Anda di halaman 1dari 3

Bahagian A TAJUK

: Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia.

Peluang kerjaya dalam bidang pertanian telah mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan import di samping meluaskan peluang pekerjaan rakyat. Dengan kemajuan bidang pertanian bagai belut diketil ekornya, hasil tananman dapat ditingkatkan dengan penggunaan kaedah moden seperti aeroponik, hydroponik dan seumpamanya. Mengambil contoh daripada mangkuk hijau negara, yakni Tanah Tinggi Cameron, yang dikurniai kesuburan tanah dan kehijauan alam, seribu satu variasi sayur-sayuran dan buah-buahan dapat ditanam subur, terutamanya pokok strawberi yang ditanam menggunakan kaedah hidroponik. Keuntungan yang lumayan dapat dikaut, sehingga menarik minat rakyat untuk menceburi bidang pertanian selaras ada gula, ada semut Tuntasnya, peningkatan hasil dalam bidang pertanian berupaya memenuhi keperluan dalam negara di samping mewujudkan peluang pekerjaan

Ba

Kemajuan dalam bidang penternakan juga telah memenuhi keperluan rakyat terhadap daging dan merangsang perusahaan yang berteraskan penternakan. Petani berpeluang meneruskan kegiatan pentenakan tradisional dengan meneroka tanah untuk dijadikan ladang menternak lembu, kambing dan seumpamanya. Kegiatan pertanian ini bukan sahaja berupaya membekalkan daging untuk keperluan dalam negara, malah bidang ini telah merangsang perkembangan perusahaan baha organik untuk tujuan penanaman. Bidang penternakan ikan juga telah memacukan perkembangan industri ikan hiasan yang begitu digemari oleh sesetengah rakyat tempatan. Sambil menyelam, minum air Intihanya, bidang penternakan dapat menjana sumber ekonomi negara sehingga Malaysia setanding kalau tidak lebih tinggi dengan negara-negara pertanian seperti New Zealand dan Belanda.

Ba

U P

Sekiranya ditinjau melalui perspektif yang berbeza, bidang kejuruteraan bioteknologi telah meningkatkan produktiviti tanaman di Malaysia. Penguasaan dan domnasi penyelidik tempatan terhadap bioteknologi dan kejuruteraan genetik telah membuka lembaran baru dalam bidang pertanian negara. Kehadiran kecanggihan bioteknologi telah mendatangkan sinar hidup kepada masyarakat yang dilanda sumpah warisan apabila berjaya menghasilkan baka tumbuhan yang sihat sekaligus meningkatkan produktiviti tanaman. Institut penyelidikan MARDI berjaya menghasilkan padi, nanas dan pokok kelapa sawit yang lebih berkualiti dan tahan serangan penyakit. Usaha kerjaan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian merupakan langkah yang bernas untuk mewujudkan peluang kerjaya dalam bidang penyelidikan pertanian Negara.

Ba

U Maka, jelaslah bahawa ilmu pertanian yang bertunjangkan bioteknologi menghadirkan kemaslahatan kepada rakyat dengan meningkatkan produktiviti hasil pertanian.

Bahagian B TAJUK

: Kebaikan-kebaikan amalan kitar semula.

Anda mungkin juga menyukai