Anda di halaman 1dari 3

Pasaran Sasaran

Secara amnya, falsafah pasaran sasaran merupakan falsafah yang terkini


dalam perniagaan dan menjadi amalan banyak institusi perniagaan. Melalui falsafah
ini pengeluar atau pemasar akan lebih berusaha mengenal pasti beberapa segmen
pasarannya secara lebih terperinci. Kemudian, pemasar akan memilih hanya satu
atau dua di antara segmen tersebut untuk menjadi sasarannya. Secara jelasnya,
sasaran pasaran memberi peluang kepada penjual untuk membentuk produk yang
betul dan bersesuaian bagi pelanggan yang disasarkan serta menyesuaikan produk
yang dihasilkan dengan harga, kaedah pengedaran, dan pengiklanan bagi
memastikan para pelanggan mendapat kepuasan yang optimum. Secara tuntasnya,
pasaran sasaran merujuk kepada kumpulan pengguna yang akan menjadi bakal
pelanggan.
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, soalan kritikal dan pertama yang
harus ditanya oleh seorang usahawan ialah, Siapakah sasaran utama perniagaan /
produk ini? Dalam konteks ini, sasaran bermaksud kategori pelanggan yang
mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi umur, keinginan, keperluan, kerjaya,
tahap ekonomi, jantina, bangsa ataupun pendidikan. Selain itu, kegagalan
berkemungkinan akan berlaku apabila seseorang usahawan itu tidak jelas
sepenuhnya mengenai sasaran pasaran kerana ini akan menyebabkan seseorang
usahawan itu tidak fokus, hilang daya konsisten, kerap menukar strategi, kurang
yakin diri dan tidak mampu menyampaikan maklumat produk dengan baik kepada
prospek.
Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan yang dimulakan, seseorang
usahawan harus memulakan sebuah perniagaan dengan mendefinisikan pelanggan
dengan spesifik dan jelas. Dalam konteks ini, peniaga akan lebih mampu beraksi
dengan penuh keyakinan diri, kerana peniaga tersebut sedar tentang sasaran
sebenar tanpa perlu berkomunikasi dengan prospek yang tidak sesuai. Sebagai
contohnya, jika seorang peniaga ingin menjalankan sebuah perniagaan seminar dan
latihan adalah amat mustahil untuk mensasarkan perniagaan tersebut kepada
semua golongan masyarakat di negara ini, dan adalah lebih mudah dan
menguntungkan apabila peniaga memfokuskan perniagaannya kepada golongan
tertentu sahaja.

Dalam perniagaan 'GRAB N GO!!!' yang telah dipilih, pasaran sasaran telah
ditetapkan kepada kumpulan pekerja dan golongan yang sangat sibuk dengan
pekerjaan masing-masing sehingga tidak mempunyai masa untuk menjamu selera di
restoran. Sebagai contohnya, dalam perjalanan pulang ke syarikat sendiri setelah
selesai penghantaran dokumen kepada syarikat yang lain, Saiful yang bekerja
sebagai pekerja am syarikat hanya mempunyai masa yang singkat untuk membeli
makanan tengah harinya dengan membuat pra-pesanan melalui aplikasi 'GRAB N
GO!!!' . Pada masa Saiful tiba di mesin makanan 'GRAB N GO!!!', Saiful akan
mendapat makanan yang telah ditempahnya tanpa memerlukan penungguan. Dalam
konteks ini, Saiful hanya perlu membuat pembayaran dengan kad Visa dan terus
mendapat makanannnya daripada mesin 'GRAB N GO!!!'.
Memang tidak dapat dinafikan kehidupan masyarakat kini adalah amat sibuk
dengan pekerjaan. Kebanyakkan golongan rakyat tidak mempunyai masa yang
cukup untuk rehat kerana mereka bekerja dari 8 pagi sehingga 7 petang. Secara
jelasnya, adalah amat susah untuk golongan pekerja untuk meluangkan masa untuk
membeli makanan di restoran. Untuk mengatasi masalah tersebut, mesin 'GRAB N
GO!!!' telah menawarkan perkhidmatan pra-pesanan untuk membantu golongan
masyarakat yang sibuk dengan pekerjaan untuk menjimatkan masa semasa
membeli makanan di samping mengelakkan diri daripada menunggu giliran yang
lama di restoran. Secara umumnya, perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat
'GRAB N GO!!!' telah berjaya membantu golongan sasaran pasaran, iaitu golongan
rakyat yang sibuk dengan pekerjaan untuk menyelesaikan masalah makanan setiap
hari.
Sementelahan, sasaran pasaran syarikat 'GRAB N GO!!!' ditetapkan kepada
golongan berpendapatan sederhana, iaitu golongan yang berpendapatan dari
RM1000-RM2500. Secara jelasnya, harga satu set makanan tengan hari ialah
RM9.90 di mana harga tersebut adalah dalam lingkungan kemampuan golongan
berpendapatan sederhana. Sekiranya, seorang pekerja membeli makanan setiap
hari selama sebulan daripada mesin 'GRAB N GO!!!', maka perbelanjaan makanan
tengah hari selama sebulan adalah hanya RM300. Di samping itu, jika pekerja
tersebut merupakan ahli VIP kepada syarikat 'GRAB N GO!!!', dia akan berpeluang
menikmati diskaun sebanyak 10%, di mana harga satu set makanan adalah hanya
RM9.00. Secara tuntasnya, jumlah perbelanjaan makanan sebulan sebanyak RM300
adalah amat berpatutan kepada mereka yang berpendapatan sederhana.

Anda mungkin juga menyukai