Anda di halaman 1dari 20

PERANCIS TELAH BANYAK

MELAKUKAN PERUBAHAN DALAM


BIDANG AGRONOMI DAN PERTANIAN
TETAPI MASIH GAGAL MEMPERBAIKI
KEHIDUPAN PETANI DI VIETNAM
HST 225 SEJARAH ASIA TENGGARA
DISEDIAKAN OLEH:
SYARMINSHAH BIN SAID 123544
MURSHIDAH ZAHARI 123453
ENG ZI LING 126493

PENGENALAN

Keadaan Petani Vietnam Sebelum Kedatangan


Perancis
Petani vietnam sebelum dijajah oleh perancis
mengamalkan ekonomi sara diri, petani-petani
enggan berusaha mencari untung yang lebih kerana
menganggap hal itu menggangu ekonomi sara diri

Adat pemilikan tanah juga menjamin hak petani,


cthnya, jika petani lain tidak ingin mengusahakan
tanah tersebut maka mereka akan dihalau,

Undang-undang ini menyebabkan petani terus


mngusahakan bidang pertanian bagi menjamin
tempat tinggal dan makanan mereka.

Cukai juga dikenakan oleh maharaja kepada petani,


namun cukai ini tidaklah sebesar seperti cukai yang
dikenakan perancis terhadap petani. Pemungutan
cukai ini dilaksanakan oleh maharaja untuk melihat
sama ada tanah awam masih dikerjakan atau pun
tidak

PENAKLUKAN AWAL PERANCIS

Perancis mengambil masa selama 30 tahun untuk


menguasai vietnam sepenuhnya.
Penaklukan bermula di chocin china (1858)
menyerang vietnam atas alasan menyeksa golongan
katolik perancis
Menguasai Tonkin dan berjaya menawan hanoi.
Ketua penghasut ( Francis Garnier) menghasut
golongan katolik untuk menentang raja mati
dibunuh ( perjanjian Hue dilaksanakan)
Menakluk tonkin sepenuhnya atas alasan vietnam
menyekat (perjalanan bebas) di sungai merah
Vietnam minta bantuan China Namun China gagal
beri bantuan kerana impak peluasan barat
terhadap negara mereka.

Perjanjian antara China dan Perancis telah


bermulalah era penguasaan perancis terhadap
negara Vietnam. ( perjanjian bahawa perancis
melindungi Vietnam Dan China daripada serangan
luar)
Perancis menguasai raja vietnam untuk
memudahkan operasi kolonial mereka terhadap
petani. ( kuasa sepenuhnya diberi kepada residen)
raja Dong Khanh yang lemah hanya dijadikan
boneka pentas.

KEMAJUAN DALAM BIDANG PERTANIAN DAN


AGRONOMI SEMASA JAJAHAN PERANCIS
PERTANIAN
Pembukaan tanah lapang ( open field) sistem tiga
bidang dalam satu tanah ( meningkatkan hasil
pengeluaran yang sangat pesat)
Buktinya? Perancis menguasai pengeluaran beras
dari vietnam untuk dieksport
AGRONOMI
Menukar baja tradisional vietnam (tahi manusia)
kepada baja organik
Peningkatan dalam sektor perladangan getah
akibat perkembangan agronomi
Pengeluaran sutera,teh, tembakau dan kopi yang
berkembang pesat

KESAN KEDATANGAN PERANCIS ADALAH PUNCA


MENGAPA MEREKA TIDAK DAPAT MENGUBAH
KEADAAN PETANI

Kedatangan Perancis telah mewujudkan dasar yang tidak


boleh diterima oleh golongan petani, mereka
membebankan petani dalam pelbagai aspek walaupun
dapat memajukan serba sedikit bidang pertanian dan
agronomi

Contoh beban yang mereka berikan kepada


petani:
Cukai yang tinggi
Cukai perancis adalah luar biasa dan sangat berat, selepas
beberapa dekad pemerintahan kolonial cukai di vietnam sudah
melepasi atau lebih tinggi daripada indonesia,india dan
malaya.

Cukai kepala dan tanah yang dikenakan perancis telah


membebankan golongan petani dan orang miskin.
Cukai ini dibahagikan kepada tiga

(Berdaftar)

Tidak berdaftar
(unregistered)

Yang terkecuali
noneexcemt

Jika petani tidak mampu untuk membayar cukai maka


keluarganya yang harus membayar, jika keluarganya
tiada maka anaknya harus jadi hamba untuk. Jika
anak petani pun tiada maka dia harus menjadi hamba
kepada golongan mandarin kerana golongan mandarin
yang harus membayar wakil cukai kepada perancis.

PENGENALAN SISTEM MATA WANG


Perubahan daripada cukai barang kepada cukai
matawang telah membebankan petani, perubahan
drastik ini menyebabkan petani terdesak mencari
wang, dimana harga gandum dan bijirin telah jatuh
menyebabkan petani sukar untuk menjual dan
mendapatkan wang untuk membayar cukai

Golongan elit atau orang kaya hanya bersenang


lenang kerana mereka sudah mempunyai wang
yang cukup untuk menampung kos cukai yang
dikenakan perancis. Petani yang terpaksa bekerja
keras untuk mendapatkan wang.

Disamping itu, perancis juga menolak rayuan


pemotongan kadar cukai yang diutarakan oleh
golongan petani, atas alasan bahawa terdapat
tahun-tahun tertentu dimana mereka tidak boleh
mengusahakan pertanian. Cth musim serangan
belalang, banjir dan kemarau.
Petani dikerah untuk mengusahakan pertanian
walaupun ada masa tertentu mereka tidak dapat
bertani, hal ini berlaku disebabkan permintaan
beras dalam pasaran dunia terhadap vietnam
meningkat
Ada petani terpaksa menjual lebih dari 15% tanah
milik mereka untuk membayar cukai kepada
perancis

PENTADBIRAN KAMPUNG YANG MEMBEBANKAN


Dasar perancis untuk melindungi petani adalah tidak
seperti realitinya
Ketua kampung yang dilantik oleh perancis
mengambil kesempatan dalam mengaut keuntungan
daripada tanah awam. Mereka melelong dan
menjual tanah awam kepada golongan elit dengan
kadar yang murah.
Perancis tidak menghantar seorang pun golongan
kolonial untuk melihat sama ada petani dilindungi
atau pun tidak
Perancis hanya meminta wakil daripada setiap
kampung untuk memungut cukai dan segala jenis
bancian seperti kematian,kelahiran dan kemasukan
petani untuk menjadi askar.

Sistem ini lebih banyak membantu orang kaya


seperti yang dinyatakan oleh NGUYEN HUU KANG
golongan elit tidak prihatin terhadap keadaan
petani.

Kebanyakan petani terpaksa bekerja di luar


kampung untuk menyara keluarga mereka, gol elit
juga mengambil kesempatan dimana mereka
melarang isteri petani utk bertani atas alasan
suami mereka tiada di rumah.

Kepimpinan kampung adalah tidak adil dan ini


adalah salah satu dasar perancis yang sangat
membebankan para petani

PETANI DILARANG BERIMIGRASI


Walaupun mencapai tahap kemiskinan dan kebuluran
yang tinggi, petani vietnam hanya menunjukkan
skala yang kecil dalam penghijraan.
Mereka terpaksa berhadapan dengan kemiskinan dan
kebuluran di kampung sendiri
Hal ini berlaku disebabkan Perancis telah menyekat
perjalanan Antara Tonkin dan Annam. Petani tiada
tempat untuk dituju dan tiada sumber rezeki bagi
mereka.
Petani ini ibarat bahan fisiologi ditempat mereka
sendiri. Adapun antara mereka yang bekerja
dilombong dan kilang tidak menjamin kekuatan
ekonomi mereka.

