Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN
Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa
urusan keagamaan atau ketuhanan tidak harus dicampurkan dengan urusan negara,
politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang
memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran,
ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut fahaman sekular, soal
bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal
agama.
Al-Syahid Hasan al-Banna dalam Majmuah Rasail menegaskan bahawa Islam
merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia
semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak,
ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain.
Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. AlQuran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam
memandu kehidupan mereka.
Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme apatah lagi
ideologi ini mewujudkan pengasingan antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi
di dalam urusan akidah manakala sekularisme pula berfungsi di dalam urusan
syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang
terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan
pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain
ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah
sebagaimana yang dilihat daripada firman Allah yang telah menegaskan bahawa
agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci.
Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan politik suku agama suku tetapi
dengan menyempitkan ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme
seperti beramal dengan Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan
kemudahan diterima pakai manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi.
Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-Baqarah
ayat 85:
Terjemahan: Adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab
(al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya? Maka, tidak ada balasan yang layak
bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu selain kenistaan dunia dan pada
hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak
lengah terhadap apa yang kamu kerjakan
Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya
melalui firmanNya dalam Surah al-Baqarah ayat 208:

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam


keseluruhannya dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia
musuh yang nyata bagimu.
Turki adalah sebuah negara yang sangat berpengaruh dalam pengalamalan
ideologi sekularisme ini. Pembentukan Republik Turki dan perlantikan Mustafa
Kemal Ataturk sebagai presiden pertama pada 29 Oktober 1923 merupakan tarikh
bersejarah buat rakyat Turki. Sebelumnya, pada 17 November 1922, khalifah
terakhir empayar Islam Uthmaniyyah, Sultan Mehmed IV meninggalkan Turki dan
hidup dalam buangan. Maka, berakhirlah empayar Islam Uthmaniyyah dan lahirlah
sebuah negara Turki sekular.
Mustafa Kemal Ataturk disanjung semasa hayatnya dan dikenang selepas
kematiannya sebagai Bapa Turki moden dan pengasas fahaman sekularisme
kepada negara Turki baharu yang lahir selepas kejatuhan empayar Islam
Uthmaniyyah. Beliau adalah presiden, perdana menteri, dan speaker parlimen
pertama Turki moden. Untuk menjadi moden, Ataturk percaya, Turki perlu mengikut
Barat sama ada dalam politik mahupun budaya. Apa yang Ataturk percaya itulah
yang perlu dijadikan panduan bagi negara Turki dan rakyatnya.
Dalam kertas kerja ini, kami akan mengupas satu demi satu siapa, apa dan
bagaimana pelaksanaan sekularisme dijalankan di Turki. Antara skop yang akan
dikupas dan dibincangkan dalam kertas kerja ini antaranya ialah Sejarah Kejatuhan
Khilafah Uthmaniyyah di Turki, kemudiannya biografi Mustafa Kamal Attarturk
sebagai pencetus sekularisme di Turki. Seterusnya, kami akan mengupas satu
persatu skop yang berkaitan dengan 22 ideologi Kemalisme dan langkah ke arah
pelaksanaan ideologi tersebut. Tidak hanya setakat itu, kami juga akan
membincangkan kesan-kesan kemasukan sekularisme kepada Turki. Sebagai
analisis, kami menyertakan kupasan isu yeng bertajuk : Impak Sekularisme Turki
dan Barat terhadap Malaysia: Kemajuan atau Kemunduran? Dan sebagai
pengakhirannya, Kedudukan Turki setelah Penyingkiran Sekularisme Mustafa Kamal
Attaturk akan diterangkan sebagai bukti penyingkiran sekularisme selepas
pemergian Mustafa Kamal Attarturk.

2.0 SEJARAH KEJATUHAN KHILAFAH TURKI UTHMANIYYAH SEHINGGA


JATUH
KETANGAN MUSTAFA KAMAL ATTARTURK
Kemunduran Turki Uthmaniyyah sejak abad ke-17 dan kekalahannya kepada
bangsa Barat mendorong para penguasa dan para intelektual untuk mengambil
langkah dan melakukan usaha-usaha rekonstraksi dengan model baru dan moden.
Usaha-usaha ini diilhamkan dengan wujudnya kemajuan-kemajuan yang telah
dicapai oleh negara-negara Eropah Barat setelah terjadinya Revolusi Industri yang
melahirkan sains dan teknologi moden.
Semasa zaman ini, telah bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III yang mana
terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi

yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di


dalam Turki Uthmaniyyah sendiri namun mendapat tentangan yang banyak
terutamanya daripada tentera Janissari mahupun daripada kalangan ulama.[1]
Pada awal abad ke-20 terjadi peristiwa yang memberi kesan ke arah kejatuhan
khilafah tersebut setelah bergabung dengan tentera Jerman yang akhirnya
membawa kepada kekalahan dalam Perang Dunia Pertama tersebut. Kesan
daripada kekalahan ini, Turki kembali berjuang dengan gigih untuk mempertahankan
diri dari serangan tentera sekutu. Kesempatan yang baik ini dimanfaatkan oleh
Mustafa Kamal Attarturk yang muncul untuk menyelamatkan kerajaan Uthmaniyyah
daripada kehancuran dan penjajahan kolonial Barat.[2]
Imej Mustafa Kamal Attarturk menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama
apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qai'ah. Pasukannya
dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di
Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan
tentera.Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan
kemudiannya jeneral pada tahun 1335H bersamaan 1916M.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima
tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera
pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu
EmpayarUthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah
Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang
Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke
Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Dengan keberaniannya sebagai Panglima Perang, Mustafa Kamal telah berjaya
memperolah
kemerdekaan
Turki
sehinggalah
ia
mendapat
gelaran
sebagai Attarturk iaitu Bapa Turki. Pada 29 Oktober 1923, sejarah mencatatkan
bahawa telah tertegaknya negara Republik Turki dengan pimpinan Mustafa Kamal
Attarturk sebagai presiden pertamanya. Maka, di sinilah bermulanya pelaksanaan
ideologi Mustafa Kamal iaituKemalisme[3]sehingga terbentuknya negara sekular
Turki.

3.0 BIOGRAFI MUSTAFA


SEKULARISME DI TURKI

KAMAL

ATTARTURK

SEBAGAI

PENCETUS

(Imej Mustafa Kamal Attaturk)


Mustafa Kamal dilahirkan pada 1299 H (1880 M) di bandar Salonika, Greek ketika itu
merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi
berkerja sebagai pengawal di Jabatan Kastam manakala ibunya bernama Zubayde.
Namun Ali Reda meninggal dunia disaat Mustafa Kamal berusia tujuh tahun dan
kemudiannya beliau diasuh oleh ibunya sendiri.
Beliau sering dikenali dengan nama Gazi Mustafa Kamal Pasya Attaturk.
Gelar Pasya diberikan kepada Mustafa Kamal kerana kecakapannya di medan
pertempuran terutama di daerah Gallipoli dan daerah Kaukasus. Pangkatnya
dinaikkan dari kolonel menjadi Jeneral ditambah dengan gelar Pasya dan beliau
juga dikenali dengan gelaranAttaturk yang bermaksud bapa bangsa Turki.Disamping
itu, Mustafa Kamal juga telah mendapat gelaran Al-Ghazi yang bererti sang pembela
keyakinan. Gelaran ini diberikan ketika beliau berjaya membawa kemenangan
kepada Turki dalam perang kemerdekaan melawan Yunani. Gelaran Attaturk pula
diilhaminya dan disetujui pada tanggal 28 Jun 1934 yang mengharuskan orang Turki
mempunyai nama keluarga. Sejak itu beliau dikenali sebagai Mustafa Kamal
Attaturk.
Dari segi keturunannya pula, H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk
dalam bukunya yang berjudul Al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah Li
Taghiyyah telah menulis:
Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya
adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600
buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M),
tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Hal ini diakui sendiri
oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun
1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian
daripada Bani Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah
yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyapsenyap.
Latarbelakang pendidikan Mustafa Kamal Attatruk diceritakan bermula dari umur
12 tahun di mana, ibunya telah memasukkan beliau ke sekolah militer pada tahun
1893 iaitu sekolah Rushdiye yang bernama Sekolah Menengah Militer Turki. Pada
tahun 1895 (1302M) pula, beliau telah mendaftar masuk ke Akademi Tentera
Monasir di Kota Monastir dan pada tahun 1322H (1905M), beliau telah memasuki
kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H.
(1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di
Salonika dan akhirnya kelaur sebagai graduan kolej ketenteraan.Disini bermulanya
usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama Islam. Usahanya
yang menyertai dalam Perang Dunia Pertama dan akhirnya telah berjaya
memperoleh kemerdekaan Turki telah membawanya ke arah kedudukan yang
diingininya sehingga mencetuskan ideologi baru sekularisme di Turki.

4.0 22 IDEOLOGI SEKULARISME MUSTAFA KAMAL ATTATURK DI TURKI


Adapun dalam kajian ini, ada 22 Ideologi yang di kenali dengan Kemalisme yang di
wujudkan setelah kelahiran Repubik Turki Moden di antaranya adalah:
1. Mengikut segala model barat dalam pemerintahan. Sistem yang menjadi tonggak
utama adalah sistem republik sekular dengan menghapuskan sistem pemerintahan
Khilafah. Pemakaian hijab di larang dalam kalangan wanita Islam. Sekiranya dipakai
ia dianggap jenayah dan hukuman berat di kenakan. Begitu juga pemakaian tarbusy
oleh lelaki diganti dengan topi.
2. Huruf Arab di ganti dengan huruf Latin.
3. Mengarahkan Al Quran di cetak dalam bahasa Turki dan menukar azan kedalam
bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur arab dan
Parsi. Arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak
lagi dalam bahasa Arab.
4. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam
perlembagaan tahun 1933.

5. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.
Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan
Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan
oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan
yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis
tulen.
6. Memansuhkan badan kehakiman Syariah dan di ganti dengan badan kehakiman
sivil. Larangan berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan
perkahwinan antara lelaki dan wanita.
7. Sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan
memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan
amalan sufi.
8. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat. Sebagai
contohnya, Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium.
9. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
10. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran
dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
11. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
12. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
13. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
14. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat
supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
15. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
16. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi
yang sesuai dengan kehendak Barat.
17. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari
dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara. Beliau
pernah menegaskan bahawa negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak
cenderung kepada pakaian moden.
18. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
19. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

20. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.


21. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
Barat.
22. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.
Dapat dilihat bahawa, perubahan-perubahan yang dilakukan untuk merealisasikan
pelaksanaan ideologi ini terangkum dalam pelbagai aspek yang menyentuh
kepentingan dan kebiasaan dalam kehidupan rakyat Turki. Bagaimanakah ideologi
ini diserap dan dilaksanakan? Persoalan ini akan kami kupas dalam skop tajuk yang
seterusnya.

5.0 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PELAKSANAAAN SEKULARISME DI


TURKI
Setelah kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah, sistem sekularisme sudah mula
menyebar dalam masyarakat Turki. Pemodenan dan pensivilan mula diperkenalkan
oleh kerajaan yang di tadbir oleh Mustafa Kemal Attrartuk. Republik Turki yang
terbentuk telah membuka peluang bagi Mustafa Kemal untuk melakukan
pembaharuan yang diinginkan berdasarkan westernisasi, Sekularisasi dan
nasionalisme.
Perkara pertama yang telah di lakukan adalah mencedok segala peradaban
dari Barat dan dimasukkan di negara Turki dengan alasan peradaban Moden
mengkehendaki sesebuah masyarakat mengadakan perubahan dalam diri sendiri.
Zaman keilmuan Turki pada masa tersebut sudah tidak dapat mempertahankan
wujudnya bangsa berilmu pengetahuan Islam apabila masyarakatnya di ubah
menjadi masyarakat yang mempunyai peradaban barat dan segala kegiatan
penyebaran islam harus di hancurkan. Mari kita selusuri satu persatu perkara yang
di bawa oleh beliau dalam zaman pemerintahannya sehingga adab Islam hilang dari
masyarakat di Turki.
Langkah yang seterusnya setelah mengambil peradaban barat adalah
penyerapan masuk sistem sekularisme yakni memisahkan nilai agama dari
kehidupan seperti yang di lakukan di barat. Pemisahan agama dari sudut politik,
sosial, sistem pendidikan mahupun ekonomi. Sekularime adalah salah satu
landasan ideologI modernisasi Turki dan sekaligus menjadikan Turki di gelar sebagai
negara sekular.
Untuk mewujudkan modernisasi Turki sebagai negara sekular, Mustafa Kamal
Attaturk telah menghapuskan lembaga Kesultanan dan jabatan khilafah telah di
hapuskan. Sultan Abdul Hamid II dipaksa meninggalkan Turki untuk mengelakkan
terjadinya dualisme dalam pemerintahan di Turki. Kemudian, beliau memindahkan
jabatan Syariah dan lembaga wakaf di bawah pentadbiran Perdana Menteri.

Pada tahun 1924, Mahkamah Syariah dan Undang-undang Syariat Islam telah
diganti dengan Western Legal Code yang diambil dari Undang-Undang Sivil Swiss,
Hukum Jenayah Itali dan Undang-Undang Perdagangan Jerman. Hukum-hukum
yang lain pula diletakkan di bawah bidang kuasa Sultan yang tidak di dasari dengan
hukum syariat. Dengan wujudnya sistem undang-undang seperti ini, segala urusan
termasuk perkahwinan tidak lagi menurut Syariat Islam tetapi menurut undangundang Sivil Swiss. Untuk mengatasi kekurangan yang dialami akibat perubahan
dari Mahkamah Syariah kepada Western Legal Code, Sekolah Undang-Undang
Eropah pada tahun 1952.
Melalui Institusi pendidikan pula, segala bentuk pengawasan atas sekolahsekolah oleh lembaga Islam diserahkan kepada kementerian pendidikan. Sedikit
demi sedikit pelajaran agama di kurangi dari kurikulum pendidikan sehingga di
hapuskan sepenuhnya pada tahun 1935. Semua madrasah-madrasah di tutup dan
pelajaran bahasa Arab di tukar dengan Latin.
Sistem kebudayaan dan adat istiadat Masyarakat Turki pula di westernisasi kan
dengan cara-cara yang kecil. Antaranya rakyat Turki di larang memakai topi khas
mereka iaitu tarbus dan di gantikan dengan memakai topi barat. Pakaian
Keagamaan diganti dengan pakaian barat. Warga negara Turki di wajibkan
mempunyai nama belakang seperti orang barat. Hari cuti pada hari Jumaat turut di
tukar kepada hari Ahad.
Walaupun perubahan-perubahan yang dijalankan merangkumi dari segala aspek
bermula dari aspek keagamaan, kehakiman, pendidikan sehinggalah perkara umum
dalam kehidupan rakyat Turki. Segalanya diubah mengikut telunjuk Mustafa Kamal
Attaturk. Kemungkinan juga rakyat Turki merasakan perubahan tersebut adalah jalan
ke arah kemodenan dan kemajuan hidup, namun lama-kelamaan impaknya semakin
jelas dan memberi impak kepada negara dan rakyat Turki. Kesan atau impak
pengamalan sekularisme ini akan kami kupaskan satu persatu dalam skop tajuk
yang seterusnya.

6.0 KESAN KEMASUKAN IDEOLOGI SEKULARISME TERHADAP TURKI


Setelah terbentuknya Negara Republik Turki, keadaan ini membuka peluang yang
luas kepada Mustafa Kamal Attaturk untuk melakukan pembaharuan-pembaharuan
yang diinginkan. Dalam menjalankan misinya untuk menyerap pengaruh sekularisme
dalam kalangan masyarakat Turki, pelbagai dasar baru yang diperkenalkan olehnya.
Usahanya pernah diungkapkan dalam pidatonya yang mengatakan bahawa
kemajuan hidup di dunia peradaban moden menghendaki masyarakat untuk
mengadakan perubahan yang bermula dari diri sendiri. Oleh sebab itu, menurutnya
masyarakat Turki harus diubah menjadi masyarakat yang mempunyai peradaban
Barat, bukan sesetengah tetapi segalanya harus berubah.
Segalanya mengikut dakwaan Mustafa Kamal Attaturk adalah untuk
membawa Turki ke arah negara maju dan moden, demokratik, sekular, positif dan
rasional. Namun begitu, usaha-usaha yang diharapkan untuk membawa kepada
kemajuan sebaliknya membawa ke arah kemunduran, kesan positif yang dijangka

bertukar ke arah kesan negatif. Kesannya dapat dilihat sedikit demi sedikit, satu
persatu terhadap negara Turki kini.
Antara kesan yang dapat dilihat ialah kemunduran pembangunan material dan
fizikal. Pembangunan material pada zaman Kamal Attaturk dijangka lebih canggih
dan hebat. Namun begitu, ianya tidak terjadi malah hanya berlaku dari segi teori
sahaja bukanya praktikal. Pembangunan pada zaman Turki Uthmaniyyah lebih hebat
dan agung yang tidak dapat ditandingi era pemerintahanselepasnya.
Sebagai contonya Masjid Biru dan Masjid Sultan Sulaiman yang lebih kukuh
binaanya, indah dan besar. Begitu juga dengan pembinaan istana, istana Topkapi
dan Dolmabahce di Istanbul. Segalanya merupakan istana yang serba lengkap
dengan kemudahan. Kini Istana Dolmabahce telah dijadikansebuah hotel terkemuka.
Pembinaan bandar yang berlaku juga memperlihatkan kegagalan Attaturk.
Ankara dibina sebagai model pembangunan bandar yang canggih tidak berjaya dan
kinihanyalah menjadi kawasan sosial untuk berpeleseran dan maksiat. Senibina
bangunan Ankara jugamasih ketinggalan untuk bersaing dengan negara Barat dan
tidak dapat menandingi kegemilangansenibina era Turki Uthmaniyyah.
Selain daripada itu, kesan negatifnya juga dapat dilihat dari segi ekonomi Turki
yang semakin merundum dan merosot.Sebagai buktinya, pada tahun 1929, Turki
ditimpa kemelesetan ekonomi. Para petani mengeluh dan kesalkerana tanaman
mereka tidak menjadi. Malahan, barangan Turki tidak dapat dipasarkan diEropah
dan menembusi negara-negara yang lain. Tindakan Barat pula melonggarkan
barangan mereka kepasaran Turki. Bantuan daripada Barat tidak diperolehi dan
menyebabkan Turkimengalami masalah penganguran dan inflasi yang tinggi.
Dalam pada itu, Turki telah kehilangan tenaga profesional dalam kalangan
masyarakatnya. Hal ini adalah kerana pendidikan sekular yang hanya tertumpu
kepada kehidupan dunia dengan melupakan akhirat telah menyebabkan ramai
cerdik pandai dan golongan profesional Turki telah berhijrah dan bekerja dinegara
yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak dengan tawaran gaji yang tinggi.
Mereka ini juga turut menukar kewarganegaraan dan ini menyebabkan tenaga
mahir tiada untuk memajukan Turki. Perpindahan cerdik pandai Turki ke nagara
Barat telah menguntungkan Baratuntuk memajukan negara mereka dengan
perpindahan kemahiran dan profesional Turki kenegaramereka.
Di samping itu, sudah terang lagu bersuluh, dapat dilihat bahawa Yahudi telah
menguasai ekonomi Turki. Yahudi sudah lama bertapak di Turki dan menguasai
ekonomi Turki. Gerakan freemason atau dipanggil Yahudi Daunamah telah
menjadikan bidang ekonomi, politik, kebudayaan sebagai tumpuan perjuangan
mereka. Yahudi bukan hanya mahukan keuntungan ekonomi malah turutmerosakkan
sosial dan budaya masyarakat Turki.

Dalam pada itu, telah berlaku juga pemberontakan oleh minoriti Kurdis di
sempadan negara Turki. Oleh kerana dasar Turki yang menjadikan negara Barat
sebagai ikutan, keadaan ini telah menambah kebencian bangsaKurdis yang tinggal
di pinggir negara Turki. Mereka memusuhi pemerintahan Turki danmenuntut
membebasan dan kemerdekaan.
Mereka ingin menubuhkan sebuah negara yangmerdeka dan tidak mahu
terpengaruh dengan Barat. Walaupun jumlah bangsa Kurdis dianggap minoritinamun
jumlah bangsa mereka 12 juta orang daripada 60 juta penduduk Turki.
Pemberontakandaripada bangsa ini sering berlaku. Askar Turki di sempadan kerap
diserang. Pada tahun 1992,kira-kira 2000 orang terbunuh yang dicetuskan oleh
gerila Kurdis yang menggelarkan diri merekaParti Buruh.
Sebagai kesimpulannya, usaha dan langkah yang dilakukan oleh Mustafa
Kamal Attaturk ini telah memutuskan Turkidengan masa lalunya iaitu Islam dan telah
memutuskan Turki dengan saudara seagamanya iaituseluruh dunia Islam. Pada
1940 Islam mula marak kembali di Turki, setelahMustafa Kamal Attaturk meninggal
dunia. Pemenrintakan ditaktorMustafa Kamal Attaturk terhadap keagamaan mulai
berubah dan kalangan islamis Turki mulai mendapat kembali peluang membina
kehidupan beragama di kalangan bangsa Turki.

7.0 KUPASAN ISU : IMPAK SEKULARISME TURKI TERHADAP MALAYSIA :


KEMAJUAN ATAU KEMUNDURAN?

Setelah di teliti, dapatlah kita lihat bahawa bentuk sekularisme yang di amalkan di Turki
dibawa masuk daripada Ideologi- ideologi Mustafa Kamal Atartuk yang di bawa bertujuan untuk
pemodenan untuk mengeluarkan Turki dari paradigma yang tidak membantu masyarakat dalam
banyak keadaan dari segi politik, ekonomi, sosial serta beberapa aspek keagamaan. Wujud pelbagai
pendapat mengenai nilai keagamaan yang wujud ketika itu adalah tidal seperti yang di amalkan oleh
orang islam. Adapun waktu itu, agama bukan lagi menyebabkan manusia semakin maju tetapi
semakin mundur.
Manakala sekularisme di Malaysia pula disebabkan oleh pengaruh penjajahan dan
kebanyakannya hanya terjadi selepas kemerdekaan. Mustafa Kamal membentuk Sekularisme di
Turki, namun tidak di Malaysia. Ianya terjadi secara tidak sengaja dan secara perlahan. Antaranya
pengaruh pelajar yang belajar di barat cuba memasukkan implak sekularis dalam kalangan
masyarakat melalui konteks pemikiran. Agama di pisahkan dalam banyak hal begitu juga dari kaedah
politik.
Adapun,di sini para Sultan sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan dan tidak lagi
berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang dibawa oleh Inggeris.
Dan akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari agama, atau agama dari negara.
Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957 dasar pemisahan di antara agama dan negara
itu diteruskan dan dikekalkan dalam bentuk konstitusi iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam

Bahagian 1, ceraian 1,2,3 dan 4, soal agama diserahkan kepada Sultan dan Majlis Agama Islam tiaptiap negeri manakala soal pemerintahan diserahkan kepada wakil rakyat tidak kira samada Islam dan
bukan Islam. Akhirya terpisahlah Islam dari pemerintahan kerajaan Tanah Melayu itu.
Sebagai langkah untuk menguatkan lagi sekularisme, penjajah Inggeris merancang dan telah
pun berjaya melahirkan segolongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri yang telah
disekularkan dengan sistem pendidikan. Golongan ini kemudiannya menjadi pentadbir, perancang
negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan dasar penjajah itu sendiri.
Golongan ini kemudian berjaya memesongkan akidah dan perjuangan masyarakat Islam di Tanah
Melayu, dan mereka seterusnya berjaya menanamkan fahaman sekular itu ke dalam tubuh
masyarakat Melayu sehingga orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut memuja fahaman
kebendaan dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.
Bidang yang paling teruk menerima kesan sekularisasi adalah bidang pendidikan. Ini kerana
pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting untuk mencorakkan haluan hidup manusia
itu sendiri. Saranan supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi
dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu.
Selanjutnya perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Mereka
memperkenalkan sistem kapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu sistem
itu tidak akan dapat dijalankan.
Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kebebasan individu yang hanya
mementingkan keuntungan peribadi. Manusia diajak berlumba-lumba untuk mengumpul harta dan
kekayaan di mana akhirnya tindas menindas dan tipu menipu turut berlansung dan menjadi amalan
masyarakat. Akhirnya manusia menjadi haiwan ekonomi, dan mereka pun memilih cabang-cabang
Islam yang hanya sesuai dengan jiwa mereka, dan tidak lagi berfikir untuk menegakkan Islam dan
melaksanakan jihad seperti yang dikehendaki Islam.
Demikianlah masyarakat Melayu mula membenci orang-orang yang hidup sederhana, yang
tidak menyintai dunia, dan yang mengamalkan sikap zuhud. Segala-galanya dinilai dengan wang
ringgit. Masalah negara dilihat penyelesaiannya dari sudut ekonomi, dan bukannya dengan cara yang
dikehendakki oleh Islam. Kemudian pada dekad-dekad terakhir lapan puluhan lahirlah Dasar Ekonomi
Baru, Amanah Saham Nasional, 30 peratus penyertaan bumiputra dalam sektor perusahaan, Loteri
Kebajikan Masyarakat, dan berbagai lagi perkara yang menjurus kepada soal kebendaan semata
yang kesemuanya bertentangan dengan prinsip Islam.
Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Perlembagaan
Malaysia adalah bukti yang paling jelas dalam hal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya dan Al
Quran. Politik dan agama menjadi terpisah.Sedangkan sepertimana yang kita tahu dalam Islam
agama dan politik adalah satu. Hijrahnya Rasul saw adalah untuk mendirikan negara Islam di
Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan, di mana ia bertentangan sama sekali
dengan hakikat perjalanan politik di Malaysia. Politik kita sekarang adalah acuan dari Barat, politik
yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.

Apabila hal-hal duniawi menguasai manusia tanpa landasan yang dipegang sebagai tali
kekuatan maka mereka pun tenggelam dalam suasana hidup yang tidak ada berpedoman, semuanya
bertuhankan nafsu. Adapun dari aspek sosial, sistem sekularisme menjadikan orang Islam di
Malaysia terlalu individualistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan. Pemakaian
masyarakat di ambil dari Barat menandakan pemodenan walhal agama di ketepikan. Pemikiran juga
telah banyak dipengaruhi oleh sifat sekularisme itu sendiri.
Maka, maka terjawab persoalan yang dikemukakan dari isu sekularisma ini. Manusia semakin
maju dalam hal-hal duniawi, pemikiran mereka menjadi kritis. Namun dengan sekularisme ini agama
telah mundur ke belakang akibat pemisahan lurah-lurah agama dengan dunia.

7.0
KEDUDUKAN
SEKULARISME

TURKI

KINI

SETELAH

PENYINGKIRAN

IDEOLOGI

Pembentukan Republik Turki dan perlantikan Mustafa Kemal Ataturk sebagai


presiden pertama pada 29 Oktober 1923 merupakan tarikh bersejarah buat rakyat
Turki. Sebelumnya, pada 17 November 1922, khalifah terakhir empayar Islam
Uthmaniyyah, Sultan Mehmed IV meninggalkan Turki dan hidup dalam buangan. Hal
ini menyebabkan kesedihan kepada umat Islam. Maka, berakhirlah empayar Islam
Uthmaniyyah dan lahirlah sebuah negara Turki sekular.Sewaktu pemerintahan
Attaturk,pemakaian Barat dipromosikan secara habis-habisan malahan semua
pengganti Ataturk berpegang kuat kepada sekularisme. Sebarang campur tangan
agama dalam hal ehwal kerajaan ditentang. Penubuhan parti politik yang mewakili
agama diharamkan.Sewaktu pentadbirannya di Turki, sudah dua parti politik
diharamkan iaitu Parti Refah pada tahun 1998 dan Parti Fazilet pada tahun 2001.
Kedua-dua parti ini dikatakan cuba melenyapkan sekularisme di Turki dengan aktiviti
parti yang cenderung kepada Islam.
Kini, Turki diperintah oleh Parti Adalet ve Kalknma (AKP) yang dilihat
cenderung ke arah menerapkan nilai Islam secara perlahan-lahan kepada rakyat
Turki. Selain itu, kerajaan yang memerintah sekarang adalah sebuah kerajaan yang
giat mempromosikan nilai Islam dan secara perlahan-lahan menghakis sekularisme
di Turki. Kerajaan Turki yang dibentuk oleh Parti Adalet ve Kalknma (AKP) ini
dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan, yang kini menjadi Perdana Menteri
Turki.Kebanyakan pemimpin di dalam AKP adalah aktivis Islam dan bekas ahli parti
politik Islam yang diharamkan sebelum ini.
Namun cabaran yang dihadapi Recep Tayyip Erdogan tidak terhenti begitu
sahaja setelah ketiadaan Mustafa Kamal Attaturk. Parti pimpinannya, AKP hampir
sahaja diharamkan pada tahun 2008 kerana aktiviti Islam mereka. AKP diberi
amaran keras dan dikenakan penalti dengan dana awam disekat kepada separuh.

Walaupun begitu, parti pemerintah tersebut tetap berusaha mempertahankan


kedudukannya dan meneruskan perjuangan menyuburkan nilai Islam di Turki secara
agresif tetapi teratur. Hal ini kerana, tujuan utama AKP dan Erdogan adalah untuk
membuka lembaran baharu untuk Turki.
Turki adalah bangsa yang mempunyai lebih separuh penduduk yang taat kepada
ajaran Islam. Namun Attaturk dan sekularisme yang dibawa telah memusnahkan
rakyat Turki. Sekularisme masih hidup walaupun ada yang menentangnya kerana
pihak tentera, mahkamah perlembagaan, parti politik, golongan elit dan ahli
akademik yang sekular masih mempertahankannya. Dalam pada itu, ketegangan
antara puak sekular dan Islam semakin memuncak sejak AKP mengambil alih
pentadbiran kerajaan. AKP telah banyak menaikkan kemarahan puak sekular.
Dalam pada itu, ketegangan antara puak sekular dan Islam semakin memuncak
sejak AKP mengambil alih pentadbiran kerajaan. AKP telah banyak menaikkan
kemarahan puak sekular. Tangkapan demi tangkapan yang dilakukan polis terhadap
sebilangan golongan sekular atas tuduhan ingin menumbangkan kerajaan pimpinan
AKP melalui jalan keganasan. Menurut maklumat, mereka yang melakukan
pemberontakan ini terdiri daripada bekas pimpinan tertinggi tentera, sebilangan kecil
pimpinan tentera yang masih berkhidmat, bekas ahli Majlis Keselamatan Negara,
bekas ketua polis, ahli akademik, pemimpin mafia dan wartawan yang masih
berpegang kuat kepada pengaruh sekularisme.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Erdogan dan AKP setakat ini berjaya
melalui segala liku memimpin kerajaan Turki.AKP yang dilihat berusaha untuk
membuat reformasi pada perlembagaan Turki dan membawa tentera ke era baru
memegang mandat besar daripada rakyat Turki untuk merealisasikan impian ini.

8.0 KESIMPULAN
Gerakan Sekularisasi yang telah dikelola oleh Mustafa Kamal Attaturk telah
memisahkan kehidupan rakyat Turki dari landasan yang benar iaitu Islam yang
akhirnya sekularisme dirasmikan sebagai salah satu landasan ideologi modenisasi
Turki pada tahun 1937 dan sekaligus telah menjadikan Turki sebagai negara sekular.
Pengaruh sekulaisme ini bukan sahaja mengenepikan kehidupan akhirat
malahan menyempitkan ruang lingkup agama seperti yang telah dilakukan oleh
Attaturk terhadap Turki melalui institusi kenegaraaan, keagamaan, pendidikan,
kehakiman dan kebudayaan yang dilihat seratus peratus menolak syariat Islam
sebagai panduan utama. Akibatnya, pengabaian terhadap keseimbangan dunia dan
akhirat telah menyebabkan kekosongan agama dalam budaya masyarakat.

Dalam pada itu, dapat dilihat kesan-kesan ketara akibat pengaruh sekularisme ini
terhadap rakyat Turki antaranya kemunduran pembangunan material dan fizikal,
ekonomi Turki semakin merundum dan merosot, kehilangan tenaga profesional
dalam kalangan masyarakatnya, berlakunya pemberontakan oleh minoriti Kurdis di
sempadan negara Turki serta memberi peluang kepada Yahudi untuk menguasai
ekonomi Turki. Tambahan pula, pengaruh sekularisme ini tidak terhenti hanya di
Turki, tetapi ideologi ini juga menular sebagai ideologi negara lain seperti Malaysia
yang sedikit demi sedikit merangkak ke arah fahaman ini.
Walaupun begitu, dengan pemerintahan oleh Recep Tayyib Erdogan yang
mentadbir Turki kini diharapkan dapat merelalisasikan mandat rakyat Turki untuk
menyingkir ideologi ini daripada terus menular dalam kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai