuk menambah pengetahuan semasa kepada tiap-tiap
penerima maklumat dan jika di dalam bentuk difinisi secara ringkas,
maklumat juga adalah merupakan berada di dalam konteks tersendiri
apabila data digunakan sebagai maklumat di dalam sesuatu perkara.

Sebagai contoh, Aina menggunakan setiap platform carian maklumat


dengan baik melalui sumber internet bagi mencari maklumat mengenai
telefon pintar yang baru diperkenalkan oleh Syarikat Samsung Malaysia
Electronics iaitu Galaxy S21 FE 5G. Aina telah menjumpai banyak
kelebihan dan kebaikan yang bakal diperolehinya apabila menggunakan
Galaxy S21 FE 5G berbanding telefon pintar jenama lain. Meskipun harga
yang ditawarkan agak tinggi iaitu RM3099 bagi model 256GB, Aina
merasakan harga tersebut amat berpatutan jika diikutkan dengan
kemudahan dan ciri-ciri esklusif yang ditawarkan.

3) Menilai Alternatif

Selepas menganalisis dan mendapat maklumat yang diperlukan,


pengguna akan melibatkan proses meletakkan pemberat dan pilihan
keutamaan terhadap produk yang hendak dibeli. Berdasarkan kepada
semua maklumat yang diperoleh, pengguna berkenaan boleh membuat
penilaian dari segi kepentingan, tahap kewangan, ciri-ciri produk,
kepercayaan terhadap jenama dan tahap kepuasan yang bakal dimiliki.
Sekiranya individu berkenaan berpuas hati dengan penilaian yang dibuat,
maka pembelian akan dilakukan.

Sebagai contoh, Aina telah menggunakan pelbagai kaedah bagi mencari


maklumat berkaitan dengan telefon pintar yang diperkenalkan oleh
Syarikat Samsung Malaysia Electronics bagi memastikan dia membuat
penilaian yang terbaik supaya dia boleh membuat keputusan yang mampu
memenuhi kehendaknya. Dia telah membuat kelas pembandingan bagi
membandingkan pelbagai jenis telefon pintar yang kerap digunakan
masyarakat seperti Oppo dan Vivo. Selepas membuat analisa dari setiap
aspek bagi setiap telefon pintar, Aina mendapati telefon pintar Galaxy S21
FE 5G mempunyai teknologi paling canggih dari segi luaran dan dalaman
selain warna yang menawan dan kualiti kamera yang mempunyai kuasa
megapiksel yang tinggi.

4) Membuat keputusan pembelian

Merujuk kepada tahap di mana pembelian dilakukan dan urus niaga


berlaku antara pembeli dan penjual. Pembelian dilakukan setelah kedua-
dua pihak bersetuju dari segi harga dan barangan yang hendak dibeli.
Keputusan paling penting adalah hendak membuat pembelian dan
pemilihan jenama berdasarkan faktor seperti lokasi dan kemudahan untuk
mendapatkan produk dan harga seperti ini. Pengguna akan membuat
penilaian berdasarkan senarai jenama, senarai harga dan beberapa
kriteria pembelian yang penting. Setiap kriteria akan disusun mengikut
kriteria yang ditetapkan bagi menjamin pilihan yang terbaik.

Sebagai contoh, Aina telah membuat keputusan untuk membeli telefon


pintar jenama Samsung Galaxy S21 FE 5G yang diperkenalkan oleh
Syarikat Samsung Malaysia Electronic dengan harga yang ditawarkan
sebanyak RM3099 bagi pilihan model 256GB setelah membuat penilaian
dengan mengambil kira segala kriteria yang diperlukan.Aina telah memilih
produk ini kerana ianya mampu memberikan kelebihan dan kemudahan
yang terbaik kepadanya melalui perkhidmatan selepas jualan serta waranti
produk. Dia juga bakal mendapat diskaun bagi ebaucar sebanyak RM350
selain perlindungan Samsung Care+ selama setahun dan perlindungan
kerosakan yang bernilai RM220.
5) Gelagat selepas pembelian

Merujuk kepada gelagat pengguna selepas membuat pembelian. Ia


biasanya dibincangkan bersama cognitive dissonance yang merujuk
kepada perasaan tidak puas hati pengguna sekiranya selepas membuat
pembelian namun terdapat barangan yang lebih baik berbanding dengan
barangan yang dibelinya. Walaupun bagaimanpun, gelagat pengguna
tidak semestinya memberikan tanda negatif. Seandainya pengguna
gembira dan sangat berpuas hati dengan produk yang dibeli, gelagat
positif akan timbul melalui kepuasan terhadap produk. Tambahan lagi,
sekiranya pengguna sangat berpuas hati dengan produk tersebut,
berkemungkinan pengguna tersebut akan membeli semula barangan
tersebut selepas ini.

Sebagai contoh, Aina sangat berpuas hati dengan pilihannya untuk


membeli telefon pintar Galaxy S21 FE 5G keluaran Syarikat Samsung
dengan harga RM3099 bagi model 256GB. Hal ini dikatakan demikian
kerana telefon pintar tersebut memenuhi segala kehendak yang
diperlukan olehnya dan secara tidak langsung telah memenuhi
kehendaknya sebagai pengguna. Selain itu, segala kehendaknya iaitu
untuk mencari maklumat dengan pantas dan menggunakan telefon pintar
yang berteknologi tinggi telah pun tercapai yang menyebabkan gelagatnya
menjadi gembira dan berpuas hati setelah membuat pembelian itu. Dia
semestinya akan mengiklankan dan mengesyorkan perihal produk
tersebut kepada kenalannya selepas ini yang dalam masa sama telah
menaikkan reputasi Syarikat Samsung. Namun, jika sebaliknya berlaku,
Dia tidak akan berasa puas hati dan kehendaknya tidak dapat dipenuhi
kerana aspek-aspek yang ada pada telefon pintar tersebut tidak dapat
memenuhi cita rasa dirinya seperti daya keupayaan bateri telefon pintar
tersebut untuk bertahan secara lama amat lemah yang menyebabkan Aina
tidak dapat menikmati penggunaan telefon pintar tersebut dalam tempoh
yang lama. Maka, perkara negatif akan berlaku kepada Syarikat Samsung
iaitu Aina sudah semestinya akan memberitahu perihal kelemahan dan
kekurangan yang wujud pada produk tersebut dan sudah semestinya
Aina tidak akan mempromosikan tentang Syarikat Samsung itu sendiri
selain tidak akan membeli jenama tersebut lagi pada masa akan datang.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai