Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Februari 1883, Undang-undang Ilbert Bill telah dibentangkan oleh Lord Ripon dalam Majlis

Undangan Pusat yang tujuannya boleh dianggap sebagai menghapuskan diskriminasi kaum

dalam kalangan orang British yang memandang rendah terhadap orang India sekali gus

menghapuskan ketidakupayaan hakim-hakim orang India dalam bidang kehakiman.

Pengenalan rang undang-undang ini membenarkan para hakim yang berbangsa India

mengadili dan mendengar perbicaraan kes yang melibatkan orang-orang British yang

melakukan kesalahan jenayah di daerah-daerah di India. Namun, banyak reaksi diterima

daripada pelbagai pihak. Orang British menentang hebat terhadap penggubalan undang-

undang ini terutama orang British di kawasan Benggali kerana melibatkan sikap prejudis dan

sikap perkauman yang menebal dalam diri mereka sehingga mengambil keputusan

menubuhkan Anglo-India Defence Association yang berperanan untuk meminda rang

undang-undang Ilbert Bill. Pindaan ini telah berjaya dilakukan dengan membawa kepada

keputusan perbicaraan yang melibatkan orang British akan melibat sebilangan juri orang

British sendiri walaupun orang India menjadi hakim ketika perbicaraan kes tersebut. Orang

India sendiri tidak berpuas hati dengan terhadap pindaan yang telah dilakukan terhadap

Undang-undang Ilbert Bill1 tersebut.

Seterusnya, perkara ini membawa kepada desakan kepada kewujudan satu gerakan

kebangsaan yang diharapkan dapat membela nasib masyarakat India. Oleh itu, pada

Disember 1885, Allan Octavian Hume berjaya menyatupadukan golongan berpendidikan

dalam kalangan masyarakat India sendiri dengan terbentuk Kongres Kebangsaan India (KKI).

Penubuhan KKI juga didorong oleh hasrat untuk memupuk hubungan silaturahim golongan

1
Edwin Hirschmann. (1980). White Mutiny : The Ilbert Bill Crisis in India and Genesis of The Indian National
Congress. Heritage Publishers. Hlmn 28. The Ilbert Bill was not due to a brainstorm by Ilbert, Ripon or Gupta, as
was later alleged, simply was the product of circumstances.
berpendidikan yang berada di merata tempat di India dalam usaha menjaga kepentingan

negara.Persidangan pertama telah memilih W.S Bannerjee sebagai Presiden KKI pertama.

2.0 KONGRES KEBANGSAAN INDIA (KKI)

Sepanjang awal dua puluh tahun penubuhan KKI, Kongres ini digelar sebagai golongan

moderat kerana hanya melakukan tuntutan secara sederhana tidak secara ekstrem. Tuntutan

dibuat dalam bentuk petisyen dan sentiasa dalam kawalan undang-undang. KKI juga

menggesa British untuk menarik balik dasar-dasar diskriminasi yang dikenakan kepada

penduduk India. Di samping tuntutan yang bersifat sederhana, perjuangan KKI juga

sederhana pada awalnya dengan mengakui kesetiaan kepada British& faedah-faedah

pemerintahan British, tumpuan kepada pembaharuan berbanding memperjuangkan

kemerdekaan India dan mengkritik dasar British yang tidak menggunakan kekerasan. Selain

itu, KKI dalam masa yang sama, menuntut pembaharuan-pembaharuan yang melibatkan

pemisahan antara fungsi badan eksekutif dan badan kehakiman2, Indianisasi dalam

perkhidmatan awam dan pengurangan duti import barang.

Menurut surat Hume pada tahun 1885 menyatakan bahawa, membolehkan semua

pekerja yang paling giat dalam hal kemajuan kebangsaan untuk berkenalan ecara peribadi

serta membahaskan dan memutuskan kegiatan-kegiatan politik yang harus dijalankan pada

tahun akan datang3 menjelaskan penubuhan KKI ini mengumpulkan semua golongan yang

berpendidikan untuk berbincang dan mengutarakan pendapat dan pandangan untuk

membentuk dasar atau tuntutan yang boleh dilakukan dan menjadi matlamat kepada

penubuhan KKI ini.

