Anda di halaman 1dari 3

3.

0 Rancangan perniagaan

3.1 Sasaran pasaran

Sasaran pasaran bagi Nzcrunchies_chocojar secara umumya luas meliputi penduduk


di semua negeri di Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran pos
laju bagi pelanggan yang tinggal di tempat jauh. Manakala penghantaran bersemuka
boleh dilaksanakan di daerah Pasir Mas Kelantan dan daerah Manjung di Perak.
Secara khususnya, Sasaran pelanggan yang berpotensi terdiri daripada kalangan
keluarga dan kenalan peniaga. Kumpulan sasaran yang lain dapat dikenalpasti dalam
kalangan pelajar dan pekerja.

3.2 Persaingan

Perniagaan nzcrunchies_chocojar ini berkonsepkan kudapan viral. Perniagaan ini


memiliki persaingan yang tinggi kerana terdapat banyak produk yang berkonsep
sama seperti nzcrunchies dan choco jar telah lama mengambil tempat di pasaran.
Oleh itu, sedikit sukar bagi mendapatkan jualan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Antara salah satu produk saingan bagi Nzcrunchies_chocojar ialah:

Persaingan Variasi perisa Kelebihan Kelemahan


Chococrispy -Coklat, - pelbagai perisa -tiada harga
-Coklat putih, - Lebih terkenal promosi
-Strawberry - Murah
-Butterscotch

Popchiz -Buritto tomato - Harga yang lebih - Kurang variasi


-Original Cheese murah perisa berbanding
-Salted Cheese nz crunchies
-Spicy Curry

3.2 Saiz Pasaran

Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan sasaran


pasaran dan persaingan, Nzcrunchies_chocojar membuat anggaran purata sebanyak
35 orang pelanggan akan diterima setiap bulan. Untuk permulaan, kami hanya
menawarkan 20 balang nzcrunchies dan 24 balang choco jar setiap bulan.
Penambahan stok akan berlaku dari semasa ke semasa mengikut jumlah permintaan.

3.3 Strategi Pemasaran

Elemen produk, pengedaran, harga dan promosi adalah merupakan unsur


pemasaran yang digabungkan dan dibentuk menjadi strategi pemasaran. Empat
elemen ini dikenali juga sebagai campuran pemasaran, antaranya:

3.4.1 Produk

Produk nzcrunchies_chocojar yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah


berkualiti dan setara dengan harganya. Makanan ini diperbuat dari bahan-bahan
premium. Pemilihan produk ini juga mengikuti trend semasa dengan permintaan yang
agak tinggi. Sesuai dengan cita-rasa penggemar makanan dengan rasanya ranggup
dan enak, snek jenama Nz Crunchies dan koko jar shake ini juga sesuai dimakan
pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada.

Nama produk Variasi perisa


Milky matcha
Nz crunchies
Seaweed teriyaki
Roti bakar
Korean bbq
Chocolate supreme
Salted egg
Chicken floss
Cheese primo
Koko jar shake
Coklat original

Musang king
3.4.2 Strategi Harga

Harga Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau
harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing
lain. Penetapan harga bagi agent ialah:

produk Variasi perisa Harga (RM)


Nz crunchies Semua variasi perisa 10.00
Choco jar Crispy Coklat original 15.00
Musang king 18.00

3.4.3 Pengedaran

Pemasaran produk kecilan ini hanya dilakukan di rumah sahaja iaitu secara dalam
talian. Aplikasi instagram dan whatsapp digunakan sepenuhnya dalam memasarkan
produk jualan kepada orang ramai. Bagi mengedarkan produk kepada pelanggan
kami akan menyediakan perkhidmatan penghantaran berbayar mengikut jarak tempat.
dan menggunakan perkhidmatan poslaju untuk pelanggan yang jauh.

3.4.4 Promosi

Antara strategi promosi yang dilakukan bagi dalam memperkenalkan produk ini
kepada orang ramai adalah nzcrunchies_chocojar mengekalkan hubungan yang
baik dengan pelanggan supaya menarik minat mereka untuk menjadi pelanggan
tetap. Disamping itu, Membuat iklan atau mempromosi produk secara konsisten
merupakan perkara yang penting dalam mencari pelanggan. Tidak lupa juga untuk
membuat template iklan yang menarik dan membuat promosi harga jualan murah
mengikut peristiwa semasa. Hal ini secara tidak langsung akan dapat menarik lebih
ramai pelanggan dari berbagai negeri.

Platform Laman sesawang


Instagram https://instagram.com/nzcrunchieschocojar?igshid
=hnpn9u5uos5
Whatsapp https://wa.me/60185737043

Anda mungkin juga menyukai