Anda di halaman 1dari 3

 

 
 
 
 
 
PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN
 
 
Latar Belakang  
Aktiviti  Latihan  Keusahawanan  menyediakan  pakej  untuk  Bumiputera  memperlengkapkan  diri 
dengan  ilmu  pengetahuan,  kemahiran  dan  ciri‐ciri  keusahawanan  untuk  menjadi  usahawan 
yang berdaya maju dan berdaya saing. 
 
Program‐program  di  bawah  latihan  keusahawanan  meliputi  kursus,  latihan,  seminar,  bengkel 
bagi  input  pendedahan,  pengetahuan  dan  kemahiran  di  tahap  pembudayaan  keusahawanan, 
pewujudan  usahawan  serta  peningkatan  dan  pengukuhan    yang  dianjurkan  oleh  Bahagian 
Pembangunan  Usahawan  dan  PUSMA  Negeri  serta  dengan  kerjasama  agensi‐agensi  kerajaan, 
swasta dan badan‐badan bukan kerajaan (NGO). 
 
Komponen Program  
Jenis ‐jenis aktiviti latihan yang dikendalikan di bahagikan kepada dua : 
• Pewujudan Usahawan 
• Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan 
 
Objektif & Strategi Program  
Objektif: 
• Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya. 
• Peserta  dapat  mengemukakan  rancangan  tindakan  untuk  memulakan  projek  / 
perniagaan / perusahaan.  
• Menerapkan  etika  perniagaan  yang  progresif  serta  sikap  positif  bagi  membolehkan 
usahawan  mengamalkannya  dalam  menjalankan  perusahaan  /  perniagaan                  
masing – masing. 
• Memberikan  pengetahuan  pengurusan  moden  supaya  para  usahawan  dapat 
mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat 
Wawasan  2020  dan  boleh  mengikuti  perkembangan  teknologi  moden  dan  mampu 
bersaing di pasaran terbuka. 
Strategi: 
• Mengadakan kursus‐kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan  
• Menganjurkan  kursus  ‐  kursus  pewujudan  usahawan  bagi  membolehkan  Bumiputera 
memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan  
• Menyediakan  kursus  ‐  kursus  peningkatan  untuk  usahawan  sedia  ada  bagi 
membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan / 
perdagangan yang dijalankan  
• Meningkatkan  kemahiran  para  usahawan  melalui  pendedahan  kepada  perusahaan  / 
perdagangan  
 
Pewujudan Usahawan 
MARA  telah  melaksanakan  kursus  untuk  pewujudan  usahawan  semenjak  1976  lagi.  Latihan 
Pembentukan  Usahawan  (LPU)  bertujuan  untuk  melahirkan  usahawan  yang  mempunyai 
wawasan diri dan berkualiti serta bijak dalam mencari peluang perniagaan yang berdaya maju.  
 
Sasaran Peserta 
• Terbuka kepada Bumiputera yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan. 
• Berusia antara 18 hingga 60 tahun dan berkelulusan sekurang‐kurangnya SPM. 
 
Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan 
Kursus  Peningkatan  dan  Pengukuhan  yang  dilaksanakan  adalah  bertujuan  meningkatkan 
pengetahuan serta kemahiran usahawan supaya menjadi lebih berdaya saing.  
 
Sasaran Peserta  
• Usahawan Bumiputera yang ingin meningkatkan perniagaan  
• Keutamaan diberi kepada bekas peserta LPU. 
 
Penutup 
Latihan  dan  bimbingan  yang  disediakan  bertujuan  untuk  mewujudkan  usahawan  baru  dari 
kalangan  Bumiputera  serta  meningkatkan  keupayaan  usahawan  sedia  ada  selari  dengan 
matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).  

Anda mungkin juga menyukai