2
Daniel Argov. (1967). Moderates and Extremist in The Indian Natioanalist Movement 1883-1920. Asia
Publishing House. Hlmn 31.
3
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail (peny). (1985). Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Fajar
Bakti. Hlmn 159.
2.1 Sifat atau Ciri-ciri Kongres Kebangsaan India

Jawatan tinggi yang terdapat di dalam kongres dipegang oleh golongan atasan dan yang

berpendidikan Barat. Mereka telah berkumpul secara beramai-ramai di bandar-bandar seperti

Calcutta, Bombay, Madras, Poona, Allahadab dan Lahore. Sebelum tertubuhnya KKI telah

wujud beberapa persatuan di India, seperti Persatuan Rakyat Poona, Persatuan India yang

berpusat di Calcutta, Persatuan Rakyat Madras, Persatuan Wilayah Bombay, Persatuan

Rakyat Allahabad dan Persatuan India yang berpusat di Lahore.Kepimpinan persatuan-

persatuan ini telah dikuasai oleh peguam, pengarah-pengarah akhbar dan guru-guru yang

berijazah.Berlaku beberapa pergolakan berlaku telah menyebabkan Allan Octalian Hume

yang tampil ke hadapan sebagai penasihat kepada ahli-ahli politik India.Hume (bersara dari

perkhidmatan politik India awam India) telah menjalinkan hubungan erat dengan ahli-ahli

politik India yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin persatuan terkemuka di India yang

wujud sebelum penubuhan KKI. Bukti penguasaan KKI oleh golongan yang berpendidikan

apabila Hume sendiri yang menjemput golongan ini dalam sesi pertama KKI pada 1885.4

Pemimpin KKI terdiri 11 daripada 16 orang presiden KKI antara tahun 1885 hingga

1909 adalah dari kalangan peguam.Antaranya W. C. Bonnerjee, Badruddin Tyabji

Pherozeshah Mehta dan Manamohan Ghose.Mereka semua merupakan sahabat baik yang

bersama-sama menyambung pengajian di London dalam bidang perguaman dan ICS. Usaha

Dadabhai Naoroji yang memulakan organisasi politik semua India atau All-Indian Political

Organization5 telah mempengaruhi oleh golongan bakal pelopor KKI ini.Naoroji adalah

seorang pedagang tua Parsi yang tinggal di London dan bertindak sebagai duta tidak rasmi

yang telah mewujudkan nasionalis selama setengah abad.Naoroji bersama dengan Mehta,

4
Jim Masselos. (1972). Nationalism on the Indian Subcontinet : A Introduction History . Thomas Nelson. Hlmn
69.
5
John R.McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn. 52-53.
Tyabji,Bonnerjee dan Ghose telah membentuk London Indian Society6 yang menjadi

pengalaman dan motivasi dalam KKI.Pemimpin lain iaitu Pandit Ajudhia Nath dan Pandit

Madan Mohan Malaviya (Allahabad), Bakshi Jaishi Ram dan Lala Harkishan Lal (Lahore),

R. N. Mudholkar (Amroati) juga merupakan kalangan peguam tetapi berada di lokasi luar

daripada Bombay, Calcutta dan Madras.Manakala pemimpin dari kalangan wartawan,

pendidik (guru) dan ahli perniagaan turut mengambil bahagian dalam membuat polisi atau

dasar akhir KKI.Mereka terdiri daripada D. E. Wacha (Bombay), G. K. Gokhale (Poona),

Ganga Prasad Varma (Lucknow), Surendranath Banerjee dan J. Ghosal (Calcutta), G.

Subramania Iyer (Madras) dan Dadabhai Naoroji (London).

Pendirian dan pegangan KKI secara dasarnya, pemimpin KKI berpegang kepada

pendirian bahawa setiap keputusan atau ketetapan yang diluluskan haruslah meliputi semua

kaum. Badruddin Tyabji menyatakan matlamat KKI adalah dan seharusnya, untuk faedah

semua kaum dan sebarang usul yang tidak disukai oleh orang-orang Muslim pada

keseluruhannya haruslah diketepikan darinya.7 W. C. Bonnerjee menegaskan bahawa

adalah tidak wajar bagi kongres untuk melibatkan diri sebagai satu kongres dengan soal-soal

pembaharuan sosial.Hal ini menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin KKI telah

mengetepikan pembaharuan sosial yang telah dilaksanakan oleh British di India sebelum

itu.Kongres juga berperanan untuk menghapuskan semua prasangka ras, agama atau wilayah

yang mungkin wujud dalam kalangan ahli Kongres sendiri mahupun pada tanggapan orang

Barat itu sendiri. Pembentukan Kongres ini juga diharapankan akan merupakan benih bagi

sebuah Parlimen Pribumi mampu mengikis dakwaan pihak bahawa orang India tidak layak

untuk menganggotai sebarang instusi perwakilan dan mampu membuka mata orang lain.

6
John R.McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn 52-53.
7
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail (peny). (1985). Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Fajar
Bakti. Hlmn. 167.
2.2 Isu-isu yang Diperjuangkan Kongres Kebangsaan India

KKI mempejuangkan isu peperiksaan ICS diadakan serentak di London dan India serta

menaikkan umur maksimum ke 23 tahun. ICS (Indian Civil Service) merupakan peperiksaan

yang dijalankan oleh pemerintah British untuk melayakkan seseorang berkerja dalam

kerajaan dan ICS dikuatkuasakan melalui laporan Macaulay yang bertanggungjawab

menukarkan Convented Civil Service ke ICS.Alasan KKI menuntuttermasuklah di bawah

Akta 1853, orang India dibenarkan untuk mengambil peperiksaan di London dan hal ini

memberikan impak kepada orang India atas faktor iaitu kos pembiayaan yang tinggi,

kesukaran untuk memahami bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar peperiksaan

ICSdan larangan agama Hindu untuk menyeberangi laut, iaitu kali paani (lautan).8Walaupun

terdapat beberapa orang India yang berjaya mengambil peperiksaan di London, namun

perkembangan ini tidak menggalakkan ke arah proses Indianisasi di kalangan orang India

dalam perkhidmatan awam.Pada awalnya, terdapat beberapa persatuan yang memohon untuk

mengadakan peperiksaan ICS serentak di London dan India serentak sebelum itu,

termasuklah Persatuan British India dan Persatuan Bombay. Akibatnya, Enakmen 1870

dikuatkuasa yang memberikan pengecualian kepada orang India yang dilantik tanpa sekatan

berkanun dan memungkinkan mereka tanpa melalui peperiksaan tetapi tertakhluk kepada

peraturan Jeneral Gabenor Majlis.

Walaupun begitu, akta ini telah membawa dua berita buruk iaituupah yang diterima

orang India lebih rendah daripada orang British dan pada tahun 1878, umur maksmimun

menduduki peperiksaan ICS dikurangkan dari 21 ke 19 tahun. KKI telah bertindak mendesak

untuk melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran, orang India dalam perkhidmatan

awam lebih responsif kepada keperluan orang India sendiri, serta menghentikan saliran wang

keluar yang digunakan untuk membayar gaji dan wang pencen pegawai British. Peperiksaan

8
John R. McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn 75.
ICS diadakan di India pada tahun 1922 dan umur maksimum untuk menduduki peperiksaan

dinaikkan kepada 23 tahun dengan sokongan Suruhanjaya Aitchison.

KKI menuntut untuk memberikan jawatan yang tinggi kepada peribumi India yang

mempunyai kelayakan melalui dasar pendidikan barat dan faktor utama yang melahirkan

kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India. Matlamat utama kerajaan British

memperkenalkan pendidikan barat adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang murah dalam

kalangan penduduk tempatan. Diskriminasi juga berlaku dalam kalangan rakyat India yang

diambil dalam perkhidmatan awam yang termsuklah gaji yang lebih rendah daripada pegawai

British yang lain.Kerajaan British juga menghalang penyertaan orang India dalam

perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan untuk perkhidmatan awam di London

berdasarkan sukatan pelajaran Britain. Dasar pentadbiran Lytton9 yang seolah-olah membawa

kembali ke zaman Lord Dalhousie menurunkan duti import, mengehadkan penyertaan awam

kepada 19 , menurunkan paras cukai garam dan Akta Persurakhabaran Akhbar-akhbar

Berbahasa India disebabkab tindakan segelintur akhbar menyelar dasar British.

Oleh hal yang demikian, Kongres Kebangsaan India (KKI) telah bertindak dalam

memperjuangkan isu ini iaitu berikan jawatan-jawatan tinggi kepada pribumi India yang

mempunyai kelayakan.Dalam surat Hume yang dikirimkan kepada pejuang kebangsaan pada

bulan Mac 1885 yang menakrifkan matlamat-matlamat Kongres sebagai membolehkan

semua pekerja yang paling giat dalam hal kemajuan kebangsaan untuk berkenalan secara

peribadi di antara satu sama lain serta membahaskan dan memutuskan kegiatan-kegiatan

politik yang harus dijalankan pada tahun akan datang . Tuntutan terhadap ICS diadakan

serentak di London dan India relevan dengan isu ini kerana rakyat India 10 mampu memegang

9
D.C. Gupta. (1970). Indian National Movement. Vikas Publication. Hlmn. 29.
10
John R.McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn 26.
jawatan dalam pentadbiran dan juga melalui pengenalan beberapa seperti Laporan Macaulay

dan Suruhanjaya Aitchison.

Selain daripada itu, KKI berperanan menjaga kebajikan masyarakat India menerusi

tuntutan pembaharuan untuk masyarakat India. Antara contohnya KKI menginginkan

kerajaan meluaskan peranan masyarakat tempatan dalam pentadbiran sama ada dalam

perundangan, perluasan majlis pusat dan pentadbiran dalam Lembaga Bandaran. Badan

kehakiman juga telah menerima kehadiran hakim mahkamah orang India melalui Undang-

undag Ilbert Bill walaupun diutarakan oleh Lord Ripon dan secara tidak langsung

memotivasikan KKI untuk lebih membangunkan aspek sosial. KKI juga menuntut

pengembangan pendidikan dan tenikal, pertambahan masyarakat tempatan mengisi jawatan

tinggi dan diadakan peperiksaan perkhidmatan di India. Selain itu, KKI juga

memperjuangkan untuk memperluaskan lagi majlis-majlis tempatan dan memperbanyakkan

lagi wakil peribumi11 dalam kerajaan.

Akta Penghijrahan Bengal dibangkitkan olehPemimpin Persatuan India,

S.N.Banerjea. Beliau melakukan bantahan kerana meluahkan ketidakpuasan hati terhadap

akta tersebut yang memberikan kuasa kepada syarikat perladangan teh Eropah di Assam

untuk memberkas para pekerjanya yang ponteng kerja atau melarikan diri kemudian diserah

kepada mahkamah supaya dipenjarakan. Tindakan ini dikatakan kejam dan ketinggalan

zamanserta dilakukan untuk memenuhi desakan para peladang Eropah. Mereka mencari

tenaga kerja di Bengal dengan menawarkan gaji yang amat rendah.Perwakilan Benggal

meminta KKI mendesak British, tetapi KKI enggan kerana menganggap bahawa masalah ini

patut diselesaikan oleh Kongres Wilayah Bengal sendiri dan walaupun Bengal telah

melakukan tekanan sebanyak dua kali. Menunjukkan peranan KKI yang tidak begitu

11
John R.McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn 25.
menonjol untuk memperjuangkan kepentingan rakyat umum dan tidak menitikberatkan aspek

kebajikan rakyat dalam perjuangannya.

Akta Penyewaan Tanah 188512digubal British kerana pertelingkahan antara kelas tuan

tanah dan kelas penyewa tanah yang mengusahakan tanah. Akta ini bertujuan bagi

menetapkan kadar sewa yang berpatutan dan menjamin hak para penyewa tanah untuk duduk

atas tanahnya sendiri.Persatuan India meminta KKI merestui akta ini, tetapi KKI enggan

kerana bimbang Persatuan India British akan berundur dari Kongres. Persatuan ini

sebenarnya mewakili zamindar-zamindar Bengal dan sebenarnya golongan zamindar antara

penyumbang kepada kewangan KKI sendiri. Tindakan KKI ini telah dipersoalkan oleh Bipan

Chandra yang mempertikaikan tanggapan pemimpin Kongres bahawa semua lapisan kelas

akan mengalami keuntungan yang sama dan taraf hidup kelas yang ditindas seperti petani

dan buruh. Beliau juga menyifatkan bahawa pemimpin KKI sebagai tidak tergolong dalam

mana-mana kelas pun tetapi pendapat ini disangkal dan percaya bahawa KKI melihat sistem

kapitalisme dapat mewujudkan sistem ekonomi yang maju dan seimbang tetapi J.R McLane

menyangkap pendapat.Beliau menggariskan bahawa sistem ekonomi kapitalisme dapat

membuka peluang untuk ahli-ahli kelas berlainan mengumpul harta dengan membeli tanah

dan melakukan pelaburan.

Akta Pemindahan Hak milik Tanah (1899) ini hanya membenarkan pemindahan tanah

antara kelas-kelas pertanian, baik tuan tanah atau petani yang bertanah. Di Punjab, puak Arya

yang juga ahli Kongres wilayah itu menentang undang-undang ini dan hantar usul kepada

KKI yang terdiri dari kasta cetti dan saudagar Hindu seperti Khatri dan Arora. Mereka

menganggap undang-undang ini bertujuan untuk menyekat pengaruh di dalam desa dan

mengancam kedudukan ekonomi mereka. Puak Arya hadiri persidangan di Lucknow dan

12
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail (peny). (1985). Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Fajar
Bakti. Hlmn 164.
mengutuk rang undang-undang ini. Menunjukkan Kongres sebagai gelanggang bagi kelas

atasan mempertahankan kepentingan mereka, terutamanya apabila merasa terancam oleh

dasar British.KKI menerima usul ini kerana tiada tuan tanah dan petani yang hadir semasa

persidangan.Namun pada 1900, terdapat bantahan dari para perwakilan Muslim berikutan

adanya pelantikan Muslim dalam Jawatankuasa usul sekali gus menyebabkan KKI mulanya

menyokong kemudian tidak menyokong kerana perwakilan Muslim 13 itu sendiri merupakan

tuan-tuan tanah.Jawatankuasa usul menangguhkan usul ini ke tahun seterusnya.Walaupun

KKI pegang prinsip kemuafakatan, tetapi KKI tidak berlaku adil kepada semua kelas kerana

mengutamakan kelas atasan berbanding kelas bawahan seperti petani dan buruh dan merek

sendiri merupakan golongan kelas atasan.

Tahun 1889, British memperkenalkan Undang-undangAge of Consent Bill. Akta ini

bertujuan untuk meminda Bahagian Kanun Keseksaan India dan Kanun Tatacara Jenayah

dan melindungi gadis bawah umur dipaksa berkahwin. Di samping itu, akta ini juga

menetapkan had umur yang munasabah di mana seorang wanita dianggap sebagai tidak

berupaya untuk memberikan persetujuan untuk hidup bersama di samping menjadikan

hubungan seks dengan gadis umur kurang daripada 12 tahun sebagai jenayah. Selain itu,

tujuan akta ini juga ialah untuk mencegah penderaan seksual wanita yang sudah berkahwin

dan belum berkahwin di bawah umur yang sah. Persidangan Kongres di Calcutta Disember

1890, wujud kerjasama Kongres & Persidangan Sosial Kebangsaan dan menyebabkan

pertelingkahan pada 1890-an. Akhirnya, usul menyokong akta ini telah ditolak. Namun

begitu masih terdapat usaha daripada ahli undang undang yang assert the right and duty of

the Government to carry out the measures which it considers necessary to check abuses and

promote the well-being of the people at large.14

13
John R.McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn 28.
14
J.P. Misra. (1975). The Administration of India Under Lord Landsowne. Sterling Printers. Hlmn 172.
Perancangan British untuk memisahkan Bengal melibatkan dua wilayah iaitu Bengal

dan Assam adalah berlandaskan agama dan juga pentadbiran15 yang dikaitkan dengan

dakwaan tentang dasar pecah dan perintah Britis. KKI menentang pemisahan ini dan

mengemukakan usul penentangan pada 1903 dan 1904. Namun usul tersebut telah ditolak,

tetapi antara tahun1903-1905 berlaku perubahan sempadan Bengal. Tahun 1906, usul

tersebut kemudiannya diterima kerana satu Jawatankuasa Usul sejak 1887 yang

bertanggungjawab membuat semua keputusan menerima atau menolak usul diwujudkan.

Jawatankuasa ini mengambil keputusan selepas mengambil kira beberapa faktor seperti

prinsip kemuafakatan demi mengelak berlakunya konflik antara kaum, kelas atau daerah. Hal

ini secara tidak langung membawa kepada kerumitan masalah percanggahan pendirian antara

golongan Muslim dan Hindu. Sebenarnya, KKI berat untuk menimbangkan perkara ini tetapi

desakan daripada orang Hindu memaksa KKI untuk memperakukan usul tersebut yang

berlansung di Madras, Disember 1903. KK sedar bahawa kehidupan rakyat Bengal akan

terjejas jika ketetapan bantahan kuat diluluskan.16. Namun begitu, dapat dilihat bahawa

KKI mengetepikan perkara-perkara yang berkaitan dengan soal tempatan yang berubah

mengikut kehendak masa dan suasana. Walaupun mempertahankan prinsip pemuafakatan,

Kongres tidak mampu mempertahankan pendiria mereka.

3.0 Analisis Kongres Kebangsaan India Kegagalan sebagai Sebuah Parti Politik

Sekitar awal penubuhan KKI tidak dapat dinafikan bahawa berlaku perkembangan dalam

Kongres yang melibatkan pembaharuan terhadap beberapa tuntutan yang dibuat. Namun,

perkara yang jelas di sini KKI bersifat statik dalam temoh perkembangan semanat

nasionalisme sepatutnya semakin tebal dan tersebar. Hal ini dibuktikan dengan peranan surat

khabar pihak nasioanlisme lain yang lebih rancak memperjuangkan kemerdekaan berbanding

15
Daniel Argov. (1967). Moderates and Extremist in The Indian Natioanalist Movement 1883-1920. Asia
Publishing House. Hlmn 103.
16
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail (peny). (1985). Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Fajar
Bakti. Hlmn 162.
dengan Kongres. Ahkbar-akhbar seperti Kal, Kesari dan Bangasar pernah mempersoalkan

tindakan Kongres dalam beberapa isu seperti akhbar Kal yang mengangkat persoalan tentang.

what tactics the Congress would adopt and wether the Congress should control its member

actions17, mempersoalkan masalah pengangguran yang semakin serius dalam kalangan

graduan lepasan kolej dan kes kebuluran dahsyat yang ditunjukkan oleh golongan kelas

bawahan tidak diambil kira oleh Kongres. Dominasi Hume dalam Kongres menyebabkan

merasakan Kongres bukan milik mereka dengan penahananpelbagai inisiatif menyebabkan

aspirasi India tidak dapat disemai sepenuhnya. Harapan Hume dan W.C Bonnerjee18

membawa pengertian yang hampir sama membuatkan KKI ini dalam diam membenarkan

ucapan Hume.

Selain itu, Kongres mengadaptasi prosedur yang seperti dilakukan di Parlimen, namun

hakikatnya KKI hanyalah sebuah parti politik yang tidak mempunyai perlembagaan dan

persaingan berlaku berdasarkan undian dan kuasa politik, tetapi bukannya sebuah Parlimen.

KKI dilihat gagal mengekalkan sokongan dan kesetiaan ahlinya merangkumi gagal

mengagihkan kawasan pegangan, meminda atau menggubal perundangan, pejabat dan

tugasan ahli Kongress dan yang lebih penting tidak menyemai semangat untuk sentiasa

memajukan parti. KKI dilihat bersikap sambil lewa dalam urusan dan diumpamakan seperti

melepas batuk di tangga dalam perjuangannya akibat tiada prosedur yang lengkap atau

perlembagaan bertulis. Kongres itu juga hanya melibatkan satu kerangka organisasi yang

ringkas, mempunyai Presiden, Setiausaha Agung (dipegang oleh Hume), dan beberapa

Setiausaha Agung di beberapa bandar lain. Perkara ini membuatkan mesyuarat yang diadakan

hanya sekadar mesyuarat tahunan tanpa tindakan susulan.

17
John R.McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn 153.
18
John R.McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn 93-94.
Walaupun terdapat golongan minoriti yang turut hadir19 tetapi mereka hanya datang

sama ada tertarik atau dibayar. Tambahan lagi, persepsi KKI sendiri terhadap komuniti

politik India yang tidak menjangkakan perlibatan golongan yang tidak berpendidikan dan

berharta menyebabkan rakyat kelas bawahan sukar untuk menjadi ahli dalam KKI. Perkara

ini sememangnya telah menyebabkan kepentingan rakyat tempatan tidak diambil perhatian

oleh golongan KKI dan sekali gus membawa kepada kegagalan fungsinya sebagai parti

politik.

19
John R.McLane. (1977). Indian Nationalism and The Early Congress. Priceton University Press. Hlmn 97.
4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sepanjang dua puluh tahun awal ( 1885-1905) penubuhan Kongres

Kebangsaan India (KKI) sememangnya telah gagal untuk menunjukkan peranannya sebagai

sebuah parti politik yang dikatakan berjuang tetapi mereka hanya lebih mengambil

pendekatan laid-back dan seolah-seolah menyokong tindakan yang dilakukan oleh

golongan British. Walaupun KKI juga telah menunjukkan usaha-usaha yang positif dalam

memperjuangkan beberapa yang telah dianyatakan, namun sebenarnya KKI lebih

menumpukan kepada golongan atasan sahaja. Malah, jika didapati kebanyakan isu yang

sebenarnya serius tetapi tidak diambil peduli oleh golongan moderat Kongres kerika ini.

Malah, perjuangan untuk rakyat tidak dibangkitkan dalam sebarang isu dan mengambil

pendekatan hanya melhat sahaja.

Perkara ini secara tidak langsung telah membawa kepada kemunculan golongan

extremist20 selepas golongan moderat. Golongan ini muncul semasa awal tahun 90-an tetapi

tidak begitu menonjol tetapi awal tahun 1905 tindakan-tindakan mereka mula menampakkan

suasana yang lebih dahsyat daripada golongan moderat ini. Pejuangan Kongres moderat ini

tidak lebih daripada hanya sekadar untuk menuntut hak rakyat sahaja tetapi tidak

memperjuangkan hak untuk memerintah di negara sendiri dan keengganan untuk menentukan

masa depan negara. Namun begitu, wujud kata sepakat daripada semua ahli sejarah bahawa

kebangkitan golongan pergerakan nasionalisme India sekitar penghujung kurun ke-19 adalah

bermula daripada perjuangan yang dipelopori oleh Kongres Kebangsaan India.21

20
Daniel Argov. (1967). Moderates and Extremists in The Indian Nationalis Movement 1883-1920. Asia
Publishing House. Hlmn 95.
21
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail (peny). (1985). Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Fajar
Bakti. Hlmn. 175.

Anda mungkin juga menyukai