Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Setelah kemenangan Inggeris dalam Perang Plassey yang berlaku pada 23 Jun tahun

1757, bermulalah penglibatan Inggeris dalam ekonomi di India. Penglibatan Inggeris dalam

ekonomi India telah menjadikan ekonomi India semakin merundum dan keuntungan yang

berlipat ganda dicapai oleh Inggeris. Menurut Barrington Moore, Inggeris telah memwujudkan

pelbagai kemudahan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi di India seperti pada tahun 1857,

jalan raya sejauh 200 batu telah dibina. Walaupun dari pandangan mata kasar melihat bahawa

infrastruktur yang dibina itu adalah untuk kemudahan rakyat India, tetapi pada hakikatnya kita

dapat melihat bahawa kemudahan yang dibina adalah demi kepentingan mereka pada akhirnya.

British juga berhasrat untuk mengambil kesempatan diatas kemajuan dalam bidang

perindustrian yang dimiliki oleh India ditambah pula dengan kesuburan tanah yang dikurniakan

di India. British juga mahu menjadikan India sebagai tempat untuk memasarkan barangan

mereka pada masa itu.

Demi keuntungan yang maksimum, pelbagai dasar telah digubal oleh British demi

kekayaan mereka.

1
2.0 Dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh British di India.

2.1 Sistem Zamindar

Pada tahun 1790, Sistem Zamindar ini telah diperkenalkan oleh Lord Cornwallis di

Bengal. Beliau telah dilantik sebagai Gabenor General India. Zamindar membawa maksud tuan

tanah manakala sistem Zamindari (Permanent Settlement) membawa maksud sistem bagi

pemungutan cukai tanah daripada tuan tanah secara tetap. Pengenalan sistem ini adalah sebagai

usaha untuk memenuhi keinginan British untuk memaksimumkan eksploitasi ekonomi di India.

Tuan tanah dikatakan terdiri daripada pembesar tempatan yang terdiri daripada pegawai Mughal

yang ditugaskan untuk mengutip cukai. Oleh itu, mereka telah dianggap sebagai zamindar kerana

telah memperoleh tanah dan memajaknya kepada petani. 1 Golongan Zamindar ini telah menjadi

kelas utama di desa. Meraka membuka tanah yang belum diusahakan, memperkenalkan tanam-

tanaman yang lebih menguntungkan, serta mengutip berbagai jenis sewa dari para penyewa. 2

Zamindar diberikan hakmilik tanah dan dikenakan cukai tahunan dengan menyerahkan 89%

daripada hasil mereka kepada kerajaan.

Hakikatnya, kadar cukai ini ditetapkan untuk sepuluh tahun. Tetapi pada 1793 kadar

cukai ditetapkan untuk selama-lamanya. Cornwallis mengharapkan agar sistem ini akan

menggalakan tuan tanah untuk memajukan sektor pertanian di Bengal sekiranya harga cukai

yang ditetapkan adalah berpatutan. Misalnya, bagi masyarakat di Bengal, hasil pendapatan dalam

kadar tertentu haruslah diserahkan kepada kerajaan pusat di Delhi melalui zamindar. Golongan

1 Romesh Dutt, Economic History of India, ( New Delhi: D.K Publishers Distributors (P) LTD. 1960)
hlm. 68.

2 R. Suntharalingam, Nasionalisme di Benua Kecil India Suatu Tinjauan Sejarah. hlm 28

2
zamindar ini diletakkan sebagai golongan penengah antara pemerintah serta golongan petani.

Cukai yang dibayar itu biasanya adalah dalam bentuk hasil. Zamindar yang bertanggungjawab

mengutip cukai tersebut akan mengambil sebahagian hasil upahnya sementara sebahagian lagi

akan dihantar kepada kerajaan.3 Walaubagaimanapun, ekonomi di India merundum akibat

beberapa kelemahan sistem ini.

2.4 Sistem Ryotwari

Di Madras, British telah memperkenalkan satu sistem yang dikenali sebagai Ryotwari.

Ryot bermaksud petani. Dalam sistem ini, ia mengiktiraf petani sebagai pemilik tanah. Ia

dibangunkan selepas kegagalan sistem Zamindari membangunkan ekonomi India secara

ekonomik dan adil. Sistem ini diperkenalkan oleh Thomas Munro pada tahun 1820, sebelum

diperluaskan ke kawasan-kawasan lain termasuklah Bombay pada tahun 1818. Sistem ini

menyebabkan pembayaran cukai tidak melalui zamindar sebaliknya terus daripada petani kepada

kerajaan. Melalui sistem ini, British berkeinginan untuk mengembangkan tanaman komersial

seperti kapas, tebu, tembakau, nila, kopi dan lada di Madras untuk tujuan eksport.

Sistem Ryotwari ini juga adalah berkonsepkan hak milik secara perseorangan.

Mengikut peraturan British, pemilik boleh menjual, menggadai dan menghadiahkan tanahnya ini

serta membolehkan pemindahan tanah secara besar-besaran kepada mereka yang kaya. 4 Ciri-ciri

sistem ini adalah setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang

bertanggungjawab membayar cukai. Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun dan antara 25%

hingga 60% hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan setiap T tanah. Pengutipan
3 C.H Philips, Sejarah India, ( Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996 ) hlm. 62.

4 R. Suntharalingam, Nasionalisme di Benua Kecil India Suatu Tinjauan Sejarah. hlm. 28.

3
cukai akan dikendalikan oleh kerajaan. Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas

tanah dan hartanya.

Menjelang pertengahan abad ke-19, terdapat lebih daripada 1 juta ekar tanah di Madras

yang ditanam dengan kapas yang menghasilkan kapas mentah bernilai 55 juta. Keadaan ini

sebenarnya didorong oleh kenaikan harga kapas mentah yang begitu tinggi antara tahun 1861-

1865 dan menyebabkan petani memberi tumpuan serius kepada tanaman ini di wilayah mereka.

Kelemahan Sistem Zamindar

Sistem Zamindar ini mengunakan konsep yang zalim kepada petani. British telah menetapkan

masa bayaran cukai kepada golongan petani iaitu bayaran cukai perlu dibayar sebelum

terbenamnya matahari mengikut hari yang telah ditentukan. Sistem ini juga perlu dipatuhi oleh

golongan zamindar dan sistem ini dikenali sebagai sun set law. Hal ini telah menyebabkan

ramai petani tidak mampu untuk membayar mengikut masa yang telah ditentukan. Kegagalan

kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa

kepada para zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak mempunyai tanah

dan ianya telah menggugat industri pertanian di India. Keadaan ini berlaku kerana pihak

zamindar bukanlah pengusaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani untuk

mengusahakan tanah. Kesan, India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati

tanpa pengeluaran yang dilakukan. Manakala itu, suasana ekonomi yang tidak menunjukkan

perkembangan telah menyebabkan para zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang

bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini, modal digunakan untuk membeli dan menyewa

tanah, meminjam wang serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya

tidak meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana, zamindar telah dipengaruhi oleh

sebab-sebab yang berikut iaitu saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana

4
kegagalan rancangan perindustrian. Sementara itu pula, suasana ekonomi pada waktu itu

dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77% penduduk bergantung kepada

tanah untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal.

Kelemahan sistem zamindar ini adalah sistem ini tidak menekankan kepada pembelaan

nasib golongan petani. British hanya mementingkan hasil bayaran cukai daripada golongan

zamindar daripada menjaga kebajikan golongan petani. Keadaan bertambah teruk lagi apabila

golongan atasan yang tinggal dibandar tidak menjaga tanah akibat daripada tiadanya pengenalan

dasar-dasar ataupun undang-undang untuk menjaga kesuburan tanah. Situasi ini telah menjadikan

golongan tengah menekan para petani tanpa belas kasihan. Golongan petani ini semakin miskin

apabila hasil daripada penanaman mereka hanya diterima dengan jumlah yang kecil berbanding

dengan hasil sebenarnya. Mereka hanya menerima 15% daripada hasil yang diperolehi

selebihnya mereka perlu serahkan kepada golongan atasan.

3.2 Kelemahan Dasar-Dasar yang diperkenalkan oleh British.

Pelbagai dasar yang telah diwujudkan oleh pihak British di India telah menunjukkan

bahawa kehadiran mereka di India bukan untuk memulihkan keadaan ekonomi India tetapi

penidasan hak rakyat India telah mereka lakukan. Ini terbukti apabila, pada abad ke 19, British

telah mengenakan cukai yang tinggi kepada barangan dari India yang memasuki pasaran di

Britain. Ini menunjukkan kebijaksanaan British untuk melenyapkan perusahaan perkilangan dan

perdagangan India. Menurut Karl Marx, beliau berpendapat bahawa perusahaan kain kapas di

India telah runtuh akibat daripada kebanjiran kain kapas dan mesin dari Britain. 5 Jika dilihat pada

hakikatnya, Britain telah bertindak dengan tidak mengenakan sebarang cukai apabila memasuki

pasaran India dan mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang keluaran India yang memasuki

5 R.Suntharalingam, Sejarah India Moden, (London: Macmillian. 1885-1947) hlm. 26-27.

5
pasaran di Britain. Disebabkan itulah, ekonomi perusahaan perkilangan dan perdagangan di India

semakin merundum. Ini telah menyebabkan kerajaan India tekad untuk mengisytiharkan

penghentian aktiviti mengeksport kapas di wilayah Bombay dan sutera India ke Britain pada

abad ke 19.

Menurut Romesh Dutt, British sengaja melumpuhkan ekonomi India melalui dasar-dasar

diskriminasinya. Hal ini dapat dilihat apabila pada tahun 1813, seramai 117 orang saudagar

kapas dan sutera India telah merayu kepada raja England agar cukai ke atas barangan keluaran

India yang memasuki pasaran di Britain dikurangkan. Walaubagaimanapun, rayuan tersebut

ditolak.

4.0 Kesimpulan

Jelaslah bahawa ekonomi di India semakin merosot dek kerana mengikut acuan dasar-

dasar yang diperkenalkan oleh British. Walaupun banyak kemudahan-kemudahan yang

diperkenalkan oleh British dilihat sebagai suatu wadah untuk meningkatkan ekonomi India,

tetapi ianya hanyalah demi kekayaan British sahaja. Segala kebajikan rakyat di India hanya di

pandang sepi dan ditindas haknya oleh pihak atasan sedangkan merekalah pemacu kepada gerak

kerja di negara India.

6
7

Anda mungkin juga menyukai