Anda di halaman 1dari 4

KONSEP DAN PRINSIP PERAKAUNAN ASAS

1. Berterusan
2. Pemadanan
3. Ketekalan
4. Materialiti
5. Entiti Berasingan
6. Wang Sebagai Ukuran
7. Tempoh Perakaunan
8. Kos Sejarah
9. Prinsip Catatan Bergu


1. BERTERUSAN
Perakaunan mengandaikan bahawa perniagaan akan terus berjalan untuk suatu
tempoh yang sangat lama
Aset perniagaan akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan bagi per
niagaan itu.

2. PEMADANAN
Untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan, jumlah bel
anja bagi tempoh itu ditolak daripada hasil yang diperoleh dalam tempoh itu
Segala belanja dan pendapatan terakru bagi tempoh berkenaan diambil kira se
masa mencari untung atau rugi semasa walaupun wang belum dibayaratau diter
ima kerana ia merupakan urusniaga bagi tempoh perakaunan tersebut
Segala belanja dan pendapatan terdahulu bagi urusniaga tempoh perakaunan ak
an datang(walaupun wang sudah dibayar atau diterima) tidak dianggapsebagai
belanja atau pendapatan bagi tempoh perakaunan semasa.

3. KETEKALAN
Konsep ini menekankan kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butira
n dalam akaun-akaun secara konsisten.
Kaedah yang sesuai perlu dipilih bagi memberikan gambaran paling adil tentan
g aktiviti perniagaan.

4. MATERI ALI TI
Dalam perakaunan, perbelanjaan perniagaan boleh bersifat kebendaan atau buk
an kebendaan.
Soal butiran yang manakah berbentuk kebendaan dan bukan kebendaan bergan
tung kepada kebijaksanaan membuat pertimbangan dan keadaan-
keadaan yang tertentu.
Tidak ada undang-undang yang menetapkan perkara ini.

5. ENTI TI BERASI NGAN
Sesebuah perniagaan itu wujud sebagai satu entity atau unityang berasingan da
ripada pemiliknya.
Rekod perakaunan hanya merekod urusniaga perniagaan. Urusniaga peribadi p
emiliknya tidak direkodkan kerana tiada kaitan dengan perniagaan.
Tujuan memisahkan entity perniagaan daripada pemiliknya adalah untuk mem
bezakan urusniaga perniagaan daripada urusniaga peribadi.

6. WANG SEBAGAI UKURAN
Perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat dinilaikan dalam bentuk w
ang.
Tujuan adalah untuk mendapatkan ukuran yang seragam supaya perbandingan
dapat dibuat.

7. TEMPOH PERAKAUNAN
Tempoh perakaunan ialah jangka masa perakaunan atau jangka masa perniagaa
n yang telah ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui prestasiperniaga
an dari semasa ke semasa.
Tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sesebuah perniagaan iaitu bole
h terdiri daripada 1 tahun, setengah tahun, suku tahun atau satu bulan.

8. KOS SEJ ARAH
Ia bermaksud urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar, iaitu berasas
kan kos belian pada tarikh belian dilakukan.
Kos ini dikekalkan dalam rekod perakaunan dan sebarang perubahan harga tida
k mempengaruhi rekod yang telah dibuat.

9. PRI NSI P CATATAN BERGU
Setiap urusniaga melibatkan 2 catatan iaitu satu akaun didebitkan dan satu aka
un dikreditkan.
Jumlah yang didebitkan mestilah sama dengan jumlah yang dikreditkan.


BAB 1 : PENGENALAN
NOTA RINGKAS

Perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.
Simpan kira Perakaunan
Simpan kira merupakan peringkat
awal dalam proses perakaunan
Perakaunan merupakan proses
perekodan maklumat akaun yang
seterusnya
Simpan kira ialah merekod urus
niaga dengan teratur dan tepat
secara sistem catatan bergu
Perakaunan meliputi kerja merekod,
mendaftar, mengklasifikasikan dan
menganalisis
Ia merupakan satu aspek kecil
dalam proses perakaunan
Ia merangkumi bidang yang lebih luas
Kerja simpan kira ialah satu proses
yang mekanikal dan rutin
Kerja perakaunan adalah lebih rumit
dan memerlukan pengetahuan yang
profesional

Perbezaan antara organisasi perniagaan di Malaysia.
Bil.
Milikan
Tunggal
Perkongsian Syarikat Berhad
1
Dimiliki oleh
seorang pemilik
sahaja
Dimiliki oleh dua hingga
dua puluh orang
pekongsi
Dimilik oleh ramai
pemilik syer
2 Modal sedikit Modal sederhana Modal banyak
3
Perniagaan mudah
ditubuhkan
Pembentukan agak
mudah. Ditubuhkan di
bawah Akta Perkongsian
1961
Penubuhan adalah
rumit. Ditubuhkan di
bawah Akta Syarikat
1965.
4
Dikawal dan
diuruskan oleh
seorang pemilik
Diuruskan oleh beberapa
pekongsi aktif
Pengurusan
dilaksanakan oleh
lembaga pengarah
5
Liabiliti tidak
terhad
Liabiliti tidak terhad
Liabiliti terhad kepada
nilai syer
6
Pemilik mendapat
semua untung
Keuntungan dikongsi
antara pekongsi
mengikut perjanjian
Keuntungan dibahagi
kepada pemegang
syer dalam bentuk
dividen
7
Kos pengendalian
rendah
Kos pengendalian
sederhana
Kos pengendalian
tinggi
8
Contoh: kedai
runcit, klinik,
bengkel kereta
Contoh: Restoran, Pasar
raya, firma guaman,
firma akauntan
Contoh: kebanyakan
perusahaan besar
seperti Sime Darby
Berhad




Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas:
Bil. Konsep/Prinsip Keterangan
Rujukan
Langsung
dari wikipedia
1 Entiti berasingan
Pemilik dan perniagaan
merupakan dua pihak
berasingan.

2 Badan berterusan
Perniagaan dianggap mempunyai
hayat yang berterusan dan tidak
dibubarkan dalam jangka
pendek.
going concern
3
Wang sebagai
ukuran
Hanya item yang boleh dinilaikan
dalam wang direkodkan dalam
buku akaun.

4 Kos sejarah
Urus niaga direkod berasaskan
kos belian pada tarikh belian
tersebut walaupun nilai semasa
boleh berubah.
historical cost
5
Tempoh
perakaunan
Hayat perniagaan dibahagikan
kepada tempoh yang sama dan
tetap.

6 Konsep pemadanan
Semua hasil mesti dipadanka
dengan belanja dalam sesuatu
tempoh perakaunan untuk
mencari keuntungan bagi tempoh
berkenaan.
Matching
Principles
7
Prinsip catatan
bergu
Setiap urus niaga direkod dalam
dua akaun yang berasingan di
sebelah yang bertentangan
dengan amaun yang sama.
Double-entry
8 Ketekalan
Item perakaunan yang serupa
dikendalikan dengan cara yang
sama, konsisten, pada setiap
tempoh perakaunan.

9 Materialiti
Item perakaunan yang penting
sahaja diambil kira dalam
penyediaan laporan kewangan.
Materiality

Anda mungkin juga menyukai