Anda di halaman 1dari 14

SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4

BAB 6 IMBANGAN DUGA


6.2 Pembetulan Kesilapan

Tarikh : ………………………………

6.2 PEMBETULAN KESILAPAN

Pengenalan
1. Pada akhir tahun kewangan, sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan, satu
Imbangan Duga (ID) perlu disediakan dengan tujuan untuk menentukan ketepatan sistem
catatan bergu dalam lejar am.

2. Imbangan duga yang tidak seimbang menunjukkan kesilapan telah berlaku dan perlu
diingatkan juga Imbangan Duga yang seimbang TIDAK semestinya menunjukkan TIADA
kesilapan.

3. Kesilapan apabila berlaku perlu dibetulkan dengan melalui catatan jurnal.

4. Pembetulan mesti dilakukan sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan.

5. Pembetulan tidak akan melibatkan Akaun Tergantung dan Pelarasan Untung Bersih.

Jenis kesilapan
Ada dua jenis kesilapan yang berlaku semasa merekod urusniaga.
a. Kesilapan Ketara
 Kesilapan Ketara bermaksud kesilapan yang dilakukan dapat dikesan/dilihat/disedari.
Jika kesilapan jenis ini berlaku, Imbangan Duga akan menunjukkan jumlah debit dan
kredit yang berbeza.
 Cara pembetulan; Dibetulkan dengan membatalkan angka yang salah dan kemudian
menurunkan tandatangan ringkas di tepinya.

b. Kesilapan Tidak Ketara


 Kesilapan Tidak Ketara bermaksud kesilapan yang dilakukan tidak dapat
dikesan/dilihat/
disedari. Jika kesilapan jenis ini dilakukan, Imbangan Duga tetap akan menunjukkan
jumlah
debit dan kredit yang sama.
 Cara pembetulan; Dibetulkan melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar berkaitan.

Jenis Kesilapan Ketara


a. Ketinggalan satu catatan bergu (samada debit atau kredit)
 Catatan bergu tidak lengkap disebabkan ketinggalan catatan debit atau kredit.
Ini bermakna sesuatu urus niaga hanya dicatat sekali sahaja.
 Contohnya belian tunai direkodkan dalam Buku Tunai tetapi tidak direkod
dalam akaun belian

b. Kesilapan catatan amaun


 Walaupun prinsip catatan bergu betul, tetapi nilai yang dicatat di sebelah debit
mungkin tidak sama dengan nilai di sebelah kredit bagi sesuatu urusniaga yang
sama
 Contohnya belian tunai direkod dalam BT RM589(betul) tetapi direkod di
Akaun Belian RM598 (salah)

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 12


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

c. Kesilapan pengiraan dalam Jurnal/buku tunai


 Pengiraan yang salah semasa penyediaan jurnal, lejar atau Imbangan Duga
 Contohnya jumlah Jurnal Jualan terlebih nilai (angka yang betul RM5678 tetapi
dikira atau ditulis sebagai RM5768)

d. Kesilapan catatan disebelah yang sama


 Dalam sesuatu urus niaga, kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan di sebelah
yang sama iaitu kedua-dua debit atau kedua-dua kredit
 Contohnya jualan kepada Afiq telah dikreditkan dengan betul ke Akaun Jualan
tetapi juga dikreditkan lagi ke Akaun Afiq

e. Kesilapan dalam Imbangan Duga


 Tersilap menyenaraikan baki sama ada sebelah debit atau kredit.
 Satu baki debit telah tercatat di bahagian kredit atau sebaliknya

Jenis kesilapan Tidak Ketara


a. Kesilapan ketinggalan catatan satu urusniaga.
 Sesuatu urus niaga tertinggal terus daripada catatan, di mana tidak direkodkan
dalam mana-mana buku.
 Contohnya jualan tunai RM900 terlupa rekod di dalam mana-mana buku

b. Kesilapan Prinsip
 Suatu butir dicatatkan dalam kelas akaun yang salah (perbelanjaan modal
direkodkan sebagai perbelanjaan hasil dan sebaliknya)
 Contohnya belanja membaiki kenderaan direkod sebagai beli kenderaan

c. Kesilapan saling mengimbangi


 Suatu kesilapan urus niaga yang salah direkodkan telah dimbangi oleh kesilapan
yang lain.
 Ia diperbetulkan melalui cara pembetulan sahaja (tandatangan).
 Kesilapan sebelah debit sahaja, kesilapan sebelah kredit sahaja dan kesilapan
sebelah kredit dan debit.
 Contohnya Amaun Belian terlebih kira RM200 dan begitu juga dalam Akaun
Jualan

d. Kesilapan terbalik/songsang
 Akaun yang betul telah digunakan tetapi setiap butir ditunjukkan di bahagian
akaun salah. Akaun yang sepatutnya didebitkan telah dikreditkan dan
sebaliknya
 Contohnya jualan tunai direkod sebelah kredit Buku Tunai dan Sebelah debit
dalam Akaun Jualan

e. Kesilapan Komisen
 Amaun yang betul telah dicatatkan tetapi bukan dalam Akaun Perorangan yang
berkenaan (akaun yang salah tetapi jenis yang sama).
 Contohnya jualan sebanyak RM655 kepada Kenn Nee telah dicatatkan dalam
Akaun Kenny

f. Kesilapan Amaun
 Satu urus niaga telah direkodkan di sebelah debit dan kredit dengan amaun yang
salah. Ia boleh berlaku semasa catatan dibuat dalam buku catatan pertama.
 Contohnya diskaun diberi sebanyak RM189 dinyatakan sebagai RM198.
RM198 tersebut didebitkan sebagai diskaun diberi dan RM198 dikreditkan ke
dalam Akaun Perorangan (penghutang). Imbangan Duga masih seimbang
Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 13
SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

CARA MEMBETULKAN KESILAPAN TIDAK KETARA.

Panduan untuk membetulkan kesilapan:


(i) Kenal pasti jenis kesilapan (samada setara/tidak setara)
(ii) Membuat catatan yang betul untuk urusniaga itu
(iii) Bandingkan jawapan yang betul dengan jawapan salah
(iv) Buat pembetulan daripada jawapan yang salah kepada yang betul
(v) Fahami cara pembetulan melalui lejar, kemudian tukarkan kepada jawapan bentuk jurnal
am

Membetulkan kesilapan tidak setara melalui catatan jurnal dan lejar

Jenis Kesilapan Cara Membetulkannya


1. Ketinggalan langsung mencatat Anda perlu merekod semula urusniaga itu
urusniaga dalam Jurnal Am dan Lejar.
Jurnal Am
Cth. Dt. Kt.
Ambil barangniaga RM100 terlupa Ambilan 100
rekod Belian 100

Akaun Ambilan
Belian 100

Akaun Belian
Ambilan 100

2. Kesilapan Amaun/angka untuk kedua- Sekiranya nilainya terlebih catat maka


dua catatan bergu catatkan perbezaan nilainya pada ruangan
yang berbeza pada akaun yang sama. Dan
Cth, sekiranya nilainya terkurang catat maka
Beli alatan pejabat secara kredit dari catatkan perbezaan nilainya pada ruangan
Samy RM2359 telah direkod sebagai yang sama pada akaun yang sama juga.
RM2539

Akaun Alatan Pejabat Jurnal Am


Samy 2539 Dt. Kt.
Samy 180
Alatan Pejabat 180
Samy
Alatan Pejabat 2539 Akaun Alatan Pejabat
Samy 2539 Samy(PK) 180

Samy
Alatan Pejabat 180 Alatan Pejabat
2539

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 14


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

3. Kesilapan Prinsip Anda perlu merekod semula urusniaga itu


Bermaksud merekod urusniaga (perkara dalam Jurnal Am dan Lejar.dengan menutup
modal) direkod ke Akaun (perkara hasil) akaun yang salah dan membuka akaun yang
atau urusniaga (perkara hasil) direkod ke sebenarnya
Akaun (perkara modal)

Cth,
Belanja membaiki mesin RM200
direkod betul dalam Akaun Bank
tetapi dicatat ke dalam Akaun Mesin,
sepatutnya akaun membaiki mesin Jurnal Am
Dt. Kt.
Belanja membaiki 200
Contoh rekod yang salah. mesin
A/K Mesin 200
Akaun Mesin
Bank 200 A/K Belanja membaiki mesin
Mesin 200
A/K Bank
Membaiki mesin 200 A/K Mesin
Bank 200 Membaiki mesin 200

4. Kesilapan Saling Mengimbangi Anda perlu merekod jumlah perbezaan pada


Bermaksud satu kesilapan yang ruangan yang berbeza jika terlebih manakala
berlaku telah diimbangi oleh satu lagi jika kurang pada ruangan yang sama
kesilapan yang lain.
Jurnal Am
Akaun Bank Dt. Kt.
Kom.diterima 405(b) Insurans 205(b) Kom. diterima 45
Insurans 45
A/K Insurans
Bank 250 (s) A/K Komisen diterima
Insurans 45 Bank 450(s)
A/K Komisen diterima
Bank 450(s) A/KInsurans
Bank 250 (s) Kom diterima 45

5. Kesilapan Songsang/terbalik Anda perlu merekod semula urusniaga itu


Catatan debit telah dikreditkan atau dalam Jurnal Am dan Lejar tersebut pada
catatan kredit telah didebitkan. ruangan yang berbeza dengan nilai 2 kali
ganda
Cth,
Belian tunai barang niaga RM500 Jurnal Am
Dt. Kt.
Akaun Tunai Belian 1000
Belian 500 Tunai 1000

A/K Belian A/K Belian


Tunai 500 Tunai 1000 Tunai 500

A/K Tunai
Belian 500 Belian 1000

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 15


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

6. Kesilapan Komisen Anda perlu merekod semula urusniaga itu


Kesilapan merekod akaun yang salah dalam Jurnal Am dan Lejar dengan menutup
tetapi dalam kelompok akaun yang sama. akaun yang salah dan membuka akaun yang
sebenarnya
Cth,
Beli barang daripada Toh Seng
RM300 direkod dalam Akaun Too Jurnal Am
Seng Dt. Kt.
Too Seng Too Seng 300
Belian 300 Toh Seng 300

A/K Belian A/K Too Seng


Too Seng 300 Toh Seng 300 Belian 300

A/K Toh Seng


Too Seng 300

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 16


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

CARA MEMBETULKAN KESILAPAN KETARA

JENIS KESILAPAN PEMBETULAN KESILAPAN


1. Catatan Bergi Tidak Lengkap  Kesilapan ini dibetulkan dengan cara
- Kesilapan ini berlaku apabila merekod urusniaga ke bahagian debit /
terdapat ketinggalan catatan debit kredit yang tertinggal.
atau catatan kredit bagi sesuatu urus  Contoh: Adam mengambil barang
niaga. RM350 utk kegunaan sendiri telah
direkod dalam Akaun Ambilan sahaja.
Akaun Ambilan
RM
Belian 350

Akaun Sewa Diterima


RM RM
Bank 143 Bank 143
Nur

2. Amaun yang didebitkan berbeza  Kesilapan ini dibetulkan dengan cara


dengan amaun yang dikreditkan memotong angka yang salah dan
- Catatan bergu tidak tepat kerana menurunkan tandatangan ringkas di
amaun yang didebitkan berbeza sebelahnya.
drpd amaun yang dikreditkan.  Contoh: Jualan barang sebanyak
RM679 kpd Hashdi direkod dlm Jurnal
Jualan dgn betul tetapi dibukukan ke
Akaun Hashdi sebanyak RM976.
Akaun Jualan
RM
Hashidi 679

Hashidi
RM
Jualan 976 Nur
679
3. Urusniaga direkod dua kali disebelah  Utk membetulkan kesilapan ini,
yang sama debitkan 1 akaun dan 1 lagi akaun
- Kesilapan berlaku kerana kedua- dikreditkan. Turunkan tandatangan
dua akaun yg berkenaan telah ringkas pada urusniaga yang salah.
didebitkan / dikreditkan.  Contoh: Akaun Bank dan Akaun Sewa
Sepatutnya 1 akaun didebitkan dan Diterima didebitkan RM143.
1 akaun dikreditkan.
Akaun Bank
RM
Sewa
Diterima 143

Akaun Sewa Diterima


RM RM
Bank 143 Bank 143
Nur

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 17


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

4. Kesilapan perhitungan dalam  Kesilapan ini dibetulkan dgn mengira


jurnal dibukukan ke lejar kembali jumlah dgn pengiraan yang betul
- Angka / jumlah dari jurnal telah dan diposkan ke lejar.
salah dibukukan ke lejar kerana  Contoh: Jumlah jualan ialah RM3504
salah kiraannya. tetapi tersalah kira sbg RM3405.

Tar Butir F Kiraan Jum


Jurnal Jualan
RM
Syafiq 1610
Syamim 360
Syamil 1534
Akaun Jualan * 3405

* Jumlah yang tersalah kira

Akaun Jualan
RM
Pelbagai
Penghutang 3405
3504
Nur

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 18


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

Latihan Pengukuhan
A. Pilih jawapan yang betul
1. Kesilapan berikut adalah kesilapan ketara dalam Imbangan Duga kecuali
A. Bayaran sewa RM500 dikreditkan ke dalam Buku Tunai tetapi tidak dibukukan ke lejar
B. Jualan tunai sebanyak RM1 200 telah didebitkan dengan betul ke dalam Buku Tunai tetapi
dikreditkan ke dalam Akaun Jualan sebanyak RM2 100
C. Belanja alat tulis sebanyak RM450 telah didebitkan ke Akaun Belanja alat tulis dan juga
Akaun Tunai
D. Belanja membaiki van RM2 500 tersilap debit ke dalam Akaun Kenderaan

2. Kesilapan berikut akan didedah oleh Imbangan Duga kecuali


A. Kesilapan pengiraan
B. Catatan bergu tidak lengkap
C. Kesilapan amaun debit berbeza dengan amaun kredit
D. Kesilapan prinsip

3. Apakah yang dimaksudkan kesilapan tidak ketara


A. Kesilapan yang berlainan
B. Kesilapan yang tidak memberi kesan atas keseimbangan Imbangan Duga
C. Kesilapan yang memberi kesan atas keseimbangan Imbangan Duga
D. Kesilapan yang sentiasa sama

Soalan 4 & 5 berdasarkan maklumat berikut


Ambilan barang RM60 untuk kegunaan sendiri terlupa direkod dalam mana-mana buku
4. Apakah jenis kesilapan di atas?
A. Kesilapan saling mengimbangi
B. Kesilapan amaun
C. Kesilapan prinsip
D. Kesilapan ketinggalan satu urusniaga

5. Catatan jurnal untuk membetulkan kesilapan tersebut ialah…


Debit Kredit
A Akaun Ambilan Akaun Stok
B Akaun Ambilan Akaun Belian
C Akaun Ambilan Akaun Tunai
D Akaun Belian Akaun Ambilan

6. Pernyataan manakah yang tidak benar?


A. Imbangan Duga disediakan untuk menguji ketepatan catatan beregu
B. Imbangan Duga yang disediakan bermakna tiada kesilapan dalam rekod perakaunan
C. Kesilapan tidak ketara tidak ditunjukkan dalam Imbangan Duga
D. Semua kesilapan dibetulkan melalui catatan jurnal am

7. Manakah antara berikut merupakan kesilapan ketara


A. Kesilapan ketinggalan satu urusniaga
B. Kesilapan prinsip
C. Kesilapan komisen
D. Kesilapan ketinggalan satu catatan di sebelah debit

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 19


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

Cek RM220 diterima dari Jeny telah dikreditkan dalam Akaun Bank dan didebitkan dalam Akaun
Jeny
8. Kesilapan di atas ialah…
A. Kesilapan seimbang
B. Kesilapan songsang
C. Kesilapan pembukaan
D. Kesilapan prinsip

Belian Tunai RM2 200 telah dicatatkan sebagai RM2 100 di kedua-dua akaun
9. Apakah catatan jurnal untuk membetulkan kesilapan di atas?
A. Debit Buku Tunai RM100, kredit Akaun Belian RM100
B. Debit Akaun Belian RM100, kredit Buku Tunai RM100
C. Debit Akaun Belian dan Buku Tunai RM100
D. Kredit Akaun Bank dan Buku Tunai RM100

Jualan barang niaga bernilai RM1 800 kepada Kedai Zul tidak direkodkan dalam mana-mana buku
10. Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas Imbangan Duga?
A. Jumlah debit dan kredit Imbangan Duga terkurang RM1 800
B. Jumlah debit dan kredit Imbangan Duga terlebih RM1 800
C. Jumlah debit Imbangan Duga terkurang RM1 800
D. Jumlah kredit Imbangan Duga terkurang RM1 800

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 20


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

B. Jawab soalan berikut


1. Tandakan (X) pada ruangan yang betul mengikut kesilapan sama ada kesilapan ketara atau
tidak

Ketara Tidak Ketara


Bil Butir (Imbangan Duga (Imbangan Duga
Tidak Seimbang) Seimbang)
a. Pulangan Belian hanya direkod ke Akaun
X
Pulangan Belian sahaja
b. Belian perabot daripada Syarikat Optik dicatat
X
dalam Akaun Syarikat Pancaindera
c. Cek yang diterima daripada penghutang
Simon telah direkodkan dalam Buku Tunai
X
tetapi tidak dicatat dalam Akaun Penghutang
Simon
d. Jualan alatan pejabat telah dicatat dalam
X
Jurnal Jualan dan diposkan ke lejar
e. Belanja peribadi pemilik dicatat dalam Akaun
X
Belanja Runcit
f. Jurnal Jualan terkurang catat RM745 dan
X
diposkan ke lejar
g. Sewa diterima dan diskaun diberi masing-
X
masing terkurang catat sebanyak RM64

2. Kesilapan berikut telah dikesan SEBELUM Imbangan Duga disediakan

a. Pulangan barang rosak sebanyak RM80 daripada En Zainal telah dibukukan ke Akaun
Zainab

b. Jualan barang sebanyak RM900 kepada Kedai Runcit Kamal telah tersalah rekod dalam
Kedai Runcit Larry

c. Kedua jumlah Jurnal Pulangan Belian dan jumlah Jurnal Pulangan Jualan telah
terkurang campur sebanyak RM90

d. Belian almari sebanyak RM175 dengan tunai untuk kegunaan pejabat telah didebitkan
dalam akaun Belian

Isikan jadual pembetulan

Pembetulan
Kesilapan Jumlah Jumlah
Akaun didebitkan Akaun dikreditkan
(RM) (RM)
a  Zainab 80  Zainal   80 
b  Kedai Runcit Kamal  900  Kedai Runcit Larry  900
c  Pulangan Jualan  90  Pulangan Belian  90
d  Perabot  175  Belian  175

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 21


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

3. Berikut ialah kesilapan yang telah berlaku dalam lejar seorang peniaga dan telah dikesan
SEBELUM Imbangan Duga disediakan

a. Belanja membaiki premis RM195 tersilap debit dalam Akaun Premis

b. Akaun Insurans dibayar dan Akaun Sewa diterima terlebih catat sebanyak RM60

c. Bayaran cek RM550 kepada Kedai Thamby telah didebitkan ke Akaun Bank dan
dikreditkan ke Akaun Kedai Thamby

d. Ambilan barang bernilai RM45 oleh pemilik tidak direkodkan dalam mana-mana buku

e. Belian barang niaga bernilai RM680 daripada Pemborong Ghana telah direkodkan ke
dalam Jurnal Belian sebagai RM608. Jumlah RM608 ini telah diposkan ke dalam
Akaun Belian dan Pemborong Ghana.

Betulkan kesilapan di atas dengan menggunakan Jurnal Am (keterangan tidak diperlukan)

Perkara Butir Debit (RM) Kredit (RM)


a Belanja Membaiki Premis 195  
  Premis   195
b Sewa diterima 60  
  Insurans dibayar   60
c Kedai Thamby 1100  
  Bank   1100
d Ambilan 45  
  Belian   45
e Belian 72  
  Pemborong Ghana   72

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 22


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

4. Kesilapan berikut telah dilakukan oleh Peruncit Taufik

a. Alat tulis berharga RM48 telah direkodkan dalam Akaun Belian

b. Jualan kepada penghutang Syamsul terlebih catat sebanyak RM36 dalam kedua-dua
akaun

c. Pulangan jualan sebanyak RM74 telah direkodkan disebelah debit dalam Akaun
Pulangan Belian

d. Jualan Komputer lama bernilai RM475 telah dicatatkan dalam Akaun Jualan

e. Sekeping nota debit berjumlah RM106 yang diterima daripada Pemborong Cepat telah
direkodkan dalam Akaun Pemborong Pantas

Betulkan kesilapan di atas dengan menggunakan Jurnal Am (keterangan tidak diperlukan)

Perkara Butir Debit (RM) Kredit (RM)


a Alatulis 48  
  Belian   48
b Jualan 36  
  Penghutang Shamsul   36
c Pulangan Jualan 74  
  Pulangan Belian   74
d Jualan 475  
  Kelengkapan   475
e Pemborong Pantas 106  
  Pemborong Cepat   106

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 23


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

5. Berikut ialah kesilapan yang berlaku dalam lejar seorang peniaga yang telah dikesan
SEBELUM Imbangan Duga disediakan. Tunjukkan catatan jurnal untuk membetulkan
kesilapan itu. (tidak memerlukan keterangan)

a. Bayaran faedah sebanyak RM25 telah didebitkan dalam Akaun Sewa dibayar

b. Jualan barang niaga sebanyak RM236 kepada En Saga telah tertinggal rekod dalam
mana-mana buku.

c. Belanja membaiki bangunan sebanyak RM1000 telah didebitkan dalam Akaun


Bangunan

d. Kedua Akaun Gaji dan Akaun Diskaun diterima telah terlebih rekod sebanyak RM35

e. Belian daripada Syarikat Abby sebanyak RM1200 telah direkodkan sebagai RM1100
dalam kedua-dua akaun

f. Pulangan jualan sebanyak RM55 daripada Cik Azalina seorang pelanggan telah
dicatatkan sebagai belian daripadanya.

Betulkan kesilapan di atas dengan menggunakan Jurnal Am (keterangan tidak diperlukan)

Perkara Butir Debit (RM) Kredit (RM)


a Faedah dibayar 25  
  Sewa dibayar   25
b Encik Saga 236  
  Jualan   236
c Belanja membaiki bangunan 1000  
  Bangunan   1000
d Diskaun diterima 35  
  Gaji   35
e Belian 100  
  Syarikat Abby   100
f Pulangan Jualan 55  
  Belian   55

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 24


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 6 IMBANGAN DUGA
6.2 Pembetulan Kesilapan

6. Betulkan kesilapan berikut melalui catatan jurnal

a. Stok akhir terkurang nilai sebanyak RM860

b. Belian mesin kira berharga RM50 untuk kegunaan pejabat telah tersalah anggap
sebagai belanja pejabat.

c. Angkutan keluar sebanyak RM155 telah tersilap catat sebagai angkutan masuk

d. Ambilan barang niaga sebanyak RM600 oleh Puan Wong belum direkodkan

e. Baki setem bernilai RM15 belum diambil kira

Betulkan kesilapan di atas dengan menggunakan Jurnal Am (keterangan tidak diperlukan)

Perkara Butir Debit (RM) Kredit (RM)


a Stok 860  
  Perdagangan   860
b Alatan Pejabat 50  
  Belanja Pejabat   50
c Angkutan Keluar 155  
  Angkutan Masuk   155
d Ambilan 600  
  Belian   600
e Setem Prabayar 15  
  Belanja Setem   15

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 25

Anda mungkin juga menyukai