Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya, Nurul Aliah telah menubuhkan Perniagaan Perabot Nurul pada 1 Januari 2009 dengan modal sebanyak RM60 000. Perniagaan saya adalah perniagaan milikan tunggal yang menjual perabot untuk kegunaan rumah, pejabat dan restoran. Saya dibantu oleh seorang pekerja yang dibayar gaji RM1200 sebulan. Tujuan saya memilih dan menubuhkan perniagaan ini adalah kerana: a) Kurangnya jualan barang niaga ini di sekitar kawasan penempatan ini. b) Selain itu, minat saya yang mendalam terhadap perabot mendorong saya membuka perniagaan saya sendiri. c) Pada masa kini, permintaan terhadap perabot sangat tinggi memandangkan pembinaan taman-taman perumahan sedang rancak dijalankan. Saya percaya dengan menjalankan perniagaan membeli dan menjual perabot, saya dapat memperoleh keuntungan yang tinggi serta dapat memenuhi permintaan orang ramai. Saya faham dengan melibatkan diri di dalam perniagaan yang menjual perabot berdepan dengan risiko-risiko seperti persaingandi antara kedai kedai perabot yang berdekatan, menanggung sendiri segala kos dan kerugian.

PROFIL PERNIAGAAN

i. ii. iii.

Nama Perniagaan Nama Pemilik Lokasi / Alamat

PERNIAGAAN PERABOT ALIAH NURUL ALIAH bt. NIK MOHD HASYUDEEN No, 100 , Jalan 10-1 , Taman Pelangi , 41059 Sepang

iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

Jenis Perniagaan Tempoh Perakaunan Tempoh Rekod Modal Perniagaan Jumlah Pekerja Status Perniagaan Nama dan Alamat Bank Nombor Akaun

Milikan Tunggal 1 bulan 1 Januari 2011 31 Januari 2011 RM 60 000 Seorang Meneruskan Perniagaan Bank Bernama (M) Berhad 0410050994

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Prinsip Perakaunan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran ini iaitu Puan Nur Hani binti Yusof kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Ucapan setingi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa saya atas segala pertolongan dalam bentuk sokongan moral dan material sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, ucapan jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang sentiasa membantu saya dengan memberikan tunjuk ajar yang betul dan pendapat yang bernas bagi menyempurnakan tugasan yang telah diamanhkan ini.

RUMUSAN

Perniagaan Perabot Nurul telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian perakaunan berikut dalam merekodkan urus niaga :

1. Konsep Kos Sejarah Konsep kos sejarah telah digunakan dalam merekod aset bukan semasa perniagaan iaitu premis, kenderaan, komputer dan lengkapan seperti yang dilaporkan di kunci kira-kira. Kos sejarah merujuk kepada kos sebenar yang dibayar atau ditanggung semasa urus niaga itu berlaku dan nilai kos sejarah ini tidak akan berubah pada masa hadapan walaupun nilai pasarannya berubah. Oleh itu, nilai aset tersebut sentiasa dapat diketahui dan pelarasan susut nilai dapat dilakukan.

2. Konsep Ketekalan Perniagaan Perabot Nurul telah mengamalkan konsep ketekalan, iaitu satu kaedah merekodkan perakaunan yang sama diamalkan dalam penyediaan laporan kewangan bagi setiap tempoh perakaunan. Kaedah garis lurus telah digunakan untuk pengiraan susut nilai kenderaan manakala kaedah baki berkurangan pula digunakan bagi pengiraan susut nilai lengkapan. Kaedah merekodkan perakaunan yang konsisten penting kerana dapat mengelakkan penyelewengan dalam laporan kewangan serta dapat memberikan gambaran yang tepat tentang aktiviti perniagaan. Di samping itu, penyata kewangan bagi tempoh perniagaan juga dapat dibandingkan dengan penyata kewangan bagi tempoh perakaunan yang lain.

3. Asas Perakaunan Akruan Asas perakaunan akruan menjadi asas kepada Perniagaan Perabot Nurul dalam menentukan untung bersih perniagaan. Jumlah belanja yang terlibat untuk memperolehi hasil tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil yang dilaporkan bagi tempoh itu. Ini bermakna, setiap perbelanjaan yang berlaku bagi sesuatu tempoh perakaunan mestilah direkodkan pada tempoh perakaunan yang berkenaan walaupun peniaga belum lagi menyelesaikan baki perbelanjaan tersebut. Sebagai contoh, gaji pekerja ialah RM 1440, tetapi sehingga 31 Januari 2011, gaji sebanyak Rm 440 masih belum dijelaskan. Berdasarkan prinsip catata akruan, gaji sebanyak RM 440 masih belum dijelaskan tersebut perlu direkodkan kerana belanja tersebut telah digunakan dalam proses memeperolehi hasil pada tempoh perakaunan yang berkenaan.

4. Prinsip Catatan Bergu Perniagaan Perabot Nurul mengamalkan prinsip catatan bergu dalam merekodkan setiap urus niaga perniagaannya ke dalam buku-buku perakaunan. Setiap urus niaga dicatatkan sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun yang berlainan, satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan jumlah yang sama. Dengan menggunakan prinsip ini, Perniagaan Perabot Nurul dapat menyemak ketepatan proses merekod urus niaga pada akhir sesuatu tempoh perakaunan, iaitu jumlah pada bahagian debit adalah sama dengan jumlah pada bahagian kredit.

Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan Projek Kertas 3756/3

Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 bagi matapelajaran Prinsip Perakaunan 3756/3 adalah tulen.

Tandatangan calon Nama Calon

: ___________________________________________ : ___________________________________________

No. Kad Pengenalan : ___________________________________________ Angka giliran Calon : ____________________________________________

PRINSIP PERAKAUNAN
TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5
Sijil Pelajaran Malaysia 2011 Kertas 3 (3756/3)
April Mei 2011

Nama Calon

No. Kad Pengenalan : Angka Giliran Calon :

KEPUTUSAN PERNIAGAAN Cadangan Peningkatan Prestasi Semasa Perniagaan Tumpuan peningkatan prestasi semasa perniagaan adalah dengan meningkatkan hasil jualan perabot sebanyak mungkin. Cadangan-cadangan berikut perlu dilaksanakan bagi mencapai tujuan tersebut: 1. Mengenal pasti pembeli-pembeli yang berpotensi dalam kawasan perumahan yang berhampiran dengan perniagaan. Seterusnya melakukan jualan secara langsung dari rumah ke rumah serta sentiasa mengambil langkah-langkah untuk mencari pelanggan-pelanggan baru. 2. Melakukan analisis terhadap pesaing utama bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka serta keluaran dan strategi pemasaran yang mereka gunakan seterusnya, dengan maklumat-maklumat tersebut, perniagaan dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyaingi mereka. 3. Memantapkan lagi usaha pemasaran dengan menguruskan bilik pemasaran agar sentiasa menarik, meningkatkan mutu layanan terhadap pelanggan, membuat promosi secara lebih agresif, menetapkan harga yang berpatutan dengan harga pesaing, serta menjaga kualiti produk dan kualiti perkhidmatan. Keputusan Segera Berdasarkan Penyata Kewangan Berdasarkan analisis Nisbah Semasa (6.62:1) dan Nisbah Ujian Asid (2.87:1) jelas menunjukkan lambakan stok yang berlebihan dalam kedai. Manakala Kadar Pusingan Ganti stok sebanyak 1 kali dalam tempoh sebulan juga menunjukkan ketidakcekapan dalam pengurusan stok perniagaan. Lambakan stok perniagaan tersebut boleh mendatangkan kerugian kepada perniagaan kerana stok tersebut boleh terdedah kepada kerosakan semasa penyimpanan, lapuk kerana tidak laku dijual serta keusangan atau fesyen yang ketinggalan zaman. Maka, tindakan segera perlu diambil bagi meningkatkan kecekapan pengurusan stok agar lebih berkesan. Perniagaan perlu mengambil langkah meningkatkan promosi bagi mengurangkan lambakan stok tersebut dengan mengadakan aktivit jualan penghabisan stok, jualan murah serta melakukan promosi dan jualan melalui atas talian (online).

PERANCANGAN PERNIAGAAN

Cadangan Peningkatan Prestasi Jangka Panjang Perniagaan Prestasi jangka panjang perniagaan boleh ditingkatkan dengan melaksanakan cadangancadangan berikut : 1. Perniagaan perlu menerokai pasaran baru yang lebih luas, bukan hanya tertumpu kepada pelanggan-pelanggan persendirian. Tingkatkan usaha untuk mendapatkan tender-tender membekalkan perabot-perabot di organisasi kerajaan, hotel-hotel serta tempat-tempat peranginan. 2. Pembukaan cawangan-cawangan baru di kawasan-kawasan strategik dan berdaya maju bagi meningkatkan lagi keluasan pasaran yang akhirnya akan meningkatkan jualan dan keuntungan pada masa hadapan. 3. Perniagaan hendaklah sentiasa memastikan keistimewaan produk yang sesuai dengan keperluan semasa dan mempunyai kelebihan berbanding produk pesaing serta sentiasa memastikan perniagaan berada di tahap berdaya saing. Semoga dengan cadangan-cadangan tersebut serta cadangan-cadangan lian yang akan difikirkan dari semasa ke semasa akan dapat meningkatkan lagi prestasi jangka panjang perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai