Anda di halaman 1dari 28

Rancangan Perniagaan

10 PENGENALAN

Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan ini adalah sebagai batu asas kepada

pembentukan sebuah perniagaan milikan tunggal yang diberi nama “D&N Sdn. Bhd.” serta

bertujuan untuk dapat pengizinan FAMA supaya mendapat agromas. Selain itu, Rancangan

perniagaan ini disediakan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan, merancang

perlaksanaan projek, penilaian daya persaingan di pasaran terbuka, menarik pelanggan

mengkomersialkan produk baru. Suatu gambaran perniagaan dan satu blueprint bertulis yang

sistematik dan teratur bagi menerangkan perjalanan perniagaan serta sokongan daya maju

perniagaan syarikat.

D&N Sdn. Bhd. ini telah ditubuhkan dalam negeri Selangor pada 01 Februari 2008.

Perniagaan ini memulakan operasi pada 24 march 2008 dan pusat pengeluaran bertempat di, Lot

1103/A Jalan Maju, 68000 Ampang Selangor. Jenis milikan perniagaan adalah syarikat milikan

tunggal, dimiliki oleh seorang Pengarah Urusan dan diurus bersama oleh 4 orang pengurus.

Syarikat diuruskan oleh 5 jawatan utama dalam perniagaan ini yang terdiri daripada Pengarah

urusan, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Pemasaran, Pengurus Operasi dan Pengurus

Kewangan.

D&N Sdn. Bhd. telah mengeluarkan dan memasarkan roti VEGE baru ini yang dibuat

daripada tepung gangum berkualiti tinggi, sayur bayam, lobak dan jagung yang mengandungi

karbohidrat kompleks, gentian, protein, vitamin A,B,C,D dan mineral. Roti VEGE dianggap

sebagai makanan ruji dan juga makanan diet yang sihat yang berwarna-warni akan menarik

minat dan perhatian pelbagai kumpulan pelanggan. Roti VEGE ini adalah sejenis roti berkhasiat

dapat memenuhi segala kehendak dan cita rasa semua lapisan pelanggan yang selaras dengan

gaya hidup masyarakat pada masa kini. Produk VEGE ini menerima sijil halal setiap tahun.

Kami telah memberi jaminan produk keluaran kami halal dan pengguna Islam juga dapat
1
Rancangan Perniagaan

menikmati roti VEGE ini. Oleh itu, VEGE dijangka akan mendapat sambutan yang sangat

baik.

Jumlah kos projek adalah sebanyak RM173260. Ia meliputi kos pembelian mesin

pengeluaran sebanyak RM 100000, kos berubah sebanyak RM56260 dan kos pra-operasi

sebanyak RM 17000. Milikan tunggal telah mengeluarkan modal sebanyak RM17000 untuk kos

pra-operasi projek. Pembiayaan sebanyak RM 156269 diperlukan dari pihak CIMB Bank untuk

merealisasikan projek ini. Kami jangka pemegang saham dalam perniagaan ini akan mendapat

pulangan modal selama 3 tahun dan kami berupaya membayar balik pinjaman dalam tempoh 8

tahun. Ini menunjukkan perniagaan ini mempunyai potensi perkembangan yang tinggi dan

berdaya maju.

Berdasarkan analisis keseluruhan, jelaslah produk yang ditawarkan mempunyai prospek

masa depan yang baik dan berdaya maju bagi pengkomersialan daripada pasaran dan

keuntungan supaya dapat bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain. Berdasarkan unjuran

kewangan projek, perniagaan ini akan berjaya merealisasikan perniagaan dengan keuntungan

yang lumayan. Ini menunjukkan bahawa perniagaan ini adalah berdaya maju dan dapat

menghadapi pelbagai cabaran dan masalah akibat daripada perubahan yang tidak dijangka.

2.0 Profil Syarikat

Nama syarikat : D & N Sdn. Bhd.

Jenis milikan : Milikan tunggal

Tarikh didaftarkan : 01 Mei 2011

2
Rancangan Perniagaan

Tarikh mula operasi : 24 Jun 2011

No. pendaftaran syarikat : 28906U

No. telefon : 03-1214 1314

Fax : 03-1214 2324

Alamat kilang : Lot 1103/A Jalan Maju, 68000 Ampang Selangor

E-mail : D&N_vege@hotmail.com

Jenis industri : Makanan

Jenis produk : Roti VEGE

Modal permulaan : RM 1700

3.0 MISI, VISI, OBJEKTIF

3.1 Misi

Untuk menyediakan produk-produk berkualiti tinggi yang menggabungkan prestasi

dengan harga nilai, sambil membentuk suatu hubungan yang berjaya dengan para pelanggan

dan pembekal kami.

3
Rancangan Perniagaan

Selain itu, kami juga berusaha untuk terus berupaya untuk memenuhi atau melebihi

harapan pelanggan-pelanggan kami keperluan dan harapan harga, perkhidmatan, dan seleksi.

Untuk tujuan ini, kami akan melakukan ulasan berkala terhadap pasaran untuk meningkatkan

tawaran kami.

Kami juga berusaha untuk tetap berada di depan dari persaingan dengan inovasi produk

dan perkhidmatan baru berdasarkan keperluan pelanggan dan permintaan pasaran.

3.2 Visi

Untuk mencapai pertumbuhan yang berterusan, kita telah membentuk visi dengan tujuan

jernih.

Profit: Memaksimumkan pulangan kepada pemilik saham dan sedar akan tanggungjawab dan

kebolehan kami secara keseluruhan.

Orang: Menjadi tempat yang bagus untuk bekerja di mana pekerja dapat terinspirasi untuk

mencapai terbaik.

Portfolio: Membawa kepada dunia portfolio jenama makanan yang dapat menjangka dan

memuaskan masyarakat, keinginan dan keperluan.

Mitra: memelihara rangkaian rakan yang bereffisien dan membina kesetiaan bersama.

Planet: Menjadi warga dunia yang bertanggung jawab yang membuat perbezaan.

3.3 Objektif

Menjana lebih banyak keuntungan dan juga mengembangkan jenama Syarikat D&N ke

pasaran antarabangsa.

4
Rancangan Perniagaan

4.1 TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS PEKERJA

JAWATAN TANGGUNGJAWAB

Pengarah Urusan Menyelaras organisasi secara keseluruhan serta

bertindak sebagai pembuat keputusan akhir

dalam pernigaan.

Pengurus Kewangan Merangka, membuat perkiraan, merangka

perbelanjaan dan belanjawan serta mengatur

strategi kewangan perniagaan secara keseluruhan.

Pengurus Operasi Bertanggungjawab dalam mengatur serta

mentadbir bahagian operasi atau pengeluaran

perniagaan yang mana merupakan jabatan yang

paling penting bagi perniagaan.

Pengurus Pemasaran Bertindak sebagai penggerek kepada usaha

memasarkan produk yang dihasilkan oleh

pernigaan, mengkaji aspek citarasa pengguna,

5
Rancangan Perniagaan

serta merangka objektif pemasaran yang

berkesan.

Pekerja Operasi Melaksanakan kerja-kerja operasi di peringkat

pengurusan pemprosesan.

Kerani Membantu dalam melaksanakan pengurus

kewangan di samping tugas-tugas pengurusan.

5.0 Proses Operasi

Operasi merupakan satu peringkat yang paling penting dalam memastikan perjalanan

perniagaan berjalan dengan lancar dan menjamin kejayaan sesebuah perniagaan sama ada

sebelum, semasa atau selepas menjalankan sesuatu urusan perniagaan. Secara am, terdapat tiga

peringkat utama dalam aktiviti operasi iaitu input, pemprosesan dan output.

CARTA ALIRAN MEMPROSES ROTI “VEGE

6.0 SASARAN, FAEDAH , ASPEK PEMASARAN DAN ANALISIS

6.1 Sasaran

Sasaran bagi produk roti sayur campuran yang bernama Vege adalah menumpukan

pasaran yang mementingkan makanan bergizi. Kebelakangan ini, pasaran makanan terdapat

permintaan yang banyak terhadap makanan yang bergizi. Bahan organik telah menjadi bahan

mesti bagi pengguna kini. Ini disebabkan banyak bekalan makanan dan minuman di pasaran

mengandungi bahan kimia yang banyak. Pengguna lebih mementingkan makanan yang bergizi

untuk menjaga kesihatan badan. Justeru, produk ini akan dapat sokongan yang banyak
6
Rancangan Perniagaan

terutamanya dari kalangan kanak-kanak walaupun produk ini bukan organik. Produk ini

membekalkan kalsium, zat besi dan vitamin-vitamain bagi manusia terutamanya kanak-kanak

dan orang yang sibuk dengan kerja.

Kanak-kanak merupakan pilar negara masa depan. Oleh itu, pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal dan mental adalah penting supaya mereka dapat

menyumbang kepada negara pada masa depan. Produk ini membekalkan nurtisi yang

diperlukan dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Roti telah menjadi sebagai pengganti nasi pada saat sarapan pagi, yang umumnya

disajikan bersama-sama dengan telur dadar atau segelas susu. Fenomena roti kemudian

menjalar ke kelompok masyarakat sibuk, iaitu yang harus terburu-buru ke tempat kerja. Dalam

keadaan demikian, setangkap roti isi selai dan mentega atau keju menjadi pilihan sarapan pagi

paling umum, yang biasa dimakan dalam perjalanan ke kantor. Mereka sentiasa bekerja terlebih

masa dan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Mereka akan terdedah kepada penyakit-

penyakit yang bahaya. Produk ini dapat membekalkan nutrisi kepada mereka supaya mereka

menjauhi daripada penyakit.

6.2 Faedah-faedah

Vege mengandungi sayur bayam, wortel dan juga jagung. Kandungan sayur bayam

dalam produk ini membekalkan vitamin A, C, E dan B. Vitamin A membantu untuk melindungi

mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan penting untuk membakar lemak. Sayur

bayam juga mengandungi sulfur iaitu nutrient yang berguna untuk melawan jangkitan.

Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Kehadiran vitamin C dan sulfur juga membuatkan sayur bayam baik sebagai bahan untuk

menyah toksin daripada tubuh badan. Ini kerana vitamin C dan sulfur membantu untuk

7
Rancangan Perniagaan

membersihkan darah dan menyingkirkan toksin. Sayur bayam juga memainkan peranan penting

dalam membantu melawan batuk dan demam.

Kandungan jagung dalam roti campuran ini juga memainkan peranan penting kepada

kesihatan badan manusia. Jagung berguna untuk mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

Jagung mengandungi tahap asid folic(sejenis vitamin B) yang tinggi, yang mana dapat

memulihkan saluran darah yang tersumbat. Jagung juga mampu menurunkan tahap kolesterol

dan juga mengurangkan penyakit-penyakit berkaitan dengan jantung. Jagung juga kaya dengan

manganese, sejenis mineral yang merangsang kelenjar thyroid manusia untuk membina lebih

banyak “triiodothyronine”, sejenis hormone yang meningkatkan kadar metabolisma manusia.

Lebih tinggi kadar metabolism lebih baik proses pembuangan sisa badan manusia.

Wortel yang terkandungi dalam roti sayur campuran ini terdiri daripada zat yang

berwarna beta karoten, sejenis vitamin A yang baik untuk kesihatan mata,sehingga terhindae

dari jenis penyakit rabun jauh atau rabun senja. Wortel juga mengandungi serat, zat antioksidan,

vitamin C dan B kompleks, serata beberapa mineral yang penting.

6.3 Aspek pemasaran

Strategi pemasaran Syarikat D&N adalah untuk mengkaji dan peka terhadap segala keperluan

pemborong-pemborong di sekitar Ampang. Syarikat juga memasarkan sendiri produk roti sayur

campuran di sekitar 10 kilometer dari kawasan pengeluaran iaitu di sekitar pasar-pasar malam

dan pagi.

Pasaran Syarikat D&N terbahagi kepada beberapa pasaran yang meliputi pasaran runcit dan

pasaran borong. Pengguna utama produk ini terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat.

Pendekatan yang diambil adalah seperti :

1. Jualan Runcit

8
Rancangan Perniagaan

Menjual produk secara runcit di pasar-pasar malam di sekitar Kuala Lumpur,

setiap hari produk ini akan dijual setiap di pasar-pasar malam yang bersaiz besar

seperti pasar malam di Sri Rampai dan Pasar Malam Taman Connaught. Oleh

itu, seminggu dijangka akan menjual di 7 tempat yang berlainan.

2. Jualan Borong

Menjual secara borong di kedai-kedai sekitar Kota Raya. Pihak syarikat yang

terlibat untuk menjual produk roti sayur campuran ini adalah Mydin, Jalan

Silang. Selain itu, jualan secara borong di Tesco dan Giant akan dibincangkan

kemudian selepas perjanjian dipersetujui.

3. Jualan di sekolah dan university

Menjual secara murah kepada pihak sekolah yang menjalankan aktiviti

pemberian pemberian makanan percuma kepada pelajar-pelajar miskin dan juga

pihak-pihak kantin sekolah. Jualan selama 3 hari akan dijalankan di universiti-

universiti seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan

Universiti Malaya.

4. Jualan di hospital

Menjual kepada pihak hospital kerajaan terutamanya Hospital Kuala Lumpur dan

juga kepada hospital swasta.

6.4 Analisis pasaran

6.4.1 Analisis Pesaing

9
Rancangan Perniagaan

Pesaing adalah terdiri daripada pengeluar, pengedar dan pembekal roti di seluruh negara.

Syarikat D&N telah mengenalpasti pengeluar, pembekal dan pengedar yang bergiat aktif di

kawasan Selangor. Syarikat Gardenia merupakan salah satu pesaing. Salah satu jenama produk

bagi syarikat Gardenia adalah Toast’em.

6.4.2 Analisis Pelanggan

Projek perniagaan yang akan dilaksanakan adalah bersaiz kecil. Dengan ini perniagaan

akan menumpukan pasaran sasaran dalam negeri Selangor sahaja pada permulaan iaitu pada

tahun pertama dan pada masa hadapan akan diperluaskan ke peringkat nasional. Pelanggan yang

disasarkan adalah untuk semua lapisan masyarakat di negeri Selangor dan tidak menghadkan

penjualan hanya untuk peraih-peraih tempatan. Tujuannya adalah untuk membolehkan

pengguna dapat produk yang berkualiti pada harga yang lebih murah.

Kajian pasaran yang dijalankan menunjukkan jumlah permintaan yang sentiasa

bertambah dari masa ke semasa. Sebagai contoh, permintaan untuk Vege akan meningkat pada

masa kini kerana masyarakat semakin mementingkan kehidupan harian yang sihat. Faktor

permintaan yang tinggi menyebabkan syarikat D&N menjangkakan perniagaan yang

dilaksanakan akan mencapai kejayaannya. Walaupun jika dilihat dari faktor persaingan oleh

pengusaha-pengusaha kecil-kecilan ini sudah menunjukkan persaingan yang begitu sengit,

namun jumlah yang ditawarkan masih jauh daripada mencukupi. Sehubungan itu, berdasarkan

maklumat yang diperolehi, syarikat D&N yakin produk ini sememangnya berpotensi besar pada

masa hadapan.

6.4.3 Analisis SWOT

1. Kekuatan

1.1 Menggunakan sumber teknologi dalam melaksanakan projek bagi membolehkan

penghasilan kepada pengeluaran yang lebih baik kualitinya serta dapat menjimatkan

10
Rancangan Perniagaan

kos, masa dan tenaga manusia.

1.2 Sumber manusia berpengalaman dan mencukupi.

1.3 Harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

1.4 Lokasi pernaigaan yang mudah dihubungi dengan adanya kemudahan jaringan jalan

raya yang baik.

1. Kelemahan

2.1 Roti bukanlah kegemaran bagi setiap manusia. Terdapat individu yang tidak suka

makan roti terutamanya individu yang sedang diet.

1. Ancaman

3.1 Galakan kerajaan akan meramaikan pendatang baru dalam industry dan

meningkatkan persaingan.

3.2 Masalah pesaing-pesaing lain seperti High 5 yang akan mewujudkan projek yang

sama pada masa akan datang akan menyebabkan syer pasaran menjadi kecil.

1. Peluang

4.1 Permintaan terhadap roti adalah tinggi.

4.2 Mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang pada masa hadapan.

4.3 Dapat mengeksport ke luar negara apabila terdapat peluang pernigaan.

11
Rancangan Perniagaan

7.0 RANCANGAN PEMASARAN

7.1 PRODUK

Syarikat D&N mengeluarkan produk baru iaitu roti sayur campuran yang bernama

Vege. Untuk tempoh 3 bulan pertama pelaksanaan projek yang akan dijalankan, sebanyak 4000

bungkus roti akan dihasilkan untuk pasaran tempatan. Jumlah tersebut akan ditambah dari

semasa ke semasa untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah daripada kalangan

peruncit dan juga pihak hospital serta university di sekitar Selangor.

Pada bahagian pengenalan, ia telah menyenaraikan kebaikan Vege yang akan

dikeluarkan. Misalnya, vitamin-vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran tersebut sesuai

untuk semua lapisan individu apabila ia ditambah ke dalam roti terutamanya bagi kanak-kanak

dan pesakit serta ibu mengandung. Ia adalah tidak sama dengan roti yang dikeluarkan oleh

pesaing-pesaing lain. Pada masa sekarang, jenis-jenis roti yang terdapat di pasaran adalah roti

kosong, roti butter, roti coklat dan lain-lain lagi. Kami mendapati tiada lagi roti yang

mempunyai pelbagai sayur dalam pasaran. Dengan mempunyai produk Vege, ia dapat menarik

perhatian daripada para pelanggan kerana ia sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Di samping itu, Vege merupakan produk mudah beli dimana ia kerap dibeli oleh

pengguna dan dibeli secara serta merta. Ia juga sebagai produk asasi kerana Vege akan dibeli

secara berulang kali. Hal ini kerana ia merupakan sejenis makanan yang sesuai untuk semua

lapisan. Dengan ini, terdapatlah banyak suri rumahtangga akan sentiasa membeli Vege sabagai

sarapan demi keluarga.

12
Rancangan Perniagaan

7.1.1 PENJENAMAAN

Produk baru syarikat D&N iaitu roti sayur campuran yang diberi nama sebagai VEGE.

Alasan memberi nama sabagai Vege adalah kerana kandungan dalam produk baru kami

mempunyai pelbagai sayur-sayuran iaitu sayur bayam, woltel dan jagung. Sayur dalam Bahasa

Inggeris adalah vegetables. Dengan objektif syarikat yang ingin memasarkan produk ini ke

peringkat antarabangsa, kami mengambil keputusan untuk memberi nama Vege kepada produk

baru ini. Nama Vege ini juga mudah diingati oleh para pelanggan dan mereka dapat mengenal

kepada pelanggan lain.

7.1.2 PEMBUNGKUSAN

Gambar rajah di atas menunjukkan imej yang terdapat dalam bungkusan produk Vege.

Ia mengandungi nama syarikat kami supaya pelanggan dapat mengetahui pengeluar produk.

Pembungkusan ini dapat menarik perhatian para kanak-kanak kerana ia mengandungi corak

13
Rancangan Perniagaan

sayur-sayuran yang comel. Produk Vege akan dibungkuskan dalam plastik roti yang biasa

didapati di pasaran.

7.1.3 KUALITI

Syarikat D&N akan berusaha menjamin kualiti Vege supaya menjamin pasaran kepada

produk tersebut. Setiap kali proses pengeluaran dilakukan, pengusaha memastikan kebersihan

mesin. Mesin akan dibasuh selepas setiap kali habis proses pengeluaran untuk hari tersebut.

Bahan pengawet tidak digunakan dalam resipi Vege demi kesihatan para pelanggan. Ia adalah

dibuat daripada tepung gandum yang berkualiti tinggi. Setiap buku roti akan mempunyai

bentuk, warna dan berat yang sama. Selain itu, sisa-sisa dari sayur-sayuran tidak akan dibuang

terus ke dalam longkang demi persekitaran yang bersih. Sisa-sisa tersebut akan dihantarkan

kepada para penternak untuk menjadi bahan makanan ternakan mereka.

7.1.4 JAMINAN DAN KHIDMAT SAMPINGAN

Tarikh luput yang dipaparkan pada bungkusan roti dapat menjamin kesihatan pengguna.

Pembeli akan merasa terjamin apabila membeli Vege kerana mereka mengetahui tarikh

luputnya. Jika pelanggan mempunyai sebarang masalah, mereka boleh membuat aduan dengan

kedai runcit yang mamasarkan produk tersebut. Pada masa yang akan datang, syarikat akan

menyediakan laman web. Dengan ini, para pelanggan dapat membuat aduan dengan melalui

laman web dan kami dapat menerima maklum balas yang segera. Syarikat akan memberi

perkhidmatan berkualiti dan menangani segala masalah pelanggan dengan penuh keikhlasan.

Layanan perkhidmatan berserta senyuman ikhlas akan diterapkan ke atas semua pekerja. Selain

itu, syarikat akan menyiapkan kerja tempahan mengikut masa yang ditetapkan oleh pelanggan

dan membuat penghantaran ke lokasi tepat pada waktu yang dijanjikan.

7.2 TEMPAT

14
Rancangan Perniagaan

Syarikat terletak di Ampang, Selangor. Kedudukan ini merupakan lokasi yang strategi kerana

kemudahan yang sedia ada adalah lengkap. Sebagai contoh, kemudahan pengangkutan, bekalan

air dan elektrik pada sepanjang masa, dan sebagainya. Lokasi ini amat bersesuaian kerana faktor

persekitaran akan menjamin pengeluaran diedar atau diproses dengan sempurna. Selain itu,

lokasi ini mempunyai hubungan jaringan jalan raya yang baik. Kemudahan infrastruktur amat

penting bagi syarikat kerana ia akan memudahkan segala urusan penghantaran dan perhubungan

dengan pelanggan-pelanggan.

7.2.1 AGIHAN

Saluran agihan atau saluran pengedaran memainkan peranan yang penting dalam sesuatu

perniagaan. Hal ini kerana ia akan menentukan sama ada produk tersebut mudah diperolehi atau

tidak. Pihak yang terlibat akan memastikan produk yang ditawar sentiasa tersedia dan mudah

didapati oleh pengguna. Secara ringkas, saluran agihan dapat memastikan produk yang

diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan dalam kuantiti yang diharapkan.

Dalam saluran agihan, orang tengah atau perantara pemasaran dapat membantu dalam

mengerakkan produk. Orang tengah terdiri daripada pemborong, peruncit, ejen, broker, wakil

pengilang dan sebagainya.

Peranan orang tengah adalah seperti berikut:

1. Sumber penyampai maklumat

Mengumpul dan mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran berkenaan faktor-

faktor dan tekanan dalam persekitaran yang diperlukan untuk tujuan pertukaran,

perancangan dan bantuan. Syarikat dapat mengubahsuaikan produk sendiri mengikut

cita rasa pengguna untuk memenuhi kehendak pengguna supaya meningkatkan jualan.

15
Rancangan Perniagaan

2. Penghubung

Ahli-ahli dalam saluran agihan dikatakan dapat mencari dan berkomunikasi dengan

pembeli berpotensi. Syarikat dapat mengetahui maklum balas pengguna terdapat produk

tersebut. Selain itu, orang tengah dapat menerangkan faedah-faedah produk kepada

pengguna supaya mereka lebih memahami tentang produk tersebut.

3. Promosi

Mereka boleh membentuk dan menyerbarkan komunikasi persuatif berhubung deangan

sesuatu tawaran.

4. Pemadanan

Membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli, termasuk

aktiviti-aktiviti seperti pengeluaran, penggredan, pemasangan dan pembungkusan.

5. Pengagihan fizikal

Mengangkut dan menyimpan produk.

7.2.2 RANGKAIAN PENGEDARAN

Syarikat boleh melakukan saluran pengagihan dalam beberapa tahap. Saluran pertama adalah

saluran pemasaran langsung. Saluran ini adalah secara langsung di antara pengeluar dan

pengguna. Tidak ada orang tengah atau perantara digunakan. Kaedah ini adalah paling berkesan

dalam perniagaan. Pengguna dapat membeli produk tersebut secara langsung daripada kilang

dengan menikmati harga yang lebih rendah jika berbanding dengan peruncit.

16
Rancangan Perniagaan

Saluran kedua adalah terdapat orang tengah iaitu peruncit. Ia dikatakan mempunyai satu tahap

orang tengah sahaja. Peruncit-peruncit kecil dapat dilihat dari kawasan perumahan dan peruncit-

peruncit besar terutama di bandar-bandar seperti pasaraya Giant. Pada tahap ini, syarikat

menjual produk kepada mereka dan seterusnya peruncit menjual kepada pengguna akhir.

Saluran ketiga mempunyai dua tahap orang tengah iaitu pemborong dan peruncit. Syarikat

menjual produk kepada pemborong, peruncit menbeli produk dengan pemborong, akhirnya

pengguna akan membeli produk daripada peruncit. Syarikat tidak galak banyak tahap orang

tengah kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kurang kawalan. Selain itu, tahap

orang tengah terlalu banyak akan menyebabkan masalah tertentu misalnya kesegaran produk

kerana syarikat perlu memastikan produk yang dijual adalah segar dan berkualiti.

7.3 PROMOSI

Pasaran Vege yang dikeluarkan oleh syarikat D&N dijangkakan adalah terjamin kerana

ia sesuai untuk semua lapisan. Walaubagaimanapun, bakal-bakal pelanggan perlu diberitahu

akan produk tersebut di pasaran. Bagi memastikan produk ini dikenali umum, promosi secara

terancang akan dilakukan di tempat-tempat umum bagi memperkenalkan roti sayur campuran

tersebut. Tujuan promosi adalah ingin memberitahu pengguna berkenaan kewujudan roti sayur

campuran dan cuba untuk membina permintaan utama.

Promosi pertama yang akan dilaksanakan adalah pengiklanan. Pengiklanan melalui kain

rentang akan dipaparkan di semua kedai runcit yang akan menjual produk tersebut di samping

17
Rancangan Perniagaan

risalah-risalah akan diedarkan kepada orang ramai di sekitar universiti. Di dalam iklan dan

risalah-risalah tersebut, kami akan memberitahu para pelanggan tentang kebaikan produk

tersebut iaitu berkaitan dengan nutrisi. Syarikat D&N juga akan menggunakan ruang

pengiklanan yang terdapat di dalam akhbar utama seperti Sin Chew Daily, Berita Harian dan

The Star serta juga iklan melalui radio tempatan Selangor. Pada masa yang akan datang, ia

dijangkakan pesaing dalam industri ini akan mengeluarkan produk yang sama dengan syarikat

kami. Dalam keadaan ini, pengiklanan tetap dijalankan tetapi ia akan menjadi iklan bersifat

memujuk. Dalam pengiklanan tersebut kami akan menyentuk kelebihan produk kami supaya

dapat menarik perhatian pengguna dan memilih produk kami. Pada peringkat kematangan,

syarikat juga terus mengiklankan iklan mengingat untuk memastikan pengguna terus membeli

produk tersebut.

Alat promosi kedua yang digunakan adalah promosi jualan. Promosi jualan terhadap

pengguna dengan memberi sample percuma. Syarikat akan mengadakan majlis perasmian bagi

memperkenalkan Vege kepada penduduk tempatan di kawasan Ampang. Dalam majlis

perasmian ini, syarikat akan membekalkan roti percuma untuk para hadirin. Ia adalah bertujuan

untuk merangsang para hadirin agar membuat pembelian selepasnya. Selain itu, syarikat kami

akan menawarkan diskaun yang berpatutan kepada para peruncit atau pemborong. Ia bertujuan

untuk mendapat sokongan daripada penjual dan juga sebagai satu galakkan kepada penjual agar

memperbaiki usaha-usaha penjualan yang dilakukan. Bagi promosi tenaga jualan iaitu syarikat

akan memberi komisen kepada para jurujual yang berada pada bahagian pemasaran supaya

memberi motivasi dan mendorong mereka berusaha membantu syarikat mencari peruncit baru.

Tambahan pula, cabutan bertuah juga dilaksanakan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan

yang taat kepada produk tersebut.

18
Rancangan Perniagaan

Kemudahan internet juga digunakan bagi memastikan pasaran Vege dapat menguasai

sejumlah permintaan daripada pasaran. Melalui E-dagang yang telah digunakan secara meluas,

ianya boleh dijadikan asas bagi meluaskan pasaran. Sebagai contoh, portal e-dagang boleh

membantu perniagaan memasarkan produk dan membuat tawaran lebih mudah. Untuk

memastikan promosi produk dapat berjalan dengan lancar, sebuah laman web akan

dibangunkan khas bagi memudahkan bakal pembeli membuat tempahan. Dalam laman web

tersebut, para pelanggan juga dapat memberi maklum balas terhadap Vege tersebut supaya

syarikat dapat memperbaiki mutu produk mengikut keutamaan pelanggan.

7.4 HARGA

Harga yang ditetapkan untuk produk Vege syarikat D&N adalah sebanyak RM3.00

sebungkus. Harga ini adalah harga yang berpatutan setelah mengambil kira kos pengeluaran dan

kos operasi kilang. Sebelum menetapkan harga Vege ini, beberapa faktor telah dititikberatkan.

Berikutnya adalah faktor-faktor yang dipertimbangkan.

7.4.1 SASARAN PASARAN

Sasaran pasaran syarikat adalah kanak-kanak, pekerja kolar putih, pesakit, pelajar-

pelajar dan sebagainya. Misalnya, pelajar-pelajar universiti tempatan ataupun kolej adalah

meminjam PTPTN. Jika harga ditetapkan adalah tinggi dan tidak berpatutan, mereka tidak

mampu untuk membelinya. Di samping itu, roti kadangkala sebagai sarapan bagi golongan

tertentu, produk Vege yang berpatutan akan dapat menarik perhatian bagi para pengguna.

19
Rancangan Perniagaan

7.4.2 OBJEKTIF PEMASARAN

Objektif syarikat adalah untuk menjana keuntungan yang maksimum dan

mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Dengan ini, kami hendaklah menjana

sasaran pasaran dahulu dan seterusnya baru dapat menjana keuntungan syarikat. Apabila

sasaran pasaran dapat dijamin dan dikekalkan, syarikat dapat mengekalkan perniagaan dan

seterusnya mengembangkan ke luar negara.

7.4.3 PERSAING

Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat.

Apabila pengguna ingin membeli produk, mereka akan mempertimbangkan produk tersebut

dengan produk-produk persaing. Hal ini kerana pengguna adalah sensitive terhadap harga

produk. Selain itu, syarikat akan mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh

persaing. Oleh itu, syarikat telah mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dengan harga yang

lebih rendah jika berbanding dengan peersaing. Syarikat akan memberikan harga yang lebih

istimewa kepada pelanggan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Sebagai contoh,

memberikan 5% diskaun kepada pelanggan yang membeli 100 bungus Vege, memberikan 10%

diskaun kepada pelanggan yang membeli 200 bungus Vege.

20
Rancangan Perniagaan

8.0 ASPEK KEWANGAN


8.1 Pelan Kewangan
BI BUTIR KEPERLUAN KOS SUMBER PEMBIAYAAN (RM)
L (RM)

CIMB BANK SENDIRI


JUMLAH

I.KOS TETAP
1 MESIN PENGELUARAN 100000 100000 0 100000

JUMLAH I 100000 100000 0 100000

II.KOS BERUBAH

Kos Barangan
Jualan(KBJ) 3 Bulan

2 Tepung Gandum 10800 10800 0 10800

3 Tepung Roti 10800 10800 0 10800

4 Gula Pasir 3600 3600 0 3600

5 Lemak Sayur 8050 8050 0 8050

6 Lobak Merah 8000 8000 0 8000

7 Sayur-Sayuran 9010 9010 0 9010

21
Rancangan Perniagaan

8 Plastik Pembungkus 6000 6000 0 6000

JUMLAH II 56260 56260 0 56260

III.KOS PRA
OPERASI
1 Deposit Sewa,api dan air 7600 0 7600 7600
2 Ubahsuai permis 6900 0 6900 6900
3 Papan perniagaan 2500 0 2500 2500
JUMLAH III 17000 0 17000 17000

JUMLAH (I+II+III) 173260 156269 17000 17326


0

PERATUSAN 90.2% 9.8% 100%


PEMBIAYAAN

8.2 PERINCIAN ALIRAN KEWANGAN 3 TAHUN


8.2.1 Unjuran Jualan Bulanan 3 Tahun
BULAN TAHUN

1 2 3

1 10200 48870 65961

2 10200 48870 65961

3 10200 48870 65961

4 46644 48870 65961

5 46644 48870 65961

6 46644 48870 65961

7 46644 48870 65961

8 46644 48870 65961

9 46644 48870 65961

10 46644 48870 65961


22
Rancangan Perniagaan

11 46644 48870 65961

12 46644 48870 65961

JUMLAH 450395 586435 791537

8.3 PERBELANJAAN
8.3.1 Perbelanjaan Modal
1. Pelbagai Deposit:

Deposit Elektrik, Air dan 2000


Talipon

Deposit Sewa RM 2000 6000

JUMLAH 7800

2. Pembelian/Perbelanjaan Aset:

Kos (RM)

Mesin & Peralatan Operasi

Mesin Pengeluaran 100000

JUMLAH 100000

8.3.2 Kos Barang Dijual


TAHUN
BULAN 1 2 3

1 3000 30000 40150

2 3000 30000 40150

3 3000 30000 40150

4 19000 30000 40150

5 19000 30000 40150

6 19000 30000 40150

23
Rancangan Perniagaan

7 19000 30000 40150

8 19000 30000 40150

9 19000 30000 40150

10 19000 30000 40150

11 19000 30000 40150

12 19000 30000 40150

JUMLAH 180000 360000 481800

8.3.3 Perbelanjaan Perkilangan Bulanan


PERKARA TAHUN

1 2 3

Sewa Premis 22800 22800 22800

Upah Pekerja 38400 40320 42336

Overhead Premis 6240 6552 6880

Penyelenggaraan 1500 1575 1654


Mesin

Pembungkusan 6720 7056 7409

JUMLAH 75660 78303 81078

8.3.4 Perbelanjaan Pengurusan Bulanan


PERKARA TAHUN

1 2 3

Promosi dan 3600 3780 3969


Pengiklanan

Pengangkutan 9000 9450 9932

24
Rancangan Perniagaan

Gaji Pengurus 24000 24000 24000

Telefon 1440 1512 1588

Penyelenggaraan 5000 5250 5513


Kenderaan

Alatulis 3600 3780 3969

JUMLAH 34040 34542 35069

Anggaran Jangka Hayat Aset Tetap


ASET TETAP J.Hayat
(Thn)

Van 10

Mesin 10

Ubahsuai Kilang 5
Anggaran Kadar Peningkatan Tahunan Modal Kerja
KADAR PENINGKATAN MODAL KERJA

Kadar kenaikan modal tahun 2 5%

Kadar kenaikan modal tahun 3 5%

Anggaran Nilai Stok Barang Siap Dan Bahan Mentah Akhir Tahun
STOK BARANG SIAP AKHIR RM
TAHUN

Tahun 1 3,243

Tahun 2 5,373

Tahun 3 4,628

STOK BAHAN MENTAH RM


AKHIR TAHUN

Tahun 1 1,976

Tahun 2 4,361

25
Rancangan Perniagaan

Tahun 3 3,218

BAYARAN BALIK PINJAMAN CIMB


Jumlah 156269
Kadar Faedah 8%
Tempoh 79 BULAN
Pembayaran balik bermula JULAI 2011
Kaedah GARIS LURUS
Amaun Pokok Sebulan RM 1990
Amaun Faedah Sebulan RM 159

Tahun Pokok Faedah Jumlah Baki Pokok


Bayaran

1 11940 955 12895 144329

2 23880 1910 25790 120449

3 23880 1910 25790 96569

4 23880 1910 25790 72689

5 23880 1910 25790 48809

6 23880 1910 25790 24929

7 23880 1910 25790 1049

8 1049 84 1133 0

8.4 JANGKA MASA PULANGAN BALIK MODAL


JPPM = pelaburan awal / hasil bersih tahunan

Hasil Bersih Tahunan


Hasil Bersih Tahunan = Jualan-Perbelanjaan

26
Rancangan Perniagaan

Tahun
Firma 0 1 2 3

173260 40000 80000 160000


D&N

Pelaburan awal = 173260


JPPM = 40000+80000+53260
= 2 tahun 4 bulan

Berdasarkan faktor-faktor yang telah dinyatakan dalam rancangan perniagaan ini, dapat

dirumuskan bahawa perniagaan mampu memberi pulangan yang lumayan dalam jangka masa

panjang. Keuntungan syarikat dapat dilihat meningkat secara dinamik dari masa ke semasa.

Pihak D&N company amat berkeyakinan penuh pihak CIMB bank dapat meluluskan

permohonan pembiayaan kewangan berjumlah RM 156269 bagi menjayakan perniagaan ini.

9.0 KESIMPULAN

27
Rancangan Perniagaan

Roti VEGE mempunyai permintaan yang agak baik pada masa depan. VEGE diyakin

mempunyai potensi pasaran yang luas, ini kerana populasi pasaran pada hari ini semakin

mementingkan kehidupan yang sihat dengan pengambilan makanan yang nutrien dan khasiat.

Sebelum perniagaan ini diwjudkan, kita telah menjalankan satu kajian yang terperinci

mengenai peluang-peluang serta ancaman-ancaman yang bakal dihadapi selepas sesebuah

perniagaan ditubuhkan. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakkan kaedah analisis SWOT.

Analisis ini secara keseluruhan mengkaji tentang kekuatan, kelemahan ancaman dan peluang

perniagaan yang akan diwujud nanti. Setelah hasil kajian yang dibuat, perniagaan D&N Sdn.

Bhd. yakin dapat merebut peluang yang ada serta bersaing dengan industri-industri lain.

Selain itu, kajian tinjaun dilakukan telah membuktikan permintaan pasaran terhadap

VEGE adalah baik. Permintaan pasaran yang tinggi ini telah menambah keyakinan D&N Sdn.

Bhd. dapat berkembang dan menjadi sebuah perniagaan yang berdaya maju dan dapat bersaing

di peringkat negara dan luar negara. Di samping itu, Syarikat D&N dapat membantu mencapai

matlamat wawasan 2020 kerajaan dalam meningkatkan peluang pekerjaan dan memajukan

ekonomi negara kita. Pihak D&N Sdn. Bhd. amat berkeyakinan penuh pihak FAMA dapat

mengizinkan produk kita supaya mendapat “agromas” bagi menjayakan perniagaan ini.

28