BAB 4
PENYATA KEWANGAN
PERNIAGAAN
DEFINISI PENYATA KEWANGAN:
• Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan
kewangan ssebuah perniagaan bagui sesuati tempoh.
Laporan kewangan ini mengandungi maklumat
keuntungan/kerugian perniagaan @ kedudukan nilai aset,
liabiliti dan ekuiti sesebuah perniagaan.
• A. PENYATA PENDAPATAN : Penyata pendapatan terdiri daripada akaun
perdagangan (ada julan bersih dan kos jualan) dan akaun untung rugi (ada hasil
dan belanja).
•
• B. KUNCI KIRA2 : Penyata kedudukan kewangan menunjukkan harta dan hutang
perniagaan. Ada butiran ASET (Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa), LIABILITI
(Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa) dan EKUITI PEMILIK
•
• C. PENYATA ALIRAN TUNAI : Menunjukkan -
• punca perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi suatu tempoh tertentu.
• Ia melaporkan kegiatan aliran tunai perniagaan khususnya kegiatan operasi,
pelaburan dan kewangan.
• Menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabiliti semasa seperti
bayaran kepada pembekal dan gaji pekerja
1. BUTIRAN DALAM PENYATA
PENDAPATAN
BIL. BUTIRAN HURAIAN
1 JUALAN BERSIH Jumlah jualan ditolak dengan pulangan jualan
Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan
2 KOS JUALAN Kos dan belanja untuk membeli barang niaga
Cth : inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk
3 BELIAN BERSIH Jumlah perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan belian
Belian Bersih = Belian – Pulangan Belian
4 KOS BELIAN Jumlah kos barang dibeli setelah ditolak dengan pulangan belian dan ditambahkan dengan
belanja atas belian iaitu angkutan masuk, upah atas belian, insurans atas belian dan duti
import
Kos Belian = Belian – Pulangan Belian + Belanja Atas Belian
5 BELANJA Kos yang dibayar dalam perniagaan
Cth : bayaran insurans, gaji, sewa bangunan
6 UNTUNG KASAR Jumlah untung yang diperoleh selepas mengambil kira belanja dan hasil yang berkaitan
dengan aktiviti utama perniagaan
Untung kasar = Jualan bersih – Kos Jualan
7 UNTUNG BERSIH Jumlah pendapatan (hasil) melebihi jumlah perbelanjaan (kos) dalam sesuatu tempoh
perakaunan
Untung Bersih = Untung Kasar + Hasil - Belanja
2. BUTIRAN DALAM PENYATA KUNCI
KIRA-KIRA
BIL BUTIRAN HURAIAN
1 ASET BUKAN SEMASA Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun dan
tahap kecairan rendah
Cth : Kenderaan, mesin dan kelengkapan pejabat
2 ASET SEMASA Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh penggunaan
kurang dari setahun dan tahap kecairan yang tinggi
Cth : Inventori, tunai di tangan, deposit semasa dan akaun belum terima
3 EKUITI PEMILIK Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan
Cth : Modal Awal
4 LIABILITI BUKAN SEMASA Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu tahun
kewangan untuk menjelaskannya
Cth : Pinjaman bank, gadai janji dan pinjaman kerajaan
5 LIABILITI SEMASA Hutang perniagaan jangka pendek
Cth : Akaun Belum Bayar dan overdraf Bank
6 AMBILAN Pemilik mengambil aset perniagaan (barang @ tunai) untuk kegunaan peribadi
Cth : Ambilan brang, aset @ tunai
3. BUTIRAN DALAM PENYATA ALIRAN
TUNAI
BIL. BUTIRAN HURAIAN
1 BAKI B/B Jumlah tunai @ simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank @ di
tangan pada permulaan @ awal tempoh tertentu
Cth : Modal permulaan dan terbitan saham
2 PENERIMAAN Jumlah pendapatan dan sumber wang yang diterima dalam sesuatu bulan
Cth : Jualan tunai, pinjaman dan penerimaan daripada penghutang
3 PEMBAYARAN Jumlah perbelanjaan dan sumber wang yang digunakan @ dibayar dalam sesuatu
bulan tertentu
Cth: Kos Jualan, gaji, faedah dan sewa
4 LEBIHAN/ (KURANGAN) Lebihan berlaku apabila jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran
Kurangan berlaku apabila jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan
5 BAKI H/B Jumlah keseluruhan tunai di tangan dan di bank pada akhir tempoh tertentu
Cth : Baki h/b = (Baki b/b + jumlah penerimaan) – Jumlah Pembayaran
4. KOS-KOS PENGELUARAN
KOS TETAP KOS BERUBAH
Kos yg tidak berubah mengikut Kos yang berubah mengikut tingkat
perubahan tingkat pengeluaran pengeluaran
Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama Cth: kos bahan mentah. Kos buruh
wp pengeluaran bertambah @ langsung seperti upah, duti atas bahan
berkurangan mentah
Cth : sewa, insurans dan bayaran balik
pinjaman
E. TITIK PULANG MODAL (TPM)
• DEFINISI TPM : Satu kaedah @ teknik yang digunakan
untuk merancang dan mengetahui hasil yang
diperolehi bersamaan dengan jumlah kos yang
ditanggung.
•
• TPM unit = Kos Tetap
• Harga – Kos berubah seunit
F. PIHAK YANG BERKEPENTINGAN
KEPADA PENYATA KEWANGAN
SESEBUAH PERNIAGAAN
PIHAK BERKEPENTINGAN KEGUNAAN
1. PEMEGANG SAHAM/PEMILIK Boleh mengetahui kedudukan kewangan dan menentukan
hala tuju perniagaan
2. PELABUR Dapat meyakinkan pelabur untuk melabur dalam
perniagaan
3. PIHAK PENGURUSAN Menilai prestasi perniagaan
Membuat pertimbangan untuk pemberian ganjaran seperti
bonus dan dividen
4. PEMBIAYA/INSTITUSI KEWANGAN Mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang
5. PEMBEKAL/VENDOR Menilai keupayaan dan kecekapan pengurusan hutang
sebelum memberi kemudahan kredit
G. MENGANALISIS KEPENTINGAN
PENYATA KEWANGAN TERHADAP
OPERASI KEWANGAN SESEBUAH
PERNIAGAAN
• Analisis dibuat terhadap penyata pendapatan dapat
membantu usahawan mengukur prestasi perniagaan dan
meningkatkan jumlah keuntungan
• Analisis bagi kunci kira-kira membantu usahawan
mengetahui kedudukan aset dan liabiliti serta membuat
penilaian untuk perancangan masa hadapan
• Analisis terhadap TPM sebagai salah satu cara untuk
membuat analisis terhadap operasi perniagaan
H. MENTAFSIR PENYATA KEWANGAN
MENGGUNAKAN NISBAH ASAS
A. ANALISIS NISBAH UNTUNG Mengukur kadar untung @ pulangan yang diperloh perniagaan
(I) PERATUSAN MARGIN UNTUNG Mengukur keuntungan setiap ringgit jualan bersih
KASAR Semakin tinggi margin, semakin baik kedudukan syarikat
Formula : Untung kasar X 100%
Jualan Bersih
(II) PERATUSAN MARGIN UNTUNG Mengukur keuntungan setiap ringgit jualan bersih
BERSIH Semakin tinggi margin, semakin cekap pengurusan operasi
Formula : Untung Bersih X 100%
Jualan Bersih
(III) PERATUSAN UNTUNG TOKOKAN Keberkesanan perniagaan mengawal harga jualan dan kos untuk memaksimumkan
keuntungan
Jika peratusan lebih tinggi, maka harga jualan yang dikenakan adalah lebih baik dari
syarikat lain
Formula : Untung Kasar X 100%
Kos Jualan
(IV) PERATUSAN PULANGAN ATAS Mengukur pulangan atas setiap ringgit modal yang dilabur
MODAL Nilai peratusan yang tinggi menunjukkan pelaburan yang baik
Formula : Untung Bersih X 100%
Modal Awal
H. MENTAFSIR PENYATA KEWANGAN
MENGGUNAKAN NISBAH ASAS
B. ANALISIS NISBAH KECAIRAN Keupayaan aset dengan mudah dalam bentuk tunai tanpa
menjejaskan nilai aset.
Ia menunjukkan keupayaan syarikat untuk menukarkan ke
dalam bentuk tunai untuk tempoh yang singkat.
Kecairan yang tinggi menunjukkan kemampuan perniagaan
mendapatkan tunai untuk membayar hutang dalam tempoh
yang singkat
(I) NISBAH SEMASA Mengukur kemampuan syarikat untuk membayar pinjaman
jangka pendek dengan menggunakan aset semasa
Formula : Aset Semasa
Liabiliti Semasa
H. MENTAFSIR PENYATA KEWANGAN
MENGGUNAKAN NISBAH ASAS
C. ANALISIS NISBAH KECEKAPAN Menentukan kecekapan pihak pengurusan mengendalikan stok untuk
menjana keuntungan
(I) PUSING GANTI STOK Menggambarkan kekerapan pusingan stok dalam setahun
Mengukur keupayaan firma menjual barangan dalam tempoh tertentu
Lagi tinggi kadarnya, maka lebih cekap pengurusan stok
Formula : Kos Jualan Barangan
Stok Purata
(II) PUSING GANTI ASET Kecekapan perniagaan dalam menggunakan aset untuk menjana jualan.
Nisbah yang lebih tinggi adalah baik kerana kecekapan pengurusan aset
Formula : Jualan Bersih
Jumlah Aset
TAMAT