Anda di halaman 1dari 16

HGF122 - KULIAH 1: HIDROLOGI

KULIAH INI TELAH DIAJAR DALAM KULIAH 5-7 KAJI IKLIM


KULIAH 1 BAHAGIAN HIDROLOGI
- LEMBAPAN

BUMI IALAH SEBUAH PLANET BIRU PLANET AIR


KITARAN HIDROLOGI DIWAKILI OLEH MODEL3 FASA AIR
AIR MERUPAKAN UNSUR TUNGGAL DI DUNIA SEMULA JADI YANG BOLEH
WUJUD DALAM KETIGA-TIGA FASA - PEPEJAL, CECAIR & GAS
AIR BERUPAYA BERUBAH DARI SATU BENTUK/FASA KE BENTUK/FASA
LAIN

SEJATAN/PERWAPAN
PEMELUWAPAN
PEMBEKUAN
PENCAIRAN/PELEBURAN
PEJALWAPAN/SUBLIMASI
SECARA TEORI, 3 FASA AIR (PEPEJAL-AIS, CECAIR-AIR &
GAS-WAP) DAPAT DIGAMBARKAN BERGERAK ANTARA
SFERA-SFERA DI DUNIA:

HIDROSFERA KE ATMOSFERA SEJATAN & PEPELUHAN


DALAM ATMOSFERA SENDIRI SEJATAN, PEMELUWAPAN, SUBLIMASI
& KERPASAN
ATMOSFERA KE HIDROSFERA - KERPASAN & PENGEMBUNAN
LITOSFERA KE HIDROSFERA PROSES PENGANGKUTAN FASA
PEPEJAL (GLASIER) & FASA CECAIR (SUNGAI)
BIOSFERA KE ATMOSFERA PEPELUHAN/TRANSPIRASI.
MODEL KITARAN HIDROLOGI DALAM DUNIA

PEMELUWAPAN &
SUBLIMASI

KERPASAN

AIR LARIAN PERMUKAAN


INFILTRASI AIR
SEJAT-PELUHAN BAWAH TANAH

ALIR KEMBALI KE
LAUTAN
MODEL KITARAN HIDROLOGI GLOBAL
ATMOSFERA

BERSIH = + 8
KRIOSFERA

BERSIH= -8
BIOSFERA

HIDROSFERA

LITOSFERA

Segitiga-segitiga menunjukkan nilai-nilai purata globalsebagai %. Perhatikan


bahawa semua SEJATAN (86% + 14% = 100%) adalah sama dengan semua
KERPASAN (78% + 22% = 100%) untuk skala GLOBAL.
Akan tetapi, nilai-nilai pada skala WILAYAH & MUSIM untuk tiap-tiap bahagian
kitaran akan berubah.
IMBANGAN AIR GLOBAL DALAM KITARAN HIDROLOGI (RIBU KM3) [1 KM3
x 0.24 = 1 BATU3 ]

94
106 (22%)

57

69 (14%)

382 (78%)
JUMLAH AIR DARI
DARATAN KE ATMOSFERA
419 (86%) 37 = 419 + 69 = 488 km3
JUMLAH AIR DARI
ATMOSFERA KE DARATAN =
382 + 106 = 488 km3

Nampaknya ada lebih banyak wap air dipindahkan dari lautan ke daratan (94)
daripada dari daratan ke lautan (57)
Akan tetapi, bakinya diseimbangkan oleh aliran air (sungai) dari daratan ke lautan
(37)
KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA KITARAN
HIDROLOGI:
SEJATAN
PEMELUWAPAN
KERPASAN
INFILTRASI
PERKOLASI
AIR LARIAN PERMUKAAN
SEJATAN
SEJATPELUHAN ialah kesan bergabung 2 proses:
(I) SEJATAN dari badan-badan air seperti lautan, laut, tasik, sungai,
tanah basah, paya, dan lain-lain.
(II) PEPELUHAN dari tumbuhan, manusia, binatang & lain-lain bentuk
hidupan.
SEJATAN ialah proses mengembalikan lembapan ke atmosfera. Air
dari sebarang permukaan, khususnya permukaan lubang lumpur,
kolam, sungai, tasik, longkang, dan lautan, adalah dipanaskan oleh
oleh bahangan matahari sehingga ianya berubah menjadi wap iaitu
fasa gas. Wap ini kemudian naik ke atas atmosfera.
PEPELUHAN ialah proses di mana tumbuhan mengembalikan
lembapan ke udara. Tumbuhan menyerap air melalui akar (dan
batang) dan kemudian hilang air melalui pepeluhan (dari stoma
daun). Apabila udara panas melalui permukaan daun, lembapan
menyerap haba dan terpeluwap ke dalam udara.
PEMELUWAPAN
PEMELUWAPAN ialah proses di mana fasa gas berubah
menjadi fasa cecair
Oleh itu, proses ini menyejukan wap air sehingga ianya
menjadi sebiji titisan air (fasa cecair)
Dalam atmosfera atas & pada awal pagi (apabila suhu
rendah & sejuk), takat mengembun dicapai dengan cepat, dan
wap-wap membentuk titisan-titisan halus yang jelas
Apabila titisan-titisan begini membentuk di langit dan lain-
lain syarat atmosfera adalah sesuai, awan akan dibentuk
Dalam awan, titisan-titisan awan akan bergerak dan
bertembung antara satu sama lain, lalu bercantum untuk
menjadi titisan-titisan yang lebih besar sehingga menjadi
titisan-titisan hujan. Apabila ini dicapai, KERPASAN akan
terbentuk.
KERPASAN
KERPASAN ialah satu proses yang berlaku selepas pemeluwapan. Oleh
itu, ianya berada pada satu peringkat yang lebih tinggi dalam Kitaran
Hidrologi
KERPASAN ialah lembapan yang jatuh dari atmosfera sebagai hujan,
salji, sleet, airbatu atau satu campuran unsur-unsur tersebut
KERPASAN berubah daripada segi jumlah, keamatan dan bentuk
mengikut musim dan lokasi geografi
Faktor-faktor tersebut menentukan adakah kerpasan mengalir dalam
sungai ataupun meresap ke dalam tanah
Di merata tempat di dunia, rekod hujan dan salji lazim disimpan. Ini
membenarkan saintist menentukan purata hujan untuk sesuatu lokasi dan
mengkelaskan hujan ribut berdasarkan tempoh masa, keamatan dan
purata jangka masa berulang. Maklumat ini adalag amat penting untuk
pengurusan tanaman dan reka bentuk kejuruteraan struktur-struktur
pengurusan air dan pengawalan banjir
Di setengah tempat di dunia, rekod hujan airbatu disimpan untuk
digunakan dalam kajian mencari cara-cara mengurangkan kerosakan &
kesan-kesan buruk lain akibatnya.
INFILTRASI
Infiltrasi ialah penembusian air ke dalam permukaan tanih

Infiltrasi berlaku dari permukaan tanih sehingga zun akar


Infiltrasi membekalkan sumber tunggal air untuk membiayai
tumbesaran tumbuhan & juga untuk mencas semula paras air
tanah, telaga air, matair, tasik, paya dan sungai
Kadar infiltrasi dipengaruhi oleh ciri-ciri fizikal tanih
(berlumpur, berpasir atau berkelodak), tutupan tanih
(terdedah, berdaun & berpokok), kandunagn lembapan tanih,
suhu tanih & keamatan hujan
Istilah-istilah INFILTRASI dan PERKOLASI lazim digunakan
sebagai istilah yang sama tetapi harus dibezakan.
PERKOLASI

Perkolasi ialah pergerakan ke bawah air melalui tanih dan


batu
Perkolasi ialah infiltrasi yang mendalam oleh air ke dalam
zun-zun tanah dan batu mendalam, dan sering dikenali
sebagai Infiltrasi Dalam
Perkolasi berlaku di bawah zun akar
Misalnya, air bawah tanah berperkolasi ke dalam tanih
seperti air di dalam sesuatu span. Air bergerak dari ruang ke
ruang sepanjang rekahan dalam batu, melalui pasir dan
kelikir, atau melalui alur-alur dalam batu kapur.
AIR LARIAN PERMUKAAN
Air larian permukaan ialah pergerakan air, biasanya dari kerpasan,
merentasi permukaan bumi ke arah sungai, tasik, laut, atau mana-mana
lekukan rendah di atas permukaan bumi
Ciri-ciri yang mempengaruhi kadar air larian permukaan termasuk
tempoh hujan, keamatan hujan, cerun, jenis tanih dan tutupan permukaan
(ada tumbuhan tutup bumi atau tidak)
Lazimnya, kawasan berhutan & bandar (yang berturap & tidak telapair)
mempunyai kadar air larian permukaan yang jauh berbeza
Kawasan hutan mempunyai kadar amat rendah ( < 20 % )
Kawasan bandar mempunyai kadar amat tinggi ( > 80 % )
Kadar air larian permukaan lazim menyebabkan kawasan bandar lebih
mudah banjir daripada kawasan desa yang jarang-jarang banjir sebab
tumbuhan tutup bumi membenarkan infiltrasi berlaku dalam tanih &
menyerap sebahagian hujan.
KADAR AIR LARIAN PERMUKAAN DALAM PERMUKAAN YANG BERBEZA:
Jalan berturap 0.95
Kawasan Bandar 0.90
Kawasan Industr 0.80
Kawasan Perumahan:
12 rumah/ekar 0.85
8-12 rumah/ekar 0.75
4-8 rumah/ekar 0.65
4 rumah/ekar 0.55
Tanah terdedah 0.75
Taman di Bandar(Bercerun rata) 0.30
Taman di Bandar(Bercerun curam) 0.50
Ladang Getah 0.45
Hutan Dara 0.20
Hutan Sekunder (cerun landai) 0.25
Hutan Sekunder(cerun curam) 0.35
Tanah Lombong Bijih Timah 0.10
END
THANK YOU

Prof Chan di Asian Institute of Technology, Thailand yang


mengalami Iklim Monsun, Nov 2006

Anda mungkin juga menyukai