Anda di halaman 1dari 10

SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4

BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

Tarikh : ...................................................................

1.6 KONSEP, PRINSIP DAN ANDAIAN PERAKAUNAN


SERTA CIRI-CIRI KUALITATIF PENYATA
KEWANGAN

Konsep-konsep asas
perakaunan yang perlu diketahui
oleh akauntan?????

KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN

KEKANGAN PERAKAUNAN

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 26


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN
1. Andaian Entiti Berasingan
 Perniagaan berasingan daripada pemiliknya.
 Urusan antara perniagaan dengan pemiliknya dianggap sebagai urusan antara dua pihak
yang berasingan.
 Antara urusniaga yang melibatkan entiti berasingan ialah Akaun Modal dan Akaun
Ambilan
 Contoh
Apabila En Alif menyumbangkan RM70 000 untuk memulakan perniagaan
Perabot Alif, maka wang tersebut dianggap sebagai pinjaman En Alif kepada
Perniagaan Perabot Alif. Sebarang kemasukan (wang/barang) dari pemilik
kepada perniagaan dianggap sebagai modal dan sebarang pengeluaran
(wang/barang) dari perniagaan kepada pemilik dianggap sebagai ambilan

2. Andaian Usaha/Badan Berterusan


 Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam
jangka pendek.
 Aset perniagaan akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan bagi perniagaan itu.
 Contoh
Apabila En Alif memulakan perniagaan Kedai Perabot pada 1 Jan 2010, maka
perniagaan itu dianggap akan terus beroperasi selama mungkin dan tidak akan
berakhir dalam jangkamasa yang singkat.

3. Andaian Wang Sebagai Unit Ukuran


 Setiap urusniaga mesti direkod dalam bentuk wang.
 Batasan konsep ini: (1) Aspek yang tidak dapat diukur dengan wang tidak dapat
direkod.
(2) Nilai mata wang berubah dari semasa ke semasa.
 Contoh
Setiap urusniaga yang dijalankan di dalam Malaysia dijalankan mengunakan
matawang Malaysia dan begitu sebaliknya.

4. Andaian Ketekalan
 Kaedah penyediaan laporan kewangan sesebuah organisasi perlu ada konsisten atau
tetap
 Kaedah perakaunan yang sama mesti diamalkan bagi setiap tempoh perakaunan agar
kekeliruan atau pemesongan dalam laporan kewangan dapat dielakkan
 Contoh
Perniagaan Alif membeli lori pada 2010 dan menetapkan kadar susutnilai ke
atas kenderaan tersebut sebanyak 10% setahun daripada kos aset tersebut.
Berdasarkan konsep ketekalan, Perniagaan Alif tidak harus mengubah kadar
dan kaedah pengiraan susutnilai pada tahun berikutnya. Ini membolehkan
Penyata Kewangan Perniagaan Alif dapat dibandingkan antara satu tempoh
perakaunan dengan perakaunan yang lalu

5. Andaian Tempoh Perakaunan


 Hayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh perakaunan yang sama dan tetap supaya
hasil operasi perniagaan boleh diketahui pada hujung tempoh perakaunan.
 Hanya urusniaga dalam tempoh perakaunan itu akan diambil kira dalam penilaian
prestasi perniagaan itu dalam tempoh berkenaan.
 Tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sesebuah perniagaan iaitu terdiri
daripada satu tahun, setengah tahun, suku tahun atau satu bulan
 Contoh
Perniagaan Perabot Alif telah menetapkan 1 tahun sebagai tempoh perakaunan.
Maka setiap tahun kewangannya adalah 1 Jan hingga 31 Dis setiap tahun
Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 27
SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN
1. Prinsip Kos Sejarah
 Urusniaga direkod berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai
semasa telah berubah.
 Konsep ini digunakan untuk merekod aset dalam kunci kira-kira.
 Konsep ini diadakan supaya rekod kewangan lebih objektif.
 Contoh
Bangunan Perniagaan Alif telah dibeli dengan harga RM30 000 pada tahun
2008. Dalam Kunci kira-kira pada 31 Dis 2010, bangunan mesti direkodkan
dengan nilai RM30 000 walaupun harga pasarannya ialah RM80 000

2. Pelaporan berasaskan nilai saksama


 Nilai saksama merupakan anggaran nilai terhadap harga pasaran yang realistik dan
munasabah. Dalam perakaunan, nilai saksama digunakan sebagai anggaran kepada
harga pasaran bagi aset (atau liabiliti) sekiranya nilai pasaran sebenar tidak dapat
ditentukan . sungguhpun begitu, persetujuan di antara kedua-dua pihak yang
berurusniaga hendaklah dicapai
 Mengikut prinsip ini, aset perlu dilaporkan mengikut nilai buku semasa atau nilai
saksama tanpa mengabaikan konsep kos sejarah
 Keperluan ini dibuat supaya nilai yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan dapat
memberi gambaran terkini mengenai nilai perniagaan
 Dalam Kunci Kira-kira, nilai saksama aset diperolehi daripada nilai semasa/kos sejarah
ditolak dengan menolak susutnilai terkumpul aset tersebut
 Contohnya
Kenderaan Perniagaan Alif telah dibeli dengan harga RM70 000 pada tahun
2008. Dalam Kunci Kira-kira pada 31 Dis 2010, nilai kenderaan semasa/pada
tahun tersebut ialah RM50 000 (harga kos ditolak dengan susutnilai terkumpul)

3. Prinsip Catatan Bergu


 Setiap urusniaga direkod dalam dua akaun atau lebih akaun yang berasingan di sebelah
yang bertentangan dengan amaun yang sama.
 Menurut prinsip catatan bergu, apabila sesuatu urusniaga direkodkan, jumlah amaun
catatan debit mesti sama dengan jumlah amaun catatan kredit urusniaga tersebut.
 Contoh
En Alif memulakan perniagaan Perabot Alif dengan RM70 000 yang terdiri
daripada tunai RM 40 000, Bangunan RM 30 000. Catatan beregu yang perlu
dibuat ialah Debit Akaun Tunai RM 40 000 dan Akaun Bangunan RM 30 000
dan Kreditkan Akaun Modal RM 70 000

4. Prinsip Asas Perakaunan Akruan/Pemadanan


 Melalui prinsip perakaunan asas tunai, Untung adalah perbezaan di antara tunai
diterima sebagai hasil dan tunai dibayar sebagai belanja sepanjang tempoh perakaunan.
Asas seperti ini diamalkan oleh firma kecil atau firma yang memberi perkhidmatan,
contohnya pusat tuisyen dan klinik perubatan. Perlu diingatkan bahawa pengiraan
Untung/Rugi berasaskan konsep tunai tidak mematuhi prinsip-prinsip perakaunan
diterima umum.
 Untung/Rugi berasaskan prinsip perakaunan asas akruan selalu digunakan kerana
kebanyakan firma menjalankan urus niaga secara kredit.Maka konsep tunai sesuai
digunakan.
 Mengikut konsep ini, untuk menentukan Untung/Rugi bagi sesuatu tempoh perakaunan,
hasil dan belanja dibandingkan mengikut prinsip pemadanan. Ini bererti perniagaan
perlu mengambilkira semua hasil yang patut diterima bagi tempoh tertentu dan semua
belanja yang dikenakan bagi tempoh yang sama, walaupun penerimaan dan
pembayaran masih belum dilakukan. Ini kerana sepanjang tempoh perakaunan tertentu,

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 28


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

bukan semua hasil atau belanja yang direkod itu adalah berkaitan dengan tempoh
perakaunan yang sedang dipertimbangkan.
 Pelarasan pada hari imbangan adalah perlu bagi memastikan hanya hasil dan belanja
bagi tempoh itu sahaja yang dimasukkan.

Perbezaan Asas Tunai Dan Asas Akruan


Bil Asas Tunai Asas Akruan
1. Tidak mematuhi prinsip-prinsip Mematuhi prinsip-prinsip perakaunan
perakaunan
2. Digunakan oleh perniagaan yang kecil Digunakan oleh perniagaan yang
dan perniagaan berbentuk besar serta menjalankan urus niaga
perkhidmatan serta urus niaga tunai secara kredit
3. Contoh: Klinik Perubatan Contoh : Syarikat Honda

Jenis-jenis Akruan
1. Belanja Belum Bayar (Belanja Terakru)
 Belanja yang dikenakan dalam tempoh semasa tetapi masih
belum dibayar.
2. Belanja Terdahulu
 Belanja yang telah dibayar tetapi perniagaan masih belum
menggunakan perkhidmatan tersebut sepenuhnya pada tahun
semasa tersebut
3. Hasil Terakru
 Hasil yang sepatutnya diterima pada tempoh tersebut tetapi
masih belum diperolehi lagi
4. Hasil Terdahulu
 .Hasil yang sepatutnya diterima pada tempoh akan datang tetapi
telah diperolehi pada tempoh ini

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 29


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN
1. Kekangan Konservatisme
 Prinsip ini adalah berkait rapat dengan polisi berhati-hati yang diamalkan untuk
melindungi perniagaan daripada segala kerugian yang mungkin berlaku atau
kejadian diluar jangkaan berlaku (kotigensi)
 Sehubungan dengan prinsip ini, segala kerugian yang dijangkakan hendaklah
diambil kira sebagai belanja dalam Penyata Pendapatan tetapi segala keuntungan
yang dijangkakan tidak boleh diiktiraf sebagai pendapatan sehingga keuntungan ini
telah diperoleh.
 Penggunaan konsep ini bagi memastikan:
· aset dan hasil tidak terlebih nyata,
· liabiliti dan belanja tidak terkurang nyata,
· kerugian mesti direkod walaupun belum berlaku,
· keuntungan hanya direkod bila telah berlaku.
Contohnya, pihak pengurusan biasanya terlalu optimis mengenai
masa hadapan perniagaannya. Keadaan ini mungkin akan
memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kedudukan kredit
pelanggan mereka yang tertentu adalah sentiasa baik. Keadaan ini
akan menyebabkan untung terlebih nyata kerana peruntukan hutang
ragu yang rendah disediakan. Oleh itu, dalam keadaan ini konsep
konservatisme perlu digunakan. Peruntukan hutang ragu perlu
diwujudkan untuk meminimakan daripada berlakunya untung yang
terlebih nyata.
 Contohnya
Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat menjangkakan syarikat akan
kalah dalam perbicaraan tersebut dan dijangka perlu membayar RM10 000
sebagai pampasan. Oleh itu jangkaan kerugian/bayaran pampasan perlu dicatat
dalam rekod kewangan

2. Kekangan Kematerialan
 Maklumat dalam laporan kewangan didedahkan dengan item-item yang bersifat
material/kebendaan dan immaterial/bukan kebendaan
 Item-item yang bersifat material perlu ditunjukkan sebagai aset dalam penyata
kewangan. Item-item yang bersifat immaterial pula dicatat sebagai belanja dalam
sesuatu tempoh perakaunan.
 Contoh
Bagi perniagaan yang besar seperti En Alif , pembelian mesin gerudi bernilai
RM 400 mungkin tidak material. Oleh itu jumlah tersebut dikategorikan dan
direkodkan sebagai belanja perniagaan dalam tempoh tersebut. Bagaimanapun
jumlah tersebut dianggap material kepada perniagaan kecil, maka perlu
direkodkan sebagai Aset Bukan Semasa dan dikira susutnilai tahunan bagi
mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum

3. Kekangan Faedah-Kos
 Kekangan ini merujuk kepada kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi
daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna-pengguna penyata kewangan.

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 30


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

CIRI KUALITATIF PENYATA KEWANGAN


1. Kebolehfahaman
 Pengguna-pengguna maklumat (pengamal perakaunan, pengurusan
dalaman atau pihak luar) harus dapat memahami kandungan maklumat yang
disampaikan kepada mereka. Melalui cara ini, maklumat tersebut dapat
digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut keperluan masing-masing seperti
membuat sesuatu keputusan, perbandingan atau perancangan

2. R e l e v a n
 Maklumat perakaunan mesti relevan dengan tujuan maklumat tersebut diberi atau
disediakan. Pemerolehan maklumat yang tidak relevan akan
menyebabkan keputusan yang tidak tepat diambil semasa membuat
perancangan. Oleh itu, maklumat-maklumat dalam penyata kewangan yang
berkaitan dengan peristiwa lalu selalunya tidak begitu relevan kerana akauntan
pengurusan lebih mementingkan aktiviti-aktiviti pada masa kini dan masa hadapan.

3. Kebolehpercayaan
 Kebolehpercayaan merujuk kepada maklumat yang bebas daripada ralat dan
kesilapan. Oleh itu, semua fakta perlu didedahkan berserta dengan bukti yang kukuh.
 Selain itu, sesuatu maklumat mesti bebas daripada sebarang pengaruh bukan
hanya disediakan atas tujuan memenuhi kepentingan pihak tertentu sahaja.
Maklumat yang diperoleh mestilah neutral, iaitu tidak memihak kepada sesiapa
pun dan disahkan oleh pihak lain, terutama pihak luar seperti juruaudit.

4. K ebolehbandingan
 Ciri ini penting kerana makiumat perakaunan akan digunakan sebagai asas sesuatu
perbandingan, misalnya makiumat dan data dalam laporan prestasi jabatan-jabatan
akan dibandingkan antara dua tempoh yang berlainan.

5. Tepat Masa (Timeliness)


 Maklumat harus diperoleh pada masa makiumat tersebut diperlukan kerana
makiumat yang diperoleh lewat daripada tempoh yang ditetapkan tidak dapat
digunakan sebagai asas untuk bertindak.
 Dalam perakaunan, makiumat perlu diperoleh dengan lebih kerap bagi membolehkan
aktiviti perancangan, pengawalan, pengukuran prestasi dan pembuatan keputusan
dijalankan pada masa yang ditetapkan.

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 31


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

LATIHAN PENGUKUHAN
A. Pilih jawapan yang betul
1. Di antara berikut, yang manakah merupakan konsep dan prinsip perakaunan yang asas?
I. Entiti berasingan
II. Wang sebagai ukuran
III. Kos sejarah
IV. Ketekalan
A. I dan IV sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. Semua di atas

2. Menurut konsep Materialiti, segala yang dianggap sebagai material sahaja akan direkodkan
sebagai aset. Antara berikut yang manakah tidak dianggap sebagai material?
A. Komputer
B. Bangunan
C. Kereta
D. Penyapu

3. Puan Wong ialah pemilik bagi Syarikat Kam Lee Enterprise. Dia telah menggunakan kaedah
perakaunan sama secara berterusan untuk setiap tempoh perakaunan. Di antara konsep dan
prinsip perakaunan asas yang berikut, manakah telah dipatuhi oleh Puan Wong?
A. Materialiti
B. Ketekalan
C. Pemadanan
D. Berterusan

Walaupun perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk satu jangka masa
tidak terbatas tetapi adalah tidak munasabah untuk menunggu sehingga akhir hayat sesuatu
perniagaan untuk mengetahui prestasinya
4. Merujuk pernyataan di atas, konsep perakaunan yang manakah boleh digunakan untuk
mengatasi masalah tersebut?
A. Pemadanan
B. Kos sejarah
C. Wang sebagai ukuran
D. Tempoh perakaunan

5. Sewa diterima terakru dan iklan prabayar diambil kira oleh kerani akaun untuk menentukan
keuntungan tempoh perakaunan itu. Nyatakan konsep yang dipatuhi oleh kerani tersebut?
A. Berterusan
B. Ketekalan
C. Kos sejarah
D. Konsep asas perakaunan akruan

6. Jadual di bawah menunjukkan konsep dan prinsip perakaunan dengan ciri-cirinya. Pilih
padanan yang betul.
A Kos Sejarah Urusniaga direkod berdasarkan harga belian sesuatu barangan dan
perkhidmatan pada tarikh pembelian tersebut
B Pemadanan Urusniaga perniagaan seperti belian dan jualan barangan
C Tempoh Perakaunan Prinsip ini membolehkan kita menyemak ketepatan proses
merekod simpan kira menerusi Imbangan Duga
D Ketekalan Segala yang dianggap sebagai material sahaja akan direkodkan
sebagai aset

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 32


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

7. Syarikat Seth membeli sebuah bangunan dengan harga RM280 000. Harga pasaran tarikh
menerima bangunan itu adalah RM300 000. Apakah nilai bangunan yang harus direkodkan
oleh Syarikat Seth dalam buku akaunnya?
A. RM20 000
B. RM280 000
C. RM300 000
D. RM580 000

8. Encik Othman merekodkan belanja am peribadinya RM40 ke dalam buku akaun


perniagaannya. Apakah konsep perakaunan yang gagal dipatuhi...
A. Materialiti
B. Pemadanan
C. Entiti berasingan
D. Wang sebagai ukuran

9. Ciri kualitif penyata kewangan terdiri daripada...


I. Kebolehfahaman
II. Releven
III. Konservatisme
IV. Ketekalan
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

10. Apakah yang dimaksudkan dengan kebolehpercayaan dalam penyediaan Penyata Kewangan?
A. Maklumat kewangan yang tepat dan mencerminkan kedudukan kewangan sebenar
perniagaan
B. Mempercayai akauntan yang menyediakan Penyata Kewangan
C. Mempercayai perniagaan
D. Maklumat kewangan yang mudah difahami oleh pengguna perakaunan

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 33


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

B. Selesaikan kajian kes yang diberikan

Kajian Kes 1
Encik Afiq memulakan perniagaan Mas Afiq Enterprise yang menjual
barangan tekstil pada 1 April 2010. Beliau telah menginsuranskan barang
niaganya bermula pada 1 Jun 2010. Bayaran premium yang dikenakan ialah
sebanyak RM2 400 setahun.. Jumlah ini telah direkodkan sebagai belanja insuran.
Pada bulan Mei 2010, beliau telah mengambil segulung kain langsir untuk
majlis perkahwinan adiknya. Perkara ini tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
Pada bulan yang sama, beliau telah membeli sebuah mesin daftar tunai yang
berharga RM 500. Perkara ini telah direkodkan sebagai aset perniagaan..
Pada 31 Mac 2011, beliau telah menyediakan Penyata Kewangan
perniagaannya.

Soalan:
a. Nyatakan Konsep Perakaunan yang dipatuhi oleh Mas Afiq Enterprise.
Tempoh Perakaunan

b. Nyatakan Konsep Perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Mas Afiq Enterprise .
Prinsip Asas Perakaunan Akruan & Entiti Berasingan

c. Nyatakan jangkamasa tempoh perakaunan Perniagaan Mas Afiq Enterprise.


1 April 2010 – 31 Mac 2011 (12 bulan)

d. Bagaimanakah untung bersih sesebuah perniagaan ditentukan?


Untung bersih ditentukan dengan memadankan hasil dan belanja

Kajian Kes 2
Perniagaan Afiq membeli kenderaan bernilai RM 70,000 pada tahun 2007
dan menetapkan kadar susut nilai ke atas kenderaan sebanyak 20% setahun
daripada kos aset. Pada tahun 2010 Perniagaan Afiq telah mengalami kerugian.
Oleh itu pihak pengurusan telah mengubah kadar kepada 10% setahun dan
mengubah kaedah pengiraaan susutnilai kenderaan pada tahun tersebut dan tahun-
tahun berikutnya. Tujuan pihak pengurusan adalah untuk mengurangkan jumlah
kerugian ketika Penyata Kewangan disediakan.
Dalam Kunci kira kira, nilai kenderaan masih sama tetapi kadar
susutnilainya sahaja yang diubah suai. Biarpun mengalami kerugian, perniagaan itu
masih tetap diteruskan .

Soalan:
a. Nyatakan Konsep Perakaunan yang dipatuhi oleh Perniagaan Afiq
Kos Sejarah & Badan Berterusan

b. Nyatakan Konsep Perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Perniagaan Afiq


Ketekalan

c. Nyatakan kadar yang sepatutnya digunakan oleh Perniagaan Afiq


20% daripada kos asal

d. Apakah kesan ke atas nilai aset jika organisasi perniagaan tidak dianggap wujud
berterusan?
Aset perlu dilaporkan pada nilai semasa

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 34


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.6 Konsep, Prinsip & Andaian Perakaunan serta Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

Kajian Kes 3
Pada tahun 2010, Perniagaan Ayer Molek membeli 3 unit komputer yang
bernilai RM 6,000 sebuah untuk kegunaan perniagaan. Urusniaga pembelian itu
telah direkod dalam Buku Tunai sahaja. Beliau juga telah mengekalkan nilai
pembelian tersebut pada tahun-tahun yang berikutnya walaupun nilai pasaran telah
menurun.
Puan Anisa yang merupakan pemilik perniagaan tersebut telah membawa
masuk perabot dari rumah untuk kegunaan perniagaan. Perkara tersebut tidak
direkodkan kerana beliau beranggapan bahawa harta peribadi adalah juga harta
perniagaannya.

Soalan :
a. Nyatakan Konsep Perakaunan yang dipatuhi oleh Perniagaan Ayer Molek.
Kos Sejarah

b. Nyatakan Konsep Perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Perniagaan Ayer Molek
Prinsip Catatan Bergu & Entiti Berasingan

c. Bagaimanakah sesebuah perniagaan menentukan sama ada sesuatu butiran itu


material atau pun tidak ?
Dengan melihat kepada saiz dan sifat sesuatu butiran yang dinilai

d. Apakah kaedah merekod yang boleh digunakan untuk membolehkan kita


menyemak proses urusniaga?
Prinsip Catatan Bergu

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 35

Anda mungkin juga menyukai