Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI UMUM

Pada umumnya pengalaman 3 bulan pertama di sekolah adalah sangat-sangat


berharga dan penting dalam pengadaptasian guru dengan budaya sekolah dan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) subjek yang ditugaskan. Program Pembangunan Guru Baharu
adalah satu inisiatif yang saya kira amat bagus dan melambangkan keprihatian Kementerian
Pelajaran Malaysia dan semua pegawai dari peringkat pusat, ke Pejabat Pendidikan Daerah
dan dari sekolah sendiri.

Pementoran amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya suri teladan untuk
saya merujuk apa sahaja kekusutan dan masalah yang saya hadapi selama saya
menyesuaikan diri kerana sememangnya sebagai guru baharu, segalanya adalah baru bagi
saya. Pengalaman semasa Rancangan Orientasi Sekolah dan Praktikum 3 bulan semasa
PISMP adalah sangat terhad dan tidak merangkumi segala yang guru harus laksanakan
secara realitinya di sekolah. Dengan adanya mentor, saya tidak akan merasa malu untuk
bertanya kerana mentor sememangnya sedar akan keterbatasan saya. Bimbingan dan tunjuk
ajar yang berterusan akan memastikan guru berkualiti dapat dihasilkan dan membendung
apa-apa masalah adaptasi yang seringkali dihadapi guru baru. Sememangnya mencegah
adalah lebih baik dan lebih mudah daripada merawat.Sepanjang fasa orientasi, saya
merasakan bahawa saya telah mendapat pengalaman yang sangat berharga dan saya
bersedia menjadi guru untuk jangka masa yang lebih lama. Tugas sebagai guru dirasakan
amat sesuai bagi saya yang berjiwa keibuan dan mengutamakan keluarga. Pelajar harus
dianggap seperti anak sendiri supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan

Selain P&P, saya menyedari tugas guru lebih besar dan banyak dari berada didalam
kelas. Kita harus sentiasa bersedia memikul pengurusan sekolah secara bekerjasama kerana
kejayaan sesuatau sekolah adalah hasil usaha sama semua pihak, bukan hanya pengetua,
atau sesetengah guru, atau pelajar sahaja. Semua guru memikul tanggungjawab ini harus
ikhlas dalam melaksanakan semua tugas yang tidak terbatas kepada PdP sahaja. Ini juga
memberi pendedahan kepada saya tentang pengurusan organisasi yang cemerlang

KEKUATAN/ KELEMAHAN/ ISU BERBANGKIT

Kebanyakan bilik darjah tidak dilengkapi dengan pemancar LCD. Sekolah ini turut
dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan yang baik dari segi perkhidmatan untuk guru
dan juga untuk murid. Contohnya kemudahan mesin fotostat dan faks. Staf-staf sokongan di
pejabat banyak membantu guru-guru dalam mengendalikan kerja-kerja yang memerlukan
mesin tersebut. Ibu bapa atau penjaga boleh berhubung dengan pihak sekolah secara
bersemuka, melalui telefon. Pihak sekolah sentiasa menitikberatkan pandangan serta
pendapat ibu bapa kerana hal ini merupakan tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan
menjaga keselamatan anak mereka. Sebagai contoh, semasa mesyuarat agung PIBG yang
diadakan semua usul yang dikemukan oleh ibu bapa telah dibincang bersama untuk
kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu pihak penjaga dan pihak sekolah.

Saya merasakan maklumat yang disampaikan tidak selaras dan agak keliru
apasebenarnya yang harus saya lakukan, contohnya folio ini, pada awalnya saya
berkefahaman ianya adalah untuk tempoh setahun. Namun saya agak terkejut apabila
diarahkan menghantar sebelum cukup tempoh 6 bulan kami ditempatkan di sekolah. Tidak
dinafikan taklimat bersama mentor tempoh hari sangat berguna dan padat dengan informasi.
Cuma mungkin ada sedikit aspek tentang pengurusan maklumat kepada pihak sekolah perlu
diselaraskan dengan lebih baik. Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada
selain menyiapkan tugasan PPGB ini. Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi prioriti kerja
kerana semuanya harus dilaksanakan secepat mungkin. Waktu PdP sudah memenuhi waktu
persekolahan/kerja guru jadi masa untuk membuat tugasan lain agak terhad. Namun tidak
dinafikan segalanya sangat mampu dilakukan oleh guru cuma mungkin tekanan akan timbul.

CADANGAN

Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi tentang apa
yang diingini oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri sedikit keliru apa yang saya
harus tuliskan diruangan Bidang/Aspek. Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru
Baharu ini amat bermakna bagi saya kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak
pengurusan sekolah sertaPPD dan membantu saya dalam menyesuaikan diri dengan budaya
dan persekitaran sekolah.

Anda mungkin juga menyukai