Anda di halaman 1dari 3

6.

0 RANCANGAN PEMASARAN Penyelidikan pemasaran adalah satu proses di mana pemerhatian dan tinjauan dilakukan untuk mengumpul data dan maklumat berkaitan pasaran sasaran. Penyelidikan pemasaran ini mengandungi banyak faktor-faktor penting yang diperlukan untuk memastikan, menilai, dan mentafsir jenis pasaran, saiz pasaran dan persaingan. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan statistik perniagaan Omei Aiskrim Goreng untuk memasuki pasaran. Hal ini akan menentukan ramalan jualan untuk memastikan keperluan perniagaan dapat memenuhi keperluan pelanggan menambahkan keuntungan perniagaan. Penyelidikan pemasaran penting kerana : i. ii. iii. iv. Permintaan dalam pasaran berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan. Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pesaing-pesaing. Untuk menganalisis sasaran pasaran dan mendapatkan maklum balas. Memastikan ramalan jualan bagi mengetahui hasil jualan dan keuntungan syarikat secara kasar. yang akan

Hasil penyelidikan ini akan dijadikan rujukan dan bimbingan kepada Syarikat Omei Aiskrim Goreng untuk merangka strategi dan melaksanakan dalam perniagaan. Penyelidikan ini juga sangat penting untuk memastikan syarikat ini dapat memasuki pasaran. Oleh yang demikian, perniagaan ini mestilah dilakukan dengan teliti untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

6.1 Barangan atau perkhidmatan Syarikat Omei Aiskrim Goreng merupakan sebuah syarikat aiskrim yang

mengeluarkan pelbagai perisa aiskrim yang menarik perhatina pelangan. Aiskrim Goreng ini adalah aiskrim yang di inspirasikan daripada pelbagai jenis makanan ringan yang terdapat di dalam dan luar negara seperti Doreaki, Durian Creap dan sebagainya yang mana telah menunjukkankan kelainan dan dapat menarik perhatian para pelanggan untuk membelinya. Walaupun Aiskrim Goreng ini baru di Malaysia dan ade segelintir masyarakat belum mengetahui tentang Aiskrim Goreng ini, namun kami yakin dengan adanya strategi yang akan dilakukan oleh pihak syarikat, masyarakat akan mengetahui keunikan dan kelazatan Aiskrim

Goreng keluaran Syarikat Omei Aiskrim Goreng. Seterusnya, diharap agar masyarakat akan memberi respon positif terhadap produk keluaran syarikat kami seperti mana aiskrim goreng keluaran syarikat terkemuka yang lain. Kami cuba untuk memberikan perkhidmatan keluaran yang terbaik kepada pelanggan disamping jaminan dari segi kualiti dan inovatif di mana aiskrim goreng kami yang pelbagai perisa dan dijamin halal. Kami yakin aiskrim goreng kami dapat menyaingi keluaran syarikat lain. 6.2 Sasaran pasaran Syarikat Omei Aiskrim Goreng beralamat di No. 9 Jalan Bernam 7/1, Taman Bernam Baru, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Lokasi ini dipilih kerana lokasinya begitu strategik kerana terletak di kawasan tumpuan migrasi. Sesungguhnya, syarikat yang terletak di kawasan sebegini menjadi tumpuan ramai pelanggan kerana mudah dikunjungi oleh ramai orang. 6.3 Sasaran pelanggan Pelanggan-pelanggan yang menjadi sasaran kami terdiri daripada semua peringkat umur. Aiskrim goreng yang syarikat kami pasarkan ini sesuai kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana aiskrim goreng yang kami pasarkan adalah pelbagai jenis perisa supaya dapat memenuhi citarasa pengguna. Apabila sasaran pelanggan ini bersifat terbuka kepada semua orang, maka tidak akan wujud masalah untuk mencari pelanggan sebenar yang akan bergerak balas dengan pasaran. Kami akan melakukan pengkhususan dalam memilih sasaran pelanggan kerana aiskrim goreng keluaran Syarikat Omei Askrim Goreng ini mempunyai keunikan yang tersendiri dan ia dapat memberi kepuasan kepada setiap pelanggan kami. Pada permulaan perniagaan kami berfokuskan kepada : 6.3.1 Pelajar Disebabkan kawasan Tanjung Malim merupakan kawasan migrasi penduduk terutama pelajar iaitu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris penjualan aiskrim goreng ini dilihat boleh mencapai kejayaan dan keuntungan yang besar. Pelajar memang gemar untuk membeli aiskrim goreng ini kerana ia merupakan makanan segera yang mudah untuk dibeli sebelum mereka menghadiri kuliah kerana mereka tidak memiliki kesuntukan masa untuk ke kuliah. Oleh itu, untuk menghilangkan dahaga dan juga membasahkan tekak mereka memilih untuk membeli

aiskrim goreng ini. Selain itu, ia juga mengenyangkan. Oleh itu dapat melapit perut terlebih dahulu sebelum ke kelas dengan membeli aiskrim goreng ini sebelum menungu waktu makan tengahari atau petang mereka. Pelajar juga gemar untuk membeli aiskrim ini pada belah malam sewaktu mereka hendak membuat tugasan. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aiskrim goreng ini merupakan makanan segera yang mana amat digemari oleh para pelajar yang sibuk dengan tugasan mereka. Dengan adanya pelbagai perisa yang disediakan oleh syarikat kami, hal ini dapat menarik pelanggan iaitu pelajar dalam melariskan produk aiskrim goreng keluaran syarikat kami.

6.3.2 Individu / keluarga / masyarakat Aiskrim Goreng yang dipasarkan oleh Syarikat Omei Aiskrim Goreng ini juga adalah sesuai untuk semua golongan dan semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur atau jantina. Contohnya, syarikat kami mengeluarkan aiskrim goreng perisa coklat yang paling diminati oleh golongan kanak-kanak. Malah ia juga diminati oleh remaja yang mana bergitu gemar kepada coklat. Selain itu, terdapat juga perisa vanilla yang mana sesuai menjadi pilihan bagi mereka yang tidak gemar akan coklat. Oleh itu, dengan kepelbagaian perisa yang syarikat kami sediakan ini ia dapat memberi pelbagai pilihan kepada pelanggan untuk membuat pilihan mengikut selera mereka.

Anda mungkin juga menyukai