Anda di halaman 1dari 15

THE EDUCATION

Thursday, June 6, 2013

Dengan memilih sama ada pertanian dan perindustrian, bincangkan usaha British untuk
menguasai ekonomi India pada abad ke-19 dan 20

1.0 PENGENALAN 

Sektor ekonomi sememangnya menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada kuasa barat
untuk menjajah negara-negara di Asia tenggara. Kekayaan sumber ekonomi ini dapat menjamin
kepada bekalan sumber makanan yang mencukupi. Faktor ini didorong dengan kepesatan
perkembangan ekonomi yang berlaku di luar India iaitu melalui botanical imperialisme.
Kecenderungan untuk menyelidik dan menjalankan kajian mengenai tumbuhan telah
menyebabkan kuasa barat ini berlumba-lumba untuk mendapatkan kawasan yang kaya dengan
sumber ekonomi. Buktinya, kajian terhadap tumbuhan botani telah mendorong kepada wujudnya
Kew Garden di England.[i]Manakala, taman botani yang pertama di India terletak di Calcuta.

Di India, aktiviti pertanian sememangnya menjadi aktiviti utama mereka yang didorong dengan
faktor tanah yang subur. Kedatangan British di India telah menjadi satu detik pengenalan
terhadap tanaman-tanaman baru untuk dikomersialkan. Antara tanaman yang menjadi pilihan
British untuk dikomersialkan ialah teh. Teh yang mempunyai nilai eksklusif yang tersendiri
hanya dinikmati oleh golongan atasan menjadi lambang kepada pengelasan kedudukan seseorang
dalam lapisan masyarakat.[ii] Peluang ini digunakan oleh British untuk mendapatkan keuntungan
melalui usaha-usaha penanaman teh. 

Secara tidak langsung, British mulai menguasai ekonomi India dengan memperkenalkan
tanaman baru yang secara perlahan-lahan menjadi tanaman utama di India. Dengan adanya
tanaman bersifat monopoli ini, British secara tidak sedar mengusai sistem ekonomi India melalui
dasar ekonomi yang diperkenalkan. Dasar ekonomi yang bersifat berat sebelah telah
menyebabkan petani tempatan mulai tertindas dan mengalami kebuluran.

2.0 JENIS-JENIS TAMANAN PERTANIAN

India telah menjadi negara pengeksport utama untuk tanaman seperti kapas mentah, beras,
candu, gandum, jut mentah dan teh. Keenam - enam sumber ini menghasilkan 60 peratus
daripada keseluruhan eksport India pada tahun 1890.[iii]

2.1 Teh

Salah satu tanaman komersial yang diusahakan di India ialah teh. Untuk beberapa dekad, India
merupakan negara yang paling penting dalam menghasikan dan mengeksport teh di dunia.
[iv] Teh juga ditanam sebagai usaha British supaya tidak terlalu bergantung kepada Negara
China. Menurut Micheal Lipton and John Firn, di bawah pemerintahan British, India telah
berkembang menjadi pengeluar terbesar dan pengeksport teh di dunia dan Britain menjadi
pasaran utama bagi India.[v] Malahan menjelang tahun 1900, India telah menggantikan Negara
China sebagai pengeluar teh utama teh dunia. 

Walaubagaimanapun, dalam tahun 1960-an, ianya digantikan oleh Ceylon sebagai pengeksport
terbesar teh dunia.[vi] Kebanyakan ladang-ladang teh di India telah dibuka di kawasan sesuai di
kaki banjaran Himalaya, terutama di barat Assam dan Darjeeling. Tanaman teh tumbuh di daerah
yang taburan hujan yang banyak, pengaliran air yang baik dan tanah yang berteres untuk
mengelak hakisan tanah.[vii]Teh jenis Assam dikatakan berbatang tunggal dengan ketinggian
pohon antara 6m-8m. Jenis ini juga boleh dibahagikan kepada lima jenis teh lagi iaitu teh Assam
berdaun cerah, teh Assam berdaun kelam, Manipuri, Burma dan Lushai.[viii]

2.2 Jut 

Selain teh, Jut juga merupakan salah satu tanaman komersial yang diusahakan di India. Jut
merupakan tanaman utama di barat Bengal dan Bangladesh dan dikatakan dari 68 kilang jut di
India, 62 unit tersebut terletak di Barat Bengal. Manakala industri jut di Bangladesh meliputi 77
kilang jut dengan 25, 979 tenun dipasang setiap tahun dan mampu mengeluarkan sebanyak 5, 50,
000 tan produk jut secara purata.[ix]Oleh yang demikian, tidak hairanlah dalam tahun 1960,
India merupakan negara pengeluar dan pengeksport terbesar jut di dunia. Ia menyumbang 45
peratus daripada anggaran pengeluaran industri jut dunia dan hampir tiga perempat daripada
eksport dunia. Jut akan diproses untuk menghasilkan benang dan kain dan menjadi bahan mentah
untuk membuat kain guni, tali, beg dan sebagainya.[x] Barangan berasaskan jut juga merupakan
eksport paling penting iaitu 21 peratus daripada jumlah pendapatan pertukaran asing negara ini.
[xi]

2.3 Kapas

India mempunyai kawasan yang luas untuk penanaman kapas berbanding negara lain di dunia.
[xii] Ini dapat dibuktikan iaitu antara negara-negara yang kurang membangun, India adalah
negara yang pertama mengeksport kapas pada skala yang besar. Seawal 1948-1950, kapas telah
menyumbang lebih daripada 11 peratus daripada perdagangan kapas dunia. Sehingga tahun
1960, kapas adalah sumber pendapatan yang penting bagi negara India. Hal ini kerana dalam
tempoh tahun 1950-1960, mereka menyumbang antara 10-13 peratus daripada jumlah perolehan
eksport setiap tahun.[xiii] Di India, kapas ini banyak ditanam dan penting di sebelah selatan
terletaknya bukit-bukit Vidhya, Bhanrer dan Kaimur.[xiv] Bagi memperkembangkan ekonomi di
India, British telah melaksanakan beberapa usaha dan inisiatif. Secara keseluruhannya,
kedatangan British di India telah memberi kesan kepada perkembangan ekonomi komersial di
India. 

3.0 USAHA-USAHA BRITISH DALAM MENGUASAI EKONOMI INDIA

Kedatangan kuasa British ke India telah membawa kesan yang sangat besar terhadap
perkembangan sejarah dan tamadun di Benua Kecil iaitu India. India yang kaya dengan sumber
ekonominya telah mendorong pihak British untuk mengeksploitasi ekonomi di India. oleh yang
demikian, pihak British telah menjalankan beberapa usaha untuk menguasai ekonomi di India.

3.1 Pemilikan Tanah 

Bagi menguasai ekonomi India, British telah memperkenalkan sistem tanah baru di India. Sistem
tanah baru yang diperkenalkan oleh British adalah pemilikan tanah secara persendirian.
[xv] Individu-individu yang berkemampuan atau kaya telah menjadi tuan tanah baru seperti
zamindar,[xvi] ketua kampung, peniaga atau pemberi pinjaman wang. Sementara orang-orang ini
mendapat hak pemilikan tanah, petani-petani pula kehilangan hak tanah yang merupakan warisan
keturunan mereka untuk mencari rezeki.[xvii] Dengan pengenalan sistem baru ini, petani boleh
diusir bila-bila masa oleh pemilik tanah baru sekiranya mereka rasakan perlu.[xviii] Misalnya, di
kawasan-kawasan seperti Bengal pemilikan tanah telah diberikan kepada zamindar. Pada awal
abad ke-20, kebanyakan isi rumah atau ahli keluarga petani bekerja sebagai penyewa di atas
tanah keluarga petani yang lain. Dalam tahun 1950-an, melalui kaji selidik yang dilakukan 75
peratus daripada petani hanya mempunyai kurang daripada lima ekar tanah manakala 23 peratus
lagi tidak mempunyai tanah.[xix]

3.2 Membawa Masuk Pemodal Eropah Ke India 

Faktor ekonomi merupakan titik tolak yang membawa kepada penglibatan British di India. Sejak
abad ke-18 lagi, British telah menguasai Bengal manakala Perancis menguasai bahagaia
Chandernagar dan Pondicherry.[xx] Setelah Perjanjian Paris ditandatangani, Perancis tidak lagi
menjadi satu ancaman bagi British di India. Usaha British bagi menguasai ekonomi di India
telahpun wujud sejak abad ke-18 lagi apabila telah meluaskan pengaruh mereka dalam bidang
ekonomi dengan keuntungan eksport tekstil dari Bengal pada tahun 1690 hingga 1740 malah
British turut memperkenalkan sistem percukaian tanah baru oleh Lord Cornwallis yang dikenali
sebagai Sistem Zamindar.[xxi]. Signifikan terhadap sistem ini adalah sebagai satu motif ekonomi
yang menggalakkan kemasukan pemodal Eropah dalam pelaburan ke atas tanah di India.
[xxii] Pihak British mengambil pendekatan tersebut bagi memenuhi keinginan British untuk
memaksimumkan eksploitasi ekonomi di India dan sekaligus mendapat keuntungan yang banyak
hasil daripada pelabuhan di Calcutta, Bombay dan Madras.

Kehadiran Barat telah memberi pengaruh yang cukup besar dalam perkembangan sistem
ekonomi bersifat komersial di Asia Selatan. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat di
Asia Selatan secara umumnya menjalankan aktiviti pertanian sebagai aktiviti utama yang tidak
dihasilkan untuk nilai-pertukaran. Ekonomi komersial di India mampu berkembang bukan sajaja
kerana kemampuannya mengeluarkan bahan-bahan mentah tetapi juga kerana dibantu oleh pihak
British.[xxiii] Perubahan ekonomi yang meningkat di India menyebabkan munculnya golongan
pemodal dalam kalangan bukan sahaja daripada golongan orang India, tetapi juga golongan
pemodal Eropah. Pemodal-pemodal Eropah meletakkan pelaburan dalam perusahaan seperti
kilang-kilang kapas yang sangat penting dalam industri tekstil pada abad ke-19 dan abad ke-20.
[xxiv] Pemodal akan memberi pinjaman kepada masyarakat India atas dasar mempertingkatkan
kualiti hidup mereka.[xxv] Kepadatan penduduk India serta pendapatan yang rendah
menyebabkan kemiskinan yang memudaratkan. Oleh yang demikian, pemodal British telah
memberi pinjaman kepada yang petani yang memerlukan wang. Usaha yang dilakukan oleh
British dengan membawa pelabur-pelabur daripada Eropah adalah bagi memastikan bahawa
ekonomi kapitalis di India akan berkembang dan memberikan kepentingan kepada pihak British.

3.3 Mewujudkan Botanical Garden

Sektor pertanian komersial di India boleh dikatakan memasuki satu fasa baru dengan kehadiran
pelabur-pelabur luar terutamanya pelabur Eropah. Hal ini kerana pelabur dari Eropah lebih
tertumpu kepada komoditi pengeluaran besar-besaran atau menjalankan aktiviti penanaman
secara besar-besaran iaitu ditanam dalam bentuk ladang. Menurut Gadgil, sistem perladangan
adalah satu kegiatan baru di India yang dibawa dan diperkenalkan oleh orang Eropah yang
bertujuan untuk menggembangkan sektor perindustrian dan perdagangan.[xxvi] Ekoran daripada
Revolusi Pertanian di Eropah dan diikuti dengan pengenalan ekonomi kapitalis di seluruh negara
jajahan British termasuklah India, pihak British telah mengambil beberapa usaha untuk
memajukan ekonomi dengan mewujudkan Botanical Garden.[xxvii]Antara tujuan penubuhan
taman botani ini adalah untuk penyelidikan bagi menentukan kawasan yang sesuai untuk
penanaman pokok seperti tea dan getah, dan bertangungjawab menjalankan penyelidikan secara
saintifik serta mengenal pasti jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam secara komersial di India.
[xxviii] Botanical Garden telah dibina di seluruh India seperti Culcutta dan Munsai. Pada tahun
1816, Calcutta Botanic Garden dihiasi dengan tasik, pokok-pokok, perladangan dan taska.
[xxix] Rajah 1 menunjukkan pelan Calcutta Botanic Garden.

Pada abad yang ke-19, India telah menjadi negara pengeksport utama bagi kapas mentah, beras,
candu, gandum, jut merah dan teh kesan daripada penubuhan beberapa cawangan Botanical
Garden di India[xxx]. Menurut Neil Charlesworth, India telah menghasilkan 60 peratus daripada
keseluruhan tanaman eksport India.[xxxi] Antara hasil penyelidikan yang telah dijalankan
termasuklah penanaman teh dan getah diusahakan secara komersila di India. Pada abad ke-20
juga memperlihatkan pembukaan kawasan ladang-ladang teh di kaki banjaran Himalaya
terutamanya di Assam.[xxxii] Antara syarikat utama yang mengusahakan perladangan teh adalah
Syarikat Teh Assam. Ladang yang dibuka ini kemudiannya dijadikan asas kepada perkembangan
perusahaan teh di India.[xxxiii] Pada tahun 1853, keluasan tanah bagi kawasan penanaman teh
adalah seluas 2425 ekar dan bernilai £366700. Keluasan dan nilai teh menunjukkan peningkatan
pada tahun 1929 apabila kawasan ekar bagi penanaman teh dianggarkan seluas 790,000 ekar
dengan nilai sebanyak £4,330,000. Jadual 1 menunjukkan nilai eksport bagi tea di India pada
tahun 1860 sehingga 1935 yang menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.[xxxiv] Kesan
yang besar dapat dilihat daripada usaha yang dilaksanakan oleh British dalam memajukan
ekonomi komersial di India apabila menjelang tahun 1900, India telah menggantikan negara
China sebagai pengeluar utama teh di dunia. 

3.4 Pengkhususan Tanaman

British turut menjalankan pengkhususan jenis tanaman atau corak pengkomersialan mengikut
kawasan di India bagi mengelompokkan hasil pertanian. Bagi penanaman teh, ladang teh
diuruskan secara langsung oleh British dengan menggunakan tenaga buruh yang dipaksa.
Manakala bagi tanaman lain, petani menanam tanaman tersebut berdasarkan kepada arahan
penjajah. Misalnya, petani di timur Bengal diminta menanam Indigo, petani di Deccan menanam
kapas, petani di U.P menanam tebu, manakala petani di wilayah tengah pula diarah menanam
candu.[xxxv] Dari tahun 1820 hingga 1920-an, Pengkomersialan hasil pertanian ini telah
mengubah corak luar bandar di India. 

Usaha yang dilakukan oleh British ini telah berjaya mengembangkan dan meningkatkan aktiviti
pertanian pada tahun 1881 hingga 1931 iaitu telah mempunyai peningkatan sebanyak 28 peratus.
[xxxvi] Menurut banci pada tahun 1941, dinyatakan bahawa dari 75 orang bergantung kepada
pertanian di rantau Bengal, kurang daripada 20 orang mempunyai 5 ekar atau lebih banyak tanah,
manakala yang lain mempunyai kurang daripada 5 ekar. Satu keluarga yang mempunyai lima
atau enam ahli sekurang-kurangnya memerlukan 5 ekar tanah pertanian.[xxxvii]

3.5 Kemudahan Pengangkutan dan perhubungan serta pemprosesan ditingkatkan

Satu lagi usaha yang dilakukan oleh British untuk menguasai ekonomi India dari pertanian
adalah dengan meningkatkan kemudahan seperti pengangkutan dan perhubungan. Bagi
mendedahkan ekonomi India kepada kitaran ekonomi global terutamanya bahan-bahan mentah
seperti kapas, jut, the, kopi, dan gandum, British telah meningkatkan kemudahan pengangkutan
seperti kereta api dan kapal wap.[xxxviii]Oleh itu, kawasan pertanian yang kebanyakannya
terletak di kawasan pedalaman yang terletak jauh dari kawasan bandar atau pekan dapat
dihubungkan. Tujuan penjajah adalah bagi memudahkan mereka mengurus dan memantau
keadaan pertanian yang dijalankan .[xxxix]

Pada tahun 1869 hingga awal abad ke-20, India mengalami masalah kebuluran terutamanya
dalam kalangan petani. Sehubungan dengan itu, pengkomersialan hasil pertanian di India iaitu
bekalan tanaman makanan dikurangkan di pasaran. Namun demikian, kontrak British dengan
kawasan pedalaman yang telah dicapai oleh pengangkutan dan perhubungan seperti kereta api
dan jalan raya masih terikat dan berjalan seperti biasa. Misalnya, walaupun berlaku kebuluran,
British tetap mengarahkan aktiviti penjualan hasil tanaman di luar tetap berjalan. Ini bagi
mengelakkan bekalan tanaman pertanian berkurangan sekali gus memberi kesan kepada
keuntungan British.[xl] Walaupun tindakan British ini memburukkan lagi masalah kebuluran
namun penjajah lebih mementingkan hubungan ekonominya dengan ekonomi India lebih
terjamin. Sasaran British untuk melaksanakan rancangan ini adalah melalui individu-individu
yang dikenal pasti seperti pemimpin tradisional India.[xli]

Tempat pemprosesan seperti kilang turut dibuka oleh British dalam usaha meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian di India. Pada tahun 1856, British telah membina kilang kapas yang
menggunakan kuasa wap di Bombay.[xlii] Kilang ini merupakan kilang pertama yang dibuka
oleh British di India. Pembukaan kilang ini telah menjadi pendorong kepada perkembangan pesat
industri tekstil India di Bombay sekitar tahun 1870 dan 80-an.[xliii]

3.6 Membuat Akta Berkaitan dengan Penanaman Teh

Assam merupakan satu tempat di India yang memulakan perusahaan teh di India. Pada tahun
1820-an, seorang pegawai British iaitu Robert Bruce telah menemui daun teh di Assam yang
dihidangkan kepadanya oleh kaum Singpho.[xliv] British East India Company yang menyedari
bahawa mereka boleh mendapatkan kepentingan daripada kelebihan yang ada pada kawasan
Assam akhirnya mengambil alih kawasan ini pada tahun 1826 daripada Raja Ahom melalui satu
perjanjian yang dinamakan Perjanjian Yandaboo.[xlv] Pada tahun 1837, ladang teh yang pertama
telah dibuka di Chabua, Dibrugarh di daerah atas Assam dan pada tahun 1840, Syarikat Teh
Assam mula memulakan pengeluaran teh secara komersial. Industri teh mula berkembang pesat
dari tahun 1850-an dan seterusnya.[xlvi] Melalui usaha British dengan mewujudkan akta
berkaitan dengan penanaman teh, tanah-tanah yang luas dibersihkan dan ladang-ladang teh baru
diwujudkan sehingga Assam menjadi salah sebuah kawasan penanaman teh yang terkenal.

Di India, penanaman teh mula dibangunkan dengan bersungguh-sungguh selepas mendapat


laluan mudah dalam Assam Clearance Act pada tahun 1854 yang memberikan sehingga tiga ribu
ekar tanah untuk penanaman teh kepada mana-mana pemodal dan pengusaha Eropah yang
menjanjikan untuk mengusahakan teh secara besar-besaran untuk dieksport. [xlvii] Pihak British
terdesak untuk melaksanakan perusahaan teh di India kerana melihat kepada senario keperluan
teh yang tinggi oleh Eropah sedangkan bekalan teh dari China mula terganggu kerana masalah di
China yang berkaitan dengan dasar hubungan mereka dengan Barat.

Pada tahun 1850, terdapat hanya sebuah ladang penanaman teh di India yang mengeluarkan kira-
kira 200,000 pounds teh setahun namun atas usaha British, pada tahun 1871, terdapat lebih
kurang 295 ladang dengan jumlah tuaian sekitar 6.25 juta pounds. Perusahaan teh berkembang
pesat merentasi Assam sehingga ke wilayah-wilayah pergunungan Punjab di sekitar Kangra,
selatan pergunungan Nilgiri berdekatan Mysore. Selepas tahun 1873 berpindah ke
Darjeeling[xlviii] Ia mengalami pertumbuhan yang pesat pada suku akhir abad ke-19 di mana
pengeluaran teh meningkat daripada 6,000,000 lb pada 1872 kepada 75,000,000 lb pada tahun
1900 dan keluasan tanah untuk penanaman teh meningkat daripada 27,000 ekar kepada 204,000
ekar. Keperluan buruh juga meningkat daripada 107,847 pada tahun 1885 kepada 247,760 pada
tahun 1900.[xlix]

3.7 Menghantar Perisik ke China

Sejarah teh dimulakan oleh China sekitar 2700 BC semasa kegemilangan pemerintahan
Maharaja Shen Nung. Dari China, tradisi meminum teh sampai ke Jepun sekitar abad ke 6. Teh
diusahakan kemudiannya di India dan diimport ke seluruh England.[l] Apabila diteliti, China
merupakan pelopor kepada penanaman teh dan mereka sememangnya mahir dalam proses
penanaman dan juga pemprosesan teh. Walaupun British di India sudah menemui dan
memulakan penanaman teh namun kualiti teh yang dihasilkan tidak setanding dengan kualiti
yang dihasilkan di China. 

Bagi mengatasi masalah kualiti teh yang rendah ini, salah satu usaha yang dilakukan oleh British
untuk menguasai pertanian teh di India adalah dengan menghantar perisik yang mahir dalam
bidang botani ke China.[li] Seperti yang diketahui, China dan Jepun merupakan tempat asal-usul
bagi penanaman teh dan merupakan sejenis minuman yang amat popular sebelum kedatangan
British lagi. Teh menjadi terkenal di kalangan orang Eropah semasa ketibaan mereka ke China
pada abad ke-17. Pada masa yang lama, China menjadi pembekal kepada bekalan teh dunia.
Justeru, penghantaran perisik ini ke China yang tahu berbahasa China bertujuan untuk mencari
rahsia penanaman dan pembuatan teh. Maklumat yang diperoleh oleh perisik ini dibawa ke India
dan England untuk tujuan kajian dan memulakan langkah pemprosesan teh.

Benih-benih teh juga berjaya dibawa oleh perisik-perisik ini ke India. Sebanyak 80,000 benih
telah berjaya dibawa oleh perisik yang dihantar oleh British ini ke India.[lii] Benih-benih ini
kemudiannya diuji di makmal di Calcutta di mana saintis-saintis British telah mendapati bahawa
semua teh berasal dari satu spesies. Sekurang-kurangnya, British mendapati bahawa hanya
terdapat satu cari dalam pertumbuhan, penuaian dan hanya cara penapaian yang berbeza yang
menghasilkan pelbagai variasi rasa bagi teh. Setelah misi pertama ini berjaya, British menghantar
lebih banyak perisik ke China untuk mengetahui pelbagai lagi variasi perisa teh di China. Salah
seorang perisik yang berjaya mendapatkan banyak maklumat adalah Robert Fortune yang
mengembara selama tiga tahun di China yang berselindung dengan identiti sebagai seorang
pedagang.[liii] Beliau berjaya mendapatkan semua maklumat yang diperlukan oleh British.
Usaha British tidak terhenti di sini apabila mereka menjalankan banyak lagi penyelidikan untuk
menghasilkan teh yang standing dengan China.[liv]

3.8 Mengimport Buruh Cina Untuk Bekerja Di Ladang Teh

Antara dasar yang dilakukan oleh British mengenai ekonomi adalah amalan sistem ekonomi
bebas atau laissez-faire. Ekonomi British menekankan kepada keuntungan semata-mata dan ini
merupakan salah satu tujuan kedatangan mereka iaitu untuk mengeksploitasi ekonomi tempatan.
Tanaman untuk tujuan komersial seperti teh akhirnya telah mampu menyaingi dan memecahkan
pengeluaran teh dari China yang merupakan pengeluar teh terbesar. Sekitar tahun 1890-an, teh
menjadi eksport India yang penting. Antara kawasan penanaman yang besar adalah di Assam,
Darjeeling, Jalpaiguri, Nilgiris, Coimbatore, Idukki dan Wynad.[lv]

Salah satu usaha lain yang dijalankan oleh British adalah mengimport buruh dari China untuk
bekerja di ladang the di Assam.[lvi] Namun, usaha ini gagal kerana pekerja yang dibawa ini
tidak mahir dalam penanaman dan pemprosesan teh. Pekerja yang dibawa adalah dari selatan
China yang tidak mahir berbanding pekerja di utara China. Kegagalan ini turut dipengaruhi oleh
kesukaran untuk beradaptasi dengan apa yang berlaku di India.[lvii] Berbanding dengan
penghantaran perisik bagi mengetahui rahsia pemprosesan dan penanaman teh yang berjaya,
usaha ini kurang berjaya. Namun, kejayaan yang dibawa oleh perisik mampu mengatasi masalah
yang dihadapi berkaitan dengan buruh-buruh Cina ini.

4.0 Kesimpulan 

Kepentingan ekonomi British di India dapat dilihat dengan ketara melalui pengenalan tanaman
baru yang mampu untuk memecahkan monopoli tanaman lain. Demi memastikan penanaman
tanaman baru berjaya, British menjalankan pelbagai usaha termasuklah membawa masuk buruh
cina, menghantar perisik ke China dan menubuhkan akta berkaitan dengan teh. Melalui usaha-
usaha ini, British telah menguasai ekonomi India walaupun pada awalnya menghadapi halangan
daripada masyarakat tempatan.
[i] H. selin. 1997. Encyclopedia of the History of Science, Technology, and Medicine in Non-
western Cultures. Netherlands: Kluwer Academic Publishers. Hlm.227. 

[ii] Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations
During Colonial (in Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and Colonialism:
Studies in Labour History). Cambridge: University of Cambridge. Hlm. 135. 

[iii] Neil Charlesworth. 1982. British Rule and the Indian Economy 1800-1914. London:
Macmillan. Hlm. 24. 

[iv]Deepak Nayyar. 2007. India’s Exports and Export Policies in the 1960’s. Cambridge:
Cambridge University Press. Hlm. 87. 

[v] Micheal Lipton and John Firn. 1975. The Erosion of a Relationship: India and Britain Since
1960. London: Oxford University Press. Hlm. 49. 

[vi] Ibid. 

[vii] Elaine Jackson. 2007. India: Mengenal Ragam Budaya dan Geografi. Solo: Tiga Serangkai.
Hlm. 12. 

[viii] Djoehana Setyamidjaja. 2000. Teh Budidaya & Pengolahan Pascapanen. Yogyakarta:


Kanisius. Hlm. 17. 

[ix] Md. Firoze Shah Sikdar, Biswa Nath Banerjee. 1990. Jute Cultivation in India and
Bangladesh: A Comparative Study. New Delhi: Mittal Publications. Hlm. 1. 

[x] Ibid. 

[xi]Deepak Nayyar. 2007. India’s Exports and Export Policies in the 1960’s. Hlm. 35. 
[xii] Usha Barwale Zehr. 2010. Cotton: biotechnological advances. New York: Springer. Hlm.
183. 

[xiii] Usha Barwale Zehr. 2010. Cotton: biotechnological advances. Hlm. 61. 

[xiv] Irwan Suhanda (Editor). 2007. India: Bangkitnya Raksasa Baru Asia: Calon Utama Dunia
Di Era Globalisasi. Jakarta: PT Kompas Media Nusantara. Hlm. X. 

[xv] sebelum ini petani bebas mengusahakan tanah yang ada mengikut kehendak masing-masing
tanpa halangan atau sewaan daripada tuan-tuan tanah. 

[xvi] pemilik tanah yang memajakkan tanah kepunyaan mereka kepada golongan petani. 

[xvii] S.N. Sen. 2006. History Modern India. New Age International. Hlm. 83. 

[xviii] petani-petani atau penyewa ini terdiri daripada keluarga yang miskin dan datang dari kasta
yang rendah. Pada tahun 1881, seorang pegawai british mengatakan bahawa mereka tidak
mempunyai makanan yang mencukupi. Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New
York: An Imprint Of Infobase Publishing. Hlm. 143. 

[xix] Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase
Publishing. Hlm. 143. 

[xx] Marshall Cavendish. 2007. World And Its Peoples. Estern And Southern Asia. Singapura :
marshall Cabendish Corporation. Hlm. 336. 

[xxi] Sistem Zamindar adalah untuk mengubah dasar yang sedia ada di Bengal di mana sebelum
ini Zamindar mempunyai kuasa yang besar dalam pengutipan cukai, kuasa ketenteraan dan
perundangan telah dibataskan hanya kepada pengutipan cukai dan pengkongsian pendapatan
sebagai pengutip cukai telah dihapuskan oleh British. Untuk keterangan lanjut, sila lihat John
Holland Rose, Ernest Alfred Benians & Arthur Percival Newton (ed.). 1928. The Cambridhe
History Of The British Empire. Cambridge : Cambridhe University Press. Hlm. 474. 

[xxii] Robert Travers. Deology And Empire In Eighteenth-Century India : The Britihs In Bengal.
New York : Cambridge University Press. 2007. Hlm. 174-177 
[xxiii]D. Rothermund. 1993. An Economic History Of India: From Pre-colonials Times To 1991.
United States: Routledge. Hlm. 91. 

[xxiv] C.H Philips. 1966. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 85. 

[xxv] Lewis S.S O’malley. 1968. Moderm India And The West: A study of The Interaction of
Their Civilizations. New York : Oxford University Press. Hlm 264. 

[xxvi] D.R Gadgil. 1971. The Industrial Evolution Of India In Recent Times 1860-1939. New
York: Oxford University Press. Hlm. 49. 

[xxvii] Mark Harrison. 2010. The Calcutta Botanic Garden And The Wider World, 1817-1846.
Dalam Uma Dasgupta (ed.). Science And Modern India: An InstitutionalHistory, 1784-1947.
Delhi: Pearson Education India. Hlm. 236. 

[xxviii] Dordon Johnson, Stewart Gordon & Christopher Alan Bayly. (ed.). 1989. The New
Cambridge History Of India : Volumes 3-5. New York : Cambridge University Press. Hlm. 47. 

[xxix] Annual Report Of The Calcutta Garden For 1843-1844. Dalam British Library, London. 

[xxx] B.R Tomlinson. 1996. The Economy OfModern India 1860-1970. New York : Cambridge
University Press. Hlm. 53. 

[xxxi] Neil Charlesworth. 1982. British Rule And The Indian Economy: 1800-1914. Australia :
Macmillan. Hlm. 24. 

[xxxii] Ajay Singh Rawat. 1999. Forest Management In Kumaon Himalaya : Struggle Of The
Marginalised People. Delhi : Indus Publishing. Hlm. 117. 

[xxxiii] H.A Antrobus. 1957. A History Of The Assam Company: 1839-1953. Delhi: Priv. Print
By T. & A. Constable. Hlm. 141. 

[xxxiv] K.N Chaudhuri. 1983. Foreign Trade And Balance Of Payments (1757-1947). CEHI.
Hlm. 10-11. 
[xxxv] Mohammad Tarique. Modern Indian History. Tata Mcgraw-Hill Education. Hlm. 5.3 

[xxxvi] Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase
Publishing. Hlm. 143. 

[xxxvii] Mohammad Tarique. Modern Indian History. Tata Mcgraw-Hill Education. Hlm. 5.6 

[xxxviii] Douglas M. Peers. 2006. India Under Colonial Rule: 1700-1885. Great Britain: Pearson
& Education Limited. Hlm. 73. 

[xxxix] Mohammad Tarique. Modern Indian History. Tata Mcgraw-Hill Education. Hlm. 2.5 

[xl]Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase
Publishing. Hlm. 144. 

[xli] Douglas M. Peers. 2006. India Under Colonial Rule: 1700-1885. Great Britain: Pearson &
Education Limited. Hlm. 73. 

[xlii] Ashwini Tambe & Harald Fischer-Tine. 2009. The Limits of British Colonial Control in
South Asia: Space of Desorder in the Indian Ocean Region. Canada: Routledge. Hlm. 23. 

[xliii] Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase
Publishing. Hlm.117. 

[xliv] Sharit K. Bhowmik. 2010. Inequalities among the Working Class: a Historical Perspective
(in T.K Oommen. Classes, Citizenship, and Inequality: Emerging Perspective). India: Dorling
Kindersley. Hlm. 37 

[xlv]Niranjan Ch. Pathak & Guptajik Patha. 2008. Assam’s History and it’s Graphics. New
Delhi: Mittal Publications. Hlm. 125. 
[xlvi] Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations
During Colonial (in Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and Colonialism:
Studies in Labour History). Cambridge: University of Cambridge. Hlm. 145. 

[xlvii] Stanley Wolpert. 2000. A New History of India (6th Edition). New York: Oxford
University Press. Hlm. 247. 

[xlviii] Ibid. 

[xlix] Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations
During Colonial (in Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and Colonialism:
Studies in Labour History). Cambridge: University of Cambridge. Hlm. 143. 

[l] John H. Weisburger. Tea and Health: a Historical Perspective. New York: American Health
Foundation. Cancer Letters 114 (1997) 315-317. 

[li] Aaron Brachfeld & Mary Choate. 2007. Eat Your Food: Gastronomical Glory From Garden
to Gut. Colorado: Coastalfields Press. Hlm. 280. 

[lii] Ibid. 

[liii] Pengalaman Robert Fortune selama beliau mengembara di China selama tiga tahun turut
ditulis oleh beliau dalam bukunya yang bertajuk Three Years Wanderings in the Northern
Provinces of China. 

[liv] Ibid. Hlm. 281. 

[lv] Sharit K. Bhowmik. 2010. Inequalities among the Working Class: a Historical Perspective
(in T.K Oommen. Classes, Citizenship, and Inequality: Emerging Perspective). India: Dorling
Kindersley. Hlm. 37 

[lvi] John S. Bowman. 2000. Chronologies of Asian History and Culture. Columbia: Columbia
University Press. Hlm. 651. 
[lvii] Semasa pembukaan tanah-tanah untuk ladang teh, pelbagai masalah wujud berkaitan
dengan suasana persekitaran dan penyakit seperti malaria dan sebagainya yang mengganggu
tahap kesihatan pekerja ladang teh. Sharit K. Bhowmik. 2010. Inequalities among the Working
Class: a Historical Perspective (in T.K Oommen. Classes, Citizenship, and Inequality: Emerging
Perspective). India: Dorling Kindersley. Hlm. 39.
Posted by hani at 8:27 AM 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ASIA SELATAN ABAD KE-20
No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Labels

 ASIA SELATAN ABAD KE-20 (11)


 ASIA TIMUR ABAD KE-20 (7)
 ISLAM DI ASIA TENGGARA (8)
 malaysia: melaka hingga negeri-negeri melayu baru (9)
 SEJARAH DAN PENSEJARAHAN(38)
DEAR READER

first of all, thankz for visit my blog


anda dipersilakan untuk mendapatkan input di dalam blog ini, namun anda tidak dibenarkan
sama sekali untuk pelagiat.. maksudnya, tolong.. tolong... tolong la sangat, input-input ni anda
gunakan untuk menambahkan pemahaman sahaja. sekiranya mahu untuk menjadikan sebagai
assignment anda juga, tolong la tukarkan ayat supaya tidak menjadi pelagiat.. ingat, pelagiat di
larang... kalau terkantoi dengan letc kan da susah... INGAT, ALLAH NAMPAK ! hehehe...

GUD LUCK
Follower me
Blog Archive

 ►  2014 (12)
 ▼  2013 (80)
o ▼  June (49)
 TRANSLATE JURNAL DALAM SUMBER PENSEJARAHAN CHINA
 PENTAFSIRAN II
 SUMBER SEJARAH II
 PENSEJARAHAN CHINA
 MENGAPAKAH PENGADILAN MORAL TIDAK DAPAT DI
PISAHKA...
 SEJARAH MELAYU
 BUKTI PERHAMBAAN
 SURAT-SURAT PERISTIWA KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD
SY...
 PENULISAN TUHFAT AL-NAFIS KURANG OBJEKTIF
 PENGADILAN MORAL
 PENSEJARAHAN INDIA
 maharaja Cina yang baharu menaiki takhta menggunak...
 TEMA, KAEDAH, PEMIKIRAN
 Huraikan perkembangan penyelidikan sejarah di Bara...
 SUMBER SEJARAH
 SUMBER SEJARAH
 JELASKAN PERKEMBANGAN AWAL ABAD KE-20 DI
MALAYSIA...
 PENSEJARAHAN DI INDIA
 PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN SEJARAH
 Mengapa golongan relatif tidak bersetuju dengan pe...
 KRITIKAN SUMBER
 Bincangkan perbezaan antara kritikan dalaman dan l...
 KEPENTINGAN SEJARAH KEPADA MANUSIA
 Huraikan jenis-jenis fakta sejarah dan kepentingan...
 FAKTA DAN KEPENTINGAN
 BINCANGKAN PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH BERIKUT :
HERODOT...
 Pensejarahan India selepas kedatangan Islam.
 KEPENTINGAN SEJARAH
 DISIPLIN SEJARAH
 FAKTA SEJARAH DAN KEPENTINGANNYA
 KRITIKAN SUMBER
 Mengapa golongan relatif tidak bersetuju dgn pemik...
 KEOBJEKTIFAN PENULISAN SEJARAH
 MANUSKRIP MELAYU
 MANUSKRIP
 PENTAFSIRAN
 TEMA MANUSKRIP
 TOKOH PENSEJARAHAN BARAT
 Isu komunalisme merupakan isu utama yang terpaksa ...
 Masalah Kashmir merupakan ‘duri dalam daging’ dala...
 Jelaskan perhubungan antara pihak Jepun dengan kal...
 Idea ‘Negara Dua Bangsa’ menjadi punca kebangkitan...
 Pilihanraya 1937 mempunyai kesan politik yang besa...
 Tunjukkan bukti yang jelas Sayyid Ahmad Khan adala...
 Apakah sumbangan terpenting Mahatma Gandhi hingga ...
 Pendidikan Inggeris menjadi faktor penting kepada ...
 Jelaskan peri pentingnya Dahagi 1857 dalam perkemb...
 Dengan memilih sama ada pertanian dan perindustria...
 Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan British le...
o ►  May (31)

ANY QUESTION ? ^_^

Shoutbox
Feedjit

disable highlight

Anda mungkin juga menyukai