Anda di halaman 1dari 5

Soalan : Jelaskan pandanga ahli sejarawan mengapa dasar yang diperkenalkan

British pada akhir kurun ke-18 menyebabkan ekonomi India semakin merosot.

Pendahuluan

Sebelum kedatangan British di India, India semamangnya telah mempunyai industri


sendiri. Antaranya adalah industri kraftangan, tekstil dan sebagainya yang berkembang
luas. Peniaga-peniaga daripada Inggeris juga berlumba-lumba untuk mendapatkan barang
buatan daripada India seperti kapas, sutera, candu, nila dan sebagainya untuk dipasarkan
di Eropah. Namun begitu, kedatangan kuasa-kuasa Barat ke India telah memberikan
kesan yang besar kepada peradaban sejarah India. Sama seperti kuasa besar yang lain,
British pada awalnya datang hanyalah untuk berdagang, namun begitu pada tahun 1500
East Indian Campony of Landon (EIC) telah dibuka. Pada tahun 1612, EIC telah
mendapat kebenaran daripada India untuk menjalankan aktiviti perdagangan di Gujerat
dan akhirnya secara perlahan-lahan British mula meluaskan pengaruhnya disekitar India
melalui pengilhakan.Terdapat dasar-dasar ekonomi yang telah dilaksanakan oleh British
di India sejak akhir kurun ke-18. Walaupun pelbagai dasar baru yang telah diperkenalkan,
namun kedudukan ekonomi India terus merosot dibawah pentadbiran British. Hal ini
menimbulkan banyak pandangan ahli sejarah berkenaan permasalahan ini.

Isi Penting
Faktor Yang Mendorong Kemerosotan Ekonomi di India

2.1 Pandangan Romesh Dutt

Menurut Romesh Dutt, pihak British dengan sengaja telah melumpuhkan ekonomi di
India melalui dasar-dasar diskriminasi yang dilaksanakan. Selain itu, Romesh Dutt turut
mendakwa British secara berperingkat menghapuskan industri-industri di India. Hal ini
kerana terdapat dasar-dasar yang sengaja dilaksanakan untuk menjatuhkan ekonomi
India. Pada tahun 1793, suatu sistem percukaian tanah baru telah diperkenalkan yang
dikenali sebagai Sistem Zamindar di Bengal. stem ini adalah bertujuan untuk
memulihkan ekonomi EIC yang mengalami kerugian besar pada tahun 1780. Mereka
memperoleh tanah dan memajaknya kepada petani. Cukai tahunan yang dikenakan adalah
bernisbah 89: 11 iaitu zamindar perlu menyerahkan 89% peratus hasil mereka kepada
kerajaan. Pada peringkat awal, kadar cukai yang ditetapkan adalah untuk sepuluh tahun.
Namun begitu, pada 1793, kadar cukai telah ditetapkan untuk selama-lamanya. Oleh
sebab itulah, sistem Zamindar ini juga dikenali sebagai Permanent Sattlement. Namun
begitu, malangnya sistem ekonomi di India semakin merosot dari hari ke hari.
Sistem zamindar dikatakan tidak mampu membangunkan ekonomi India kerana tuan
tanah tidak melabur balik kelebihan pendapatan daripada sistem pertanian seperti yang
diharapkan. Zamindar juga langsung tidak mengambil berat tentang kesuburan tanah dan
sistem saluran air juga tidak dimajukan. kegagalan pihak British bertindak menyebabkan
kebanyakkan petani India sukar untuk membayar sewa dan ini menyebabkan semakin
ramai petani tidak mempunyai tanah.
Suatu lagi sistem yang telah dilaksanakan oleh British adalah sistem Mauzawari.
Sistem Mauzawari ini merupakan hasil utama pendapat British. Namun sistem ini juga
gagal untuk membangunkan ekonomi India.

Pandangan Barrigton Moore

Menurut Barrington Moore, beliau berpendapat bahawa pihak Inggeris tidak


merancang untuk melumpuhkan ekonomi India. Pihak Inggeris telah membekalkan
segala kemudahan bagi pertumbuhan ekonomi di India. Malangnya, pribumi India sendiri
yang gagal untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan ini telah membantu
pertumbuhan ekonomi di India.
British telah menjalankan Dasar Industrilisasi untuk meningkatkan ekonomi di India.
Antara dasar yang telah dilaksanakan ialah dengan menyediakan kemudahan infrastruktur
di India dan melaksanakan Dasar Laissez Faire. British telah berusaha dengan
meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan seperti jalan kereta api, jalan
raya dan kapal wap. Melalui jalan perhubungan dan pengangkutan yang telah dibina ini,
ia dapat memudahkan proses mengurus hasil pertanian. Sistem Erigasi seperti terusan dan
tali air turut diwujudkan semasa pemerintahan British dengan membekalkan air ke
kawasan pertanian yang kemarau. Jaringan telegraf turut dibangunkan dan sistem pos
telah diperbaharui. Sistem komunikasi antara wilayah-wilayah benua kecil di India
dengan domestik. British turut membuka tempat pemprosesan seperti kilang supaya
pengeluaran hasil pertanian di India meningkat. Dasar Leisure Fair iaitu pertaniaan secara
besar-besaran. Contohnya, India berjaya menjadi pengeluar teh utama di dunia
menggantikan China.
Melalui pelbagai usaha yang yang telah dibuat oleh pihak British, ini membuktikan
pendapat yang dikemukakan oleh Barrington Moore adalah tepat. Walaubagaimanapun,
segala dasar yang telah dijalankan sebenarnya hanya memberi kelebihan kepada British
sahaja. Wujud kelemahan dalam dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh British. Antara
penindasan yang telah dilakukan oleh British terhadap India adalah dengan mengenakan
sistem cukai yang berat sebelah dalam pasaran bebas tersebut. Barangan India dikenakan
cukai yang tinggi untuk memasuki pasaran Britain manakala Britain tidak dikenakan
sebarang cukai utk masuk ke pasaran India. Kemudahan pengangkutan yang dibuat juga
menyebabkan pasaran tradisional India semakin merosot. Hal ini menyebabkan eko India
makin merudum.

Pandangan D.R Gadgil

Menurut D.R Gadgil, beliau mendakwa bahawa teknologi yang digunakan oleh industri-
industri India adalah agak mundur maka ia tidak dapat bersaing dengan industri moden
Inggeris sehingga menyebabkan industri India ini terhapus dengan sendirinya. Industri
utama India ketika itu adalah menghasilkan barang kraftangan, tekstil dan produk mewah
yang lain untuk golongan aristokrat. Penubuhan dan kemasukan pemerintahan asing iaitu
British dan persaingan daripada industri asing yang lebih maju serta dasar lessuire fair
yang dilaksanakan British menyebabkan ekonomi tradisional india merosot.

Kedatangan British ke India telah menyebabkan munculnya aktiviti ekonomi baru di


India. Aktiviti Perladangan telah diperkenalkan di India, dan kemudian pembukaan kilang
menggantikan industri kraftangan dan tekstil di India. Industri yang sedia ada di India
secara perlahan-lahan telah terhapus. Industri perkilangan juga diperkenalkan
menggantikan industri pembuatan kraftangan oleh orang India. Penggunaan teknologi
moden oleh pihak Inggeris menyebabkan banyak industri diperkenalkan. Hal ini
menyebabkan industri pembuatan kraftangan oleh orang India dengan sendirinya terhapus
kerana persaingan hebat daripada industri yang diperkenalkan oleh British seperti
pandangan yang dikemukan oleh Gadgil. Jadi ekonomi India semakin merudum
walaupun dasar baru diperkenalkan oleh British.
Pandangan Karl Marx

Menurut pandangan Karl Marx kejatuhan ekonomi India sejak akhir kurun ke18 adalah
disebabkan berlakunya Drain of Wealth ataupun pengaliran kekayan ke luar India.
Pengaliran kekayan ke luar India ini menyebabkan ekonomi India semakin lumpuh.
Sebagai contoh, India terpaksa memperuntukkan emolumen yang tinggi untuk penjawat
awam British. Seterusnya, beban hutang penubuhan East Indian Companys (EIC)
London dan dividen kepada pemegang saham EIC turut ditanggung oleh Pejabat
Setiausaha Negera India manakala hutang India di England turut meningkat saban tahun.
Semua kos yang dialami oleh pihak Britain semuanya telah ditanggung oleh wang
peruntukan India.Antaranya, pencen kepada pegawai British di Pejabat India, gaji tentera,
kos melatih tentera, kos pengangkutan dan kempen tentera diluar India. Semua kos
pembiayaan perlu dibiayai oleh peruntukan kewangan India. Pengaliran kekayaan ke luar
India ini meyebabkan ekonomi di India semakin lumpuh.
Seterusnya, pelaksanaan sistem pentadbiran awam oleh British ataupun dikenali
sebagai Convenanted Civil Service. Melalui dasar yang telah diperkenalkan, British
telah menetapkan tiga gabenor di Wilayan Bengal, Madras dan Bombay. Dasar yang
diperkenalkan oleh British ini memberi terlalu banyak kelebihan kepada pihak British.
Hal ini kerana, menurut anggaran lebih kurang 10 000 warganegara Britain yang sedang
menyandang jawatan lumayan di Inida dan menerima gaji daripada perkhidmatan India.
esan daripada pengenalan dasar ini, telah membebankan lagi negara India yang terpaksa
menanggung keseluruhan kos bagi membiayai gaji, pencen, saguhati dan sebagainya
kepada para pegawai Britain yang berkhidmt di India. Oleh sebab itu, ekonomi di India
menjadi semakin lumpuh di penghujung kurun ke-18 walaupun banyak dasar yang telah
diperkenalkan oleh British pada ketika itu.

Kesimpulan
Oleh yang demikian, secara jelasnya jika dilihat melalui penghujahan sejarawan-
sejarawan tersebut , British sememangnya cuba untuk melumpuhkan ekonomi India
secara perlahan-lahan melalui dasar-dasar yang diperkenalkan di India. British langsung
tidak bertujuan untuk meningkatkan ekonomi India dan segala dasar yang diperkenalkan
hanyalah untuk mengaburi mata penduduk India pada ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai