Anda di halaman 1dari 1

Isi keempat

4. Kesuburan Tanah

Di samping itu, tahap kesuburan tanah yang tinggi diperlukan bagi membolehkan kegiatan pertanian
dijalankan. Hal ini telah menyebabkan masyarakat agraria telah berusaha untuk mengetahui cara –
cara dalam memelihara kesuburan tanah pertanian . Sekaligus, mereka telah mencipta pelbagai
teknik dan kaedah untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah pertanian. Contohnya, masyarakat
agraria di Belanda menggunakan baja asli iaitu najis binatang yang diperolehi daripada kawasan
binatang penternakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian mereka. Selain itu, mereka
juga menggunakan teknik memugar tanah pertanian dan mengamalkan sistem tanaman
giliran untuk mengekalkan tahap kesuburan tanah. Kesannya, tanah pertanian masyarakat agrarian
Belanda dapat mencapai tahap kesuburan yang baik yang dapat memudahkan mereka menjalani
aktiviti pertanian seharian tanpa sebarang keraguan akan hasil tanaman mereka.

Isi kelima

5. Peningkatan Penggunaan Teknologi

Akhir sekali, masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam mencipta peralatan – peralatan
baru. Hal ini membolehkan masyarakat agraria lebih mudah menjalankan kegiatan pertanian secara
besar – besaran. Penggunaan teknologi atau peralatan baru turut meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian. Sebagai contoh,masyarakat agrarian di Belanda telah mencipta dan menggunakan tugal
dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian. Selain itu, masyarakat agraria
Belanda juga memperkenalkan kaedah dan teknik pertanian untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian seperti sistem tanaman giliran. Hal ini terbukti memberikan kemudahan serta hasil
pertanian yang banyak kepada masyrakat agraria Belanda melalui peningkatan teknologi ini.

Penutup

Anda mungkin juga menyukai