Anda di halaman 1dari 6

Perjuangan Kemerdekaan di Asia Selatan

Pengenalan
Selepas pemberontakan sepoi, kemunculan satu kelas pertengahan yang terdiri daripada golongan
profesional berpendidikan Barat seperti peguam, guru, pegawai kerajaan dan wartawan.
Pemimpin-pemimpin baru yang cukup arif tentang tamadun Barat ini menentang ketidakadilan dan
diskriminasi dari segi perundangan dan pentadbiran.

Pergerakan nasionalis telah muncul sebelum Perang Dunia Pertama
1. Kongres Kebangsaan India (KKI) telah wujud pada tahun 1885
Diusahakan oleh Allan O. Hume (seorang bekas pegawai kerajaan di India) dan dianggotai oleh guru-
guru, peguam dan wartawan.
Pada awalnya perjuangan KKI bersifat sederhana.
Pemimpin-pemimpin KKI seperti W.C. Bonnerjee, Dahabhai Naoroji dan Badruddin Tyabji kerjasama
dengan Inggeris.
Terdapat juga tokoh-tokoh seperti Bal Gangadhar Tilak seorang penulis yang lantang bersuara dan
mahukan perubahan-perubahan segera dengan cara revolusi.
Tilak dan pengikut-pengikutnya telah menguasai KKI selepas tahun 1906.
2. Golongan Islam mencurigai perjuangan KKI
Orang Islam tidak menggunakan peluang-peluang pendidikan Barat kerana menganggapnya
bertentangan dengan ajaran Islam.
Menganggap pendidikan Barat bercorak keduniaan dan berkaitan dengan budaya Kristian.
Tidak ramai yang berpendidikan Barat dan mengisi kekosongan dalam jawatan-jawatan kerajaan dan
profesion moden.
Sayyid Ahmad Khan menyatakan bahawa seseorang umat Islam yang beriman boleh menimba ilmu
Barat tanpa mengorbankan agama Islam.
Beliau menubuhkan Maktab Aligarh dan memberi kesedaran mengenai sejarah dan keperibadian kaum
Muslim India yang dipisahkan dari kaum Hindu.
Faktor-faktor ini telah menjadi punca KKI tidak diterima oleh orang Islam.
Untuk memperjuangkan kepentingan minoriti orang Islam di India, Liga Muslim telah ditubuhkan pada
tahun 1906 yang kemudiannya dipimpin oleh Mohammad Ali Jinnah.
3. Pembahagian Bengal ditentang
Bengal telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bengal Barat dan Bengal Timur atas alasan ia
akan memudahkan pentadbiran kerana terlalu luas dan padat penduduknya.
Ianya ditentang hebat oleh golongan Hindu di bawah pimpinan nasionalis.
4. Pembaharuan Morley-Minto untuk menenangkan nasionalis
Pembaharuan yang diperkenalkan pada tahun 1909 ini menawarkan beberapa jawatan tinggi bagi
orang India yang layak.
Elektrot berasingan bagi kaum minoriti mengundi perwakilannya juga diperkenalkan.
Pada tahun 1911, Bengal disatukan kembali.
Ibu negeri dipindahkan dari Calcutta ke Delhi.
5. Kemunculan Gandhi
Beliau muncul sebagai jaguh yang memperjuangkan hak sementara bagi orang-orang India setelah
kembali dari Afrika Selatan pada tahun 1914.
Mula menyertai gerakan nasionalis.

Perang Dunia Pertama membawa perubahan penting dalam nasionalisme India
1. Terjejasnya imej British
India turut menyertai Perang Dunia Pertama kerana ia merupakan sebahagian empayar British.
Maruah dan imej British mula merosot, Inggeris tidak lagi dipandang tinggi.
Selepas perang, pemimpin-pemimpin India tidak lagi menuntut penyertaan lebih dalam kerajaan.
Di bawah kepimpinan Gandhi, mereka menuntut Kerajaan India diserah sepenuhnya kepada orang
India.
2. British tidak dapat sokongan daripada minoriti Muslim selepas perang
Serangan British ke atas Turki dan Kekhalifahan Turki yang dianggap pemimpin masyarakat Islam di
dunia menimbulkan kemarahan orang Islam.
Sokongan Gandhi kepada Pergerakan Khalifat dan persetujuan KKI di bawah Tilak bagi elektrot
berasingan kepada minoriti Muslim mewujudkan perpaduan Hindu-Muslim.
3. Kesetiaan orang India terhadap British tergugat
Pada 20 Ogos 1917, Edwin Montagu iaitu setiausaha kerajaan di India telah mengumumkan
peruntukan tambahan dalam setiap bahagian pentadbiran bagi orang India dan perkembangan
berperingkat-peringkat ke arah berkerajaan sendiri.
Tetapi, tindakan-tindakan militan nasionalis India menyebabkan penguatkuasaan Akta Rowlatt pada
tahun 1918 dan 1919 yang memberi kuasa kepada British untuk buat penangkapan atas tuduhan jenayah
politik.
4. Hubungan British-India bertambah tegang
Akta Rowlatt membangkitkan lagi golongan nasionalis yang sudah tidak sabar lagi.
Mahatma Gandhi mulakan hartal, mogok sehari di mana semua aktiviti dihentikan.
Dalam sejarah India, walaupun hartal merupakan cara bantahan tanpa keganasan, hartal tersebut
bertukar menjadi ganas dan tindakan tentera British. Permusuhan antara British dan orang India telah
wujud.
Askar-askar British telah membunuh 400 orang India dan mencederakan 1200 lagi di sebuah medan
mendengar ceramah politik di Amritsar (Punjab).
Peristiwa Amritsar ini telah mengikiskan sedikit sebanyak kepercayaan orang India terhadap keadilan
Inggeris.
5. Pembaharuan Montagu-Chelmford (1919) dan peluang bersuara dalam kerajaan
Tiga orang India telahg dilantik untuk Lembaga Penasihat Wizurai yang terdiri daripada tujuh orang
ahli.
Dua dewan perundangan akan ditubuhkan dan lebih ramai orang India akan dipilih oleh orang India
dan akan dilantik oleh kerajaan.
Orang India akan diberi jawatan-jawatan yang berpengaruh.
Ia juga mencadangkan perubahan di peringkat wilayah tetapi kuasa muktamad dipegang oleh gabenor
wilayah.
Pembaharuan ini telah dikuatkuasakan tetapi tidak disenangi oleh orang India.
Ini merupakan satu tanda perubahan sikap di kalangan orang-orang India sejak Perang Dunia
Pertama.
Nasionalis India menganggap mereka adalah sama taraf dengan orang British.
Mereka yakin pada kerajaan sendiri (Swaraj) dan bukan lagi konsesi-konsesi dalam kerajaan.
6. Tindakan Gandhi dan kemunculan Nehru
Gandhi melancarkan kempen untuk mendapatkan Swaraj yang bebas daripada kongkongan asing
bukan dengan kekerasan tetapi percaya kepada doktrin ahimsa.
Pada tahun 1920, Gandhi melancarkan gerakan tidak kerjasama dalam agensi-agensi kerajaan dan
perkhidmatan.
Orang-orang India melepaskan jawatan-jawatan kerajaan, memulaukan dewan-dewan perundangan
dan pilihanraya 1920. Pelajar-pelajar sekolah menengah memulaukan kelas-kelas.
Pemberontakan dan huru-hara tercetus di beberapa kawasan India.
Gandhi ditahan dan dipenjarakan kerana dituduh bertanggungjawab.
Selepas keluar dari penjara dua tahun kemudian, walaupun undur ke ashramnya, orang-orang
tempatan dan luar negara mula mengunjungi beliau.
Gandhi telah mengjasilkan karya-karya dan menyebarkan idea-ideanya di kalangan pengikut-
pengikutnya. Gandhi muncul sebagai pemimpin gerakan nasionalis India.
Pada tahun 1924, Gandhi telah melancarkan boikot terhadap barangan British dan menyeru orang
India jangan gunakan kain buatan England dan minta gunakan kain buatan tempatan (swadeshi).

Perubahan matlamat dari kerajaan sendiri (Swaraj) kepada kemerdekaan
1. Kepimpinan Jawahartal Nehru
Penghujung 1920-an, kepimpinan gerakan nasionalisme diambil alih oleh Nehru.
Kepimpinan Nehru bukan sahaja mahukan swaraj tetapi juga pemutusan semua hubungan dengan
British. Walaupun Gandhi mempunyai perbezaan pendapat dengan Nehru pada awalnya tetapi memberi
sokongan kepada Nehru akhirnya.
2. Perlantikan Suruhanjaya Simon menimbulkan kemarahan KKI
Parlimen mengambil keputusan untuk mengkaji pembaharuan Montagu-Chelmsford.
Suruhanjaya yang diketuai oleh Sir John Simon ini ditentang.
Pada 1927, Nehru dan golongan radikal muda yang lain dalam KKI mula menuntut kemerdekaan dan
telah mengaturkan satu persidangan meja bundar untuk membincangkan butir-butir terperinci.
Kerajaan British bersetuju mengadakan persidangan tersebut. Namun demikian, ketetapan-ketetapan
Kongres tidak dihiraukan oleh kerajaan.
Untuk menunjukkan ketidakpuasan, Gandhi telah menganjurkan Gerakan Melanggar Undang-undang
Awam pada tahun 1930.
Sasaran pertama Gandhi ialah monopoli British ke atas pengeluaran garam.
Gandhi telah memulakan perarakan berjalan kaki sepanjang 60 batu untuk melanggar undang-undang
yang mewajibkan rakyat India membayar cukai bagi semua jenis garam.
Gerakan Gandhi ini mendapat sambutan yang hangat. Rakyat India mula menentang dasar-dasar
British.
Perbarisan bantahan, hartal dan huru-hara tercetus di seluruh India.
Gandhi dan 100000 orang India ditahan dan dipenjarakan. Ini jelas menunjukkan kepada British
bahawa masalah orang-orang India telah tidak boleh dibendung lagi.
3. Persidangan Meja Mundar tidak dapat menenangkan keadaan
Persidangan Meja Bundar telah diadakan antara than 1930 dan 1932.
KKI memboikot Persidangan Meja Bundar pertama kerana mendakwa British telah menjemput
berbagai kumpulan untuk mengelirukan isu.
Gandhi menghadiri persidangan kedua sebagai wakil tunggal Kongres tetapi tidak membawa kepada
apa-apa perjanjian.
Orang Islam tidak mahu berganjak daripada tuntutan mereka dalam hal perwakilan perkauman. Mereka
mendakwa kepentingan mereka akan terjamin hanya dengan jaminan bilangan kerusi dalam kerajaan.
4. Hubungan Hindu-Muslim telah menjadi tegang pada tahun 1930-an
Pemimpin-pemimpin Kongres tidak berusaha untuk menghindarkan kecurigaan golongan Islam
terhadap Kongres.
Sejak awal 1930-an, nasionalis Islam menunjukkan cadangan demi cadangan untuk memastikan hak-
hak orang Islam tidak diganggu-gugat oleh British atau orang Hindu.
Pengaruh karya-karya Sir Mohammad Iqbal merebak luas dan orang-orang Islam mula mengecam dan
mengutuk imperialisme Barat secara terbuka.
Iqbal menyeru umat Islam mengasaskan sebuah negara Islam di Barat Laut India.
5. Akta Kerajaan India 1935 menjadi asas kepada perubahan politik
Di bawah Akta Kerajaan India, 11 buah provinsi akan memilih kerajaan sendiri.
