Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN
Perkahwinan merupakan asas kepada pembinaan sesebuah institusi kekeluargaan yang
bahagia. Keluarga pula adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat tanpa suatu
perkahwinan maka tiada perkembangan terhadap sesebuah komuniti. Kesejahteraan alam
sejagat bergantung kepada keharmonian sesebuah keluarga.
Bagi mengatur perhubungan yang abadi antara lelaki dan wanita supaya ia berlaku
dengan keadaan yang sebaik- baiknya, Islam mengaturkan sistem kekeluargaan yang
berasaskan perkahwinan dan mengharamkan segala hubungan dalam bentuk yang tidak
dibenarkan seperti berzina dan lain- lain. Melalui perkahwinan jugalah seseorang itu dapat
menyusun kehidupan dan menjalinkan tali ikatan persaudaraan yang berdasarkan kasih
sayang dan saling memahami antara satu sama lain.1
Konsep asas kepada sistem kekeluargaan ini dapat difahami melalui firman Allah
s.w.t:
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan
kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu
selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas)
kamu.

1 Hasan Hasanin, Ahkam al-Usrah al-Islamiyah Fiqhan wa Qadaan ( Kaherah : Dar


al-Afaq al-Arabiyyah,2001) hlm 65.

Anda mungkin juga menyukai