Anda di halaman 1dari 4

Saya, Jamilah binti Yussof telah menubuhkan Perniagaan J SPORT pada 1 Januari

2011 dengan modal permulaan sebanyak RM80,000 di bank dan sebuah kenderaan
RM55,000 untuk kegunaan perniagaan. Perniagaan saya adalah perniagaan milikan
tunggal yang menjual barang keperluan Alatan Sukan seperti Bola Tampar, Bola
Keranjang, Raket Tenis dan Raket Badminton. Perniagaan saya dibantu oleh dua orang
pekerja yang bernama Nadia dan Lestari. Mereka bekerja sebagai pembantu kedai dengan
gaji bulanan RM1200 setiap pekerja.

Saya memilih untuk menubuhkan perniagaan yang menjual keperluan Alatan Sukan
kerana :

(i) Kurangnya perniagaan yang menjual keperluan Alatan Sukan di lokasi


perniagaan saya.
(ii) Dapat memperoleh keuntungan yang tinggi serta dapat memenuhi
permintaan orang ramai.
(iii) Mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan penduduk setempat.

Saya percaya dengan menjalankan perniagaan milikan tunggal yang menjual


barang keperluan Alatan Sukan, saya dapat memperoleh keuntungan yang tinggi serta
dapat memenuhi permintaan orang ramai.

Saya faham dengan melibatkan diri di dalam perniagaan yang menjual barangan
Alatan Sukan saya berdepan dengan risiko-risiko seperti persaingan, menanggung sendiri
segala kos dan kerugian.

1
MAKLUMAT PERNIAGAAN

I Nama Perniagaan J SPORT

ii. Nama Pemilik JAMILAH BINTI YUSSOF

No 81,Jalan Raja Melewar,73430 Gemas Negeri


iii. Lokasi / Alamat
Sembilan Darul Khusus

iv. Jenis Perniagaan Milikan Tunggal

v. Tempoh Perakaunan Setahun : 1 Januari 2011 31 Disember 2011

vi. Tempoh Rekod Sebulan : 1 Januari 2011 31 Januari 2011

vii. Modal Perniagaan RM 135,000

viii. Jumlah Pekerja Dua orang pekerja yang diberi gaji bulanan

ix. Status Perniagaan Memulakan Perniagaan

2
Perniagaan saya telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian perakaunan berikut
dalam merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan:

1. Kos Sejarah

Konsep Kos Sejarah digunakan dalam merekod Aset Bukan Semasa dalam Kunci
Kira-kira. Kos sejarah menyatakan bahawa perekodan urus niaga dalam buku-
buku akaun hendaklah dibuat berasaskan kos belian pada tarikh urus niaga itu
berlaku. Kos yang direkodkan itu akan kekal dalam buku perakaunan walaupun
nilai asset atau perkhidmatan itu berubah dalam pasaran. Kos sejarah ialah satu
ukuran yang objektif dalam laporan perakaunan kerana nilainya terbukti dalam
dokumen-dokumen perniagaan.

2. Wang Sebagai Ukuran

Semua urus niaga direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM). Ini selaras
dengan konsep Wang Sebagai Ukuran. Wang berfungsi sebagai alat perantaraan
pertukaran dalam semua urus niaga perniagaan. Oleh itu, wang digunakan sebagai
unit ukuran dan semua urus niaga perniagaan direkodkan dalam nilai wang.

3. Catatan Bergu

Semua perekodan urus niaga ke dalam lejar menggunakan prinsip sistem catatan
bergu. Suatu urus niaga harus direkod sekurang-kurangnya dua kali pada akaun
yang berlainan pada masa yang sama. Jumlah debit mesti sama dengan jumlah
kredit. Prinsip catatan bergu membolehkan kita menyemak ketepatan proses
merekod simpan kira dengan merujuk jumlah debit dan jumlah kredit untuk
semua akaun pada suatu masa tertentu.

4. Entiti Berasingan

Untuk tujuan perkaunan, sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang
tersendiri yang terpisah daripada pemiliknya. Urusan antara perniagaan dengan
pemilik dianggap sebagai urusan antara dua pihak yang berasingan. Berdasarkan
konsep entiti berasingan, hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan
sahaja akan direkodkan dalam buku perniagaan. Urus niaga persendirian tidak
boleh direkod dalam buku perniagaan.

5. Tempoh Perakaunan
3
Konsep perakaunan berkaitan dengan konsep berterusan. Konsep berterusan
mengandaikan bahawa perniagaan akan beroperasi secara berterusan untuk satu
jangka masa yang tidak terbatas. Tempoh perakaunan adalah tetap bagi sesebuah
perniagaan selaras dengan prinsip ketekalan. Contohya, setahun, setengah tahun
atau suku tahun. Tempoh perakaunan juga berkait rapat dengan Prinsip
permadanan. Untung atau rugi bersih bagi suatu tempoh perakaunan diperoleh
dengan memadankan hasil dengan kos bagi tempoh perakaunan berkenaan.

6. Berterusan

Mengikut konsep ini, sesebuah perniagaan diandaikan akan terus beroperasi untuk
suatu jangka masa yang tidak terbatas. Konsep ini menganggap sesuatu
perniagaan akan wujud secara berterusan bagi beberapa lama yang boleh untuk
memenuhi komitmen semasa dan masa hadapan.

7. Pemadanan

Prinsip pemadanan menyatakan bahawa hasil perniagaan harus dipadankan


dengan kos sebenar yang terlibat untuk mendapat hasil tersebut. Kos sebenar
sebuah perniagaan ialah kos yang terlibat sama ada sudah dibayar ataupun belum
dibayar. Untung bersih sesuatu perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan
didapati dengan menolakkan jumlah belanja daripada hasil yang dilaporkan dalam
tempoh itu.

8. Ketekalan

Konsep ketekalan menyatakan bahawa butir yang sama dalam buku perakaunan
harus mengikuti amalan perakaunan yang sama. Misalnya, sesebuah perniagaan
yang mengira untung berasaskan perakaunan asas tunai akan mengamalkannya
secara berterusan untuk beberapa tempoh perakaunan. Konsep ketekalan
membolehkan syarikat membuat perbandingan pencapaian dari tahun ke tahun.

9. Materialiti

Dalam konsep ini, segala yang dianggap sebagai material sahaja akan direkodkan
dalam penyata kewangan kerana ia memberi kesan kepada pembaca penyata
kewangan. Contohnya, Peti sejuk yang berharga RM1,650 direkodkan sebagai
asset kerana ia merupakan material. Manakala alat tulis berharga RM10.00
dianggap bukan material dan tidak direkodkan dalam kunci kira-kira.

Anda mungkin juga menyukai