Anda di halaman 1dari 24

MS 1S0 9002

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH


SEMAMBU
25350 KUANTAN
(Tel. 09-5655300; Faks 09-5663104)
www.polisas.edu.my

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

SESI JUN 2017


Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:-

a) Maklumat Am
b) Maklumat Pendaftaran
c) Borang-borang Pendaftaran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini,
fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.
2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 HEP 6) dan
borang-borang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 &
BHHP9 untuk yang ditawarkan asrama sahaja) yang disediakan.
3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada
hari pendaftaran.
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Senarai Semak 3

A. Maklumat Am 4

1. Panduan Untuk Ke Polisas 4

2. Peringatan Sebelum Pendaftaran 4

3. Yuran Dan Bayaran Lain 4

4. Kemudahan Tempat Tinggal 8

5. Bantuan Kewangan 8

6. Rupadiri 8

7. Hal-Hal Lain 11

B. Maklumat Pendaftaran 12

1. Hari Pendaftaran 12

2. Perkara-Perkara Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran 12

3. Pakaian Dan Rupadiri Semasa Pendaftaran 13

4. Prosedur Pendaftaran 13

5. Hal-Hal Lain 14

C. Borang-Borang Pendaftaran 14

Lampiran 15

2
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD
SHAH SESI DISEMBER 2016
TARIKH : 04/06/2017 (AHAD)
9.00pagi 12.30tghari
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan
oleh anda, sebelum bertolak ke POLISAS untuk mendaftar diri.

1. Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) yang mengandungi :

1.1 Salinan Kad Pengenalan

1.2 Salinan Surat Tawaran ke Politeknik

1.3 Salinan Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)

1.4 Salinan Sijil Kokurikulum

1.5 Sijil Berhenti Sekolah

1.6 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)

1.7 Borang-Borang Pendaftaran telah lengkap diisi

i. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR


ii. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR
iii. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN
iv. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG
v. HEP 5 : AKUAN PELAJAR
vi. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR
vii. BHHP7* : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)
viii. BHHP8* : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3/5 ORANG SE BILIK
ix. BHHP9* : IKRAR KAMSIS
*BHHP7-9 adalah bagi pelajar yang ditawarkan asrama sahaja.

1.8 Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonan


pinjaman/biasiswa

1.9 Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP

2. Salinan Slip Bayaran Yuran Pengajian berjumlah RM200.00

Salinan Slip Bayaran Yuran Asrama berjumlah RM60.00

Slip Wang Tunai Masuk BANK ISLAM BERHAD RM600.00 untuk


Bayaran Pendaftaran/Pelbagai & MTS

3. Gambar warna terbaru (berukuran pasport) 8 keping


(Rujuk Maklumat Pendaftaran M/S10 item 2.3 untuk spesifikasi gambar)
A. MAKLUMAT AM
Baca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar
urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di POLISAS
dengan selesa.

1. PANDUAN UNTUK KE POLISAS

Sila rujuk pelan lokasi POLISAS yang disertakan di muka belakang Buku Panduan ini
(Lampiran). Peringatan penting bagi pelajar yang datang dengan kenderaan sendiri, sila
perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Politeknik.

2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Kementerian Pendidikan Tinggi juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukan ke


Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan
maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik.

b. Lengkapkan semua borang pendaftaran (Borang HEP & BHHP) sebelum diserahkan
kepada POLISAS semasa melapor diri.

3. YURAN & BAYARAN LAIN

Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum melapor diri pada hari
yang telah ditetapkan. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran
tidak dibenarkan.

SILA AMBIL PERHATIAN. Bayaran boleh dibuat mulai 25/05/2017


Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah.

a. Pelajar perlu membuat 3 (tiga) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu Yuran Pengajian,
Bayaran 2 iaitu Yuran Asrama (jika ditawarkan) dan Bayaran 3 iaitu Pendaftaran/Pelbagai.
Sila rujuk jadual di muka surat selanjutnya.

b. Dokumen Pembayaran perlu dibawa dan ditunjukan sebagai bukti semasa melapor diri
nanti. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menjelaskan
sebarang bayaran. Semua pembayaran dalam bentuk Tunai, Cek, Kiriman Wang (Money
Order), Wang Pos (Postal Order) dan Draf Bank tidak akan diterima.

c. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta,
DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penaja
hendaklah diposkan / difaxkan ke POLISAS dengan segera ditalian 09-5663104 untuk
membenarkan calon mendaftar secara atas talian (on-line). Surat atau dokumen asal penaja
hendaklah dibawa bersama semasa melapor. Pelajar yang tidak ditanggung oleh penaja
atau dalam proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran seperti biasa.

NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran
pengajian dan bayaran pendaftaran mereka.

2
3.1 KADAR BAYARAN YURAN PELAJAR BAHARU KURSUS DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA
(LULUSAN SPM, SIJIL POLITEKNIK, SIJIL MODULAR KOLEJ KOMUNITI, SIJIL IKM, SIJIL KEMAHIRAN.)

KURSUS DKA, DSB, DGU, IPP, IPS CARA BAYARAN


DEE, DKM, DAD,
DAT, DSK, DEC,
DLS, DTM, DMH
YURAN PENGAJIAN RM200.00 RM200.00 Mesin ATM / Mesin Cash
Deposit di BANK ISLAM (M)
BERHAD (BIMB)

*RUJUK KAEDAH BAYARAN


YURAN PENGAJIAN/ASRAMA
YURAN ASRAMA RM60.00 RM60.00 Mesin ATM / Mesin Cash
(JIKA DITAWARKAN) Deposit di BANK ISLAM (M)
BERHAD (BIMB)

*RUJUK KAEDAH BAYARAN


YURAN PENGAJIAN/ASRAMA
YURAN RM600.00 RM150.00 Bank-in ke dalam akaun
PENDAFTARAN nombor 06082010020571
atas nama Koperasi Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan Berhad di
BANK ISLAM (M) BERHAD
(BIMB)

*RUJUK KAEDAH MEMBAYAR


BAYARAN PENDAFTARAN

*PERINGATAN :
1) BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN YURAN ASRAMA DILAKUKAN DALAM 2 TRANSAKSI YANG
BERBEZA TETAPI KAEDAH BAYARAN YANG SAMA.

2) PASTIKAN ANDA MENDAPAT 2 RESIT YANG BERBEZA BAGI PEMBAYARAN YURAN


PENGAJIAN DAN ASRAMA.

3) SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI HALAMAN SETERUSNYA.

4) JANGAN MASUKKAN KESEMUA BAYARAN YURAN KE DALAM AKAUN YURAN PENDAFTARAN


BAGI MEMUDAHKAN PROSES PENDAFTARAN ANDA.

Nama Kursus :

DKA Diploma Kejuruteraan Awam (DA001) DSK Diploma Sains Kesetiausahaan (DP007)
DSB Diploma Seni Bina (DA005) DEC Diploma eDagang (DP009)
DGU Diploma Geomatik (DA010) DLS Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DP010)
DEE Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DE007) DTM Diploma Teknologi Makanan (DT001)
DKM Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DM001) DMH - Diploma Teknologi Makanan (Pengurusan Halal) (DT002)
IPP Pra Diploma Perdagangan (PP001) IPS Pra Diploma Sains (PS001)
DAD Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DM002) DAT Diploma Akauntansi (DP001)

NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka.

3
3.2 KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Semua pelajar Politeknik KPM (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran
pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad.Berikut adalah Nama
Bank dan No. Akaun Bank bagi pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Kamsis (Asrama):

Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB).

Bayaran tersebut hanya boleh dibuat melalui saluran berikut:


a. Perkhidmatan Mesin ATM BIMB
b. Perkhidmatan Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB

A PERKHIDMATAN MESIN ATM BANK ISLAM

1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

3. Pilih menu YURAN IPT

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6. Pilih Bil yang ingin dibayar

7. Sahkan amaun yang ingin dibayar

8. Transaksi selesai dan ambil Resit

B PERKHIDMATAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM

1. Pilih menu YURAN IPT

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

3. Pilih POLITEKNIK KPT

4. Sahkan data dan masukkan wang

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang

6. Transaksi selesai dan ambil Resit

4
3.3 KAEDAH MEMBAYAR BAYARAN PENDAFTARAN/PELBAGAI DI BANK ISLAM (BIMB)

Berikut adalah Nama Bank, Nama Akaun dan No. Akaun Bank bagi pembayaran
Bayaran Yuran Pendaftaran:

Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)


No. Akaun : 06082010020571
Nama Organisasi : KOPERASI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
KUANTAN BERHAD

Kaedah pembayaran Bayaran Pendaftaran hendaklah dibuat melalui Perkhidmatan


Bayaran di Kaunter Bank sahaja di mana-mana kaunter cawangan BANK ISLAM
(M) BERHAD (BIMB) dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran wang
tunai masuk.

*Sila Ambil Perhatian Bayaran Yuran Pengajian dan Pendaftaran adalah


akaun yang berbeza.
Sila baca maklumat panduan pembayaran dengan teliti sebelum membuat
bayaran.

5
4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Tempat kediaman di KAMSIS POLISAS adalah terhad. Pelajar dapat mengetahui sama ada
mereka mendapat KAMSIS/ASRAMA atau tidak dengan mencetak maklumat bayaran di laman
web http:/spmp.polisas.edu.my (RUJUK TATACARA PENDAFTARAN ONLINE). Bagi pelajar
yang tidak ditawarkan untuk tinggal di Kamsis, adalah menjadi tanggungjawap pelajar sendiri
untuk mencari tempat tinggal dan berurusan terus dengan pengusaha berkenaan mengenai
kemudahan-kemudahan dan kadar sewaan.

Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa mendaftar di KAMSIS
POLISAS sila bawa:

a. Kain selimut.
b. Kain cadar untuk tilam berukuran 1m x 2m (2 helai).
c. Bantal dan sarung bantal.
d. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam.
e. Pakaian sukan kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dlln.
f. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah)
g. 1 keping gambar berukuran kad pengenalan.
h. Borang BHHP7 (2 salinan), BHHP8 dan BHHP9 yang diisi dengan lengkap.
i. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, dan 1 baldi untuk kegunaan anda semasa
di kamsis.
j. Kasut kulit/kanvas bewarna hitam.

5. BANTUAN KEWANGAN

POLISAS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar.


Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya


untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat berkaitan (Surat Maklumat Pinjaman/Biasiswa
PTPTN)

6. RUPADIRI

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di POLISAS. Secara umumnya
pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi
pelajar Islam).

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka
sebelah), seluar trek (track bottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian
semasa aktiviti kokurikulum.

Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di
Kampus:

Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan
berpakaian menutup aurat.

6
6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI

6.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.


b. Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa
pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju
T tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
c. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
d. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin,
berkasut dan bersongkok hitam.
f. Berseluar slack.
g. Berkasut dan berstokin.
h. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
i. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

6.1.2 Rambut

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi
paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan
tidak melebihi paras dahi.
b. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan TIDAK
dibenarkan.

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

TIDAK MELEBIHI TIDAK MENUTUPI TIDAK MENUTUPI


KOLAR BAJU TELINGA DAHI

6.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

6.2.1 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek,
berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK
dibenarkan.
b. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut.
c. Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa
pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju
T tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
d. Berseluar yang tidak ketat.
e. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. Kasut
yang berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan.

6.2.2 Rambut

a. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan


TIDAK dibenarkan.
b. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung.

7
6.2.3 Perhiasan

Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.

Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan

LELAKI PEREMPUAN

BAJU JENIS
KEMEJA
T-SHIRT BAJU
BERLENGAN BAJU PAKAIAN
BERKOLAR DAN BAJU MELAYU KURUNG
PENDEK/PA KURUNG KASUAL
BERLENGAN MODEN
NJANG
PENDEK

CONTOH ETIKA PERPAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

CALON SISWA CALON SISWI CALON SISWI CALON SISWI


MUSLIM BUKAN MUSLIM BUKAN MUSLIM

8
7. HAL-HAL LAIN

7.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-
syarat pakaian seperti dijelaskan dalam bahagian 6.

7.2 Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (mesin kira boleh
juga dibeli di kedai koperasi).

7.3 Anggaran Perbelanjaan Pelajar (setahun).

Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan seorang pelajar setahun bagi mengikuti pengajian di
POLISAS.

Tempoh pengajian bagi kursus diploma adalah selama 3 tahun (6 semester) bagi lulusan SPM,
lepasan Sijil Kolej Komuniti, Sijil Politeknik, Sijil IKM, SKM tahap 3

Perkiraan dibuat kepada dua kategori, tinggal di asrama dan di luar asrama. Penginapan di asrama
adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar baru (lepasan SPM/SPMV sahaja).

Anggaran Perbelanjaan Setahun (RM)


Butiran
Asrama Luar Asrama
YURAN
a. Yuran Pengajian RM200/semester 400.00 400.00
b. Bayaran Lain (sepanjang pengajian)
i. Kursus Diploma/Sijil Lepasan 500.00 500.00
SPM/SPMV
ii. Kursus Diploma Lepasan Sijil Politeknik 350.00
PENGINAPAN
(Bagi Luar Asrama:10 orang berkongsi 60.00/sem 40 X 12
sebuah rumah dengan purata sewa 120.00 480.00
RM400.00/bulan)
PENGANGKUTAN
270.00
(Bagi Luar Asrama: RM30.00/bln X 9
MAKAN
2160.00 2160.00
RM8.00/hari X 9 bulan
*BUKU & ALAT TULIS 150.00 150.00


JUMLAH 3330.00 3690.00 3540.00

Perkiraan di atas adalah berdasarkan kepada pelajar mengikuti kursus/berada di Politeknik selama 9
bulan bagi setahun, tidak termasuk cuti semester.

Makanan yang disediakan di asrama adalah secara kafetaria.

* Kebanyakan sumber buku rujukan pelajar adalah dari perpustakaan dan nota pensyarah.

Jumlah untuk pelajar diploma integrasi (kursus diploma bagi lepasan sijil politeknik).

9
B. M AK L U M AT P E N D AF T AR AN
Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya
urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya
mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar POLISAS pada hari dan waktu
seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran dan Slip Pendaftaran Online Pelajar.

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

2.1 Dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN YANG DISAHKAN seperti yang berikut:-

a. Kad Pengenalan,
b. Surat Tawaran ke Politeknik,
c. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V),
d. Sijil Berhenti Sekolah,
e. Dokumen kokurikulum yang berkaitan
(terutamanya yang mewakili negara dan negeri),
f. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan),
g. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

(i) Borang Maklumat Peribadi Pelajar HEP 1;


(ii) Laporan Pemeriksaan Doktor HEP 2;
(ii) Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan HEP 3;
(iii) Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung HEP 4;
(iv) Akuan Pelajar HEP 5;
(v) Aku Janji Pelajar HEP 6;
(vi) Borang Kamsis BHHP7, BHHP8 dan BHHP9.

h. Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL untuk semakan, anda


tidak layak didaftarkan)

2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan semua
salinan Slip Pembayaran perlu dibawa semasa hari pendaftaran sebagai bukti
pembayaran. Bagi salinan slip yang hanya dicop sahaja dan tidak dicetak komputer,
pengesahan dari pihak bank berkenaan adalah perlu.

SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda
berhenti dari menjadi pelajar POLISAS.

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah
membawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasa
mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh
pelajar semasa pendaftaran.

2.3 8 keping gambar berwarna yang terbaru berukuran. Semua pelajar lelaki hendaklah
bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Bagi pelajar perempuan pula,
mereka hendaklah berpakaian dengan sopan serta tidak mendedahkan bahagian bahu
dan untuk pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama, no. kad
pengenalan dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.

10
3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

a) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang slack dan baju kemeja . Pelajar-
pelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi pelajar-
pelajar bukan Islam hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolok
mata. Pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana
bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan.
b) Berkasut* serta berstokin.
c) Rambut* mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak
melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan
tidak melebihi aras dahi.
d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (track bottom) adalah dilarang.
(* Sila rujuk Maklumat Am Bahagian 6 Rupadiri).
e) Pelajar digalakkan membawa payung atau baju hujan untuk kegunaan semasa berlaku
hujan.

4. PROSEDUR PENDAFTARAN

Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan. Sekiranya pelajar
ditawarkan tinggal di Asrama anda hendaklah membuat pendaftaran di Kamsis. Mana-mana
pelajar yang tidak ditawarkan asrama, sila daftar pada tempat yang telah ditetapkan.

4.1 Pendaftaran Pengajian dan Asrama (Di Kamsis)


MULA

KAUNTER INDUK
Pastikan semua dokumen ASAL
seperti berikut dapat dikemukakan
kepada urusetia.
a. Kad Pengenalan.
b. Semua salinan slip Bayaran
Semakan c. Surat Tawaran ke Politeknik.
Dokumen d. Sijil atau Slip Keputusan
Peperiksaan SPM/SPM(V).
e. Sijil Berhenti Sekolah.
f. Dokumen ko-kurikulum yang
berkaitan (terutamanya yang
mewakili negara dan negeri).
g. Surat Akuan/Testimonial
Sekolah (jika berkaitan).
Lengkap h. Dokumen cetakan daftar on-line
(SPMP)

- Ambil Kunci (jika berkaitan)


- Serahan borang BHHP7,
BHHP8, BHHP9

TAMAT

11
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pelajar lelaki dikehendaki membawa BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG DAN
SELUAR SLACK HITAM.
5.2 Bagi pelajar perempuan pula dikehendaki membawa BAJU KURUNG PUTIH (BAJU
SEKOLAH), KAIN SARUNG HITAM & TUDUNG BERWARNA GELAP (HITAM) untuk
digunakan semasa mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa.

5.3 Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa (MTS).

5.4 Pelajar digalakkan membawa payung atau baju hujan untuk kegunaan semasa Minggu
Transformasi Siswa.

Sila rujuk aturcara Minggu Transformasi Siswa seperti yang terdapat di dalam Buku Panduan
Pelajar POLISAS. (Akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran)

C. BORANG BORANG P E N D AF T AR AN
Borang-borang pendaftaran yang mesti dilengkapkan dan dibawa bersama pada hari
pendaftaran adalah seperti berikut:

1. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR


2. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR
3. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN
4. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG
5. HEP 5 : AKUAN PELAJAR
6. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR
7. BHHP7 : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)
8. BHHP8 : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3/5 ORANG SE-BILIK
9. BHHP9 : IKRAR KAMSIS

Borang-borang pendaftaran di atas boleh diperolehi dengan memuat turun kesemuanya di


http://spmp.polisas.edu.my di bawah menu Maklumat Am Pendaftaran.

12
Lampiran

ARAHAN

1. Lalu-lintas dan Tempat Letak Kenderaan


Peringatan penting bagi calon yang datang dengan kenderaan sendiri, sila
ke tempat letak kereta yang disediakan. Anda dilarang membawa
kenderaan masuk ke setiap kamsis supaya tidak berlakunya kesesakan lalu-
lintas di kawasan kampus. Calon juga digalakkan membawa satu kenderaan
sahaja dan mematuhi arahan pegawai lalu-lintas yang bertugas.

2. Yuran Pengajian dan Yuran Asrama


Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (jika ditawarkan Asrama) dibayar di
mana-mana cawangan BIMB berhampiran sebelum melapor diri. Ingat!
sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan apabila calon
telah mendaftar.

3. Borang HEP & BHHP.


Calon dikehendaki melengkapkan semua borang HEP & BHHP yang
disediakan sebelum hadir melapor diri. Borang-borang tersebut hendaklah
diserahkan di kaunter yang disediakan semasa melapor diri.

4. Daftar Secara Atas Talian. (Rujuk Manual DAFTAR SECARA ON-LINE)


Sila layari website POLISAS di http://spmp.polisas.edu.my ruangan
Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2016 untuk membuat pendaftaran
secara atas talian (on-line). Pendaftaran ini boleh dibuat selepas satu hari
dari tarikh pembayaran yuran pengajian, asrama (jika ditawarkan) dan
bayaran pendaftaran yang telah dibuat di bank-bank berkenaan.

5. Bayaran Pendaftaran.
Sila buat bayaran yuran pendaftaran melalui SLIP WANG TUNAI MASUK
BANK ISLAM BERHAD (BIMB) di mana-mana cawangan BIMB dengan
jumlah wang mencukupi sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku
Panduan Pendaftaran.

6. Dokumen Pendaftaran
Calon-calon hendaklah memastikan semua dokumen yang dikehendaki
dibawa semasa lapor diri. Sila patuhi masa dan tarikh Pendaftaran yang
telah ditetapkan. Kepada ibu/bapa/penjaga yang mengiringi calon, bolehlah
meninggalkan kampus setelah calon selesai mendaftarkan diri ke asrama.

7. Calon Tajaan
Mana-mana calon yang menerima tajaan, sila poskan/faxkan salinan surat
tajaan ke POLISAS sebelum melapor diri untuk membolehkan calon
mendaftar secara atas talian (on-line).

8. Kerjasama calon-calon sepanjang hari pendaftaran amat-amat dihargai.

Sekian terima kasih.

13
Lampiran

Senarai Hotel Di Kuantan Berdekatan Dengan POLISAS

Bil. Nama Hotel Dan Alamat No.Tel/Fax/Web *Harga Bilik


Makmur Inn (POLISAS)
09 565 5300
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
1. 09 566 3104 (Fax) RM 80 RM 130
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
http://www.polisas.edu.my
Semambu 25350 KUANTAN

Hotel Seri Malaysia Kuantan 09 513 6666


2. Jalan Telok Sisek 09 514 7788 RM 140 RM 160
25000 KUANTAN (Fax)http://www.serimalaysia.com.my

Grand Continental Hotel 09 515 8888


3. Jalan Gambut 09 515 9999 (Fax) RM 170 RM 220
25000 KUANTAN http://www.ghihotels.com.my
Vistana Hotel 09 517 8000
4. Jalan Teluk Sisek 09 517 8400 (Fax) RM 220 RM 275
25000 KUANTAN http://www.vistanahotels.com
Mega View Hotel 09 517 1888
5. Lot 567, Jalan Besar 09 556 3999 (Fax) RM 120 RM 245
25000 KUANTAN http://www.megaviewhotel.com
M.S. Garden Hotel
09 511 8888
Lot 5 & 10, Lorong Gambut
6. 09 517 7016 (Fax) Dari RM 256
Off Jalan Beserah
http://msgarden.com.my
25300 KUANTAN
Shahzan Inn Kuantan 09 513 6688
7. Jalan masjid 09 513 5588 (Fax) Dari RM 165
25000 KUANTAN http://www.shahzaninn.com
Citiview Hotel Kuantan
Lot 113, Seksyen 19 09 555 3888
8. Dari RM 200
Jalan Haji Abdul Aziz http://www.citiviewhotel.com
25000 KUANTAN
Hotel Sentral Kuantan 09 565 9999
9. No. 45-P, Jalan Besar 09 565 9988 (Fax) Dari RM 120
25000 KUANTAN http://www.hotelsentralkuantan.com.my
Hotel Zenith Kuantan 09 565 9595
10. Jalan Putra Square 6, Putra Square, 09 565 9500 (Fax) Dari RM 225
25200 KUANTAN http://www.thezenithhotel.com
Grand City Kuantan
09 517 2222/517 2333
B92, Ground Floor
11. 09 517 2150 (Fax) RM 80 RM 168
Sri Pahang Business Centre
http://www.grandcityhotel.com.my
25300 KUANTAN
Exclusive LA Hotel 09 513 9693/514 2314
12. B-92, Jalan Dato Lim Hoe Lek 09 513 6167 (Fax) RM 95 RM 140
25200 KUANTAN http://www.exclusivelahotel.com
Greenlast Hotel 09 513 3061
13. No. A-37, Jalan Air Putih 09 513 3072 (Fax) RM 80 RM 150
25300 KUANTAN http://www.greenlasthotel.com
Greenleaf Hotel 09 515 9966
14. No. 60-62, Jalan Bukit Ubi 09 513 3072 (Fax) RM 88 RM 120
25300 KUANTAN http://www.greenlasthotel.com
Classic Hotel Kuantan 09 516 4599
15. No. 7, Banguan LKNP, Jalan Besar 09 513 4141 (Fax) Dari RM 75
25000 KUANTAN http://classichotelkuantan.com
Hyatt Regency Kuantan Resort 09 518 1234
16. Telok Chempedak 09 567 7577 (Fax) Dari RM 383
25050 KUANTAN http://kuantan.regency.hyatt.com
Crystal City Hotel
09 567 1166
A-231, Mezannine Floor
17. 09 567 4094 (Fax) RM 69 RM 99
Jalan Air Putih
http://www.crystalcityhotel.com.my
25300 KUANTAN
* Harga bilik adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

14
Lampiran

PELAN LALUAN KE POLISAS

15
Lampiran

PELAN LALUAN
KE TEMPAT LETAK KERETA POLISAS
HARI PENDAFTARAN

/B

PENDAFTARAN ASRAMA
KAMSIS B- Pelajar Lelaki
KAMSIS C Pelajar Perempuan

16
BHHP7

KAMSIS POLISAS
PERJANJIAN JAMINAN TATATERTIB
(Sila isi dalam DUA salinan dengan menggunakan HURUF BESAR)

Nama: ____________________________________No. Pendaftaran________________Jantina:_________________

Alamat surat menyurat:_____________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

Negeri asal: ______________________________________________Tarikh lahir:______________________________

No. K.P.:___________________________________Tempat dikeluarkan:_____________________________________

Nama ibu/bapa/penjaga:__________________________________________________No. Tel. (R)________________

Hubungan dengan penjaga:_________________________________________________________________________

LAFAZ PERJANJIAN

Saya _________________________________________________________________ dengan ini mengaku dan


bersetuju akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Kamsis POLISAS termasuk kesemua pindaan
terhadapnya dari masa ke semasa selama saya menjadi penghuni di sini dan sanggup menerima sebarang hukuman
yang berkaitan; termasuk sepertimana yang tersenarai di bawah ini. Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya
sendiri tanpa desakan atau paksaan dari mana-mana pihak.

1. Setelah melakukan tiga kesalahan dan diberi amaran secara bertulis.

Hukuman: Tidak dibenarkan tinggal di Kamsis, memasuki kawasan Kamsis dan menggunakan kemudahan di
Kamsis selama satu (1) semester.

2. Bermalam di luar tanpa kebenaran Pengurus Kamsis.

Hukuman: Seperti nombor 1 di atas.

3. Lewat pulang ke Kamsis tanpa alasan yang munasabah serta telah dua kali diberi surat amaran.

Hukuman Seperti nombor 1 di atas.

4. Membuat penyambungan elektrik tanpa pengetahuan/kebenaran Pengurus Kamsis (sambungan haram)

Hukuman: Tidak dibenarkan tinggal di Kamsis, memasuki kawasan Kamsis dan menggunakan kemudahan di
Kamsis sepanjang tempoh pengajian di POLISAS.

5. Merosakkan/memusnahkan dan menyalahgunakan harta-benda termasuk perabot dan bangunan Kamsis


POLISAS.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

6. Menyimpan/memiliki senjata yang boleh dianggap mengancam keselamatan penghuni Kamsis yang lain dan
kakitangan POLISAS (seperti pisau, kapak, buku lima dan lain-lain)

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.


7. Membawa atau makan/minum makanan yang haram di sisi Agama Islam ke kawasan Kamsis.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

8. Membawa atau membenarkan pelawat/setinggan (bukan penghuni Kamsis) masuk ke kawasan


larangan atau bermalam di mana-mana bilik Kamsis POLISAS.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

9. Melibatkan diri dengan dadah/kumpulan haram/berjudi/peras ugut/kegiatan-kegiatan yang


bertentangan dengan undang-undang negara.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

10. Menceroboh masuk ke kawasan Kamsis pada waktu yang tidak dibenarkan berada di Kamsis (seperti
semasa cuti pengajian).

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

Tarikh:
Tandatangan pelajar di hadapan Tandatangan ibu/bapa/penjaga
Pengurus Kamsis

KEGUNAAN PEJABAT KAMSIS

No. Bilik :____________________

No. Pendaftaran:____________________

Catatan Waden/Felo: _____________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________
BHHP8
KAMSIS POLISAS

PERSETUJUAN PELAJAR UNTUK TINGGAL TIGA / LIMA ORANG SE-BILIK

Saya ______________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan ____________________________________ bersetuju untuk tinggal tiga /

lima orang se-bilik di kamsis jika diarahkan dan apabila keadaan memerlukan saya berbuat

demikian.

Tandatangan pelajar:_________________________________Tarikh:__________________

(SILA TANDATANGAN DAN KEPILKAN BERSAMA BORANG-BORANG BHHP7 & BHHP9)


BHHP9

KAMSIS POLISAS
PERJANJIAN PELAJAR & JAMINAN IBU/BAPA/PENJAGA LEKATKAN
GAMBAR
WARNA
UKURAN
PASPORT

1. Saya ______________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan ____________________________________ mengaku akan mematuhi segala
peraturan-peraturan Kamsis Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan segala arahan dari masa
ke semasa baik secara lisan ataupun secara bertulis yang telah, sedang dan akan diberikan semasa
tinggal di Kamsis dan juga sedia menerima hukuman sekiranya saya didapati melanggar peraturan-
peraturan Kamsis tersebut.

Tandatangan pelajar:_______________________________________ Tarikh:____________________________

2. Saya ____________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan __________________________________ sebagai ibu/bapa/penjaga kepada
pelajar tersebut di atas berjanji akan menjelaskan segala bayaran Kamsis yang akan dikenakan pada
masa yang ditetapkan. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak berkuasa Kamsis untuk
mengambil sebarang tindakan yang perlu bersabit dengan kesalahan yang mungkin dilakukan oleh
anak/jagaan saya semasa tinggal di Kamsis Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Tandatangan: Tarikh:
ibu/bapa/penjaga:

Tandatangan Saksi: Tarikh


(Ketua kampung/Pegawai Kumpulan A)
Nama: No. K.P.:

Cop rasmi:

KEGUNAAN POLITEKNIK

Tarikh Butiran Tindakan

Anda mungkin juga menyukai