Mereka dilarang keluar daerah untuk menjalankan


aktiviti sosial tanpa pengenalan diri, polis kolonial
dan agen vietnam bekerja sama dalam
membanteras pengimigrasian penduduk.

Mereka ini dilayan seperti hamba dan binatang di


negara sendiri (joseph buttinger,vietnam : a
dragon embattled)

PERANCIS MEMBOLOT TANAH AWAM


Perancis bersungguh-sungguh dalam mengeksploitasi
tanah awam di vietnam
Di Chocin China diperkenal sistem penyitaan tanah,
penstrukturan tanah disusun semula, dimana sistem
lelongan dan penjualan tanah diberi kepada penerokapeneroka asing. Cthnya di Chocin china apabila petani
melarikan diri maka tanah itu menjadi tanah bebas.

Harus diingatkan bahawa rampasan tanah bukan


sahaja dilakukan oleh golongan kolonial tetapi
golongan elit juga melakukan perkara yang sama.

Pihak kolonial memperkecilkan hak pemilikan tanah


dan membenarkan ketua-ketua kampung untuk
menjual tanah bebas

Pada tahun 1903 satu dikri dikeluarkan dimana


tanah awam dibenarkan untuk dijual dibawah
arahan residen Perancis
Satu dikri lagi dikeluarkan pada tahun 1923 iaitu
secara rasminya tanah awam yang digunakan
selama 20 tahun keatas akan menjadi hak milik
kerajaan sepenuhnya.
Petani hilang arah dan terbeban, dimana sistem
pertanian mulai merosot dan sistem percukaian
semakin meningkat.

PERANCIS MEMONOPOLI EKONOMI


Petani menderita akibat monopoli yang dilakukan
oleh perancis kerana mereka tidak mendapat
sebarang faedah daripada aktiviti tersebut
(triple-headed of the monopolies) cukai tiga kepala
raksasa iaitu monopoli candu,garam dan alkohol
Cukai yang diekstrak daripada chocin china
meningkat sebanyak sepuluh kali ganda dalam
dekad pertama kawalan perancis. Mereka mendapat
keuntungan sebanyak 20juta piaster pada tahun
1899 dan 32juta pada 1903 kemudian mendadak
sebanyak 42juta piaster pada tahun 1911.
Monopoli terhadap alkohol juga membebankan
petani dimana cukai terhadap pembuatan alkohol
dikenakan dan kerajaan membeli alkohol pada
harga yang mereka tetapkan. (wain Beras)

Peningkatan dalam pertanian tembakau, teh,


nila(indigo) dan kopi turut dimonopoli oleh pihak
kolonial.

PENDAPATAN PETANI YANG SANGAT RENDAH


Pendapatan petani dibahagian selatan,tengah dan
utara adalah sangat rendah pada tahun 1937, hanya
107 piaster dimana ianya 15 kali ganda lebih rendah
daripada pendapatan petani perancis.
Daripada jumlah diatas petani terpaksa membayar
cukai kepala,membeli ubat,pakaian dan cukai tanah
serta perbelanjaan sosial adalah tidak cukup
Tekanan yang diberikan perancis sangat membebankan
petani untuk meneruskan cara hidup yang normal.
Jika ingkar maka mereka akan terkena hukuman
sebagaimana hukuman daripada pihak ketua kampung
berikan kepada mereka

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatlah kita nilai bahawa


kedatangan perancis yang membawa kemajuan
dalam bidang pertanian dan agronomi adalah tidak
relevan seperti mana tindakan mereka terhadap
golongan petani, mereka hanya menggunakan
petani dalam bidang pertanian dan agronomi untuk
kepentingan golongan kolonial sendiri. Impak
kedatangan mereka tidak membawa sebarang
maslahah (manfaat) malah mendatangkan
mafsadah ( mudarat) kepada golongan petani,
tujuan untuk merubah keadaan petani adalah
gagal dari keseluruhan aspek. Yang kaya makin
kaya dan miskin makin miskin (dumont, la culture
du riz)

Anda mungkin juga menyukai