Anda di halaman 1dari 8

LOGO Syarikat

RAMLY FOOD PROCESSING


SDN BHD

Dato Haji Ramly Bin Mokni

Biodata

Nama : Tuan Haji Ramli B Mokni


Tempat Lahir : Sekinchan, Selangor
Status : Berkahwin (Puan Hajjah Shala Siah Bt Abdul Manap)
Syarikat : Ramly Food Processing Sdn. Bhd.

Latar Belakang Perniagaan


Dulunya beliau hanya bermula sebagai pemotong daging di
sebuah pasaraya di ibu kota pada awal 70-an, di mana ketika itu
kebanyakan makanan sejuk beku tidak dapat dipastikan status halal
haramnya. Mengambil peluang yang ada di depan mata, beliau lantas
mendapat idea untuk menghasilkan makanan sejuk beku yang halal
untuk memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia. Beliau yang
seorang bijak merebut peluang dan berpandangan jauh tidak pernah
berputus asa walaupun ideanya itu pernah diperlekehkan sesetengah
pihak dan juga pihak bank yang tidak yakin dengan kekuatan produk
beliau. Namun, sokongan keluarga terutama isterinya yang sentiasa
memberikan dorongan kepadanya menjadi pembakar semangat baginya
untuk terus berjaya. Berbekalkan dengan simpanan sendiri dan juga
bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia
Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan
perniagaannya.

Sejarah
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang
terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan
daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget,
frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni
dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan
hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan
bermutu.
Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan
di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman
Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan
peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke
pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di
pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

Kualiti
Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly,
bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah
memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah
hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini
berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk.
Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Pengedaran
Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat
bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong
berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad.
Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala
Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat
jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan
penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan
kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan
produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot
(Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai
Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam.
Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit
boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.

Pencapaian Burger Ramly

Rumusan
Kebanyakan daripada mereka bermula daripada peringkat
bawah dahulu sebelum berjaya sehingga hari ini. Untuk berjaya,
usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini.
Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul
daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan
maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk
meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi
perniagaan yang diterajui.

Anda mungkin juga menyukai