Anda di halaman 1dari 2

TAKLIMAT PENERIMA BIASISWA BKP

A.PEMBAYARAN
1. Penganugerahan dan pembayaran BKP adalah sah untuk tahun semasa sahaja .
2. Pembayaran BKP dikreditkan terus ke akaun penerima dengan menggunakan khidmat Bank Simpanan Nasional
(BSN).

Tingkatan Kadar Biasiswa Bilangan Bulan Jumlah


( RM sebulan ) (RM setahun)
1 hingga 4 70.00 12 840.00
5 70.00 11 770.00
6 bawah 90.00 (sastera) 7 630.00
6 atas 90.00 (sastera) 11 990.00

3. Penerima perlu ke BSN untuk mendapatkan kad ATM dengan menyertakan surat tawaran biasiswa, Kad Pengenalan
dan membawa bersama wang RM 10 untuk pembukaan akaun.

B.PENGGUNAAN WANG BKP


1. Wang BKP digunakan untuk tujuan pembelajaran dan perkara yang berkaitan dengan aktiviti persekolahan sahaja.
Sekiranya didapati penerima menggunakan wang yang diberikan untuk tujuan lain dan mengabaikan keperluan
persekolahan, surat amaran akan dikeluarkan dan tindakan tarik balik penganugerahan boleh dibuat jika
penyalahgunaan wang biasiswa dilakukan secara berterusan.
2. Pengeluaran wang biasiswa menggunakan kad ATM dihadkan kepada RM150.00 bagi setiap murid dalam tempoh 2
bulan. Penerima perlu mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Wang Biasiswa(1 salinan)
3. Sekiranya penerima perlu mengeluarkan wang melebihi had yang dibenarkan, penerima perlu mengisi Borang
Permohonan Pengeluaran Wang Biasiswa Melebihi Had (2 salinan) dan mengemukakan satu salinan borang
tersebut di mana-mana kaunter BSN.
4. Kedua-dua borang tersebut perlulah mendapat tandatangan ibu/bapa/penjaga, Guru Tingkatan dan Guru
Biasiswa/PK HEM. Borang ini tidak boleh dipadam menggunakan ‘liquid paper’.
5. Penyata akaun/ slip pengeluaran dan resit pembelian mesti dikemukakan kepada Guru Biasiswa untuk di
dokumenkan.

C.PENARIKAN BALIK BKP


1. Tindakan penarikan balik BKP akan dilaksanakan oleh pihak sekolah sekiranya dalam tempoh setahun itu berlaku
perkara-perkara berikut:

a) Murid menerima biasiswa atau bantuan kewangan lain; berhenti /diberhentikan sekolah
Sekiranya penerima menerima biasiswa lain dan dalam masa yang sama telah menerima masuk wang BKP, surat
penolakan yang di tandatangani oleh ibubapa/penjaga akan dihantar ke JPN , seterusnya menunggu arahan KPM
untuk pulangkan semula wang biasiswa BKP.
b) Murid didapati telah mengemukakan maklumat palsu di dalam Borang Permohonan BKP; dan
c) Murid telah dikenakan tindakan disiplin kerana melakukan kesalahan berat yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Biasiswa Peringkat Sekolah termasuk kesalahan penerima menggunakan wang biasiswa yang diberikan untuk tujuan
lain dan mengabaikan keperluan persekolahan

2. Penalti Tambahan akan dikenakan bagi kesalahan b dan c di atas iaitu


boleh dikenakan sekatan daripada memohon BKP untuk tahun berikutnya.

D. TAMBAHAN

1. Penerima wajib menghantar slip keputusan ujian/peperiksaan bagi setiap kali ujian / peperiksaan diadakan kepada
guru biasiswa untuk tujuan rekod.
2. Penerima perlu mengekalkan/ meningkatkan prestasi akademik yang baik sepanjang tahun dan seterusnya bagi
melayakkan diri untuk permohonan tahun seterusnya.
3. Penerima wajib menepati tarikh yang ditetapkan untuk sesuatu urusan biasiswa.
4. Penerima perlu selalu rujuk papan kenyataan biasiswa untuk mendapatkan maklumat penting/ terkini.

Taklimat Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) telah disampaikan oleh guru biasiswa kepada saya

………………………………………………… …………………………..

(Tandatangan Penerima Biasiswa) Tarikh

Nama : …………………………………

No KP : …………………………………

Anda mungkin juga menyukai