British cuma akan campur tangan bila wujud sesuatu keadaan yang mencemaskan.
2 majlis perundangan akan diwujudkan di peringkat pusat di bawah pengawasan Wizurai British.
Kaum Muslim dan kumpulan minoriti yang lain akan diberi kerusi-kerusi khas dalam dewan
perundangan.
Negeri-negeri beraja diberi pilihan untuk menyertai persekutuan ataupun tidak.
KKI menggugat ia akan mendominasi sistem politik baru ini.
Pemimpin-pemimpin KKI tidak puas hati dengan sistem politik bahawa oleh Kerajaan British kerana ia
gagal memberi kemerdekaan sepenuhnya dan tidak menjamin monopoli Kongres ke atas kerajaan.
Kaum Muslim juga tidak puas hati kerana elektrot berasingan membolehkan mereka menguasai
beberapa wilayah sahaja secara berkesan.
Negeri-negeri beraja tidak berminat menyertai persekutuan.
Namun demikian, mengikut Akta India 1935, pilihanraya diadakan pada Februari 1937.
Kongres memperolehi kemenangan besar manakala Liga Muslim kalah teruk.
Kongres berjaya memperolehi majoriti di enam daripada sebelas negeri.
Dominasi Hindu ini menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Islam.
Kongres membentuk kerajaan di 8 buah negeri.
Liga Muslim berharap Kongres akan mengajaknya untuk membentuk kerajaan campuran di satu atau
dua buah negeri.
Keengganan Kongres mengeruhkan lagi hubungan Kongres-Liga Muslim.
Jinnah mula memburuk-burukkan Kongres. Pelbagai tuduhan dilemparkan untuk meyakinkan orang
Islam bahawa Kongres bermuslihat mewujudkan Ramraj (Kerajaan Hindu) di India dan orang Islam tidak
dapat hidup dengan bermaruah.
Dengan cara ini Liga Muslim dapat menarik sokongan orang Islam sebelum tahun 1939.

Perang Dunia Kedua menukarkan situasi politk di India
1. Kongres tidak mahu kerjasama dengan British semasa perang
Semua parti politik kecuali Kongres setuju untuk membantu Inggeris dalam perang.
Kongres tidak setuju India ditarik bersama dalam Perang Dunia Kedua kerana British tidak berunding
dengannya terlebih dahulu.
Kongres juga menggunakan kesempatan ini untuk memperhebatkan tuntutan-tuntutan.
Nehru dan pemimpin-pemimpin Kongres yang lain enggan bekerjasama kecuali semua tuntutan
mereka terhadap kemerdekaan India ditunaikan dengan segera.
Kongres mengarahkan ahli-ahlinya letak jawatan sebagai menteri-menteri kerajaan negeri.
2. Liga Muslim menggunakan peluang keemasan
Liga Muslim menyokong usaha peperangan British.
Pada Mac 1940, Jinnah membentangkan Resolusi Pakistan dalam perhimpunan di Lahor.
Liga Muslim berharap kerenggangan hubungan antara British dan Kongres akan menguntungkannya.
3. British cuba untuk memenangi sokongan Kongres
British risau tentang kemaraan Hitler di Eropah.
British gagal dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan Kongres.
Gandhi melancarkan satu lagi gerakan tidak kerjasama.
Ramai nasionalis termasuk Gandhi dan Nehru dipenjarakan tetapi mereka tidak berganjak daripada
tuntutan kemerdekaan India.
4. Penyerangan Jepun membimbangkan British
Jepun mula menyerang dan menguasai Asia Tenggara termasuk tanah jajahan British iaitu Tanah
Melayu dan Singapura serta menawan Myanmar dan cuba memasuki India.
British memerlukan kerjasama penuh India. British telah berusaha untuk mendamaikan semua pihak di
benua kecil India.
5. Rombongan Cripps sebagai usaha terakhir semasa perang
Sir Stanfford Cripps dihantar ke India pada Mac 1942 untuk menyelesaikan masalah dengan pemimpin
politik India.
Rombongan Cripps memberi jaminan taraf dominan selepas perang tetapi usaha Cripps gagal kerana
pengaruh Gandhi.
Gandhi menentang program Cripps kerana ia tidak manjamin penguasaan serta-merta orang India ke
atas hal ehwal sendiri.
Gandhi mahu Majlis Menteri-menteri menjadi badan yang meluluskan dasar dan bukan satu lembaga
penasihat yang boleh diabaikan oleh Wizurai.
6. Gandhi melancarkan kempen Keluar dari India
Gandhi menggugat pegawai-pegawai British bahawa beliau akan mengarahkan satu lagi kempen tidak
kerjasama kalau British tidak mahu berundur dengan segera.
Gandhi dapat sokongan padu daripada Nehru dan pemimpin-pemimpin Kongres lain.
British marah dan sebelum Gerakan Keluar dari India mula tersebar seluruh India, Gandhi, Nehru dan
6000 pengikutnya ditahan.
Gandhi dan kebanyakan nasionalis lain dibebaskan kemudian. Tetapi Nehru dan beribu pengikut lain
dipenjarakan sehingga perang tamat.
Sementara Kongres sedang giat dengan Gerakan Keluar dari India, orang Islam di bawah Liga Muslim
pula menyeru British Bahagi dan Keluar dari India.
7. British bertindak segera untuk memberi kemerdekaan kepada India
Parti Buruh yang telah menang dalam pilihanraya British pada tahun 1945 sanggup memberi
kemerdekaan kepada negara-negara jajahan British termasuk India.
Sama seperti Parti Konservatif sebelum itu, Parti Buruh juga tidak dapat mencari satu formula untuk
pemindahan kuasa di India dengan persetujuan semua pihak.
Ia mengambil empat bulan untuk menyelesaikan perbezaan antara Kongres dan Liga Muslim. Setiap
pihak cuba mendapatkan peluang-peluang maksima.
Pelbagai rancangan yang dikemukakan oleh British tidak dipersetujui oleh Hindu dan Muslim.
Sementara itu, golongan nasionalis pula mula mencetuskan huru-hara, pemberontakan dan
demonstrasi setiap hari di benua kecil India.
British telah mengambil keputusan untuk tidak mahu tunggu lagi.
Pada Februari 1947, British mengumumkan pengunduran dari India.
8. Peranan Lord Mountbatten dan kemerdekaan India dan Pakistan
Pada Mac 1947, Lord Mountbetten menggantikan Lord Wavell.
Beliau mengumumkan beberapa prosedur untuk memindahkan kuasa. Beliau memberi dua pilihan
kepada rakyat India.
Sama ada Hindu dan Muslim bersatu dalam satu negara atau mewujudkan dua unit politik berasingan.
Nasionalis dalam Kongres kecewa dengan pembahagian tetapi akhirnya terpaksa menerima cadangan
tersebut.
Pada Julai 1947, Parlimen British meluluskan Akta Kemerdekaan India yang menetapkan kemerdekaan
kepada India dan Pakistan pada 15 Ogos 1947.
9. Kemerdekaan Sri Lanka
Pada tahun 1944, sebelum Parti Buruh menguasai Kerajaan England, satu suruhanjaya telah
ditubuhkan oleh Kerajaan British untuk melawat Sri Lanka dan mencadangkan langkah-langkah
perubahan perlembagaan.
Pada Mei 1946, satu draf perlembagaan telah dikemukakan kepada Kerajaan British.
Pada penghujung 1947, Parlimen British telah meluluskan Akta Kemerdekaan Sri Lanka.
Pada 4 Februari 1948, autonomi Sri Lanka menjadi realiti.

Anda mungkin juga menyukai