Anda di halaman 1dari 1

Blog Sejarah STPM

Chegu Mohdia
Blog ini adalah untuk kegunaan para pelajar yang
mengambil subjek Sejarah STPM Baharu 2013-Kini.
Semoga blog ini bermanfaat untuk semua.

Isnin, 20 Julai 2015

3.1 Perkembangan Ekonomi


Pertanian

3.1.2.2 Perkembangan Ekonomi Pertanian di Belanda

Soalan 71: Huraikan perkembangan sistem ekonomi pertanian di


Belanda

Pendahuluan

Iklim Belanda yang sederhana membolehkan


pertanian menjadi punca ekonomi yang
utama.  Belanda mempunyai tanah yang subur dan
sungai utama seperti sungai Rhine dan sungai Mass
serta beberapa terusan yang membantu
perkembangan ekonomi Belanda pada abad ke-17
hingga ke-18

Isi-isi penting

Sistem pengairan yang baik digunakan untuk mengairi tanaman.


Petani mengusahakan tanaman sayur-sayuran untuk memenuhi
permintaan di Bandar. Belanda masih mendahuluhi dalam bidang
pertanian pada ketika ini. Pengeluaran pertanian Belanda meningkat
kerana penebusgunaan tanah yang dilaksanakan. Pada separuh pertama
abad ke-17, penyaliran tanah secara besar-besaran telah dijalankan.
Benteng-bentebg yang dibina menggunakan dinding tanah, kadang-
kadang kayu yang di perkukuhkan san diliputi rumput. Sejenis alat
digunakan untuk mengepam air yang berlebihan dari kawasan rendah.
Penyelanggaraan sistem seperti ini memerlukan usaha bersama dan
menjadi Belanda jurutera enjin hidrolik yang terbaik pada zaman itu.

Belanda juga merupakan pengasas dalam inovasi pertanian.


Pertanian bergilir diperkenalkan oleh petani-petani Belanda. Tanah
yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan begitu sahaja. Sementara
menunggu masa untuk menanam semula, tanaman lain seperti lobak,
kacang pis dan sebagainya diselang-selikan dengan bijirin-bijirin. Ini
membolehkan meraka mengekalkan pengeluaran pertanian yang tinggi
di samping memastikan kesuburan tanah. Penggiliran tanaman dengan
bijirin membolehkan mereka membela haiwan ternakan dan
menggunakan najis haiwan tersebut sebagai baja untuk tanah.
Walaupun Belanda merupakan Negara yang maju dalam pertanian,
Negara itu tetap terpaksa mengimport bijirin untuk kegunaan penduduk
kerana penduduknya sangat padat.

Petani di Belanda juga mengusahakan penternakan haiwan secara


intensif. Lembu-lembu di sini dijaga dengan baik dan hasilnya sangat
memberansangkan. Belanda memiliki kawasan yang sesuai untuk
member makan lembu dan menggemukkan lembu-lembu sebelum
penyembelihan. Akhirnya, lembu-lembu yang telah disembelih
dieksport ke Bandar-bandar wilayah selatan. Perdagangan lembuh
disembelih berkembang dari tahun 1500 hingga tahun 1660. Tetapi
langkah-langkah perlindungan di pihak berkuasa Belanda yang mahu
menggalakkan penggemukkan lembu di rumah belaan menyebabkan
pengucupan perdagangan lembu antarabangsa antara tahun 1660 dan
tahun 1750.

Perdagangan gandum dengan baltik telah menjadi sumber utama


pekerjaan bagi Belanda bukan sahaja dalam bidang maritim tetapi
juga dalam hal menguruskan bekalan. Perdagangan ini telah
diibaratkan sebagai ibu perdagangan. Ini bermaksud perdagangan yang
tertua dan teguh merangkumi perkapalan, kelasi dan komoditi. Dalam
jangka waktu panjang ,gandum dari Baltik telah memajukan sektor
perkapalan, perdagangan, dan industri pembuatan.

Penutup

Ekonomi pertanian di Belanda telah menggalakkan


pertumbuhan ekonomi perdagangan dan seterusnya
industri perkapalan

Soalan 72: Huraikan faktor-faktor perkembangan pertanian di


Belanda

Pendahuluan

Menjelang abad ke-17 dan  18, berlaku 


pertambahan bilangan penduduk di Belanda.
Dalam pada itu, bilangan penduduk yang tinggal di
Bandar-bandar turut meningkat.  Peningkatan
penduduk di kawasan Bandar menyebabkan
permintaan untuk sayur-sayuran dan hasil
tenusu meningkat. Perkembangan ini menyebabkan
muncul kawasan-kawasan pertanian di sekitar
Bandar.

Isi-isi penting

Menebus Guna Tanah

Perkembangan pesat dalam sector pertanian disebabkan oleh aktiviti


menebus guna tanah. Melalui aktiviti ini sebahagian besar tanah yang
berada di bawah paras laut di tebus guna untuk menjalankan aktiviti
pertanian. Menjelang pertengahan kurun ke-17, sebahagian besar tanah di
wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Menerusi kegiatan
tebus guna kawasan tanah, seluas 1772 ekar telah ditebus untuk
menjalankan aktiviti antara tahun 1765 hingga 1789. Aktiviti menebus
guna tanah menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian meningkat di
Belanda

Pengenalan Tanaman Bergilir

Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan pengenalan sistem


tanaman bergilir. Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di
wilayah weas pada tahun 1644. Dalam sistem penggiliran tanaman yang
diamalkan di Negara Belanda,sistem tanah rang di mansuhkan. Melalui
sistem ini, Kesuburan tanah pertanian dipelihara dan hasil pertanian turut
meningkat.

Kesuburan Tanah

Salah satu faktor yang mendorong perkembangan


aktiviti pertanian di Belanda ialah Kesuburan tanah.
Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada
tanah di Negara Belanda amat subur dan sesuai untuk
menjalankan aktiviti pertanian.  Kesuburan tanah
menyebabkan petani-petani Belanda memperoleh hasil pertanian yang
banyak. Petani-petani di Belanda mempunyai pengetahuan dalam
memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalanjan pelbagai langkah
untuk memelihara kesuburan tanah. Antaranya ialah : Melakukan
pemugaran tanah, Penggunaan baja asli seperti najis ternakan , Akhir
sekali membuang rumput dan Tanaman Perosak

Sistem Penanaman Deretan

Penanaman dalam Deretan telah dipraktikkan di


Belanda sejak abad ke-14 lagi. Sistem ini digunakan
dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader,
hop, biji kol dan tembakau.  Penanaman dalam
deretan menyebabkan berlaku peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian.

Sistem Batas

Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan


sistem penanaman dengan membuat batas.
Melalui sistem ini, Saliran yang baik  dapat
diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh
dengan subur. Pengenalan sistem batas menyebabkan penanaman
dalam deretan atau jajaran diperkenalkan.

Kemajuan dalam teknologi Peralatan

Perkembangan pesat dalam sector pertanian juga


disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi
peralatan. Petani-petani di Belanda telah mencipta
pelbagai jenis peralatan seperti tenggala dan mesin
menampi bijirin. Penemuan peralatan-peralatan
baharu menyebabkan berlaku peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian.

Penutup

Faktor-faktor yang mendorong perkembanagn


Revolusi Pertanian di England ialah dengar
menggunakan Menebus Tanah, Pengenalan Tanaman
Bergilir, Kesuburan Tanah, Sistem Penanaman
Deretan, dan  Sistem Batas. Perkembanagn Revolusi pertanian
di Belanda telah mangakibatkan perubahan-perubahan kemajuan dalam
teknologi Peralatan pertanian di Belanda

3.1.2.2 Perkembangan Ekonomi Pertanian di England

Soalan 73 : Huraikan perkembangan sistem Pertanian di England


pada abad ke-17 dan 18

Pendahuluan

Menjelang akhir abad ke-17, tercetus revolusi yang dikenali sebagai


‘Revolusi Pertanian’ di England. Revolusi pertanian
meletakkan asas bagi kemunculan Revolusi
Perindustrian di England.

Isi-isi penting

Perkembangan dalam Bidang Pertanian di England

1. Pengeluaran Makanan

  Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran


makanan secara kecil-kecilan.  Selepas revolusi
pertanian, pengeluaran makanan secara besar-
besaran berlaku kerana Penggubahan dalam
sistem pemilikan tanah; Penggunaan kaedah
saintifik dalam penanaman dan Kaedah
pemasaran produk yang berkesan.

2. Sistem Pemilikan Tanah

§ Sebelum revolusi pertanian, terdapat dua sistem pemilikan tanah,


iaitu: Sistem pemilikan tanah persendirian dan Sistem pemilikan
tanah awam. Tanah persendirian dimiliki oleh golongan tuan-tuan
tanah yang kaya. Tanah awam merupakan tanah yang dimiliki
oleh orang perseorangan.
§ Rakyat biasa dibenarkan menggunakan tanah awam untuk:
Bercucuk tanam, Memelihara ternakan, Memburu binatang dan
Memancing

3. Akta Pemagaran Tanah

§ Menjelang abad ke-18 dan 19, berlaku pertambahan penduduk di


England. Menjelang tahun 1801, bilangan penduduk di England
dan Wales adalah Sembilan juta orang. Tahun 1831 – Bilangan
penduduk meningkat secara mendadak mencapai 14 juta orang.
§ Pertambahan penduduk menyebabkan tuan-tuan tanah
memanfaatkan tanah awam untuk menjalankan aktiviti pertanian
secara besar-besaran dan mendapat kelulusan parlimen untuk
memagari tanah awam. Tahun 1761 hingga 1792 – hampir 500
000 ekar tanah dipagari.
§ Akta pemagaran tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli
tanah awam dan muncul ladang pertanian.

