Anda di halaman 1dari 8

Modul 3: PERAKAUNAN UNTUK KAWALAN DALAMAN

Kawalan Tunai

Tujuan:
* mengurangkan risiko
penyelewengan/kecurian
* memastikan tunai
sentiasa mencukupi
* menyelia pengaliran
keluar masuk tunai
Aspek Kawalan Tunai Bentuk Tunai:
* Penetapan tugas * Tunai
* Pengasingan tugas * Cek
* Pendokumentasian * Kiriman wang
* Kawalan fizikal * Wang Pos
* Pusingan tugas * Draf bank

Kawalan
Tunai

Kaedah Kawalan:
Tunai disimpan di:
1) Penyata Penyesuaian
* Peti simpanan
Bank
* Bank
2) Belanjawan Tunai

Merupakan aset
TERCAIR perniagaan
Penyata Bank

1) Merupakan salinan urus niaga yang dihantar oleh pihak bank pada setiap akhir bulan
kepada pemegang Akaun Semasa.

2) Penyata bank menunjukkan ringkasan urus niaga melibatkan bank yang dilakukan oleh
peniaga setiap bulan.

3) Penyata bank membolehkan peniaga

 Mengetahui baki wang di bank setiap akhir bulan


 Mengetahui jumlah yang telah dibayar dan diterima oleh bank bagi pihaknya
 Menyemak dan membandingkan catatan yang direkod dalam Buku Tunai.

Analisis Akaun Bank dan Penyata Bank

1) Analisis diperlukan untuk membandingkan urus niaga yang dicatat dalam Buku Tunai lajur
bank dengan Penyata Bank yang dihantar oleh pihak bank.

2) Sekiranya baki akhir Buku Tunai tidak sama dengan baki akhir Penyata Bank, maka
peniaga perlu menyediakan Penyata Penyesuaian Bank (PPB).

3) Tujuan penyediaan Penyata Penyesuaian Bank:

 Mengenal pasti butiran urus niaga yang menyebabkan perbezaan baki akhir antara
Akaun Bank dan Penyata Bank.
 Menyemak ketepatan catatan di Buku Tunai.
 Menyelaras baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki Penyata Bank.

4) Perbezaan baki wujud disebabkan terdapat butiran yang dicatat di Buku Tunai tetapi
tidak dicatat dalam Penyata Bank atau sebaliknya. Antaranya:

 Cek belum dikemukakan – cek yang telah dikeluarkan oleh peniaga tapi belum
ditunaikan oleh penerima cek di bank.
 Deposit belum dikreditkan – cek yang telah diterima diposkan ke dalam Buku Tunai
tapi belum lagi dicatat dalam Penyata Bank.
 Penerimaan/pembayaran yang dibuat oleh pihak bank bagi pihak peniaga, seperti
faedah atas simpanan, pindaham kredit (contohnya pembayaran hutang oleh pelanggan
kepada peniaga melalui transaksi bank), dividen, bayaran buku cek, caj perkhidmatan
bank, perintah sedia ada (arahan tetap) dan faedah atas overdraf
 Cek tak laku – cek yang telah didepositkan ke dalam bank tetapi dipulangkan semula
oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu.
 Kesilapan catatan dalam Buku Tunai.

5) Kaedah penyediaan Penyata Penyesuaian Bank:

a) Dengan mengemas kini Buku Tunai


 Bermula dengan baki akhir Buku Tunai
 Merekod semua butiran yang ada dalam Penyata Bank tapi tiada dalam Buku
Tunai serta pembetulan kesilapan.
 PPB hanya merekod cek belum dikemukakan dan deposit belum dikreditkan.

b) Tanpa mengemas kini Buku Tunai


 Bermula dengan baki akhir Buku Tunai/Penyata Bank
 Merekod semua butiran yang menyebabkan perbezaan baki ke dalam PPB.
Format

a) Dengan mengemas kini Buku Tunai (lajur bank sahaja)


Dt – wang masuk Kt – wang keluar
Buku Tunai (lajur bank)
Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM
Baki b/b X Caj bank X
Dividen X Buku cek X
Pindahan kredit X Perintah sedia ada X
Faedah atas simpanan X Kesilapan (terlebih terima/
Kesilapan (terkurang terima/ terkurang bayar) X
terlebih bayar) X Cek tak laku X
Baki h/b Y
XX XX
Baki b/b Y

Penyata Penyesuaian Bank pada …....


RM
Baki debit Buku Tunai Y
(+) Cek belum dikemukakan X
XX
(-) Deposit belum dikreditkan (X)
Baki kredit Penyata Bank XX

b) Tanpa mengemas kini Buku Tunai

Penyata Penyesuaian Bank pada …....


RM RM
Baki debit/kredit Buku Tunai X/(X)
(+) Cek belum dikemukakan X
Dividen X
Faedah atas simpanan X
Pindahan kredit X
Kesilapan (terkurang terima/terlebih bayar) X
X
XX
(-) Deposit belum dikreditkan X
Cek tak laku X
Caj bank X
Buku cek X
Perintah sedia ada X
Faedah atas overdraf X
Kesilapan (terlebih terima/terkurang bayar) X
(X)
Baki kredit/debit Penyata Bank XX/(XX)

Atau

Penyata Penyesuaian Bank pada …....


RM RM
Baki kredit/debit Penyata Bank X/(X)
(+) Deposit belum dikreditkan X
Cek tak laku X
Caj bank X
Buku cek X
Perintah sedia ada X
Faedah atas overdraf X
Kesilapan (terlebih terima/terkurang bayar) X
X
XX
(-) Cek belum dikemukakan X
Dividen X
Faedah atas simpanan X
Pindahan kredit X
Kesilapan (terkurang terima/terlebih bayar) X
(X)
Baki debit/kredit Buku Tunai XX/(XX)

Langkah-langkah Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank

1. Bandingkan baki b/b Buku Tunai dan Penyata Bank, jika tidak sama, cari no. cek
dalam Penyata Bank yang tidak termasuk dalam Buku Tunai dan potong butiran
tersebut.

2. Bandingkan butiran sebelah debit Buku Tunai dengan sebelah kredit Penyata Bank.
Tandakan (√ ) pada butiran yang sama.

3. Bandingkan butiran sebelah kredit Buku Tunai dengan sebelah debit Penyata Bank.
Tandakan (√ ) pada butiran yang sama.

4. Bagi butiran yang belum ditanda, tentukan sama ada butiran itu perlu ditambah
(debit) atau ditolak (kredit) dalam Buku Tunai. Ambil kira maklumat tambahan
sekali, jika ada.

5. Sediakan PPB berdasarkan kaedah yang diminta.


Belanjawan Tunai

1) Bermaksud anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaan bagi suatu tempoh
tertentu.

2) Tujuan:
 Mengawal penerimaan/pembayaran tunai
 Melihat keupayaan tunai pada masa hadapan
 Sebagai rujukan untuk permohonan pinjaman
 Mengurus dan merancang penggunaan tunai berdasarkan keutamaan
 Membuat perbandingan dengan penerimaan/pembayaran sebenar

3) Belanjawan tunai hanya melibatkan urus niaga dengan tunai/cek sahaja.

Format

Belanjawan Tunai bagi …......... bulan


berakhir …..................
Butiran Bulan Bulan Bulan
RM RM RM
A + (B –
Baki b/b A C)
Penerimaan
Modal
Jualan (tunai)
Akaun Belum
Terima
Jualan aset bukan
semasa
Pinjaman
Komisen
Jumlah Penerimaan B

Pembayaran
Belian (tunai)
Akaun Belum Bayar
Belanja Operasi
Ansuran pinjaman
Jumlah Pembayaran C
Lebihan/kurangan B – C
A + (B –
Baki h/b C)

* Baki b/b hanya melibatkan baki tunai dan/atau baki bank sahaja, tidak termasuk baki aset
yang lain.

* Susut nilaii dan peruntukan hutang ragu tidak diambil kira kerana tidak melibatkan
penggunaan tunai.

* Lebihan/kurangan = Jumlah penerimaan – Jumlah pembayaran

* Baki h/b = Baki b/b + Lebihan/kurangan (kurangan bernilai negatif)

* Baki h/b akan menjadi baki b/b bagi bulan berikutnya.

* Contoh belanja operasi: sewa, kadar bayaran, gaji, belanja am, promosi dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai