Anda di halaman 1dari 8

STRATEGI SUSUN ATUR

Eco-shop merupakan sebuah syarikat rantai alat-peralatan rumah di Malaysia. Syarikat


ini terkenal dengan semua produk hanya bertambang RM2.40 setiap satu barangan. Kini, eco-
shop telah membuka kedai di seluruh Malaysia. Terdapat beberapa strategi susun atur fasiliti
yang digunakan oleh perniagaan Eco-shop bagi memastikan susun atur dalam memastikan
kelancaran aktiviti membeli-belah di dalam Eco-shop.

Prinsip pertama akan peredaran yang terwujud melalui penyusunan produk-produk,


supaya sesuatu organisasi tersebut dapat mengawal aliran trafik penggunaan. Bagi
memastikan peraliran trafik penggunaan berjalan dengan lancar, perniagaan Eco-shop
menggunakan strategi susun atur jualan runcit atau perkhidmatan. Susun atur jualan runcit atau
perkhidmatan merupakan sejenis susun atur yang menentukan kedudukan ruang-ruang rak
produk yang akan dijual, dengan tujuan untuk memaksimumkan pendedahan para pelanggan
ke atas produk-produk tersebut kerana secara umumnya pendedahan ini akan mempengaruhi
jualan dan keuntungan. Bagi perniagaan Eco-shop ini penyusunan tersebut dimulakan dengan
sepanjang laluan pengguna, akan ada item-item yang dapat menarik minat serta memikat
pembelian para pengguna misalnya pengurusan Eco-shop menyajikan barangan seperti raga,
bekas-bekas, besen dan lain-lain hal ini supaya dapat menarik minat golongan suri rumah
kerana umum mengetahui bahawa Eco-shop merupakan satu lokasi yang dijadikan sasaran
bagi suri rumah untuk mencari kelengkapan barangan rumah dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, pergantungan barangan diluar Kawasan juga menjadi satu strategi yang
digunakan bagi mengumpan pelanggan untuk datang membeli-belah. Selain itu Item-item
keperluan asas bagi sesuatu keluarga kebiasaannya akan diletakkan pada bahagian belakang
hal ini bertujuan meningkatkan aliran peredaran pelanggan kerana untuk sampai ke destinasi
barang keperluan tersebut pelanggan perlu melalui Lorong-lorong barangan yang mungkin
bukan menjadi pilihan dalam perbelanjaan mereka. Pada kaunter juruwang juga akan
disusunkan item-item keperluan asas yang kecil supaya dapat menarik perhatian pelanggan
sewaktu tempoh pembayaran sedang berlaku hal ini dikatakan demikian kerana sewaktu
tempoh pembayaran pasti memakan masa yang lama kerana perlu beratur sehingga sampai ke
giliran kita untuk tempoh pembayaran sewaktu tempoh beratur tersebut kebiasaanya mata
mereka pasti masih melilau untuk mencari barang yang perlu dibeli lagi walaupun sebenarnya
barangan tersebut tidak diperlukan kerana ianya akan menjadi simpanan jika perlu.
Strategi susun atur gudang yang digunakan oleh Eco-shop adalah dengan
menggunakan Pelan Lantai Grid dimana kebiasaannya pengunaan pelan lantai grid ini diguna
di kedai runcit, big box dan convenience stores seperti Eco-shop, pelan lantai grid ini juga
dikenali sebagai susun atur lurus. Penggunaan pelan lantai grid amat sesuai untuk peruncit
kecil yang membawa inventori yang besar daripada stok barangan seperti buku nota, mainan,
makanan ringan, perkakasan, kad, hadiah kecil, peralatan dapur dan rumah seperti yang dijual
oleh Eco-shop.
KESIMPULAN

secara keseluruhannya susun atur fasiliti bagi sesebuah organisasi merupakan sebuah
penentuan yang penting hal ini dikatakan demikian kerana ianya menunjukkan kecekapan serta
keberkesanan sesebuah organisasi. Bagi sesebuah organisasi yang sedang membanggun
adalah penting bagi mereka untuk mengenal pasti jenis susun atur yang boleh digunakan dalam
menjalankan perniagaan kerana strategi susun atur bergantung pada jenis perniagaan itu
sendiri. Sama ada susun atur berasaskan produk, berorientasikan-proses,kedudukan tetap,
jenis pejabat, jualan runcit atau perkhidmatan Gudang dan juga selular setiap perniagaan tidak
semestinya mengunakan strategi susun atur yang sama.

Walaubagaimanapun budaya pengurusan organisasi cemerlang juga harus


dititikberatkan dengan dibentuk melalui strategi-strategi seperti mempraktikkan gaya
pengurusan yang telus di semua peringkat pegawai, Selain itu,kepimpinan melalui teladan
diwujudkan dan budaya kerja yang berasaskan pencapaian profesional juga adalah penting
dengan memenuhi kehendak pelanggan. Pelaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti juga
dilaksanakan dengan meningkatkan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan
pegawai serta anggota dapat menjadikan organisasi pembelajaran sebagai satu budaya
organisasi yang menyediakan saluran komunikasi di antara pengurusan, pegawai dan anggota
organisasi itu sendiri.

Bagi perniagaan Eco-shop


LAMPIRAN

Rajah 1 menunjukkan strategi susun atur jualan runcit atau perkhidmatan iaitu pergantungan
barangan diluar Kawasan juga menjadi satu strategi yang digunakan bagi mengumpan
pelanggan untuk datang membeli-belah

Rajah 2 menunjukkan barang-barangan yang diperagakan dipermulaan jalan dalam


kedai Eco-shop
Rajah 3 menunjukkan strategi susun atur produk iaitu pelan lantai grid yang digunakan
oleh perniagaan Eco-shop
Rajah 4 menunjukkan beberapa barang yang terjual dalam Eco-shop

Anda mungkin juga menyukai