4. Kaedah Pertanian Baharu

§ Revolusi pertanian menyebabkan kaedah baharu diperkenalkan


dalam bidang pertanian. Kaedah yang diperkenalkan ialah sistem
penanaman bergilir. Kaedah ini diperkenalkan oleh Lord
Townshend. Mengikut kaedah ini, kaedah pertanian dapat
digunakan secara berterusan sepanjang tahun. Melalui kaedah
baharu ini, kesuburan tanah tidak terjejas kerana tanaman yang
berlainan menggunakan bahan mineral tanah yang berlainan.
§ Pengenalan sistem penanaman bergilir menyebabkan beberapa
tanaman baharu diperkenalkan. Antara tanaman baharu yang
diperkenalkan di England termasuklah turnip dan ubi kentang.
Thomas William Cake telah memperbaik sistem penggiliran
tanaman dan mendapati hasil pertanian semakin meningkat
berlipat kali ganda.

5. Kaedah Penternakan Baharu

§ Usaha dilakukan untuk memperkenalkan kaedah baharu dalam


bidang penternakan. Robert Bakewell telah memperkenalkan
kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Dengan
kaedah ini, binatang ternakan boleh membesar dan matang dengan
lebih cepat.
§ Bekalan daging dan bulu binatang bertambah menerusi kaedah
baharu ini dan binatang-binatang ternakan juga membekalkan baja
kepada para petani untuk tanaman mereka.

6. Pengenalan Pertanian Campuran

§ Sistem penggiliran tanaman yang diperkenalkan oleh Lord


Townshend, petani terlibat dalam penanaman rumput. Rumput
yang ditanam oleh petani digunakan sebagai sumber makanan
kepada binatang ternakan seperti biri-biri dan lembu.
§ Petani mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan
tanaman dan ternakan. Penglibatan petani dalam aktiviti pertanian
dan penternakan menambahkan pendapatan mereka.

7. Ciptaan Baharu

§ Revolusi pertanian menyebabkan peralatan baharu dicipta untuk


meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Jethro Tull telah
mencipta alat yang digunakan untuk menggali dan menugal tanah
pertanian. Penciptaan alat ini membolehkan penugalan dan
penanaman bijih benih dapat dilakukan dengan lebih pantas.
Tahun 1730-an, sejenis bajak berbentuk tiga segi yang dikenali
sebagai rotterham telah direka.
§ Penciptaan alat tersebut membolehkan kerja membajak tanah
dilakukan dengan lebih berkesan. Antara alat pertanian yang telah
direka ialah alat mengetam, alat memukul, dan alat menumbuk
bijirin. Dalam pada itu, penciptaan jentera berkuasa wap
menyebabkan kerja dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.

8. Penggunaan Baja dan Sistem Saliran

§ Menjelang pertengahan abad ke-19, ahli-ahli sains berjaya


menghasilkan baja tiruan. Di samping itu, baja asli juga
digunakan secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.
§ Selain itu, langkah-langkah juga diambil untuk membina dan
membaiki sistem saliran. Pembinaan sistem saliran menyebabkan
berjuta-juta hektar tanah dapat disalirkan untuk tujuna pertanian.

Penutup

Perkembangan dalam bidang pertanian di England pada abad ke-17 dan


18 adalah disebabkan oleh pengeluaran makanan, sistem pemilikan tanah,
akta pemagaran tanah, kaedah pertanian baharu, kaedah penternakan
baharu, pengenalan pertanian campuran, ciptaan baharu, penggunaan baja
dan sistem saliran.

Mohammadia Wahab di 6:12 PG

Kongsi

8 ulasan:

Unknown 23 September 2020 8:28 PG


Saye pojan
Balas

Balasan

Unknown 23 September 2020 8:29 PG


Saye pojan jugak

Haslinda 1 Oktober 2020 3:16 PTG


Pojan tu apa?

Unknown 15 Oktober 2021 11:14 PG


Pojan Celik pojan Celik

Balas

Amirul_Adnan 16 Oktober 2020 1:06 PG


Esei² ini amat bagus untuk memahami konsep
pertanian di Belanda dan England dengan lebih
mendalam.
Balas

Balasan

Unknown 8 Oktober 2021 11:53 PG


nice lah hokage

Balas

Unknown 17 Januari 2021 10:17 PG


Kalu kesan kemajuan pertanian di england macam
mana
Balas

Unknown 2 September 2021 1:12 PTG


wealth of nation?
Balas

Untuk meninggalkan ulasan, klik butang di bawah


untuk log masuk dengan Google.

LOG MASUK DENGAN GOOGLE

‹ Laman utama ›
Papar versi web

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai