Anda di halaman 1dari 10

r k e m ba ng a n

fakto r p e a
ia n d i B e la n d
perta n as ih i
ba d ke 18 M
pada a
PENGENALAN
Abad ke 17 dan 18,negara Belanda telah
mengalami perkembangan pesat dalam bidang
pertanian.
Kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran di
kawasan pedalaman di Belanda.
Catatan pengembara dari England , Jerman dan
Perancis menunjukkan Belanda mengalami
perkembangan pesat dalam sektor pertanian pada
abad ke 16-17 Masihi.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
negara Belanda mencapai kemajuan pesat dalam
bidang pertanian.
PERTAMBAHAN PENDUDUK
Menjelang abad ke 17 dan 18Masihi ,berlaku pertambahan
penduduk di negara Belanda .pertambahan penduduk di Belanda
menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran meningkat.
Selain itu,permintaan untuk hasil tenusu juga meningkat
dalam kalangan penduduk bandar di negara Belanda.
perkembangan ini menyebabkan muncul kawasan-kawasan
pertanian di sekitar bandar.
Justeru,pertambahan penduduk serta permintaan tinggi untuk hasil-
hasil pertanian dan tenusu telah mendorong kepada perkembangan
pertanian di Belanda.
KEGIATAN TEBUS GUNA TANAH
Perkembangan dalam bidang pertanian disebabkan oleh aktiviti
menebus guna tanah.Melalui aktiviti ini,tanah yang berada di
bawah paras laut ditebus guna untuk kegiatan pertanian.
Menjelang pertengahan abad ke 17M,sebahagian besar tanah
@49% tanah di wilayah Zeeland ditebus guna untuk tujuan
pertanian.Melalui aktiviti tebus guna tanah ini,keluasan tanah
pertanian meningkat di negara Belanda.
Jelaslah peningkatan dalam keluasan tanah pertanian melalui
aktiviti tebus guna tanah menyebabkan perkembangan
pertanian di Belanda.
PENGENALAN TANAMAN
BERGILIR
Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di
Belanda pada abad ke 17M.Sistem penggiliran tanaman yang
diamalkan secara meluas di Wilayah Waes sekitar tahun 1644.
Dalam sistem penggiliran tanaman yang diamalkan
di negara Belanda,sistem tanah rang telah dimansuhkan.Dengan
mengamalkan sistem ini,petani-petani di negara
Belanda berjaya memelihara kesuburan tanah.
Jelaslah,amalan penggiliran tanaman meletakkan
asas bagi peningkatan hasil serta perkembangan pertanian di
belanda kerana berjaya mengekalkan kesuburan tanah yg
mengandungi zat nutrient yg Tinggi.
Kesuburan tanah
Kemajuan dalam pertanian di Belanda juga disebabkan oleh faktor
kesuburan tanah pertanian.Sebahagian besar drp tanah di belanda
amat subur dan sesuai utk menjalankan kegiatan pertanian.Malah
petani-petani di belanda mempunyai pengetahuan yg tinggi dalam
memelihara kesuburan tanah.
Terdapat beberapa langkah yg diambil oleh petani utk
memelihara kesuburan tanah di Belanda.Antaranya ialah
penggunaan baja asli , aktiviti pemugaran tanah , membuang
tanaman perosak dan membuang rumput.
Hasilnya, petani-petani di belanda memperoleh
banyak hasil pertanian kerana pengetahuan yang
tinggi dalam memelihara kesuburan tanah .
KEMAJUAN TEKNOLOGI
PERTANIAN
Perkembangan dalam pertanian juga berlaku disebabkan
oleh kemajuan dalam teknologi pertanian.
Menjelang abad ke 16-17M, pelbagai Teknik dan Kaedah
pertanian baharu diperkenalkan di Belanda.
Penggunaan pelbagai peralatan seperti tenggala beroda, dan mesin
menampi bijirin oleh petani-petani di Gelderland turut
meningkatkan hasil pertanian.Penggunaan teknologi kincir angin
membolehkn air disalirkan dari kws tinggi ke kws pertanian.
Petani-petani di Belanda memperkenalkan sistem penanaman
dengan membuat batas
Melalui sistem batas saliran yg baik dpt diwujudkan bg memastikan
tanaman tumbuh dgn subur.Kedudukan batas diubah setiap tahun
bg mengekalkan kesuburan tanah.
Melalui sistem penanaman deretan telah
diperaktikkan di negara belanda sejak abad ke 14M.
Sistem ini membolehkan tanaman komersial ditanam
seperti jagung,madder,hop,biji kol , dan tembakau .
Sistem penanaman rumput seperti tanaman rumput dan
Turnip di tanam di kws tanah rang selepas jagung dituai.
Kemajuan dan kemahiran penggunaan teknologi pertanian
telah membawa kpd perkembangan pertanian di belanda
pada abad ke 17M.
Sumber pengairan yg digunakan adalah air drp Sg Rhine
dan Sg Mass menjadi sumber pengairan utk tanaman dan
memastikan tahap kesuburan tanah sentiasa tinggi.
KESIMPULAN
Kemajuan dalam teknologi dan kaedah pertanian
menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran
hasil pertanian.
Perkembangan ini menyebabkan negara Belanda muncul
sebagai negara yg maju dalam bidang pertanian di Eropah.
Kejayaan Belanda dalam sektor pertanian menjadi
ikutan kpd negara-negara di Eropah dalam
membangunkan sektor di negara masing-masing.
SE K IA N
T ERI M A
KA S IH

Anda mungkin juga menyukai